Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
September 30, 2011

Perkahwinan Kak Wanis

by , in
Hari ini yakni 30 September sepupu Azhunk kahwin. Nama dia Wanis and kiteorang panggil dia Kak Wanis. Nama suami dia lak Faizal and panggilan tak tahu lagi sebab tak kenal sangat pun. Semalam dia kahwin. Hari ini pula dia buat wedding ceremony haha kat rumah dia Kelantan.

Wanis ni salah satu sepupu yang paling rapat dengan Azhunk. Sporting and kind-hearted pulak tuh. Alhamdulillah dia selamat diijabkabulkan. Semoga dia akan bahagia hingga ke anak cucu. Taknak lah omong panjang. Nak berhenti dekat sini sahaja. Insya-Allah Azhunk akan uploadkan gambar perkahwinan dia kat dalam POST INI. Nantikan yeaa ~~ =)

Gambars are here ^_^














DIKREDIT kepada cik NISA yg ala-ala HANA TAJIMA tu ye .
September 30, 2011

Budaya "MAMPUH"

by , in
Hari ini Azhunk nak luahkan kongsikan satu benda iaitu budaya "mampuh". Azhunk tak tahu lah bahasa bangku dia apa tapi yang Azhunk tahu mampuh ni orang Kelantan dan Terengganu biasa guna.

Kalau nak suruh Azhunk kasi definisi boleh jea. Tapi Azhunk akan kasi menurut pandangan Azhunk. Mampuh ni kalau nak kira maksud ayat adalah MATI/MENINGGAL. Tapi di sini bukan itu maksudnya. Maksud dia yang lain adalah membuat sesuatu untuk buat rakannya kelihatan "noob". Satu daripadanya membuat rakannya terbolah. Okay kalau korang tak tahu maksud terbolah buat2 tahu je.

Noob pula bermaksud New atau baru dan tidak tahu apa-apa. Atau lebih jelas lagi kalau Azhunk kata perkataan yang sopan bagi "bodoh".

Orang yang suka mengamalkan konsep "mampuh" ni golongan remaja. Kalau korang nak tahu ? Sampai guru mengajar pun berani diorang "mampuh". Memang biadap lah kan ? Diorang fikir buat macam itu suka-suka tapi diorang tidak fikir perasaan orang yang kena mampuh.

Orang yang mampuh ni tak fikir perasaan orang lain. Diorang tahu nak suka-suka je. Diorang tak tahu lah perasaan sebenar orang lain sebab biasanya orang kena mampuh akan cover seperti gelak juga dan tidak tunjuk perasaan sebenar dia. Azhunk nak minta maaf juga kalau ada mem"mapuhkan" korang.

Satu lagi Azhunk nak kasitahu. Try tengok negara kita, memang kufur nikmat. Mentang-mentang negara maju, takde usaha nak pertahankan negara. Tengok kita selalu buat perkara sia-sia dan menyakitkan hati orang lain seperti mengamalkan konsep "mampuh" ni. Try imagine.. Kalaulah negara kita dilanda peperangan, sempat ke kita nak mampuh2 orang lain ? Tak sempat kan. Memang tak sedar diri lah

Satu lagi. Tengok kat sekolah.. Mentang-mentang ramai kawan senang2 dia je wat sakitkan hati kawan lain. Mengata situ mengata sini. Fitnah merata2. Kalau nak mengata sangat pergi dekat cermin dan katalah kecacatan yang melakat kat muka kau tu.. Setiap manusia ada kelemahan.

Jadi Azhunk berharap orang yang selama ini mengamalkan konsep mampuh ni dapat berhenti daripada membuat kerja yang sia-sia ini. Fikirlah positif. Apa salahnya kita tukar mampuh dengan membuat perkara yang menyenangkan orang lain ?
September 26, 2011

Pembaca Blog Setia

by , in

Azhunk nak berkongsi satu artikel yang agak menarik dan penting bagi blogger-blogger di luar sana. Artikel kali ini tentang pembaca blog setia atau dalam perkataan inggeris blog loyal reader.

loyal reader ini sebenarnya amat penting bagi menyokong kejayaan sesebuah blog. Kalau takde visitor lain loyal reader inilah yang akan visit blog kita. Loyal reader ini manusia jugaklah. Seseorang itu yang terlalu obses atau minat dengan penulisan atau karya blog seseorang. Jadi bermakna loyal reader ialah pembaca blog yang selalu datang ke blog kita setiap hari untuk menantikan post-post yang menarik

Ada juga saya tengok blog yang "bertaraf tinggi" yang ada banyak loyal reader. Kalau bukak blog yang bertaraf tinggi itu pasti ade orang yang same komen atau visit blog dia setiap hari. Loyal reader bukan visit setiap hari untuk menarik readers dari blog lain. Tetapi dia datang setiap hari untuk me"layan" artikel-artikel terbaru yang dipost.

