Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
June 27, 2011

Kecomelan Menceriakan Hari Anda

by , in
Hari ini , 22 June 2011 , saya nak masuk satu contest, iaitu dianjurkan oleh Fuhnetwork. Sebelum masuk ke sesi contest, saya nak bagi satu definisi ringkas bagi comel dan seangkatan dengannya.

Comel di dalam kamus dewan edisi ke-empat membawa maksud cantik, menarik dan kecil orangnya manakala kecomelan bermakna menjadikan comel. Biasanya orang menggantikan perkataan comel dengan, "CUTE". Cute di ambil dari perkataan inggeris yang membawa erti COMEL.

Apa pula kaitan kecomelan dengan hari yang ceria ?
Pernahkah kita perasaan orang/benda/binatang yang comel selalunya nampak innocent and baik ! Oleh sifat yang yang dimilikinya itu, ramai yang sayang dia. Kalau ramai sayang, cerialah hidupnya ! *Ini tafsiran saya sendiri yer !*

Jom kita masuk sesi CONTEST ! :-

Syarat-syarat :-

♥ Semua blog boleh menyertai kecuali blog lucah, dan seangkatan dengannya.
♥ Blog yang hanya berteraskan contest semata-mata juga adalah TIDAK DIBENARKAN menyertai contest ini


Rasanya saya sudah lulus bahagian syarat :] !

Cara-cara :-

♥ Letakkan tajuk review sebagai “Kecomelan Menceriakan Hari Anda”
Sudah siap :]


♥ Buat satu review dengan penuh kecomelan untuk laman www.fuhcomel.com
Sudah siap :]


♥ Nyatakan kenapa anda perlu sukakan Fuh Comel
Ada tiga sebab :
Fuh Comel sudah tentu comel sekali !
Contents kat Fuh Comel menarik !
Contents kat Fuh Comel banyak manfaat !


♥ Gaya penulisan dan penyampaian adalah bebas.
Yang ni saya shuka ! sebab ada kelonggaran kan :] ~~


♥ MESTI diletakkan dalam review anda link ke laman www.fuhcomel.com
Sudah siap :]


Yang terakhir, ada sesiapa yang ingin join contest yang kiut miut ini ? Jengahlah Sini!!


Nak tahu hadiah dia apa ? Tekan jela link kat banner kucing comel "lote" kat atas tu yer ^_^ !

P/S : FuhComel kata entri ini diterima ^_^
June 25, 2011

Tutorial Tukar Scroll Bar

by , in
Hari ini saya hendak berkongsi satu tutorial iaitu Tutorial menukar scroll bar anda kepada image yang lebih cantik ! Ramai blogger di luar sana sudah tukar scroll bar di blog mereka :] Jadi anda apa tunggu lagi !

Apa itu scrollbar? Jom kita tengok gambar di bawah.
Scroll bar ialah garis bar yang ada di sebelah kanan dan bawah.



RUPA SCROLLBAR SEBELUM DICANTIKKAN


WAJAH BARU SCROLLBAR


WARNING : TUTORIAL INI HANYA UNTUK PENGGUNA CHROME DAN ORANG YANG MENGGUNAKAN TEMPLATE DENIM SAHAJA !


Login Dashboard>>Design>>Edit HTML>>Tick Expand Widget Template

Cari KOD di bawah. Tekan CTRL + F Serentak untuk memudahkan pencarian.


Copy kod di bawah. Tekan CTRL + C.
::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #D9D9D9;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #F2F5A9;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}


Dan pastekan di atas kod ]]></b:skin> !

Ayat yang di bold di bawah bermakna boleh ditukar :]

background: #D9D9D9;
background-color: #F2F5A9;

Tukar HTML COLOR CODE di atas dengan warna kegemaran anda ye ! dapatkan sumber HTML COLOR CODE di SINI :}

Jika ada sebarang masalah? Sila inform di ruangan komen, InsyAllah saya akan bantu anda selesaikan !
June 25, 2011

Pemenang Maharaja Lawak

by , in
Pemenang Maharaja Lawak ! Korang semua tidak tahu rancangan maharaja lawak yang baru sahaja berakhir dengan melahirkan seorang pemenang? Kalau begitu, korang dah tiba di tempat yang betul, dekat sini kamu semua akan tahu pemenang-pemenangnya.

