Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
October 15, 2015

Sahabat Baharu di CFS

by , in
Entri kali ini dibuat khas untuk men'describe' sahabat-sahabat yang aku baru kenal di Centre for Foundation Studies (CFS) IIUM Gambang. Merekalah yang boleh dikatakan agak akrab dengan aku. Sentiasa menemani aku di saat sukar dan senang. Most importantly, mereka adalah classmate aku and  some of them will be my future-roommate.

Sebab apa aku suka berkawan dengan depa? Haa, sat noh. Aku cerita dulu pasal mereka.


Nama dia Zaeem Firdaus or senang cerita panggil "Jaim" jelah or aka NENEK TUA BANGKA. Jaim ni merupakan seorang yang rapi dan kemas tengok rambut derr, kemas gila. Pergi je compartment dia, rasa macam dah duduk dalam rumah sendiri. Bersih! Selesa! Wangi! For me, dia ni sangat caring ala-ala ibu mithali kawan yang ambil berat terhadap kawan dia. 

For instance (ceh, EPT), dia suka ajak orang makan malam di bilik dia. Tiapkali nak 'dinner' di bilik dia, Jaim mesti akan buatlah air Teh *PEACH* yang lagi sedap dan wangi. Caring kan? Kalau sakit or ada masalah, jumpa je dia. Nanti rasa lega, sebab respond dia buatkan kita rasa rileks dan tenang.

Not to be forgotten, Jaim ni cerdik orangnya. Otak dia pikat sama ada dalam akademik mahupun .... Dia pakar Chemistry, selalu je top scorer in every Chemistry Quiz in class. Dahsyat kan? 

Now, move on to Hakim pulak!
 

Okay, si kacak dalam gambar di atas bernama Hakim. Seorang yang selfless, seriously. Sikap ke'selfish'an dia tu memang di tahap minimun, lagi kecik dari subatomic electron, mungkin? (Hiperbola melebih pulak...) 

Hakim pulak seorang yang agak stylo la bagi aku. I mean, dia ada ilmu pasal fashion-fashion ni. Kalau nak belajor berdandan, boleh rujuk dia. Apart from that, aku rasa dia ni is a wide-knowledge man. Seriously.. Asal Kelantan, tapi bila di tanya pasal Selangor, banyak tempat dia tahu lols. Boleh dikatakan fancy jugaklah.. wait, apa maksud fancy?!

Hakim juga seorang yang mudah mesra. Dia mudah nak approach or approached orang eventho at first sight tidak kelihatan begitu friendly. (Sorry lol). Buktinya, dia boleh masuk dengan semua orang. Hakim ni jugak cerdik dalam pembelajaran. Genius barangkali. Aku study dengan dia kimia, before quiz. Last-last, result dia lagi tinggi dari aku. Waktu study tu, aku yang lebih-lebih. Dia rilek je...  Serius jeles!


Yang ni pulak, nama Azmie. Seorang yang agak pemalu. yeke? Some friends of mine labelkan dia sebagai Speaker. Speaker, why? Sebab suara dia ni kuat. Kalau kita buat lawak, dia gelak, satu bilik pandang LOL.

Azmie ni juga warak orangnya, alhamdulillah. Selalu jumpa dia di musolla CFS. Dia juga selalu ingatkan kiteorang kalau kami ada terbuat sesuatu yang melanggar syariat.

Budak Azmie ni pun terer jugak Chemistry. *Jeles betol aku* Dia rajin sangat. Quiz kimia selalu je dapat markah tinggi-tinggi. Nak pandang result dia pun tak mampu, tinggi sangat. Maigad! One day, aku minta tunjuk ajar dia untuk bantu aku jalankan quiz kimia online. Dengan bantuan dia, alhamdulillah, I scored full mark for both two online quizzes. Next, aku cerita pasal selebriti CFS pulak.


Kenapa selebriti? mana taknya, satu CFS kenal dia HOHO. Nama dia Hasif. Seorang yang over-friendly. Dia ni bukan setakat mudah nak approach orang, tapi mudah nak rapat jugak dengan strangers LOL. 

Karakteristik yang boleh dikatakan identiti bagi Hasif ialah Celaknya. Ya, dia suka pakai celak. Boleh dikatakan, most of the time dia bercelak. Baguslah ada sahabat yang amalkan Sunnah. Sekarang tak ramai yang nak amalkan sunnah bercelak, sebab takut nanti orang label menyerupai perempuan, sedangkan Nabi sendiri suka pakai celak.

Satu benda paling unik pasal Hasif adalah, aku sangat jeles tengok NOTA dia. Nota dia dahla kemas! Laju pulak tu dia buat, guna pensel je. Seriously, rasa nak 'curi' je nota dia. Tulisan dia sangat cantik. Hasif juga merupakan orang paling cepat dalam kelas. Kalau lecturer bagi soalan, dia mesti jadi orang pertama yang siap menjawabnya. Kagum aku! lol

Ni sahajalah yang aku mampu cerita. Sebenarnya ada berjuta-juta lagi description about em', tapi tak muatlah blog ni kalau nak cerita semua kan?

Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana dorang boleh terpilih untuk di'review' di sini kan? sedangkan ade je sahabat lain yang boleh dikatakan rapat dengan aku di CFS. Well, we are all fishes LOL shh kami merupakan future roommate hehe. that's why




October 13, 2015

Welcome to CFS IIUM Gambang!

by , in
First of all, undoubtedly entri kali ini agak outdated. Mana tak nyer, tak habis satu sem, baru nak post dekat blog.

No matter what, it is still story of mine, so I have to key them in here.

Ini sambungan kisah pertukaran course. Ye, aku berjaya tukar course daripada Allied Health Science kepada course yang memang dah lama aku impikan, iaitu course Perubatan.
#NotaBukuLali : Tukar course di ASASI ye, bukan KULIYYAH (Degree). Haha, kira aku ni masih dalam aliran sains lagi. Subjek pun sama je.

Baiklah, tanpa berlengah-lengah, aku belanja korang gambar bilik aku yer. Before that, suka untuk aku beritahu, aku amat berpuas hati dengan fasiliti khususnya bilik yang disediakan di Gambang ni.

Perbezaan bilik dia :

CFS UIA Petaling Jaya (Mahallah Abu Bakr)
- Sebilik, empat orang
- Katil double decker
- 2 Plug sahaja
- Locker luas 2 kaki persegi sahaja
- 1 meja study panjang
- 1 Kipas
- 2 Lampu








Bersepah! Waktu ni tengah sibuk nak kemas barang sebab nak pindah ke Gambang...


CFS UIA Gambang (Mahallah al-Biruni)
- Sebilik, empat orang (setiap orang ada compartment sendiri, so empat compartments satu bilik)
- Di setiap compartment, disediakan 2 plug
- Di setiap compartment, 1 meja study
- Di setiap compartment, 1 softboard
- Di setiap compartment, 1 lampu study, 1 lampu compartment
- Di setiap compartment, 1 kipas



Masuk-masuk je CFS UIA Gambang, nampak masjid ni. Terus kagum.


Ni Mahallah al-Biruni


Bilik kesayangan, nilah compartment aku. Compartment A

Locker dia takde lah besar sangat, tapi not bad laaa.. muat je barang2 aku



Speechless




Ala-ala tempat nak sempat personal item gitu haha!







Itulah kisah Gambang. Tak lupa juga, aku ni boleh dikatakan early bird jugak dekat sana. Sebab batch kami batch ke 3/4 if I'm not mistaken. Bangga* hehe.









July 30, 2015

One or Two Year Program?

by , in
Dalam dilema, seriously. Ini cerita lama, tapi tak salah nak 'throwback' kan? Hehe.

Baiklah, Usai sahaja English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT), setiap pelajar asasi UIA dibahagikan mengikut kelas dan pencapaian masing-masing berdasarkan keputusan EPT dan APT.

Alhamdulillah, aku exempted Arab. Macam mana boleh exempted pun aku tak tahu, tapi seriously, soalan Arab dia lagi susah dari SPM. Mungkin sebab syarat nak exempted bagi aliran sains ni senang je kot. Malangnya, EPT aku sangkut, level 6. Kena dapat level 7 kalau nak exempted. Oleh sebab itu, aku kena ambil kelas Bahasa Inggeris for this sem.

Luckily, it's just 9 hours per week.

Actually, untuk aliran Sains, ade beberapa syarat untuk mendapat tawaran "One Year Program". Kalau tak silap aku, syarat dia adalah

-Got A's in all science subjects in SPM
-Exempted both EPT and APT
-Exempted APT, EPT level 6

Syarat yang pertama tu is a compulsory. Kedua dan ketiga tu salah satu. Fortunately, aku menepati syarat ketiga dan pertama, so that's mean aku dapat tawaran "One Year Programme". For sure Family aku suruh ambil "One Year Programme". Jimat masa la katakan. Setahun tu banyak beza tau.

Masa ni rasa sangat dilema, sebab semasa aku jawab APT and EPT, memang target untuk dapat one-year programme. Dah dapat dah, rasa pening. Lama juga fikir.

Survey-survey kawan, ramai yang tak sanggup ambil One-Year programme. Katanya jadual sangat padat. Can you imagine, schedule for 2 years is being compressed into a year, WOW!

Lastly, aku decided untuk tukar kepada Two-year programme. Alhamdulillah, sekarang ni tengah buat two years programme. Bila tengok keadaan budak one year, rasa macam xmenyesal tukar kepada two year. hehe, bukan nak menakutkan, tetapi itulah realiti.

These are all for today, tak boleh nak berborak panjang. Esok ade Quiz 2 for Chemistry.

May 26, 2015

Halatuju Selepas SPM

by , in
Yes, secara rasminya aku merupakan pelajar yang telah menduduki SPM pada tahun 2014. 

Dah menjadi adat dan kebiasaan, budak-budak lepasan SPM mesti akan sibuk nak survey-survey halatuju masing-masing.

Ada yang tanya senior universiti pasal apa yang ada di universiti, ada yang jumpa kaunselor. Well, masa depan kan?

Aku nak cerita lah serba sedikit perjalanan aku selepas SPM. Lepas je tahu result, sibuk gila isi borang. Habis semua aku bedal.

