Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
July 27, 2012

Hari Keenam Puasa :)

by , in
Hari keenam puasa? Haha bukan hari ini, semalam lah !  Harini dah hari ketujuh, kot ? xD Semalam hari khamis,

Memandangkan pelajar-pelajar asrama diberi pulang tiap2 minggu sempena Ramadhan, nak kasi peluang berbuka bersama keluarga barangkali, jadi pelajar-pelajar asrama akan berasa gembira pada hari khamis :p termasuklah Azhunk.

Semalam berjanji dengan rakan-rakan nak buat study group sampai petang,  so study group tu dijoin oleh Amir, Adam, Karimah, Khairunnisa dan juga Farah ;) semuanya teman-teman akrab Azhunk dekat SMKANI.

Alhamdulillah, study group tu berjalan lancar (kot?) sehingga asar ;). Azhunk dah beritahu my father suh amik Azhunk selepas asar yakni selepas ayah Azhunk habis kerja, tetapi terlupa pulak pada hari Khamis kan pekerja-pekerja kerajaan pulang awal ?

Jadi kawan-kawan yang lain semuanya dah pulang, tinggal Azhunk dan Adam je, Ya Allah sangat letih nak tunggu, Ayah Azhunk amik masa nak dekat jam 6, bayangkan haha ! letih sangat,
letih.. ihsan google ;D


Then tiba ke rumah, Alhamdulillah, my mum buat NASI AYAM ! FMI , nasi ayam buatan keluarga azhunk tersangatlah sedap and spesel ;) Yummeh !
Ihsan Google :)

Perancangan hari ini ? kalau ikutkan plan nak berbuka di kampung Azhunk ;) Bersama-sama saudara-mara yang lain ! Konfem Best, Insya-Allah !
July 19, 2012

Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

by , in
Ramadhan al-Mubarak ? Pernah tak terfikir kenapa bulan Ramadhan digelar mubarak ? ini adalah kerana bulan ini dipenuhi barakah dari Allah ta'ala. Bulan berkat kepada seluruh umat Islam.

Kenapa kita harus menyambut Ramadhan ? Ramadhan hanya datang sekejap sahaja kepada kita, dan dalam bulan Ramadhan terdapat malam Lailatul Qadar. Pada malam itu, diibaratkan jika kita beribadah seperti beribadah 1000 bulan. MasyaAllah ! Betapa agungnya kekuasaan tuhan.


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
 

Ustaz di sekolah Azhunk bernama Ustaz Shafawi pernah beritahu

"Kalau dekat negara Arab, amat berbeza dengan negara-negara lain. Walaupun di negara sana yang beragama lain, mereka tetap menyambut bulan Ramadhan dengan meriah. Sesetengah daripada mereka ada memasang lampu-lampu di jalan"

Tu yang tidak beragama Islam ! Apatah lagi yang beragama Islam ?

Tapi kan dekat Malaysia apa yang kita buat ? Kita hanya tahu share post/gambar berkaitan persediaan bulan ramadhan dekat facebook cakap sahaja haha.

Sebelum tu, semua orang tahu kan umat Islam wajib berpuasa di bulan Ramadhan kecuali yang mengalami keuzuran, tu pun kena ganti ;) Tapi kamu semua tahu tak erti puasa ?

Kalau kita belajar Pendidikan Agama Islam, puasa beerti menahan diri daripada memasukkan diri ke dalam rongga yang terbuka dari terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat.