Untuk melihat episode-episode maharaja lawak yang lalu sila visit SINI



Tempat Pertama - SEPAH

Tempat Kedua - JOZAN

Tempat Ketiga - NABIL

Tempat Keempat - JAMBU


P/S: Tahniah kepada SEPAH sebab berjaya mendapat tempat pertama. Tapi ramai yang suka JOZAN dapat tempat pertama. Tapi apa boleh dibuat, adat permainan , ada menang ada kalah ^_^
June 24, 2011

Tutorial Border Sidebar

by , in
Hari ini saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan blogger macam mana nak buat border dekat sidebar ye. Sidebar tu ape eh ? Okay, kawan-kawan boleh review gambar di bawah.



Okay jum kita mula tutorial hari ini. Mula-mula, anda kena buat seperti tertera :

-) Dashboard>>Design>>Edit HTML
-) Cari kod h2 {. Tekan CTRL + F serentak untuk memudahkan pencarian.
-) Copy code di bawah da pastekannya di BAWAH kod h2 {

border:3px solid COLOR CODE HTML;
background-image: url(URL GAMBAR SBGAI BACKGROUND);


Okay, sekarang masa untuk edit ! Anda boleh tukar ketebalan border dengan menukar nombor sebelum px. Semakin banyak nombor, semakin tebal.

Gantikan ayat tersebut pada HTML Code di atas

- COLOR CODE HTML - Gantikan dengan apa2 color code html, anda boleh dapat kodnya di sini.
- URL GAMBAR SBGAI BACKGROUND - Cari apa2 gambar untuk dijadikan background di ruangan border. Anda boleh dapat gambar di Photobucket , Google , Ataupun gambar sendiri.

Okay, sekian sahaja tutorial saya kali ini. Selamat berjaya !

P/S: Jika ada masalah sila inform di ruangan komen yee ! InsyAllah saya akan reply secepat mungkin !
June 23, 2011

Bersyukurlah !

by , in

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita. Iaitu cerita berkenaan "Bersyukur Penting Dalam Kehidupan". Apa maksud syukur ye ? Dalam kamus dewan edisi ke-empat, syukur bermakna terima kasih. Dari segi istilah pula syukur bermaksud menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dengan tujuan mentaatiNya. Dari pandangan saya pula syukur beerti menghargai pemberian orang lain dengan menggunakannya sebaik mungkin ^_^.

Perasaan syukur hendaklah ikhlas timbul di dalam hati seseorang. Kita tidak boleh bersyukur dengan menilai pemberian yang kita terima. Salah satu cara mahu memanfaatkan pemberian orang lain ialah gunakan pemberiannya sebaik mungkin dan jangan menilainya dari luaran.

Jika kita diuji oleh ujian Allah, kita juga harus bersyukur, tabah dan tawakal kepadaNya. Terdapat beberapa firman yang dinyatakan di dalam Quran kenapa harus kita bersyukur. Jom kita lihat firman-firman tersebut di bawah:-


1)Kita diciptakan oleh Allah supaya bersyukur.Ini selari dengan firman Allah S.W.T
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa pun,dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"
(An Nahl:78)
2)Sesuatu kaum yang bersyukur tidak akan diazab oleh Allah
مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآَمَنْتُمْ وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا


"Mengapa Allah mahu menyiksamu,jika kamu bersyukur dan beriman?Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui"

(An Nisa:147)

3)Allah akan menambahkan nikmat kepada orang-orang yang bersyukur

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih"."

( Ibrahim: 7)

4)Kebaikan bersyukur itu untuk kebaikan manusia itu sendiri.Jika kita tidak bersyukur,kita sendirilah yang akan rugi.

وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ


"Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

( Luqman: 12)

Sedangkan Rasulullah s.a.w pun sentiasa bersyukur,apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil ini.

