Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
April 24, 2017

Tutorial Origami : Twinkle Little Star

by , in
Untuk julung kalinya, aku nak berkongsi satu tutorial origami yang mungkin berguna iaitu tutorial membuat bintang menggunakan kertas warna (kertas A4 Puteh pun boleh)



Aktiviti kali ini sangat senang, DIJAMIN!

Tetapi, hasilnya sangat berguna.

Sesuai dibuat sebagai goodies untuk majlis-majlis tertentu. Warna-warni bintang yang diletakkan di dalam balang kaca, sangat menarik!

Juga sesuai dibuat sebagai perhiasan di dalam rumah especially atas meja study. Dekat dorm/bilik asrama pun boleh letak.

Tanpa membazir masa, ayuh!

STEP 1


Sediakan kertas bersaiz A4 (sebenarnya tak kisah saiz apa pun, asalnya kertas yang agak panjang). Warna warni tu bonus! sangat digalakkan


Sediakan Gunting/Pembaris sebagai alat bantu untuk alter kertas tu nanti


 STEP 2


Potong kertas A4 seperti gambar di bawah. (lagi kecil lagi bagus!)


  STEP 3


Buat lipatan ala-ala logo breast cancer awareness ribbon ni.













 Kunci lipatan tu, dan gulung-gulung je bak kata pepatah, "follow the rhythm", sampai penghujung, kunci penghujung kertas.




 STEP 4

Masa untuk gemukkan lucky stars kalian semua. Picit-picit sahaja di bawah garisan dia, sampai jadi macam gambar di bawah.




And you are done!

Sekarang, boleh buat banyak-banyak dengan warna yang berlainan dan letak dalam balang/bekas yang bersesuaian. and Walla, it's ready to be displayed!

Selamat mencuba :)

Ada masalah? Boleh tanya di comment section.
April 23, 2017

Template Blog Baru

by , in
Setelah hampir bertahun-tahun aku tinggalkan dunia blogging. Akhirnya diberi kesempatan untuk buat apa yang patut. Semoga berfaedah.



Aku mengambil keputusan untuk menyegarkan kembali blog yang telah kian lama ditinggalkan. Nak buat tutorial cantikkan blog yang berguna untuk bloggers lain pun dah tak mampu. Yelah, dulu 2015, sekarang 2017, coding semua dah lupa.

Langkah pertama yang diambil untuk segarkan balik blog ini adalah dengan menukar template. Ya Allah, susah gila nak cari template blog sekarang yang ngam dengan citarasa aku yang cerewet ni. Hampir seminggu survey dengan encik google, tapi tak jumpa-jumpa jugak.

Jadi aku buat keputusan template yang digunakan sekarang ni lah yang akan menjadi pilihan. Banyak lagi proses ubah suai yang perlu dilakukan. Takpe, kita buat satu-persatu. Biar slow asalkan puas hati!

Kepada bloggers yang tengah mencari template blog idaman yang cun melecun, boleh la try usha di link yang aku sediakan di bawah.


Aku pun ambil dari situ template ni.

Cuti masih berbaki berbaki 2 bulan saja lagi sebelum aku meneruskan langkah ke alam universiti. 

Tak sabar tapi belum bersedia

Post Top Ad