Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
June 22, 2012

Kenapa Segalanya Berubah ?

by , in
Jom baca sebuah cerita Azhunk nak kongsikan ;) Kisah Benar Berlaku Kepada Seorang Insan ;)
Semasa kecil, aku selalu disayanginya, semua yang ibu bapaku buat sentiasa menyenangkan hatiku. Mereka sentiasa mendengar luahan dan menjawab pertanyaanku. Aku rasa sungguh gembira. Tatkala aku disakiti sama adik beradik lain, ibu bapalah yang menjadi pelindungku, mereka memarahi sesiapa yang menyakiti ku.

Apa saja yang aku inginkan akan dibeli, ayah selalu berkata " Kalau nak minta ayah belikan perkara kebaikan berkaitan makanan, pelajaran (buku alat tulis) dan lain-lain lagi, beritahu saja.  Akan ayah tunaikan"   Segala permintaan aku tidak dikecewakan. Ayah menunaikannya dengan rela hati dan gembira :)

Jika dulu, aku sering bertanya kepada ayah tentang alam semula jadi, beliau sentiasa memberikan jawapan dan menunggukan saat aku mengajukan persoalan. Jawapan yang diberi oleh beliau sangat bermakna dan aku ingati sehingga sekarang.

Jika dulu, Ibu sentiasa menasihati aku, bermanja denganku dan mendengar luahan hatiku. Ibu tidak pernah lupa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Mengajak aku meronda-ronda dan pergi ke rumah kawan beliau bersama motor lampu bulat.

Tetapi sekarang saat aku meningkat remaja. Seperti  yang umum ketahui, remaja perlukan bantuan untuk menyelongkar identiti sendiri, perlukan perhatian yang lebih dan perlukan segala-galanya untuk hadapi saat sukar ini. Tetapi kenapa mereka berubah ?

Ayah tidak lagi pedulikan kehendakku, jikalau aku memohon sesuatu, beliau pasti dengan berat hati ingin menunaikannya. Adakah aku sudah tidak penting lagi baginya ? Adakah aku hanya menyusahkannya ?

Saat sekarang, jika aku menanyakan sesuatu persoalan kepada ayah, beliau mesti jawab "tak tahu" atau tidak memperdulikan pertanyaan aku. Adakah soalan aku begitu sukar untuk dijawab ? Ataupun begitu bodoh untuk dijawab ? Atau ayah sudah benci akan soalan aku ?

Ibu sekarang sudah tiada masa bersama anak-anak, ye aku faham setelah bergelar nenek sudah pasti berlaku kekangan masa. Tetapi takkan sedikit pun tidak boleh mendengar isi hatiku ? Menasihatku ? Jika aku ingin berkongsi luahan kepada beliau, mesti beliau buat tak endah je ataupun tidak mendengar. Betapa kecewanya hatiku yang begitu teruja ingin meluahkan sesuatu.

Jika dulu kalau aku kecundang, atau kalah. Sudah pasti Ibu dan Ayah menjadi pembakar semangat untuk membuatkanku terus berjaya. Tetapi sekarang mereka sudah tidak lagi memberikan kata-kata yang boleh menjadi perangsang buat diriku tetapi mereka hanya tahu melarang aku, memarahi. Di mana kata-kata yang selalu menjadi pengubat hati ku dulu ?

Itu sahaja, perasaan yang aku alami sekarang amatlah sukar ! diibaratkan semua orang tidak memperdulikan aku di saat aku memerlukan :L Mungkin di masa hadapan mereka sedar yang aku amat memerlukan mereka.
June 08, 2012

Cara Daftar SAYS.my

by , in
Jana Duit Online ? Perkataan ni selalu kita dengar kan ? dan apa selalu kita kata akan perkataan ni ? "Tipu je tuu ! Mana ade dapat duit secara online, dengan online saja" Azhunk pun kata begitu dulu. Ni bukan nak iklan atau ape, hanya nak buka ruang untuk para onliner di luar sana, yang online setiap hari tu.

Balik sekolah terus online, Balik sekolah terus update blog, apa kata korang try sendiri ? sekurang-kurangnya dapat juga duit. Walaupun tidak banyak, tapi dapatlah juga bak kata pepatah "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".  

