Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Bernafsu


Eh, kenapa ni lain semacam sahaja tajuk entri kali ini. Maksud saya, post bernafsu tu bukan post itu ada nafsu. Tapi post yang agak menarik nafsu pembaca la. yang merangsang gitu.

Baiklah, cukup untuk mukadimah. Apa pula kaitan post bernafsu dengan entri kali ini ? Saya lihat, di luar sana ramai blogger yang membuat post sedemikian contohnya memaparkan gambar-gambar seksi/tidak menutup aurat dan banyak lagi.

Siapa ?! Sudah tentu saya tidak akan dengan sewenang-wenangnya membongkar identiti mereka. Itu dipanggil mengAIBkan kaum sendiri, iaitu kaum manusia. Selalunya post yang sebegitu selalu mendapat RANKING.

Ini yang dikatakan post bernafsu, ramai yang akan mendahulukan/mengutamakan post-post macam itu. Sudah tentu majoriti main purpose blogger buat begitu kerana ingin ramai visitor kan ? Betul tak ? "Maaf kalau ada yang terasa".

Kalau ramai visitor sudah tentu banyak faedah seperti , Duit nuffnang meningkat, ranking blog meningkat, cerita kita ada orang baca selalu. Tapi pernahkah si penulis terfikir adakah rezeki yang dia buat hasil dari entri-entri sebegitu HALAL ?

3 Golongan yang akan mendapat dosa atas perbuatan mereka iaitu

- Orang yang melihat (visitor)
- Orang dalam gambar (model)
- Orang yang papar (blogger)

Sekarang kita semua dah tahu yang perkara sebegini tidak harus dilakukan. Ianya hanya menambah SAHAM DOSA kita sahaja.

Tetapi anda perlu tahu juga, iainya atas nawaitu/niat kita masing-masing. Kalau niat baik, baiklah jadinya. Kalau sebaliknya, buruklah padahnya. Seperti hadis yang berbunyi

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


Bukan setakat gambar tidak menutup aurat sahaja, cerita yang anda kongsi itu. Hendaklah diperiksa dahulu, terutamanya gossip-gossip yang anda ambil dari akhbar atau media semasa. Semua itu tidak pasti kebenarannya dan yang pasti ianya mengaibkan kaum MANUSIA



Nota untuk blogger : Jadilah blogger yang bijak. Jangan fikirkan perkara duniawi sahaja, ukhrawi lebih penting !

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaik ~ nak pinjam entri nie bole . nnti aq kredit kt kau ~

Azhunk Awang said...

Waalaikumusalam , Boleh saja :] Share yang baik nescaya ilmu kita akan bertambah ! Syukran kerana sudi share.

Post Top Ad