Kebaikan ada Loyal Readers :

  • Traffic blog akan meningkat
  • Akan ada yang baca entri kita
  • Akan ada respond dari diorang
  • Kita akan gembira


Nak tahu kenapa Azhunk cakap gembira? Sebab ramai bloggers buat entri berupa asking opinion. Macam menanyakan soalan atau pendapat kepada readers blog diorang. Jadi kalau ada respond dari readers, confirm happy lah kita at least post kita tidak terbiar begitu sahaja.

Okay bagi pendapat Azhunk lah. Azhunk rasa blog Azhunk World ni takde kot Loyal Reader. Sebab readers yang datang semua beza-beza. Maybe diorang datang dengan niat untuk mencari apa diorang nak. Bukan sebab nak tahu kisah terbaru di blog ini.

Tapi tak apalah, Azhunk tidak kesal sedikit pun jika kalian datang untuk tatap tutorials atau entri2 yang dicari disini =D yang penting korang dapat apa korang nak and Azhunk dapat saham pahala for sharing.

Okay setakat ini sahaja. Jadi kepada yang bloggers yang sudah ade loyal reader Azhunk nak ucap tahniah.
September 25, 2011

Tanda Perempuan Dicintai Jin Jantan

by , in

Baru-baru ni Azhunk ada wat Entri pasal Tanda-tanda lelaki dicintai jin betina. Jadi saya harap korang dapat baca yang ini pula terutamanya perempuan2 diluar sana =D

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki… samada lelaki yang sama…atau silih berganti… samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing… …bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu semuanya ‘ hensom ‘ dan menawan hati… …kadang-kadang hanya saling berpandangan… seperti orang yang baru mula berkenalan dan bercinta… …atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap melakukan hubungan badan… …tapi ada juga keadaannya…bukan lelaki ‘ hensom ‘ sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut- kan… …ia bergantung kepada keadaan…dan jin bagaimana yang mengganggu…



2.Jika jin jantan itu saka keturunan… biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki sejak dari kanak-kanaknya lagi… …untuk rawatan… wanita ini juga perlu beramal sendiri… …kerana biasanya jin itu sangat degil…dan ‘cintanya’ sampai ke mati…



3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil…orang asing…atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam antara tidur dan jaga… …kadang-kadang hanya didatangi…atau mungkin di- ganggu…atau buat hubungan badan sukarela…atau mungkin wanita itu diperkosa…



4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di- dalam saluran sulitnya…gatal atau hingga menimbul- kan rasa birahi yang memuncak… …ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa mengenal batas… …iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa sebab… …dari satu segi… ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh kejahatan jin… dan kadang-kadang di luar kawalan… …dan rahsia utamanya…iaitu kerana jin itu turut serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.



5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada bahagian kepala…



6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki… walaupun ia telah bersuami.. …dan besar kecenderungannya berlaku curang terhadap pasangannya… …ia ada daya penarik tersendiri…terutama kepada lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya…



7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu malam… …dan siangnya ia sering merasa lemas badan…



8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu yang aneh masuk ke dalam tubuhnya…



9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan- nya dari mana-mana…



10.Sukar mengerjakan solat…ada-ada saja halangan- nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat masa…



11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat letih tanpa sebab munasabah.



12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga…ia di- datangi makhluk menyerupai suami…atau orang lain…atau makhluk aneh yang mengganggu atau menyetubuhinya.



Nota : 1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau pasangannya ada jin jantan dalam badan… samada kerana saka…menuntut ilmu…menyimpan tangkal dan sebagainya… …apabila ia melakukan hubungan badan…jin tersebut itu turut sama samada sengaja atau tidak… maka jin itu mula ketagih dan buat ‘kerja sendiri’ tanpa kawalan tuannya… …itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan jin walau apa pun caranya…




2.Wanita yang ada gangguan ini… kadang-kadang masa bercinta semuanya indah… tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan rumah tangganya kerana takut atau benci… atau cemburu pada si suami yang… …tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan… jin itu suka…kerana ia haram…dan tiada ikatan yang mengganggunya… 3.Bagi yang sudah bersuami… kecenderungannya berlaku curang sangat besar… dari sebab hasutan jin… …ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja… terutama lelaki yang didampingi jin betina… …malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita itu dari suaminya yang halal… juga dari sebab hasutan jin betina… …kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu… nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat pada wanita tadi… wallohu a’lam.