Tapi bagi Azhunk lah kan, puasa bukan itu sahaja. Bukan setakat menahan diri dari makan minum. Kita juga harus menjaga percakapan, perbuatan dan juga perasaan. Umum dah tahu, pada bulan ramadhan takkan ada lagi syaitan kerana mereka di'gari'. TETAPI , nafsu masih ada dan bekas syaitan itu masih lagi aktif.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”


Masalahnya sekarang, boleh ke tak kita melawan nafsu kita ? tidak kiralah apa jenis nafsu. Itu yang paling susah. Kita boleh sesat akibat terlalu mengikutkan hawa nafsu

Banyak pulak aku membebel.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."
Ok ini sahaja, Azhunk ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia ;) Puasa Jangan Tak Puasa !
July 08, 2012

Art Trade With Azzah

by , in

Hari ni Azhunk nak buat art trade dengan seorang pelukis doodle yang tidak kurang hebatnya ! iaitu cik Azzah Sayurlemak ;) doodle-doodle beliau sume cantik-cantik belaka. Nak2 tangan doodle beliau orang kenal ;P bukan main tajam lagi meh..

Jadi di bawah adalah sebuah art yang Azhunk buat menggunakan Paint Tool Sai, I know Azhunk tak pandai sangat art art ni, tangan takde seni. Syarat dia adalah kena lukis art dan kaler menggunakan 3 warna sahaja termasuk hitam dan putih ;)

Jom tengok blog Azzah yang comel lote ? xD Tekan Sini
July 08, 2012

Sampai Hati Kamu !

by , in
Semalam duk main-main dengan kucing kelabuku bernama Lobo, Comel lah muka dia, yang aku paling suka warna bulu dia ;D Apabila kena cahaya, ia akan bersinar2. Special Ability kot.

Alo Tomeynye...

Hihihihi.. warna ape mata tu ? kuning / hijau ?

k jinak punya ;D

duk bertempek dkat azhunk ;P

Last-last tangan aku berdarah kena gigit :(

Kuku tercalar sebab kena gigit tadi.

Selepas taruk ubat gamat :P

Sampai hati kamu gigit tanganku ? takleh salahkan meow jugak.. Aku yang tergedik-gedik letak jari lam mulut dia.. Mungkin dia terbau ayam KFC yang aku makan tuu, sebelum tu aku dan family pi makan KFC, sebab tu kot dia gigit aku hihihi xD

July 07, 2012

Jalan Jalan Empat Beranak

by , in
Memandangkan tadi half of my family pergi Kota Bahru, duk jalan jalan di sana. Rombongan ke kota bahru ini disertai oleh my lovely mum, kak ja, her husband, abg fariz dan 2 orang anaknya yang comel lote, Hariz dan Hafiy.

Entahlah apa yang depa buat di Kota Bahru, shopping barangkali. Jadi yang tinggal dekat rumah hanyalah Azhunk, my little sister, piju and father. Jadi petang tadi duk online, tetibe rasa boring pulak, jadi ajak ayah pergi jalan-jalan dekat Pantai Bukit Kluang. Al maklumlah rumah saya dekat pantai je ;) Jangan jeles


Muka jakun dapat jalan-jalan tepi pantai

Then malam tu, Azhunk terpikiaq nak keluar makan dekat luar, sebab harini last duduk rumah. Petang esok Azhunk dah kena balik asrama. Jadi setujulah malam tu makan dekat luar, iaitu di Kentucky Fried Chicken

Best tau, ade offer baru dekat KFC, extra spicy ! tambah 20 sen je setiap ketul. Memang spicy gile, menjilat jari.


July 07, 2012

Tutorial Go Offline Individually

by , in
Apakah makna Go Offline Individually ? Ni istilah Azhunk sendiri ye adik-adik sekalian. Maknanya kita Go Offline kepada individu yang kita kehendaki sahaja. Wait ! Sebelum tu Azhunk nak kabor sikit, ni Tutorial Facebook ye.

Kalau dulu korang buat go offline atas beberapa sebab

" Ramai gila hantar chat dekat aku, malas noh nak layan, go offline ar "


" Ehh ! Kenapa ni duk spam aku, go offline ar mudah sikit "


" Aku dah lama online ni, nanti cikgu aku online kantoi tengok aku duk on lame2, go offline ar "


Mungkin pernah situasi-situasi di atas berlaku pada kalian kan ? Tapi malangnya apabila kita tekan go offline,  semua friend dalam list kita tak dapat tahu kita online, sebab tak muncul dalam chat list mereka.