Terdapat dalam Sahih al Bukhari, dari Aisyah ra, dia berkata: "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berdiri solat (malam) hingga kedua kaki beliau bengkak." Lalu Aisyah berkata kepada beliau, "Kenapa engkau lakukan ini, ya Rasulullah, bukankah Allah telah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang?" Lalu beliau menjawab:

أَفَلَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا


"Tidak bolehkan aku senang menjadi hamba yang bersyukur." (HR. Bukhari)



SUDAH CUKUP JELAS KAN ?

Sekarang, ayuh kita baca sedikit cerita yang menyiratkan beberapa pengajaran !

Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.

Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.

Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.

Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.

Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.

Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.

Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.



P/S: Sentiasalah beringat, Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian ! Sesuatu yang berlaku pasti akan ada balasan yang menunggu kelak. Allah akan memberikan hidayah kepada semua hambaNya yang beriman kepadaNya !!



Kredit : Iluvislam , UsrahWihdah
June 22, 2011

Kilat Sabung-Menyabung

by , in

Sudah dua hari berturut-turut area rumah saya ada kilat, hujan dan ribut. Nak kata sudah mahu banjir salah juga sebab musim tengkujuh hanya berlaku dari bulan OCTOBER hingga MARCH. Mungkin hujan biasa kot.

Fenomena ini berlaku kelmarin 21 June 2011 sama waktu dengan hari ini, waktu petang. Terutamanya di kawasan Terengganu kalau tak silap saya. Saya stay dalam NEGERI TERENGGANU bukan KUALA TERENGGANU huhu.

Kilat bahaya tau , sekali kena confirm meninggal. Pada tahun 2009, ada kawan sekelas saya *sekolah rendah* bernama Fatin. Nenek dia meninggal dunia pada tahun 2009 kerana disambar petir di sawah padi. Masa kejadian itu, nenek dia bersama atuknya, tetapi atuknya terselamat sebab atuk dia berehat bawah pondok manakala nenek dia masih degil tak nak berhenti buat kerja *MENYAWAH* "P/S: wujudnye perkataan menyawah ?"

Jom kita sedekahkan al-Fatihah kepada nenek saudari. Semoga jasadnya dapat bersemadi dengan tenang yer. Jom sambung cerita lain pulak.

Pada hari ini iaitu , 22 June 2011 , saya pulang sekolah bersama kwn, afiq and azzam. Tumpang kereta Afiq la sebab mak dia baik hati kasi tumpang :]. Kiteorang habis basah kuyup sebab kena air hujan, then before mak dia arrived, ade ributt .. Kencang tau !

Selepas tiba kat rumah, saya pun mandi nak elak daripada demam . Dahlah sekarang tengah selsema. *Hachum*. Selsema teruk kan, selalu je hidung tersumbat. aiseh ~

Kawan saya ada cakap, masa berlaku kilat kat area rumah dia , dia selalu baca ayat ni :

لا حول ولاقوة إلا بالله
Yang beerti : Tiada kuasa atau kekuatan melainkan Allah


Sebenarnya , saya baca jugak ayat di atas. Kalau korang ada kena musibah or memerlukan pertolongan Allah, maka bacalah ayat itulah. Kalau boleh jadikan zikir harian lagi bagus :] !

Kita kembali kepada topik hujan pulak. Hujan ni sebenarnya rahmat Allah jugak. Mana boleh benda hidup dapat meneruskan kehidupan tanpa hujan kan ? *Agaknye lah*. Jadi, kita hendaklah sentiasa bersyukur. Apa yang Allah buat pasti ada kebaikannya !

Wallahu'alam,
June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

by , in

Sempena hari bapa pada tahun 2011 , saya ingin membuat satu entri khas kepada sesiapa sahaja di luar sana khususnya kepada bapa-bapa. Apa yang dimaksudkan dengan bapa ? Bapa ialah insan yang sepatutnya bekerja untuk menyara keluarga. Bapa juga lebih dikenali sebagai KETUA KELUARGA di mana memberi pengajaran sepatutnya kepada anak-anak mereka.