Entri ini bukan Azhunk yang buat . Semuanya ambil dari website orang lain.

Kredit : AIDANATASYA
September 24, 2011

Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina

by , in

Hari ini saya nak kongsi satu cerita. Tanda-tanda lelaki(manusia) dicintai jin betina. Kesemua ada 19 Tanda. Tapi saya tak tahu lah tanda-tanda ini betul atau tidak, Wallahu'alam.

Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

Anda suka bersendirian berjalan malam.

Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota

Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.

Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.


Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.

Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.

Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.

Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.

(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)


Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.

Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.

Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.


Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.

Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.

Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.\

FULLY CREDITED TO : AIDANATASYA
September 23, 2011

Hajar aka Kak Cik

by , in

Teka mana satu hajar? Yang 3 dari Kanan haha =D

Hari ini Azhunk nak kongsi satu kisah. Ni kisah pasal Hajar aka Kak Cik. Nak panggil apa dekat dia eh ? Panggil Kak Cik lah. Sebab first kenal dia pun panggil Kak Cik. Tapi taknak panggil Kak Cik, nak panggil Hajar ajee.

Azhunk kenal dia masa darjah 1 dekat Sekolah Kebangsaan Sungai Petai. Mase tu memang tak boleh nak kata apa sebab dia cam brutal gitu plus dia ketua kelas mase tu. Jadi dia selalu buli orang termasuk Azhunk. Haha memang tak suka arhh.

Ade ke patut, Tak ingat dah darjah berapa. Hajar suruh Azhunk menari dengan budak perempuan sebagai denda sebab buat bising kalau tak silap. Isk2 nasib baik mase tu budak2 lagi haha takdelah malu sangat.

Seingat Azhunk sekelas ngan dia sampai darjah 3 sahaja then Azhunk berpindah ke Terengganu. Sebab dekat sikit rumah my father dengan pejabat dia. Mase tu memang happy gile Azhunk nak pindah sebab first time pindah sekolah.

Okay meh nak kasitahu cerita seterusnya. Selepas pindah sekolah tu Azhunk lost contact dengan semua kawan-kawan termasuk Hajar. Then tak sangka naik form 1 sekolah sama dengan HAJAR. OMG memang terkejut rr. Anyways dia 5 A's UPSR. Di antara orang bijak jugak lah. Tahniah oii cik hajar =D.

Menurut dia.. dia kata dia bersekolah dekat Sungai Petai sampai darjah 5 je. Then pindah ke Kamil kalau tak silap. Nak tahu macam mana Azhunk boleh tahu Hajar sekolah SMKANI jugak ? Sebab mula2 sekolah kat situ (Form 1) abg dia solat tepi Azhunk then dia ada tanya sal keluarga then dia tanye

" Kenal Kak Cik dop ? "

Azhunk pun reply

" Dop.. "


Mase tuh tengah blank manelah tahu Kak Cik mana. Lame2 Azhunk masuk ke kelas then teringat muka abg dia. Same je dengan Hajar sebijik. Lame2 Azhunk teringat tu panggilan untuk Hajar iaitu my classmate mase darjah 1. Siasat punya siasat akhirnya dapat tahu Hajar itu haha =D.

Tapi kan sampai sekarang (Form 2) tak pernah bercakap dengan dia. Malu maybe hahaa. Dia kata nak kasitahu satu rahsia, tapi dengan syarat kena tegur dia. InsyaAllah nanti ade peluang nak tegur ~ =D
September 23, 2011

Lame Tak Update Blog

by , in

Pertama sekali ana nak minta maaf jika ada lah reader setia blog Azhunk World yang datang setiap hari nak tengok entri terbaru. Sebab sejak kebelakangan ini Azhunk jarang update blog. (Tapi takpee.. Azhunk rasa takde reader setia tuk blog ni . Kan ?)

Sebenarnya kalau nak diikutkan hati memang banyak cerita-cerita menarik nak post dekat sini. Tapi malangnya banyak halangan. Contohnya kamera rosak, memang banyak gila gambar-gambar menarik yang azhunk snap. Gambar untuk buat TUTORIAL pun ade. Tapi kamera entah rosak gimana tak boleh bukak. Tapi dengar khabar my dad sudah baiki kamera itu.

Sebab kedua pula Keyboard pulak rosak. Nak pinjam laptop my sister tak boleh dia balik rumah mak mertua dia. Ini pun sekarang tengah update main copy and paste huruf jea. Sebenarnya takdalah banyak sangat huruf yang rosak. Tidak lebih dari sepuluh kalau tak silap. Kalau ada masa my dad nak bawak pergi Kota Bahru nak baiki benda alah ni.