Tapi, aku terlupa nak isi UTP. Maybe takde rezeki lettew. Plus, aku tak beberapa minat UTP even though semua kecoh pasal UTP. I don't know why, tak rasa tertarik.

Nak dijadikan cerita, aku dapat interview JPAMARA course MEDIC. Masa tu memang dah berangan duk Ireland dah, takpun UK. Malangnya, interview tak berjaya.

Maybe interview tak berjaya sebab aku kurang perform kot or over confidence. Boleh jadi juga sebab markah merit, walaupun aku straight A's SPM, A keding2 macam cicak je.

Takde rezeki la katakan. Aku cuba buat rayuan. Gila kau, takkan nak lepaskan peluang biasiswa ke luar negara dalam bidang yang kita nak macam tu je?

Hah, sebelum tu, aku dapat MATRIKULASI PAHANG. Memang tak pergilah, sebab tak berani nak tanggung risiko di matrikulasi.

Choice yang ada, tunggu UPU dan result Rayuan JPAMARA je. UPU, aku check guna SMS. Baca kat depan, UIAM, course Y0030. Menatang apa tu?

Google, what the! Oh my god, I don't even know what course is this. Allied Health Science. Never heard about it either. Memang frust menonggeng! Yela, first choice, medic tak dapat. Second choice, dentistry tak dapat. Third choice, pharmacy tak dapat jugak! Hell craps. Await fourth choice jugak yang dia bagi.

Lama kelamaan, aku cuba buat research pasal course ni. Bila dah kenal, jatuh cinta.

Alhamdulillah, semalam result rayuan JPAMARA. Guess what, aku tak dapat! Allah tolong tunjuk jalan hidup aku dengan jelas sekali. Tak payah nak pening2 fikir buat keputusan.

Panjangnya aku berceloteh kali ini.

Sabtu terdekat ni, 30 Mei merupakan hari pendaftaran aku di UIA. Stay tune and await for my upcoming entries.
February 14, 2015

Valentine? Hurm...

by , in
Seperti semua maklum, 14 Februari merupakan sambutan Hari Valentine. Aku rasa semua dah tahu kan? Mesti korang awal-awal lagi dah di'informed' di News Feed Facebook tak kira dari non muslim user mahupun muslim user sendiri.

Maksud dan apa itu Valentine Day?

Seperti yang aku tahu, Valentine Day ini merupakan suatu hari untuk menunjukkan penghargaan, cinta dan kasih sayang kepada orang yang tersayang. Aku tak pasti apa yang dimaksudkan oleh 'orang yang tersayang'. Sama ada keluarga? Kawan? Boyfriend Girlfriend? or Isteri/Suami? Wallahu a'lam.

Memang tak salah nak tunjukkan kasih sayang semua. Tapi if I'm not mistaken. Having a sex during Valentine Day merupakan salah satu cara nak tunjukkan kasih sayang kepada pasangan. Tak tahu pulak Sex yang macam mana. Yang halal(dah kahwin) ke haram(zina).

Sebagai bukti, analisis menunjukkan peratusan pembelian kondom meningkat tiap kali masuk bulan Februari every year in Malaysia.

Aku tak cakap ianya suatu kesalahan nak sambut persayaan SEPERTI Valentine Day bagi pasangan suami isteri yang sah. Aku bukan pemberi hukum, maaf. Tapi kan lagi elok kalau intipati dalam perayaan Valentine dipraktikkan hari-hari? Maksudnya, pasangan suami isteri tak perlu tunggu 14 Februari untuk menghargai pasangan anda. Buat hari2 lagi bagus. Lagi sweet kan?


Menurut sejarah, terdapat beberapa sempena hari Valentine ini. Ada yang mengatakan sambutan ini bersempena dengan terbunuhnya seorang Paderi Kristian yang komited terhadap agamanya bernama Valentine. Dia dibunuh oleh Maharaja Claudius II Gothicus pada tahun 270M. Dalam lagenda, dikatakan St. Valentine telah jatuh cinta dengan anak Maharaja tersebut dan sebelum dihukum bunuh, dia telah menulis sepucuk surat yang termaktub padanya, " from your Valentine". Dilaporkan juga, hari Valentine berasal daripada satu perayaan kuno yang disambut di Rom iaitu Perayaan Lupercalia. Perayaan ini dirayakan kerana menyambut kedatangan musim bunga dan antara upacara utamanya ialah menguji tahap kesuburan wanita, di mana lelaki akan dicabut undi dan sesiapa yang terpilih akan melakukan hubungan seks dengan wanita yang ditetapkan.

Pada akhir abad ke-5M, Pope Gelasius I menggantikan Perayaan Lupercalia dengan Hari St. Valentine. Ia kemudiannya disambut sebagai hari percintaan bermula pada abad ke-14M. Kini hari Valentine bukan sahaja disambut di negara Barat atau penganut agama Kristian sahaja, bahkan seluruh dunia turut meraikannya. Pasangan kekasih menunggu-nunggu tarikh keramat 14 Febuari bagi merayakan hari kekasih ini. Ia dianggap hari istimewa bagi menunjukkan cinta kepada pasangan masing-masing.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/blog/menyambut-valentines-day-halal-haram

Wallahu a'lam kesahihannya.