Jadi kan naya, kita nak sembunyi dari guru rakan, malah rakan lain pun tak jupe kita kang LOL.


Okay tanpa membuang masa, go offline individually, adalah kita dilihat offline oleh individu dikehendaki sahaja. Rakan-rakan yang lain masih tengok kita online ;) Ada Faham ? 


Login Facebook > Open Chat dengan orang dikehendaki > Ikut step macam gambar di bawah. 

Klik gambar untuk tumbesaran

Untuk online balik kepada orang tersebut

Open Chat dengannya dan klik macam gambar dekat bawah ;) Syukran !

Klik untuk tumbesaran gambar !
July 07, 2012

Watermark Baru

by , in


Disebabkan Azhunk kembali berkarya balik, Azhunk perlukan watermark untuk design-design Azhunk. Jadi watermark lama sudah hilang, mungkin terdelete barangkali.

Tadi Azhunk reka satu watermark baru, ermmm designnya agak tak cantik mana sebab agak terburu-buru, takpe Azhunk akan cuba reka new one. Tapi buat sementara waktu Azhunk akan guna watermark yang baru buat ni ;)

Harap tak ada copycat lah yang mau curi design Azhunk tak seberapa ni.  Amin~
July 06, 2012

Isteri Solehah

by , in
Sudah lama sekali Azhunk jarang berkongsi informasi-informasi berguna sebegini. Mungkin sedikit sebanyak entri yang Azhunk karangkan kali ini menyumbang manfaat kepada para wanita yang bergelar/bakal bergelar Isteri tidak lama lagi.
Isteri Solehah ? Isteri Solehah ini banyak erti dan kategorinya. Bagi Azhunk lah, antara kategori solehah ini adalah Isteri, Anak Perempuan, Ibu dan Wanita. Manakala lelaki pula dipanggil Soleh, sesuai digunakan digunakan untuk Suami, Anak Lelaki, Ayah dan Lelaki. 

Kalau kita tengok sekeliling, orang yang digelar solehah ni selalunya orang yang lemah lembut, sopan santun dan pemalu. Manakala perempuan yang agak kasar, bersuara lantang tidak digelar solehah. Sebenarnya tidak salah menilai sedemikian, tapi untuk mengukur tahap ke'solehah'an seseorang, ia tidak sepatutnya dinilai sedemikian.

Solehah sebenar beerti seorang perempuan yang menzahirkan perbuatan, percakapan dan perasaan yang baik.

Di sini Azhunk nak share beberapa informasi yang mungkin berguna buat kalian ;)

Solehah sebenarnya-benarnya adalah wanita yang melakukan sesuatu untuk keredhaan suami dan Allah. Seperti yang kita dah tahu, Perempuan adalah secantik-cantik perhiasan. Jadi mereka dicipta untuk menjadi perhiasan buat suami mereka masing-masing. Bukannya untuk ditatap umum.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : 
"Apabila seorang perempuann mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai" (Hadis Riwayat Ahmad)

Lihat, betapa beruntungnya perempuan. Bagi Azhunk hadis di atas sudah cukup lengkap mengenai tips/cara untuk jadi wanita/isteri solehah. Kalian cuma perlu uraikan lagi maksudnya.

Aurat hendaklah dijaga, Azhunk ada buat entri berkaitan Aurat wanita, Boleh layan, [TEKAN]

Berdasarkan apa Azhunk tahu, Isteri jangan sesekali menyakiti hati suami, walaupun sedikit sahaja hati suami terguris, jaminan syurga tiada untuk si isteri. Sampai di sini sahaja, Syukran Jazilan kerana sudi membaca entri cukup simple ini.

July 06, 2012

Tips Nak Hilangkan Stress

by , in
Stres Stres Stres ?