Lagipun Azhunk rasa Tutorial dekat blog ni sikit saje. Tak sampai seratus pun. Maybe Azhunk akan tambah lagi Tutorial. Tapi sebelum itu nak berterima kasih juga kepada visitor

Yang ikhlas visit Azhunk World


Yang ikhlas follow Azhunk World


Yang ikhlas like page Azhunk World


Yang ikhlas baca entri Azhunk World


Yang ikhlas mengomen entri Azhunk World


Yang menggunakan TUTORIAL Azhunk World


Dan nak bagitahu jugak kepada yang lain datang berblogwalking. Azhunk nak minta maaf sangat2 sebab tak boleh nak visit balik. Sekarang takda masa nak bukak blog. Plus keyboard rosak jadi malas nak menaip. Tapi kalau nak jugak Azhunk visit korang pergi tinggalkan link korang di Azhunk World page . Ade dekat widget sebelah kanan =D Kalau tinggal kat situ confirm Azhunk visit dan follow sekali haha =D

Okay sampai sini sahaja entri kali ini.
September 18, 2011

Pertandingan Choral Speaking 2011

by , in
Hari ni Azhunk nak kongsi satu cerita boleh dikatakan cerita gembira juga lah. Azhunk dan kawan-kawan menyertai choral speaking wakil sekolah. Hari ini iaitu hari Ahad lah bertandingnya. 35 Ahli termasuk saya (condutor)bertanding kat SMK Tengku Mahmud I

Tadi masa dekat sekolah memang berdebar lah. Okay saya taknak lah bercakap panjang. Terus nak kasi korang layan gambar sahaja okey.
berada di sekolah

berada di SMKTM

STAGE : THE FAME - Azhunk

abg and akak pengerusi majlis.

Ni sekolah mende pun tak ingat

brani ek laki tu sorang2

SMKANIAN haha.. semangatt

Second place. Eja salah lah tu sygg

Menunjuk nampak hahaha =D

Muka happy semua =D


Akhir kalam saya nak ucapkan tahniah kepada semua peserta choral speaking Nurul Ittifaq kerana sudah berjaya membuat yang terbaik. Tidak lupa juga terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang sudi menyokong dan memberi kata-kata semangat especially Teacher Nor Zaini Ali =D Syukran Jazilan.


Peacee .. bergambar ngan ulamak =D
September 16, 2011

Kenapa Tak Rogol Saya?

by , in
Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dapat melalui Facebook. Kalau tengok kepada tajuk memang agak sensitif kan, tetapi cerita dia amat berguna dan ada banyak maksud mendalam.

Taknaklah saya bazir masa sangat, sudah tentu ramai nak dengar/baca cerita yang menarik ni kan !



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


Okay dah siap baca ? Apa yang ingin disampaikan oleh cerita ini adalah, Allah akan sentiasa bersama orang yang sentiasa mengingatinya. Tak kisahlah korang nak percaya atau tidak cerita ini yang penting korang tahu maksud yang tersirat. Wallahu'alam.

Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Setakat ini sahaja entri pada kali ini.
September 14, 2011

Pertandingan Mencipta Video

by , in

Hari itu ada buat pertandingan lah terbuka kalau tak silap. So Azhunk ngan kawan-kawan masuk. ni peringkat kebangsaan, semua negeri di Malaysia terbuka untuk masuk, dianjurkan oleh pihak SKMM kalau tak silap.

Video kiteorang tak lah splendid sangat sebab ada masalah teknikal sikit. Contohnya tak cukup softwares DAN tak tahu mana nak dapat softwares2 tersebut. Salah satu darinya Adobe After Effect. Fuhh tu memang was one in need software lah bagi kiteorang. Kalau ada software itu boleh buat hologram, Canggih wooh !

Jadi kiteorang DECIDED untuk guna Sony Vegas Pro AVS Video Editor 5.1. Sebab mase tu tengah main2 je kat Makmal komputer sekolah, then terjumpa software tu lam PC. Then Azhunk ngan Adam test2 main. Tengok2 hebat juga software tu, boleh tahan.

Kiteorang buat perjumpaan tiap2 hari selepas Raya sebab kesuntukan masa. Tarikh tutup bagi pertandingan mencipta video hari kemerdekaan ini adalah pada 7 September 2011. Pergi punya pergi rumah Adam, bestlah jugak pergi rumah dia, keluarga dia sporting je especially his mum !