Pernahkah kamu fikir pengorbanan bapa terhadap kamu ? Penat lelah insan yang bergelar bapa ini bekerja sehari suntuk hanya untuk memastikan kamu hidup senang ? Bapa yang beriman tidak akan pernah mengeluh melakukan kerja halal untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Istilah bapa di dalam islam pula adalah membawa maksud kita mempunyai pertalian persaudaraan yang erat dengan seseorang samada ia adalah pertalian darah (nasab), persemendaan, susuan ataupun angkat.

Di dalam al-quran, firman Allah S.W.T ketika mengisahkan anak-anak Nabi Ya’qub yang berkata:
“Kami menyembah Tuhan Engkau dan Tuhan bapa-bapa engkau Ibrahim, Ismail dan Ishaq, Tuhan yang satu dan kami berserah kepadaNya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 133)


Dari segi susur galur para Nabi, Nabi Ismail adalah bapa saudara Nabi Ya’qub tetapi Al-quran menyebut bapa. Kalau kita kembali kepada hadith awalan tadi, perkataan ‘bapa’ boleh membawa seerti dgn bapa saudara seperti yang dimaksudkan dlm ayat al-quran itu tadi. Nabi S.A.W juga menyebut 'bapa' sebagai menggantikan perkataan 'bapa saudara'. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas R.A bahawa ketika rasulullah S.A.W ditanya oleh seorang lelaki yang bertanya baginda di manakah bapanya? Lalu baginda S.A.W menjawab:
“Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” (Riwayat Muslim dalam kitabul Iman, hadith ke 347)

Perkataan bapaku (an abi) di sini merujuk kepada bapa saudara nabi muhammad S.A.W, Abu Talib yang meninggal dunia dalam kekufuran.

Hari bapa ialah hari dimana anak-anak dan isteri-isteri perlu mengenang jasa yang telah dibuat oleh bapa. Sekurang-kurangnya para bapa akan berasa dihargai atas pengorbanannya. Di samping itu, pada hari bapa kita juga dapat mengukuhkan lagi hubungan antara insan.

Jom kita baca azam Saudari Aini terhadap bapanya :]

assalamualaikum =)


~ SELAMAT HARI BAPA ~

Alhamdulillah , saya still dapat jumpa , salam n cium bapa saya ..
bapa ? oh tidak , sy panggil beliau abah ..
sy SAYANG sangat2 kat beliau ..
tanpa dia , tader la saya kat atas dunia ni ..

erm , bila sy sedih .. beliau akn slalu datang dan nasihatkan sy ..
tmbh2 , bila berkaitan dengan lelaki .. he's always stand beside me and give me advice about this life
beliau yg banyak menyedarkan sy tentang hidup ini ..
dia tak ajar .. tp , dia buat and daripada ci2 lar sy belajar ..
tengok beliau bekerja siang malam tanpa pernah mengeluh .. membuatkan hati sy sedih ..

for my dad , i PROMISE that i'll study hard n make u happy with my result !

satu perkara yg abah perlu tau ,
tempat mu di hati ini tak kan pernah boleh diganti dengan mana2 lelaki di dunia ini ..
jasamu , kecekalanmu , pengorbananmu , kesungguhanmu dan kesabaranmu untuk mendidik anakmu yang nakal ini tak kan pernah ku lupa ..
sebagai seorang anak yang paling nakal / tak dengar kata , kak minta maaf banyak2 kat abah =)

I LOVE U , ABAH ..

mekasseh abah ! jasamu tak kan pernah boleh ku balas tp , kak akan ingat sampai bila-2 ..


Apa yang kalian semua tunggu lagi ? Ambillah peluang sementara bapa anda belum lagi kembali ke rahmatullah. Kepada sesiapa yang sudah tidak berbapa, sentiasalah berdoa akan mereka nescaya tuhan mendengar doa-doa kamu :].

Tanggungjawab anak kepada ibu bapa mereka terbahagi kepada dua iaitu :

1 )Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

2 )Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

Sesungguhnya Rasulullah bersabda : “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Berdasarkan Hadith Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”


Kamu dilarang sama sekali membenci bapa kamu sejahat mana pun dia kerana dia tetap bapa kamu. Tanpa bapa, tiadalah kamu di dunia ini.

