Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
May 29, 2012

Selamat Hari Ibu.

by , in
Apa kamu semua buat pada Hari Ibu ? Mesti ucap / buat card / raikan / kasi hadiah dekat ibu korang masing-masing bukan ? Apa  tujuan buat semua tu ? Untuk menghargai beliau, good !

First Azhunk nak beritahu dulu. Kalian tahu tak macam mana wujudnya hari ibu ? Hari ibu ni wujud untuk menghargai seorang "ibu" iaitu mariam kalau tak silap, ibu kepada Nabi Isa A.S. Hari ibu juga bertarikh sama dengan tarikh ibu Nabi Isa dilahirkan. Kalau ade kaitan ngan Nabi Isa, mesti Jesus kan ? Jesus berkait dengan kristian. Jadi perayaan hari Ibu ni perayaan agama Kristian.

Tapi Azhunk rasa tak salah kita nak raikan pada hari yang specific untuk ibu. Tapi pada hari lahir ibu korang, korang raikan tak ? Baguslah kalau yang raikan untuk mengenang jasa.

Tetapi sebagai seorang anak, tak perlu lah nak raikan 1 kali setahun. Maknanya kita kenang jasa mereka dalam 1 hari saja dalam setahun. Alangkah sekejap je tu ? Jadi kalau korang betul2 menghargai ibu korang, raikanlah setiap hari :) Appreciate her everyday. Buat perkara yang disenangi beliau, jangan kecilkan hati beliau. Ada faham ?



Haritue, pada sehari selepas hari ibu kalau tak silap, Azhunk ade buat satu ayat... Panjang jugak lah khas untuk my mum. ;) 

Mum, today is the mother’s day. I know, we as a muslim do not celebrate mother’s day for a specific day, but we have to celebrate and appreciate a person who had given birth us everytime. Because, we don’t know how long She will stay with us. Maybe she will go today ? Tomorrow ? or Sooner ? Wallahualam. But, since majority of my classmates greet their mum for a mother’s day, I feel something. I feel that I have to do the same ! Before, I rarely wish her a mother’s day or thanked her for his kindness. But today I’m taking this golden opportunity to greet you mum.
Thank you for giving birth me, without you, Maybe I won’t see the world Insya-Allah. Thanks again for taking care of me, giving me some useful advices to burn my spirit. Without your words, I won’t continue striving to achieve my success. I know I have to repay what you did to me. But everyone know, All people cannot repay what their mums did to em’, their effort for us are too much ! Maybe some people say, “It’s easy to repay, just take her living with us till the end of her life” Oh no, that’s not enough.
First what can I do for you mum is, achieving a flying result in my examination PMR as what you have been wishing for. THANKS AGAIN MUM ! :)
May 28, 2012

Tentang Cinta

by , in
Apa itu cinta? Entahlah korang, Azhunk sendiri tidak pasti maksud sebenar cinta. Sebab sebelum ni pun Azhunk TAK PERNAH berpengalaman bercinta. Ada tak dikalangan pembaca pernah berpengalaman bercinta ? Haha Dah eh ? Then Kahwin dengan dia tak ? or tengah kapel dengan si Dia sekarang ?

Ape ape jelah. Cinta ni kalau tengok orang duk couple-couple tu, bermakna sayang lah kan ? Sayang lebih sikit daripada best friend. Kiranya kekasih, fungsi dia sama dengan kawan iaitu


  • Menemani kita selalu
  • Sentiasa menasihati kita
  • Mendengar luahan hati/perasaan kita
  • Teman yang setia
Yang di atas ni mesti bagi pendapat korang tentang cinta kan ? ade beberapa faktor nak tahu korang sedang dilamun cinta.

SENTIASA MENGINGATI SI DIA

Yang di atas itu adalah main factor membuktikan kamu mencintai si dia.

Tadi dekat Facebook Azhunk terjumpa sebuah gambar ni, menarik juga. Dia ade senaraikan 5 Fakta tentang cinta.

Adakah korang mencintai seseorang disebabkan perkara-perkara di atas ? Kalau ye bermakna itu bukan CINTA :). 

Yang boleh Azhunk beritahu di sini adalah, cinta yang sebenarnya adalah cinta korang semua terhadap Allah.

Sebab-sebabnya adalah

  • Adakah kamu pernah melihat fizikal Allah ?
  • Adakah Allah pernah menangis ?
  • Adakah kamu tahu akan kehidupan Allah ?
  • Adakah Allah memaksa kamu supaya tidak tidur ?
Semua di atas tidak kan ? Tapi seperti Azhunk beritahu tadi faktor kamu dilamun cinta  adalah, kamu akan sentiasa mengingati si dia.

Lihatlah, kamu sentiasa mengingati Allah dan Insya-Allah , Allah akan sentiasa mengingati kamu. Jadi hargailah cinta Allah dan jangan kamu membazir masa melayan FAKE LOVE :)

Sekian.