Tapi walau bagaimanapun, perayaan Valentine Day terbukti HARAM dan disahkan oleh majoriti ulama.

Kenapa haram? Sebab ianya related to Christian. Bagi yang beragama Kristian. Aku hormat Hari Valentine bagi korang yang sudah berkahwin, :)

Tapi lagi elok semua hargai pasangan tak kira masa/tempat kan? 

Wallahu a'lam.

February 13, 2015

Takeru, Aku Mohon Maaf

by , in
Aku nak inform awal-awal, entri ini khas buat sahabat aku. Aku dah takde cara lain nak contact dia. Facebook aku, dia dah block. Mesej fon, xreply.

Takeru? Bukan nama sebenar. InsyaAllah empunya diri akan tahu kenapa takeru.

Takeru, sewaktu aku kat KISAS, aku sokmo ingat mun. Tiap kali aku naik bas on the way home, aku akan sedih. Sedih sebab aku teringat, kenapa aku sanggup tinggalkan mun untuk pergi ke KISAS.

Selain daripada keluarga, munlah orang terpenting dalam hidup aku. Aku tak pernah jumpa seseorang hak memahami aku macam mun. Aku tak pernah jumpa orang hak sentiasa jaga hati aku.

Aku tahu, mun mungkin menyampah baca cerita aku. Tapi aku nok jugok cerita.

Masa hari terakhir di KISAS, aku dah terbayang suasana dekat rumah.

Nak jalan-jalan rumah mun.
Tidur rumah mun/Mun tidur rumah aku.
Buat lesen Kereta/Motor sama-sama.
Kerja sama-sama.
Buat street dakwah.
Sama-sama mendalami ilmu ICT/Video/Multimedia.

Aku happy sangat! Lebih2 lagi mun menang LRK. Aku rasa bangga sangat. Aku akui, mun memang terbaik dalam pembikinan video/short film.

Sampai je rumah, aku terus contact mun. Unfortunately, panggilan aku xpernah dijawab. Mesej aku tak ter'reply'. Aku fikir, "Mungkin sebab handset dia kene curi, jadi tak ada medium untuk aku contact dia". Ok fine. Aku ada jugak terfikir nak pergi rumah mun, tapi tak tercapai sebab takde transport. Motor takde, kereta pulak tak mampu nak dipandu. Mak Ayah semua sibuk.

Sampailah suatu masa, aku dapat mesej dari mun. Aku happy sebab mungkin mun dah boleh contact aku. Cepat2 aku bukak.

"Assalamualaikum azhan, aku nak mintak maaf for everything yg aku buat k mung sepanjang kito bkawan. Aku tahu mung mesti sakit hati sangat2 kan dengan aku. I have to do this, bukan aku lupa mun, aku ingat mun sampai bila2.Aku rasa aku bukan kawan yang terbaik untuk mung. Mung pergilah cari kawan yang lain yang lagi baik. Aku tahu mung ramai saen dok supo aku. Aku rasa sampai sinilah, aku nak mun lupakan aku, anggap aku ni tak pernah wujud dalam hidup mun. Halalkan makan minum aku mase aku g umah mung. Sekali lagi, maafkan aku. Assalamualaikum."

Mula2 aku gelak dulu, aku ingatkan ini satu prank. Aku try call, mun tak angkat. Terus 'ego' aku pun datang. Aku hantar lah msj hak sangat menyakitkan hati :'( Aku express semua hak aku pendam.

Kita straight to the point jela Takeru, aku nak mintak maaf. Munlah kawan terbaik untuk aku. Aku tak kisah mun ni macam mana, kata-kata aku terhadap mun semua dusta. Semua kata-kata negatif sebenarnya aku tipu. Aku ni ego.

Sekarang ni aku takde kawan. Aku takut nak cari saing. Sebab aku tahu, takkan ada saing hak boleh terima who am I like you did.

Aku harap, lepas mun baca ni, mun akan terima aku balik. Aku akan cuba terbaik untuk tak sakitkan hati mun. Kalau mun tokse terima aku pun takpa, at least tak payah block aku dekat FB. Kita tetap boleh jadi kawan biasa?

"Innamal mukminunal ikhwah"

No matter betapa rosak kita dulu, kita boleh berubah takeru. Syurga memang destinasi hakiki semua orang. Aku nak mun masuk syurga sekali dengan aku.

Uhibbuka fillah abadan abada!
February 13, 2015

Sup Gear Box!

by , in


Semasa mak dengan ayah dalam perjalanan balik rumah, mereka beli sepotong (sepotong eh?) kaki lembu. Boleh tahan mahal jugak, RM35.

Sampai je rumah, aku terus merungut.

"Mok, bile nok buat sup nyoo?"

Last2, pukul 2 petang tu mak aku start buat.

Sayang mak! hehe.

Nak buat sup gearbox ni bukan sekejap, ambil masa berjam2 sebab nak pastikan daging tu betul-betul lembut dan emput. Barulah tak tercabut gigi nak kunyah nanti.