DaripadaAbu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”


Kredit : Saudari Aini

SELAMAT HARI BAPA !!
June 19, 2011

Hukum Letak Gambar di Facebook

by , in
Kebanyakan manusia pada zaman sekarang menggunakan laman sosial seperti FACEBOOK untuk berkomunikasi dengan orang yang berada di jarak yang jauh dengan kita. Untuk mengenali rakan-rakan lama kita di laman sosial tersebut, kita hendaklah memasukkan gambar kan ?

Tetapi kebanyakkan pada zaman modenisasi sekarang, ramai rakyat terutamanya pada golongan remaja menyalah gunakan kemudahan tersebut dan upload gambar mereka hanya tujuan PAMERAN. Macam-macam pose yang mereka buat untuk memastikan gambar itu perfect, kelihatan cantik, comel dan lain-lain lagi.

Sebenarnya hukum meletakkan gambar di dalam Facebook tidak haram, tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat tertentu. Contohnya gambar hendaklah wajib menutup aurat. Nawaitu kita penting bagi masalah ini.

Anda boleh melihat ceramah ringkas dari Ustaz Azhar di bawah :] !







Kecantikan Wanita Ibarat Rama-Rama, Jika Ramai Sudah Memegang Sayapnya, Maka Pudarlah Kecantikan Rama-Rama Itu



Seterusnya, saya ingin memberikan beberapa cerita tentang. Cerita ini berkaitan GAMBAR ANDA DICURI ?? . Ada satu laman web ini, Fantasi Dunia. Laman web ini mengumpul semua gambar perempuan artis, selebriti dan gambar orang yang upload gambarnya ke internet. Mungkinkah laman sesawang tersebut mengambil gambar-gambar itu tanpa izin ? Wallahu'alam. Adakah anda ingin gambar anda dibuat seperti di website itu ? Sudah tentu tidakkan. Anda bukannya patung untuk dipamerkan dan diundi kan.

Ini peristiwa dan kesan orang yang pernah menguploadkan gambarnya ke laman sosial iaitu Facebook. Jom kita baca :-



KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.

Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.

Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.


Sentiasa beringat, semakin banyak gambar dipamerkan, semakin rendah maruah seseorang insan itu terutamanya perempuan. Jadi sama-samalah kita beristighfar kepada Allah.

Kredit : Atikah , Syahirul
June 18, 2011

Tutorial Tukar Background

by , in

Hari ini saya ingin memberikan satu tutorial, iaitu tutorial tukar background image. Pasti ramai blogger di luar sana sudah tahu akan tutorial ini. Sebenarnya kerja menukar background amatlah senang sekali jika anda menggunakan cara yang betul ^_^.

Apa Itu Background Image
Haaa , Background image ialah gambar sebagai latar belakang blog kita. Gambar ini boleh kita cari di mana-mana website yang menyediakan gambar seperti Photobucket. Anda juga boleh guna gambar yang sedia ada di dalam komputer. Ikuti cara di bawah.

♥ Upload gambar yang anda kehendaki di mana-mana website hosting seperti photobucket, tinypic dan habboupload !

♥ Setelah selesai upload, dapatkan LINK gambar tersebut dan letakkan di notepad buat sementara waktu

Seterusnya ikuti langkah berikut untuk mendapat tahu bagaimana cara meletakkan kod background di dalam HTML code.

1 ) Dashboard >> Design >> Edit HTML >> Search kod body { CTRL + F untuk cari.



2 ) Copy kod di atas dan PASTE di BAWAH kod body { .

Gantikan ayat RUANGAN URL GAMBAR dengan URL gambar yang anda letak di notepad buat sementara waktu


Jika anda sudah berpuas hati, preview dan save changes ye, jika ada masalah bolehlah tinggalkan mesej anda di ruangan komen.

Selamat Mencuba !
June 18, 2011

Kisah Seorang Penangguh

by , in

Apakah erti penangguh ?
Penangguh ialah manusia yang suka menangguhkan kerja padahal dia tidak tahu apa yang bakal menimpa dirinya kelak. Biasanya penangguh akan menyesal parak pada kemudian hari. Contohnya seseorang pelajar yang selalu menangguh kerja sekolah, pada hari cikgu menginginkan kerja tersebut, pelajar itu akan berasa serabut akan kerja yang tertangguh.