Korang tengok tu gambar atas sekali entri ni ? Hah syarikat pengiklanan secara online, Says.my. SAYS ni baru sahaja ditubuhkan, sebenarnya ia adalah syarikat yang dulu ade website yang nama YouthSays. Nak baca lebih lanjut ? TEKAN SINI

Baiklah Azhunk taknak cakap panjang, jomlah korang join SAYS sekarang ? Azhunk join dah lame tapi aktif selama 3 hari tapi dah dapat hampir 20 ringgit ! tak caya ? bukti dekat bawah..

Cara-cara untuk mendaftar ;)

Mula2 TEKAN SINI

Pergi bawah sekali dan tekan Create A New Account dan pilihlah nak login guna Facebook ataupun Twitter.

Setelah selesai boleh pergi ke Recommendations Tab ye dan pandai2 lah korang share.

Cara-cara share haruslah berhemah, jangan memaksa kerana orang lain akan rasa meluak nanti. Hah ! dalam business ni, kita share link , kasi orang click dan satu click akan ade harga tetap dia ;D dan akan ditransfer ke akaun SAYS kita. Selalunya satu click 20 Sen. Cukup RM50 boleh cashout, dia bank inkan terus ke akaun bank kita, dan yang bestnye ! Duit kita diupdate setiap satu jam orang menekan linknya. Jadi cepat kita tengok kenaikan duit , bersemangat lah kita nanti !


Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang !


June 07, 2012

Tutorial Facebook Auto-Like

by , in
Ya Allah ! Sudah hampir setengah tahun Azhunk berhenti sharing tutorial dengan kalian semua :'). Terasa rindu pulak ! Baiklah pada hari ini Azhunk nak kongsi satu Tutorial, tutorial berkaitan Facebook. Kalian pernah dengar pasal Facebook Auto-Like ? yea tutorial itulah.

Yang memboleh kalian mengelike semua status/comments dengan masa yang cepat. Dan selalunya apabila korang buat auto like ni, orang yang kena like akan rasa dihargai dan mengelike balik status dan comment korang. Jadinya autolike ni membolehkan kalian mendapat like yang banyak tidak kira status mahupun komen InsyaAllah !

Disebabkan Azhunk tengok dekat encik nuffnang, banyak bebeno datang dekat blog Azhunk semata-mata nak dapatkan tutorial autolike, dulu Azhunk pernah buat Machine Gun Auto-Like, korang boleh tengok DISINI tutorialnya.


Tanpa membuang masa jom kita ikuti tutorialnya di bawah..

Malangnya yang Azhunk ada tutorial untuk pengguna Mozilla Firefox sahaja ;D

1. Install benda >NIE<
2. Lepas dah install, Restart Mozilla Firefox korang.
3. Klik kat muka Monyet tu sampai dia menyala.
4. Install plak benda >NIE<
5. Tunggu sampai dah siap install, lepas tu restart semula Mozilla Firefox.
6. Sign in Facebook korang.

Nanti keluar menu dekat bawah kiri

Expand Comments
Like All Statuses
Unlike All Statuses
Like All Comments 
Unlike All Comments

Pandai2 lah korang tekan sendiri ye =D

Jangan terlalu gelojoh tekan nanti tak pasal2 dapat warning and block selama 2 hari =) Block daripada tekan menu tu je, bukan block facebook.

Sebenarnya untuk dapat beriban like, ade cara lain tapi taknak Azhunk kongsikan sebab ia illegal. HARAM =) Cara menipu..

June 06, 2012

Kenduri Kahwin Bapa Saudara

by , in
Daripada tak pergi ke mana-mana, bolehlah juga rasa pergi ke Johor buat kali ke-Tiga :D. Itu pun atas sebab menghadiri kenduri bapa saudara sebelah ayah, pak cik Yusuf. Beliau berkahwin dengan orang Johor bernama Ain kalau tak silap Azhunk.

Masa dalam perjalanan nak pergi tu kan, memang lama sangat, puas duduk dalam kereta tetapi Alhamdulillah kereta taklah sendat sangat. Kereta yang Azhunk naiki pun ade 4 orang je termasuk pemandu. Sebab Kak je dan Fieqah naik dengan Kak ja and her husband dengan kereta lain.