Okay korang mesti tertanya-tanya cammana rupa video kiteorang kan ? Okaylah ! Tengok kat bawah. Layan ! Jangan Tak Layan



DI SEBALIK TABIR



Ahli KumpulanAmier Ardly - Pengarah
Adam Izzuddin - Jurukamera
Arif Hakimie - Pelakon
Azhunk Awang - Editor
September 10, 2011

Cukai Tambah Nilai ?

by , in


Wah ! Malaysia dah maju eh sekarang, sampai buat Cukai Tambah Nilai. Cukai Tambah Nilai tu cukai "top-up" lah yang korang masukkan lam telefon bimbit tu. Setiap tambah nilai atau pembelian pek sim (Sim Card) akan dikenakan 6 Peratus cukai berkuatkuasa pada 15 September 2011.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA


PROTES PROTES !!!

Haha gurau je, tak boleh lah macam tu. Kerajaan buat semua ni sebab nak majukan ekonomi Malaysia. "Bersusah-susah dahulu , Bersenang-senang kemudian". Okay lah saya tak mahu masuk campur lah haha jom kita tengok komen-komen diorang tentang cukai ni.

Maaf sumber komen tidak boleh beritahu =D

Kerajaan tiada suara dalam cukai khidmat;
kerajaan cuma selesa terima hasil nikmat.


Golongan Kaya: Pakai Bil
Golongan Sedehana : Pakai To4

Golongan Kaya: Bermanfaat Cukai To4 Naik
Golongan Sederhana : Yang Merana Bayar Cukai


Cukai To4 ?? Aduh..
Pakai surat menyurat jelah pasni.. tp, susah jugak nk g pejabat pos,naik keta or moto, mnyak mahal skrg.. xleh jugak.. pakai burung merpati mcm zaman dulu jelah antar surat :D


Takleh lah tunjuk banyak2 komen haha, okay bagi saya tidak jadi masalah kenaikan/kewujudan cukai telefon prabayar sebanyak 6% sebab saya tidak guna telefon. Kalau yang menjadi masalah tu gunalah Facebook ! Haha semuanya free except Bil Elektrik ngan Bil Internet jelah.
September 08, 2011

Sambutan Hari Raya 2011

by , in
Pada hari ini ada buat Sambutan Hari Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq (Chewah nama sekolah penuh) bagi tahun 2011. Memang tak boleh nak kate ape meriah sangat majlis tu.

Kelmarin iaitu semalam sebelum Sambutan Hari Raya di Sekolah , ade buat perjumpaan rumah sukan sebab dia sambut mengikut rumah =D tak beberapa seronok lah sebab kalau ikut kelas confirm the best.

Jadi masa dia buat pengumuman ade "glitch" kat situ. Dia kata perjumpaan akan diadakan lepas solat Zuhur di Kantin Sekolah. Apabila lepas solat Zuhur, Azhunk ngan Kamil pergilah kat Kantin. Nak tahu ape WTH kiteorang tersalah masuk perjumpaan, kat situ perjumpaan rumah lain. Kitaorang sepatutnya kat tempat lain sebab dia tukar secara mendadak..

So balik jelah kat kelas then bila perjumpaan habis, Azhunk tanye Afiq dia bagitahu ape, Afiq kata dia cakap wajib pakai sampin tu je. Keesokan harinya iaitu hari ini, Azhunk peninglah nak pakai baju ape mula2 nak pergi sekolah. Baju raya terus or pakai baju sekolah then tukar baju raya selepas rehat. Sebab PK HEM (Ustaz Azmi) kata belajar sebelum rehat so jadi puzzled lah kat situ.

Taknak lah cita panjang pasal ni haha jom kita masuk ke dalam majlis pulak. Tadi kan my Camera rosak ( sebenarnya dah lame rosak tapi time nak guna dia merajuk ). So sempat ambik tak lebih daripada 5 Gambar. LOL!

Takpe boleh mintak gambar yang meriah dari my BFF Adam Izzuddin.

Tujuan utama datang hari ini memang untuk makan lah kan ? so kiteorang makan. Tak kenyang pun sebab tak cukup lauk *cries*. Sape suh makan lewat an ? Haha ! Tadi tersesat, tak jumpa tempat my rumah duduk. Jadi pusing2 satu sekolah lah dikatakan then terjumpa Aswadi ngan Hakimi, tanye diorang then diorang cakap " Rumah Hijau kat belakang sana " rupa-rupanya belakang blok tu je ! Bukan main pusing satu sekolah !

Gambar is here =D















Post Top Ad