Sebenarnya aku rasa cara nak masak sup gear box ni senang je kot. Aku tengok mak aku buat macam simple je. Tapi aku tak tahu pulak macam mana resipi nak buat sup gear box yang sedap lagi ummph ni

Pukul 5 petang baru masak woii, dah bising dah perut aku. Siap bunyi petir halilintar bagai.

Aku dengan starvingnya pergi amik mangkuk and tambah sedikit bahan-bahan untuk buatkan soup tu lagi special. Simple jah cara nak suruh soup gear box jadi sedap. 

Aku taruk beberapa biji lada kecik, lepastu penyek2 sikit. Bagi keluar rasa pedas yang menyengat tu! Lepastu perah separuh limau nipis nak bagi rasa masin masam. Sup kalau xde limau nipis memang sorry la, OUT terus. hehe. Lepastu letak daun bawang and bawang goreng. Memang yummy super duper delicious!


Aku melahap je 2 tongkol tulang ni. Kenyang gila..

Kalau perasan, dalam tulang tu ada macam benda lembik2 kan? Sekali tengok macam Lemak. Tu lah favorite aku. Kalau tak silap aku, itulah yang dikenali sebagai medullary cavity (ceh biologi hehe). Sedap kot, rasa macam estrak tulang!



Kalau zaman kecik2 dulu, aku akan ambik straw and sedut benda lembik tu. Ataupun guna belakang sudu je untuk korek2 keluar.

Ini je cerita yang tak beberapa menarik hehe. Soup gear box is one of my favorite dishes!


February 12, 2015

Tok Guru Nik Aziz Meninggal

by , in
Sudah tentu semua umat Islam di Malaysia sebak kan. Tok Guru Nik Aziz, sumbangannya tak terkira. Usaha dalam menegakkan agama Allah.

Seorang yang sangat tawadhu'. Sekali tengok mantan Menteri Besar Kelantan ni, kita memang xakan sangka beliau pernah ke India dan Mesir untuk menuntut ilmu.

Tapi ajal buat beliau sudah tiba. Siapa kita nak halang kan? Apa yang kita mampu buat adalah mendoakan beliau supaya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Bekas Mursyidul Am Pas ini juga sudah lama sakit tenat dan ditempatkan di HUSM, Kubang Kerian. Mungkin ini yang terbaik untuk beliau.

Bila Tok Guru Nik Aziz (TGNA) meninggal? Berdasarkan laman facebook hmetro. Beliau disahkan meninggal pada jam 9:40 pada hari ini, 12 Februari 2015, Khamis di Pulau Melaka, rumahnya sendiri.

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

Info lebih lanjut boleh bukak link di bawah.

Tekan sini
February 12, 2015

First Time Pandu...

by , in
Alhamdulillah dapat juga progress ke step seterusnya dalam membuat LESEN setelah menangguh hampir sebulan. Sekarang ni masuk proses latihan. Yes, lesen kereta and motor sekaligus.

Motor dah selesai latihan, tunggu TEST JPJ je bulan 3 nanti.

Kereta baru 2 hari latihan.

Nak cerita sikit first day latihan kereta.

Pada pagi yang hening, aku bangun dari tidur yang nyenyak. Kelihatan adik sedang bersiap nak pergi sekolah. Pukul 8 pulak ada latihan kereta for the first time. Without wasting time, aku rush ke dapur untuk meneguk air masak (Amalan harian minum air masak sebaik bangun tidur (Y)).

Nak mandi, sejuk. Takut kene frostbite pulak. Aish, takut ni. Jadi aku decide tak mandi lagi. Aku makan sarapan yang mak aku sediakan untuk adik aku. Ummm, sedap! Tengok2 jam, DAH PUKUL 7:45 PAGI!

Aku lari macam cheetah mengejar badak sumbu ke bilik air nak mandi. Rushing punya rushing. Dah siap semua, tepat pukul 8 Pagi aku bertolak dari rumah ke Institut Memandu. Sampai kat sana 8:05 pagi, aku masuk kat depan. Ramainya budak2 beratur. Aku beratur lah jugak.

Sampai je turn aku, aku cakap

"Kak, saya nak buat latihan kereta"

Akak tu reply,

"Cikgu siapa?"

Aku bagitau,

"Cikgu Masrizal"

Akak tu dengan selamba cakap

"Cikgu Masrizal kene check in dekat belakang"

WHAT THE.... Aku lari ke belakang. dalam 8:15 minit sampai. Ade seorang pakcik ni, merupakan guru memandu jugak, dia kata..

"Eh, ni ke yang kereta no 15? Cikgu Masrizal dah tunggu lama.. Dia dah keluar dah."

Pakcik tu terus call cikgu, then pakcik tu bagitau aku...

"Cikgu Masrizal dah cari pengganti. Sebab kau lambat 15 minit. Lain kali kena datang awal...."

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Sedihnya! Punya semangat nak pergi belajar memandu. Last2, kene cancel sebab datang lambat.

Tu je nak cerita hehe. Terima kasih sudi membaca :)
February 08, 2015

GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

by , in


Sudah lama aku tak join giveaway. Well, join giveaway juga dikira berusaha tau. Usaha untuk mendapat rezeki. Ramai kata bergantung kepada nasib, sebab dia guna perkhidmatan random.org.