Apa itu stres ? Stres ni boleh dikategorikan sebagai emosi yang terlampau boleh menyebabkan tekanan perasaan. Kalau stres terlampau-lampau kan boleh menyebabkan kita menjadi gila.

Yelah, sebagai remaja dah banyak juga lah pengalaman yang Azhunk lalui. Salah satu daripada adalah stres dalam kehidupan. Tapi Alhamdulillah  Azhunk ade cara tersendiri untuk tangani stres ;)

Insya-Allah berkesan.

Jadi hari ni Azhunk nak kongsi satu tips untuk menghilangkan stres. Kalau ade pembaca-pembaca kategori orang bekerja mahupun pelajar yang sedang menghadapi stres, bolehlah cuba amalkan tips-tips ini ;).


  • Lihat Alam Semula Jadi 
Kalau Azhunk stres kan ? Mesti Azhunk tengok alam semula jadi, terutamanya yang berwarna hijau tu. Rasa tenang je. Korang boleh tengok pokok-pokok di bukit, hutan, rumput yang menghijau, pantai, ombak, air laut yang biru dan juga angin yang membuai di tepi pantai.
  • Dengar Lagu
Kalau Azhunk stres, Azhunk akan dengar lagu-lagu yang harmoni. Tidak digalakkan lagu-lagu rancak, macam rock ke. Sebab nanti akan mengusutkan lagi minda. Azhunk suka dengar lagu ni dan lagu-lagu sama 'waktu' dengannya. Kalian boleh dengar dekat bawah ;)

  • Tidur
Kalau Azhunk jarang amalkan ni. Tapi kadang-kadang terjadi dengan sendiri. Apabila Azhunk stres, Azhunk akan duduk dalam bilik diam-diam sambil duk fikir masalah tu banyak kali. Kadang-kadang terasa letih lalu tertidur dan Alhamdulillah, setelah bangun.. Azhunk dah dapat melupakan masalah tu ;)
  • Mandi
Mandi ni bagus, sebab ia boleh menyejukkan badan, sama jugak dengan berwudhu'. Berwudhu' dapat menyejukkan dan meredakan kemarahan kita. Jadi kadang-kadang bila Azhunk stres, azhunk akan biar masalah tu flow in my mind and mandi. Azhunk cuba tak tunjuk stres.
  • Menangis
Haaa yang ni, mungkin korang kate, kalau laki takkan nak nangis. Tak macho la katakan.. Macam budak-budak. Menangis ni adalah sejenis anugerah yang Allah kurniakan kepada kita. Kita akan terseksa kalau tidak menangis.  Menangis juga salah satu alternatif untuk kita menyihatkan mata

Cara Azhunk menangis
- Bukak music sedih macam dekat atas
- Fikir tentang masalah
- Fikir kesalahan yang Azhunk buat
- Dan tanamkan azam untuk memperbaik pulih
- Air mata akan keluar dengan sendiri ;) 

Bak kata Aini Nazierah, "Air Mata Keinsafan" ;)
  • Buat Benda Bodoh
Ni Azhunk paling suka, untuk korang yang suka control macho/ayu or matured. Disarankan tak payah baca yang ni, sebab sudah tentu korang tak sanggup buat. Untuk orang jenis Happy Go Lucky tu bolehlah ;). Buat gila.. Kalau Azhunk stres, mesti azhunk buat-buat gila, cakap merapu dan gelak sorang-sorang. Kadang-kadang Azhunk buat benda bodoh macam dekat bawah ;P


  • Ceritakan Masalah
Yang ni Azhunk amalkan, kalau ade masalah, Azhunk tak teragak-agak akan ceritakan/luahkan secepat mungkin kepada orang terdekat. Contohnya kepada kawan baik. Ataupun kepada diary Azhunk sendiri, iaitu blog Azhunk World ini ;)

Itu sahaja, syukran jazilan kepada sesiapa yang baca habis entri ni, kalian dah menghargai penulisan Azhunk ;)

Post Top Ad