Bagaimana pula dengan agama ? Ibadah itu tiang agama. Terutamanya solat, solat merupakan perkara wajib bagi setiap muslim dan merupakan kewajiban utama bagi muslimin dan muslimat. Solat hendaklah didahulukan berbanding perkara lain.

(الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)


Sila baca cerita di bawah yer.

Ada seorang remaja bernama Fadli. Pada suatu hari ketika azan zuhur berkumandang, kedengaran ibu Fadli memanggilnya supaya mengerjakan solat zuhur. Ibu Fadli berkata " Fadli, sudah azan, pergilah tunaikan solat" Lalu Fadli menjawab " Kejap la ibu, masa zuhur kan banyak lagi, nanti Fadli solatlah".

Ibunya terus mendesak Fadli yang berada di dalam bilik supaya mengerjakan solat. ( Ketika ini, Fadli sedang asyik bermain permainan komputer ). Oleh kerana tidak tahan mendengar rungutan ibunya, Fadli terus menjawab " Baiklah mak ! ". Fadli menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Setelah selesai mengambil wudu' , Fadli kembali ke komputernya untuk melihat notification di FACEBOOK.

Oleh kerana keasyikan Fadli menyambung kembali berfacebooking, Azan Asar telah pun berkumandang. Fadli berbisik di dalam hatinya " Lajunya masa bergerak, tetapi tidak apa, aku masih muda, masih banyak masa untuk bertaubat, hanya tinggal satu waktu tidak menjadi masalah".

Pada keesokan harinya, perkara yang sama berlaku. Lalu ibu Fadli menyuruhnya supaya membeli gula di pasar berdekatan rumahnya. Fadli hanya mengikut kata-kata ibunya itu. Secara kebetulan, Fadli meninggal dunia pada hari itu juga kerana dilanggar dengan kuat oleh sebuah kereta.

Niat Fadli ingin bertaubat tidak kesampaian, bolehkah anda fikir dimana destinasi Fadli seterusnya? Wallahu'alam.

Cerita di atas hanya rekaan semata-mata, tetapi anda boleh mengambil banyak teladan dari kisah di atas. Jadikanlah cerita di atas sebagai pedoman hidup. Dan sebagai seorang muslim, tunaikanlah kewajipan kita secepat mungkin. Segalanya boleh berubah dalam masa 1 saat.

Jika ada pertembungan di antara kerja dengan solat, maka kerjalah solat dahulu.

(سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي

Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)
June 18, 2011

Apa Itu Hipokrit

by , in

Hipokrit merupakan suatu sikap yang lahir secara tidak langsung daripada sikap inginkan sesuatu tetapi tidak dapat. Hipokrit terbahagi kepada tiga, iaitu :

Bermuka Dua
Maksudnya, berpura-pura baik di hadapan tetapi di belakang buat perkara sebaliknya

Tidak Sedar Diri Sendiri
Contohnya dia mengata kepada orang lain, tetapi diri sendiri tidak sedar apa yang berlaku.

Pentingkan Diri Sendiri
Seperti dia sanggup melalukan apa sahaja untuk memiliki apa yang diingini dan tidak menghiraukan orang lain. Ada juga sanggup buat sesuatu untuk menunjukkan identiti baiknya kepada orang lain.

Tiga perkara di atas tergolong di dalam sikap hipokrit. Sesetengah pihak tidak menyedarkan akan wujudnya sikap hipokrit di dalam diri masing-masing. Jadi kita hendaklah menerima teguran dan nasihat yang diberi oleh orang sekeliling terutama ibu bapa kerana mereka lebih fasih dengan sikap kita.

Hipokrit juga biasanya berlaku di dalam kes cinta, yang biasanya melibatkan 3 pihak. Pasti salah seorang daripada mereka ada sikap hipokrit kerana perasaan hasad dengki. Berwaspadalah jika ingin bercinta dan ingatlah ayat di bawah.