It's totally wrong. Tak kisahlah macam mana cara nak memilih pemenang, semua tu telah ditetapkan oleh Allah. Kalau ada rezeki, menang! Kalau takde? pasrah hehe.

Jom kita tengok syarat-syarat dia:

1. copy paste gambar di atas pada new post blog anda.
Dah ade dah dekat atas.
2. be follower blog MELANGKAU GARISAN

3. follow instagram byekinrazalli

4. komen dalam mana mana gambar instagram byekinrazalli

5. paste link "GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!" pada ruangan komen
Dah buat semua hehe!

Baiklah, kepada sesiapa yang ingin join? Pastikan korang join sebelom 28 FEB 2015 

Klik Gambar Giveaway untuk ke entri penganjur!

1. blouse satin size L byekinrazalli x 2 pemenang2. chiffon pant office attire (full lining) x 2 pemenang3. storage bag x 1 pemenang4. Tutu skirt beige color x 1 pemenang5. Topup RM5 x 4 Pemenang6. RAHSIA  (worth RMxx)7. RAHSIA  (worth RMxx)8. RAHSIA   (worth RMxx)


GRAND PRIZE is tailor made BAJU RAYA 2015 worth RMxxx byekinrazallidatailor x 1  PEMENANG*winner can choose whatever design she/he want depend tnc

PEMENANG untuk hadiah 1-8 adalah by random.orgPEMENANG untuk GRAND PRIZE adalah by top google ranking

Well, hadiah dia nampak mostly untuk perempuan kan? Kenapa aku join walhal aku ni lelaki. -_-. Takpe, boleh bagi hadiah kat mane2 girlfriends or adik beradik perempuan sebagai hadiah hari lahir nanti InsyaAllah, peace!
February 08, 2015

Pembunuhan Beramai Ramai!

by , in
Astaghfirullahalazim! 8 Februari 2015, telah dilaporkan oleh Mohamad Azhan bin Awang, pembunuhan secara pukal telah berlaku di bilik tidur Azhunk Awang. Hal ini adalah kerana berpunca daripada perbuatan mangsa-mangsa yang telah mengganggu ketenteraman suspek.

Suspek bertindak dengan kejam tetapi tidak berdosa membunuh kesemua mangsa tanpa belas kasihan! Lenyek, hancur dan habis musnah tubuh-tubuh mangsa. Hanya beberapa kepingan mangsa yang dapat ditemui setakat ini.




---------------------------------------------

Gimik je lebih. Bunuh pakai tangan je pun haha! Kejam kan?

Nak dijadikan cerita, semalam aku decided nak tidur dekat ruang tamu Aku pasang kelambu for safety. Biasalah, rumah aku kalau malam mesti ada je vampires yang datang mengganggu. Memang kenyanglah diorang datang berpesta rumah aku. Darah aku jadi habuan, darah aku kan manis haha!


Aku tersedar pukul 6 pagi tadi, WHAT THE... Guess what? ada berbelas-belas ekor vampire nyamuk yang terperangkap dalam kelambu tu. Memang syiok lah diorang duk hisap darah aku.

Buka saja lampu, aku terus pukul semua nyamuk-nyamuk tak guna tu guna tangan. Inilah hasilnya! Semuanya hancur berkecai, tinggal beberapa ekor je yang masih molek anggota badannya. Tu lah padahnya kalau terhisap mangsa yang salah :p.




Islam agama Ihsan, kita kena Ihsan terhadap semua benda hidup. Binatang, Tumbuhan, manusia and not to be excluded babi dan anjing sekalipun. Tapi kalau dalam kes macam aku ni, kita diharuskan membunuh nyamuk tu. Sebab dia membahayakan kita.

Contoh#

Tiba-tiba seekor lipan duk atas tengkuk kau, kau pun dengan selamba cakap...
Islam kan agama Ihsan, aku nak bagi tempat perlindungan kat lipan ni, nanti bolehlah dia makan daki-daki aku ni hihi..

Kepala otak kau, buat macam tu, alamatnya masuk hospitallah hehe!

Ok sampai sini ja,

February 07, 2015

Kulit Baru Sempena Botol Air

by , in
What the? Ingatkan ular sahaja yang mampu bersalin kulit. Rupa-rupanya blog pun boleh juga. Dahsyat betul! 

Takde lah, main-main je. Bersalin kulit tu maksudnya ber'wajah baru'. Kalau korang ada blog, mesti korang faham apa maksud wajah baru kan? Biasalah, nak bagi seri kenalah tukar wajah sentiasa hehe. 

I'm going to write it on what had hit me to put on a renovation to my dearest blog. 

Sedang asyik online guna laptop pink kepunyaan kakak jenama SONY ericson ni, tiba-tiba ternampak botol air kesayangan kat sebelah. Sebelum lanjutkan cerita, moh aku ceritakan how did I get this water bottle :)

Sewaktu dekat asrama, memang jadi kewajipan aku bawa botol air ke sekolah. Klang panas weii! Boleh kering tekak kau kalau tak minum air. Jadi aku amik penyelesaian bawak botol air tupperware warna hijau bersaiz besar yang comel lagi tahan ni. 

Well, botol air aku memang akan menjadi rebutan. Masuk je kelas...