May 27, 2012

Malu Sebab Tak Handsome/Cantik

by , in
Pertama sekali Azhunk nak tanya, ada tak dikalangan pembaca blog ni pernah rasa Malu Sebab Tak Handsome/Cantik ? Contohnya kita mempunyai fizikal yang tidak sempurna, pendek, tinggi, gemuk, kurus, hitam, putih Ops , Maaf kalau agak "dale". Haha..Banyak kesan-kesan negatif akan kita dapat jika kita berasa sedemikian. Antara kesan-kesannya adalah :

  • Kurang berkeyakinan diri
  • Kufur nikmat
  • Takut untuk melakukan sesuatu perkara
Kurang berkeyakinan diri

Dari segi keyakinan diri, banyak perkara yang dipengaruhinya. Contohnya kita akan rasa malu untuk berada di kawasan awam (Kawasan ramai orang). Tidak yakin akan kebolehan diri seperti malu untuk bercakap dan membuat perbentangan. Hal ini akan mengundang masalah kepada kita.

Kufur nikmat

Tajuk ni lebih kepada agama pula. Ingatlah semua ciptaan Allah ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Jangan sesekali kita merungut, menyalahkan Allah, tidak puas hati, dan tidak bersyukur akan ketentuan Ilahi.

Sabda Rasulullah S.A.W berkata maksudnya :
"Sesiapa  yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat"
Jadi hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa Allah beri.

Takut untuk melakukan sesuatu perkara

Yang ni selalu berlaku khususnya pada golongan pelajar sekolah. Mereka takut nak menanyakan perkara yang tidak difahami di dalam kelas, takut untuk bersuara, takut untuk memberi pendapat. Sebab apa mereka takut untuk buat begitu ? Sebab takut terbolah/bolop.

Terbolah dan bolop ni perkataan negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan. Kalau dalam bahasa surat, maksudnya seperti kita melakukan sesuatu yang orang lain tak buat dan boleh memalukan kita.

Contohnya pergi ke sekolah, semua orang pakai kasut hitam kecuali kita, sebab kasut hitam kita di rumah basah, apa yang kita rasa ketika berada di sekolah  ? Perasaan itulah yang dipanggil sebagai terbolah. Haha! ! Dalam bahasa Kelantan. *Terbolahnya aku*

Bagaimana untuk mencegah kesan-kesan negatif di atas ?

  • Fikirlah bahawa semua kejadian Allah tidak sempurna, ada kekurangan dan kelebihannya masing-masing
  • Berfikiran positif, jadikan kata-kata kritik dari orang lain sebagai pembakar semangat untuk mengubah diri ke arah kemajuan
  • Set in mind yang kita ni boleh lakukan. Boleh membuat perbentangan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Itu sahaja perkongsian dari Azhunk ;) Ambillah yang boleh diterima, dan buang yang sebaliknya.
May 25, 2012

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

by , in
Hah, post ni lebih kepada budak form 3 , yang tahun ni buat kerja kursus sejarah. Sekolah korang ambik tajuk apa? Azhunk ambil produk makanan tempatan (Keropok Lekor).

Sebenarnya Azhunk pun tercari-cari kot-kot ade website yang tunjuk cara-cara nak wat kerja kursus, or demo or something lah. Sebab Azhunk tengah buntu sekarang, taktahu nak buat macam mana.

Dari yang Azhunk tahu kan, dia ade 3 Elemen.

Elemen pertama : Sumber kan ?

Elemen kedua : benda macam berkaitan penghargaan, pendahuluan, latar belakang, kaedah, objektif dll.

Elemen ketiga : Unsur Patriotisme

Sebenarnya kerja kursus sejarah pada tahun 2012 ni takdelah susah sangat, tapi kita kena faham je ape kena buat. Dulu Azhunk tak faham langsung tapi alhamdulillah sekarang baru faham. Cikgu nak kerja kursus hari ahad ni.

Yang sedihnya ! Azhunk TERTINGGAL KERTAS KERJA KURSUS DI ASRAMA ! dan tadi mase kelas tambahan dekat sekolah, nak ambil kertas tu tapi pok guard tak kasi masuk dalam asrama. Shiattt LOL hahah ops.

Takpelah, Azhunk nak buat yang baru starting from the start :) Insya-Allah siap dengan sempurna. Yang GEOGRAFI tu Azhunk tak puas hati ! Banyak kecacatan, kalau boleh Azhunk nak buat semula yang baru !

Okay sampai disini sahaja :)
May 25, 2012

Buang Habuk Kejap

by , in
Azhunk mahu ambil kesempatan nak buang habuk-habuk yang berterabur dekat blog ni.

Haha sepanjang cuti ni InsyaAllah Azhunk akan tambah entri-entri berguna buat santapan kalian dan peringatan untuk diri Azhunk sendiri. Sesiapa yang sentiasa buka or tunggu post dari blog Azhunk, terima kasih ingin Azhunk ucapkan :)

 Itu je kot, tangan pun dah jadi ganjal sebab betapa lamanya tinggalkan blog sejak duk asrama ni. Agak susah sikit nak atur masa, sebab terlalu padat. Tambahan pula, Azhunk kan PMR Candidate. hah ! Jangan lupa doakan kejayaan Azhunk dalam PMR 2012 tauu ;) Ok Assalamualaikum.

Post Top Ad