Masa tiba pula, macam2 lah berlaku ! haha tapi malangnya, kereta mak saudara Azhunk, Mak cik yah rosak so terpaksa hantar bengkel. Semasa tiba pula pada malam hari, kiteorang  terpaksa cari tempat untuk bermalam. Tempat yag pak cik yusuf sewa dah diduduki oleh waris dari Pahang. Jadi Ayah cari tempat lain dekat luar, so terjumpa Quarters Bomba. Alhamdulillah, RM70 semalaman ! Quarters kan , dia macam  rumah, ade 3 buah bilik tidur, 1 bilik mandi, 1 tandas, dapur, ruang tamu. Yang paling syoknya, ade 7 buah katil ! Siap almari loker tiap2 katil, wahhh..

Kira berbaloi lah dengan harga 70 hengget untuk semua tu. Jadi kiteorang menetap dekat situ.

Keesokan harinya pada hari perkahwinan, makanan dia sedap juga tapi tak masuk dengan taste Azhunk. Yang paling best nye ! Ade 3 jenis air wow ! Airnya sedap-sedap belaka.

Panjang pulak aku hurai..

Okay masa petangnya pergi ke Pahang untuk bermalam di rumah Tok Su, Tok saudaraku, pagi esoknya, pergi bukit Gambang Waterpark ! Bermandi manda, best sangat.. Azhunk, kak je, piju dan fieqah naik slide yang tinggi tu, wah mencabar gile. Pastu main dekat Coco Beach ;D

Pijo , my brother

Kak ja mendukung anak keduanya


Budak suka posing, kak je

Pegang barangan hantaran pun sempat lagi posing.


See...

Pak Cik yusuf dan isterinya di atas pelamin.


k atas kereta , bateri telefon pun nak habis.

Ok itu sajja ! Pengalaman cukup indah semasa cuti mid year, get ready for PMR pulak this year Azhunk ! Ape2pun korang harus doakan kejayaan Azhunk dalam PMR ye ? ;D Insya-Allah, Terima kasih !
June 05, 2012

Lawatan Kelas 2 Sina "11"

by , in
Keseronokon yang teramat sangat dikongsi bersama-sama pelajar kelas 2 Ibnu Sina pada tahun lepas, tahun 2011 semasa lawatan sambil belajar selama 3 hari 2 malam kalau tak silap Azhunk. Lawatan tersebut sudah mengukir memori yang sukar hilang di ingatan Azhunk, dan mungkin juga pada pelajar-pelajar lain yang turut serta. Apa yang istimewanya, lawatan itu bukan sahaja disertai oleh pelajar 2 Ibnu Sina sahaja, malah ada juga pelajar dari kelas lain dijemput turut serta ;D Malangnya :( Tidak semua pelajar 2 Ibnu Sina yang menyertainya.

Apa-apa pun boleh dikatakan gembira juga lah kerana itu lawatan pertama Azhunk bersama rakan-rakan sepanjang lebih setahun mengenali mereka. Lawatan ini disertai oleh pelajar kelas 2 Ibnu Rushd, 2 Ibnu Khaldun dan majoritinya pelajar 2 Ibnu Sina di Kuala Lumpur.

Banyak tempat menarik yang kami kunjungi sepanjang lawatan ini, tetapi bagi Azhunk, yang paling seronok adalah Times Square (TS) dan Bukit Gambang Waterpark (Taman tema air yang baru sahaja dibina di Pahang). Kalian pernah pergi ke Times Square? Azhunk tahu mesti semua pernah pergi dan tahu pasal tempat tersebut kerana ia merupakan Shopping Complex bergabung dengan tempat permainan khusus untuk pengunjung-pengunjung datang untuk bergembira.

Semasa masuk tempat game fair dia tu kan, semua jenis permainan Azhunk cuba bersama rakan2. Selepas cuba semua tu, then tiba turn nak naik kereta kabel. OMG my first time riding this cable car, my heart feels like wanna blow up. Rasa berdebar teramat. Tetapi rupa-rupanya SERONOK sekali !

Lepas tu main kereta langgar pulak, yang ni lucu sekali. Azhunk dan kawan-kawan main kereta langgar banyak kali. Lepas habis main then keluar and beratur balik macam anai-anai beratur duk usung gula. Haha lebih kurang 4/5 kali jugak lah duk main2 kereta langgar, dush dush hahaha !

Kesian kat orang chinese tu, kena langgar oleh puak kami. Tergamam dorang, tak kenal siapa, dari mana then datang langgar tiba2 haha ! then kiteorang gelak besar le.
Wadie,  Shafuan, Luqman

Asyiknye dia dengar lagu..