"Azhan, air sikit .. hehehe"

"Azhan... *buat gaya minum air guna jari, I wish you know how*"

OK fine. Kawan kan? kenalah saling memahami, tafahum lah katakan hehe.

------------------

Tak lama lepastu, aku nak menduduki SPM, hujung tahun lepaslah ni. Tiba-tiba botol air tupperware hijau aku kene rembat! Cis, sekolah agama pun ada mencuri kah?

"Diorang pinjam kot" kata sahabat aku.

Dahla nak exam, tanpa botol air??? How would I survive?

Kebetulan parents aku datang melawat for the last time before I had to sit for SPM, jadi aku nampak peluang keemasan disitu untuk dapat botol air baru. We headed to Giant nearby. Aku pun terjumpa botol ni, wah sesuai ni! dahla besar, boleh isi air banyak, BPA free pulak tu, and the most important... WARNA HIJAU!



Cost RM20+ haha, mahal weh. Lebih kurang harga botol air jenama tupperware jugak kau ni.


Anyhow, back to the topic "bersalin kulit"

Jadi aku dapat idea kombinasi warna daripada botol air ni. Aku buat lah simple retouch untuk kembalikan seri blog ni.

Itu je buat entri kali ini, maaf kalau banyak merapu! Hehe.

Header sebelum ni...

First try.. nampak macam buruk sangat.




The chosen one. Walaupun buruk, tapi aku boleh terima lah hehe.

February 01, 2015

Emergency Break!

by , in
Bagi lepasan SPM, mungkin korang sudah familiar dengan tajuk kita tu kan? Almaklumlah, ramai yang menggunakan masa yang terluang 6 bulan++ ni dengan membuat aktiviti yang berfaedah seperti membuat lesen memandu. Same goes to me.

Baiklah diringkaskan cerita, sewaktu di bengkel selama 6 jam tu, aku ditemukan dengan seorang remaja yang turut serta bengkel itu. Bengkel kereta. Dia dah ade lesen motor, akan jadi lesen C tak lama lagi. Apa tu lesen C? Nanti korang buat lesen, korang akan tau insyaAllah hehe.

Dia cerita pengalaman dia buat lesen motor. Satu kata-kata dia yang sentiasa berlegar-legar dalam kotak imaginasi aku ni.

"Paling susah adalah when nak buat emergency break. Tak kena cara memang boleh terpelanting. Serius bahaya, kena naik laju pulak tu! Tayar wajib seret tar"

Ok, aku dah start kecut perut dah! Lepas je kelas tu, aku buat Ujian berkomputer a week later. Wajib betul 42 and above untuk lulus. Kalau tak, Bayar and re-sit for the examination. Naya kau, baik kau baca buku tu daripada membazir duit!

Alhamdulillah aku buat kereta and motor dan kedua-duanya lulus. Berkat aku duk mengkaji buku teks memandu tu lah.

Motor

Kereta

Show off sikit hehe!

Baiklah, move to Emergency Break. First time buat latihan motor semalam, belajar ringan-ringan je. Cara nak drive, tukar gear etc. Naik titian sirot, pusing cone, emergency break and nombor 8 bla bla tu tak buat lagi sebab aku bagitau Cikgu yang aku tak reti drive. Aku memang tak pernah naik motor sebelum tu. First time KOT?

Balik je, hati aku gugup. Aku duk fikir, macam mana nanti nak buat emergency break? Abis semua orang aku interview. Mintak tunjuk ajar. Takut kot, rasa macam ade rama-rama dalam perut.





Ade seorang sahabat aku bernama Fattah. Aku jumpa beliau di HUSM Kubang Kerian, sambil melawat anak sedara aku sakit demam kuning (Jaundice). Dia dah buat banyak latihan motor. Aku tanya pengalaman dia.

"Macam mana eh?"
"Kau guna gear 2 at first, drive and tukar gear 3. Lepastu pecut, pusing sampai habis limit then tekan brek sekuat hati!"

OMAIGOD, pusing sampai habis minyak? bapaklah! Seram jugak hehe.

Tup tup harini dah buat semua titi, break mengejut. Alhamdulillah lepas! Best pulak tu. HAHA! Rupanya selama ni sangkaan aku salah. Benda tu semua bukannya susah pun! Seriusly sangat senang tapi agak bahaya kalau tak kena cara. Ok tu je, kepada sape2 yang tengah buat lesen, Selamat Berlesen heehe!

Let's drive legally on the road.

Jumpa di entri akan datang.
January 31, 2015

"Aiskrim Pasu" Bunga RM2?

by , in
RM2? Haha, lawak je. Kat kedai Eco RM2 tu ada jual pasu bunga. Sejibik macam pasu yang digunakan oleh penjual2 aiskrim pasu. Mungkin diorang guna pasu tu kot...


Ada lagi ke yang tak tahu apa tu aiskrim pasu? Benda ni tengah viral kot! Semua pakat duk upload kat instagram masing dengan caption ala-ala artis gitu.

"Having Vase Ice-Cream with my friends"
"Vase Ice-Cream for today's lunch"

err, lunch? bole lahhh.