"Cintailah Diri Sendiri Sebelum Mencintai Orang Lain"
"Cintailah Allah Sebelum Mencintai Diri Sendiri"


Fenomena ini merupakan perkara biasa bagi kaum adam dan hawa.
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”


Huraian daripada sabda rasulullah di atas ialah, semua kaum adam dan hawa tidak boleh lepas dari sifat tamak dan dengki terhadap orang lain dan boleh dikatakan manusia dilahirkan dengan sifat dengki.

Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.

Kita hendaklah bermuhasabah diri sendiri masing-masing untuk menghindarkan sikap tamak itu dari diri sendiri. Sentiasalah berdoa dan beringat bahawa Allah tidak akan memberikan dugaan yang boleh melampaui batas kita. Kadang-kadang, doa kita tidak dimakbulkan dengan segera, namun demikian, kita tidak boleh cepat berputus asa.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:
”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”

Lalu baginda ditanya oleh seseorang:
”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”

Jawab baginda:
”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”



P/S: Ambillah yang baik dan sebaliknya hindarilah
June 18, 2011

Cinta Dan Kehidupan

by , in

Adakah kamu tahu erti kehidupan yang sebenar-benarnya ? Ramai orang tertanya-tanya akan soalan ini. Sesetengah individu melestarikan kehidupannya demi cinta, wang dan kekayaan duniawi. Sebenarnya tidak salah hidup untuk bercinta, sebab ianya memang fitrah yang suci bagi manusia.

Tetapi, tahulah daripada fitrah boleh bertukar kepada fitnah jika anda meletakkan cinta sebagai role propose di dalam hidupan ?. Dengan ledakan nafsu remaja zaman kini, semuanya boleh berubah.

Dengan ini, cinta yang suci itu tadi boleh tercemar. Contohnya, ada sesetengah individu yang sanggup bunuh diri demi cinta. Ada juga yang sanggup menggadaikan maruah. Dan tidak terlupa ada juga yang sanggup MURTAD AGAMA.

Yang paling utama, cinta boleh mencetuskan pergaduhan sesama insan jika melibatkan 3 atau lebih individu. Pergaduhan ini didorong oleh perasaan hasad dengki, cemburu dan perkara lain yang sama maksud dengannya.

Telah terbukti sekali bahawa cinta mempunyai banyak risiko yang harus dihadapi. Pasti anda tertanya-tanya apakah MATLAMAT HIDUP sebenar manusia.

"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." - [Surah Adz-Dzariyat, 51: 56]


Kredit : ILUVISLAM
June 17, 2011

Pinky Blog

by , in
Akhirnya, setelah hampir 3 jam saya bertungkus-lumus ingin menyiapkan blog, akhirnya siap juga. Agak puas hati la sebab warna pink ni rasa macam tenang je mata memandang, haha ! Satu lagi faktor keunikan, jarang orang laki minat pink.

Sebenarnye dah lama buat blog disable view *orang xboleh tengok tanpa permission* sebab masa itu nak siapkan new template, TETAPI masa tidak mengizinkan, so saya siapkan hari ini sebab ada masa terluang :] .

Penat jugak eh buat template, ingat ke main letak je. Rupa-rupanya lebih rumit dari buat kerja sekolah *cheyy*. Tapi kalau ada keinginan siap la jugak. Tak akan ada halangan boleh menghalang kalau kita berani tempuhi semua halangan.

Sudah lama ana betul-betul TAK UPDATE atas berlandaskan beberapa faktor yang boleh diguna pakai. Antaranya

- Kerja Sekolah Banyak
- Kena Fokus Study
- Malas =,=!

Faktor yang paling utama adalah, MALAS. Kenapalah perasaan malas ni wujud haha. Nanti lain kali saya akan cuba sedaya upaya nak update blog, tak kisahla ada orang nak baca ke tidak, asalkan cerita kisah hidupku dapat dicatit, tapi tak lupa yer, kalau nak tutorial boleh tanye je :] ~ Tanya kat Facebook page la senang sikit, kat sebelah kanan gadget. Sebabnya kalau tanya di shoutbox agak susah bagi saya nak reply :] !

Post Top Ad