Ulama senyum duck face, Hanif Ulama'
(sebenarnya bibir dia berdarah, Azhunk nak tunjuk dekat dia then suruh dia senyum gitu then Azhunk tangkap gambar, last2 jadi gini haha)

Wadie pose maut

Kat sains mende tah

Cantekkk !


Amir, Wadie, wehh mau kena langgar ka ?

Besaunya kapal haha , (kapal atas darat)




Nazirul buat apa dekat belakang tewww?

Ahnaf, Azhunk, Hakimi

Best woo main sini, dekat Times Square !

Okey, tanganku haha, tu tengok pass mau masuk.

Ahnaf, Azhunk, Afiq, Hakimi

Mentang-mentang beli lampu laser, tu main tembak2 namplohdas dekat dinding sambil tutup lampu, adoyaii. haha

Pengalaman ni amat bermakna bagi Azhunk dan teman-teman. Harap pada tahun ini, 2012 dapat diadakan lawatan lagi bersama-sama mereka =D Insya-Allah !
June 01, 2012

Doaku Tidak Dibalas

by , in

Perkara yang common bagi seluruh umat Islam, perkara ini sentiasa menjadi persoalan dan kadang-kala menimbulkan rasa ragu-ragu akan kebenaran terhadap agama.

"Kenapa doaku tidak dimakbulkan?"
"Kenapa acapkali aku berdoa, satu pun tidak ditunaikan"
"Adakah tuhan tidak menyayangi aku ?"
"Adakah tuhan membenci aku ?"

Pernah tak persoalan di atas terukir di bibir anda? Kalau pernah, saran Azhunk ubahlah. Janganlah berkata demikian, sungguh itu akan mewujudkan rasa putus asa untuk berdoa.

Ada beberapa faktor doa kita tidak dimakbulkan Allah.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”


  • Tidak Istiqamah
  • Berdoa tidak mengikut caranya
  • Berdoa hanya di mulut sahaja
  • Berdoa tanpa usaha
  • Dosa yang dilakukan terlalu banyak
Tidak Istiqamah, yang ini selalu berlaku kepada kita contohnya yang bakal menghadapi peperiksaan/ujian. Mereka hanya memohon doa kepada Allah apabila ingin menghadapi ujian, tidak pula pada hari biasa. Kita seharuslah istiqamah. Sentiasa berdoa. Contoh, jika kita berdoa untuk sentiasa sihat dan sembuh. Berdoalah setiap masa, jangan tunggu sakit dahulu baru hendak berdoa untuk kesembuhan dan kesihatan jasmani dan rohani.

Tidak mengikut cara? Kita haruslah berdoa mengikut cara-cara, sunnah yang ditetapkan. Apa yang Azhunk tahu adalah

  1. Berdoa ke arah kiblat
  2. Mengangkat tangan atas paras bahu
Hanya di mulut sahaja? Jangan hanya tahu mengeluarkan kata-kata sahaja contoh. Perkara ini seringkali berlaku disebabkan sifat riak dan ingin menunjuk-nunjuk. Ada juga sesetengah individu berdoa di hadapan khalayak, tetapi di belakang, tidak pernah memohon sesuatu dari Allah.

Berdoa tanpa usaha? Ingatlah, Allah yang merancang kita yang melaksanakan. Jadi berdoa tanpa usaha itu adalah doa yang sia-sia sahaja. Jika ingin berjaya, berdoalah dan berusaha seperti mengulangkaji pelajaran, membaca, membuat nota dan lain lain lagi.

Terlibat dalam kancah maksiat? Jangan mengharapkan doa kita dimakbulkan. Ubahlah diri dahulu, muhasabah diri dan perbaiki yang mana patut. Jangan pula pergi disko tiap2 hari dan berdoa nak suruh kaya ? Adakah Allah nak tunaikan ? Tidak.

Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

Tidak lupa juga, jenis-jenis doa. Kita tidak boleh mendoakan akan keburukan seseorang, jangan sesekali !

Kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI) : Jika Allah tunaikan semua doa-doa kalian di muka bumi ini, cuba fikir apa akan jadi pada kehidupan ? Kucar kacirlah, fikir sorang tu nak rumah banglo 200 tingkat, sorang tu nak tanah 300 bidang, sorang tu nak duit RM40000.
(Ayat diedit sedikit tetapi membawa maksud yang sama)

Sumber gambar : Google 

Post Top Ad