Yang pasti, kesian dekat Tutti Frutti. Macam dah tak viral dah. Tu la, mahal sangat hehhe.

2 hari yang lepas, aku pergi ronda2 dekat pantai. Pantai Bukit Keluang lah, dekat rumah. Then, ternampak satu tompok masyarakat yang terdiri daripada muslimah-muslimah yang pakai tudung dengan baju sendat lengan pendek duk berkumpul mengeremuni sesuatu.

Aku decided nak pergi tengok, what happened? Ada orang bergaduh ke? or ade orang kene tangkap basah? well pantai kan. Port budak-budak muda buat projek. Astaghfirullah.

Ghupe-ghupenya, orang tengah beli aiskrim pasu bunga melur! Harga dia around RM4+ something je. Tak tahu lah sedap ke tidok. Aku sebenarnya nak try beli jugak, tapi punya lama tunggu "muslimah2" tu beli, sampai berjam2 tak dapat! so aku fed up lah, cancelkan niat untuk mendapatkan aiskrim pasu bunga :(

So buat sape2 yang nak beli tu, boleh berkunjung ke Pantai Bukit Keluang di Besut yer, jom sama-sama rasa haha! I'll buy it one day!

Hah! sebelum terlupa, bukan aiskrim pasu je yang ade. Banyak lagi macam dekat bawah ni haaa...






January 30, 2015

Surat Buat Penerima Tawaran ke SBP

by , in
Sihat tak adik2? Semoga korang semua dikurniakan kesihatan yang sejahtera ye.

Surat ni untuk adik2 yang mendapat tawaran ke SBP je. Orang terlebih umur xleh baca ye! Nanti malu pulak hahak.

First of all, tahniah kepada semua bakal pemimpin yang mendapat tawaran ke SBP. Bukan mudah tao nak dapat! Syukur kepada Allah, dah sujud syukur belom?

Bagi tak dapat tu, jangan bersedih. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kamu adalah tidak ke SBP. At least kamu xmenghadapi masalah nak buat pilihan nak pindah atau tak kan? Kalau nak pegi jugak, boleh buat rayuan. Hehe.

Baiklah, yang dapat SBP ni mesti tengah menghadapi krisis hati berbelah bagi kan?

"Nak pergi ke tak ni, dahla kawan baik aku tak dapat... Jauh pulak tu. NaJnti kalau tak tak best macam manaaa?"

Tu antara soalan2 yang sedang melayang di dalam kotak minda kamu kan?

Baiklah, aku nak pesan sedikit. Memandangkan aku lepasan pelajar SBP, ceh bajetnya. Hahak!

Rindu dekat rumah
Seriously, perasaan ni semua orang akan ada bila korang berjauhan dengan orang yang kau sayang (family). Tipulah kalau tak rindu, lainlah kalau kau memang xsuka keluarga kau... ade ke? Wallahu'alam hehe.

Realiti yang harus kau terima. Rindu itu fitrah. Ia akan membuatkan kau lagi menghargai orang yang kau rindu. Plus, nanti kau keje kahwin semua, kene berjauhan jugak dengan keluarga kan? Ke nak tido celah ketiak mak lagi? Gurau je haaha.

Bestfriend aku tak dapat/taknak pergi. Aku nak ikut dia.

Ok yang ni sangat kritikal. Aku pergi SBP pun sebab aku berjaya pujuk kawan2 aku pergi. So kiteorang pergi bersama2.

But now, after a couple of year, aku dah kurang rapat dengan dorang. Sebab apa? Bukan bergaduh, tapi sebab aku dapat kawan baru yang lagi sekepala dengan aku. Diorang tetap kawan aku walopon xserapat dulu. Kami stay on contact.

Maksudnya dekat sini, kawan hanyalah teman. Bukan tempat bergantung yang permanent, bukan permanent marker hehe. Ada masanya kita akan dapat teman baru kan? Lainlah kalau kau nak kongsi suami/isteri dengan bff kau. Tu baru friend till mariage, ops! Semua nak sama2 hahahaa... ok joking je.

Bonus pergi SBP.
SBP ni boleh dikategorikan sekolah yang menjaga prestasi. Berdasarkan pengalaman aku. Cikgu kami beri berpuluh2 buku. Semuanya disuap. Aku rasa menyesal beli past year question semua. Sebab semuanya cikgu dah buat.

Kalau korang nak akademik yang baik, insyaAllah SBP tempatnya. (Bergantung pada sekolah jugak sebenarnya).

Tapi persaingan dalam akademik memang hebat! Disebabkan semua pelajar berpotensi dikumpul dalam satu tempat, so sengitlah berbanding sekolah biasa.

Baiklah tu je kot surat sangat tak rasmi ini untuk adik2 bakal pemimpin negara yang mendapat tawaran ke SBP.

MAAF kalau ayat berterabur sebab hapdet ni guna fon je. Heehe.

Selamat membuat keputusan ye! Oh ye kalau ada nak tanya apa2 boleh tanya dekat link dibawah ye ;)

Askk

Ops, before that! Jangan lupa untuk solat istikharah! Mohon petunjuk dari Allah. And all the best.

Di mana kamu berada, kalau kamu berusaha, kamu tetap akan berjaya!

Post Top Ad