Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
November 22, 2012

Kebosanan Melanda Musim Cuti

by , in
Ya Allah bosannya musim cuti sekolah ni ! Takde benda nak buat, yang Azhunk buat benda sama je setiap hari.

Bangun, Mandi, Makan Online, Solat, Tengok TV, Tidur

Tu je, korang ? fuh , memang tersangat bosan, harap2 ade aktiviti lah yang boleh dibuat pada hari esok(s).

Alamak ! Lupa nak siapkan doodle art trade seseorang ni, dia dah lama siapkan Azhunk punya doodle, tapi dia punya, Azhunk tak sentuh pun lagi ! Minta maaf sangat2, Azhunk agak busy sejak kebelakangan ni, oklah nak mendoodle sekarang :)
November 18, 2012

Mati Lemas Di Bukit Keluang, Besut

by , in
2 Beradik mati lemas di Pantai Bukit Keluang, Besut.

Begini cerita dia, masa hari jumaat kalau tak silap Azhunk, mak Azhunk pergi ke Hospital Jerteh, sebab demam kan. Nak dapatkan ubat, semasa berada di hospital tu, mak Azhunk ternampak seorang ibu ni dia sedang sebak, sampai tak boleh jalan.

Dia pergi dengan keluarga mandi-manda dekat Pantai Bukit Keluang, anaknya 2 orang mati lemas, sorang tu dah jumpa, tapi dah meninggal dunia, yang sorang lagi tu belum lagi ditemui. Polis dah buat pencarian dan sampailah hari ini iaitu hari Ahad.

Tadi Azhunk dengar khabar angin kata anaknya sorang lagi dah dijumpai. Sudah pun meninggal dunia. Kesiannya ! Korang teka2 mayat dia duk dekat mana ? Memang tak pernah disangka, mayat dia terlekat di sangkar ikan. Inalillahiwainnailaihiroojiun.

Ambil iktibar ye, sekarang kan musim tengkujuh, kenapa korang nak dekatkan diri dengan air lagi ? Kalau nak mandi pun tunggu lah musim kemarau je. Nanti kalau jadi tragedi macam ni kan susah. Siapa yang merana ? Kita jugak kan.

Mesti menyesal seumur hidup lah dia :'( takpelah yang lepas biarkan berlalu. Azhunk doakan anaknya 2 orang ditempatkan di tempat yang sepatutnya kelak.

Anak dia kecil lagi, dalam lingkungan umur 9-12 tahun.
November 18, 2012

Waktu-Waktu Patut Minum Air Masak

by , in
Pada entri kali ini Azhunk ingin kongsikan dengan semua waktu-waktu paling sesuai untuk kalian minum air masak. Air masak amat bagus untuk badan kerana dapat melancarkan lagi penjalanan darah, dan dapat membantu pencernaan makanan di dalam perut.

Jadi waktu-waktu paling disarankan adalah

  • Ketika bangun dari tidur
  • Sebelum mandi
Ini dapat membantu dan mencegah kita dari kena darah tinggi, untuk pengetahuan jika kita mandi, air kena di kepala darah kita akan naik dengan laju. Jadi disarankan minum air dahulu, supaya sejuk dahulu dalaman. Dan ketika mandi juga, ingat ye basahkan bahagian bawah dahulu.

Iaitu mula dari kaki dan perlahan2 pergi ke kepala bahagian ubun-ubun. InsyaAllah berkesan.
  • 30 minit Sebelum dan selepas makan
Ini dapat menyeimbangkan kandungan makanan di dalam perut, minum air ketika makan boleh menyebabkan perut buncit, kerana kandungan di dalam perut tidak teratur jadi proses penghadaman jadi lembab dan udara yang terkandung juga dapat membuncitkan perut
  • 8 gelas atau lebih dalam sehari
  • Ketika sedang berfikir
Dengan cara ini, otak kita akan berasa tenang, takde lah pulak timbul rasa pening kepala :D sebab darah pun berjalan dengan lancar sekali !
  • Ketika rasa panas
Yang ini boleh mengelakkan kita daripada kering tekak atau pelbagai lagi penyakit yang berpunca dari keadaan yang terlampau panas. Jadi sejukkan diri dengan meminum air masak dengan kerap.

Jom kita sama-sama mengamalkan tips2 di atas, demi kesihatan kita semua juga :D Azhunk pun dalam proses nak mengamalkan tips2 tersebut.

November 18, 2012

Double H's Bundle Store

by , in
Apa itu Double H's Bundle Store ? Ia adalah kedai online yang diusahakan oleh family Azhunk. Ia diuruskan oleh abang dan kakak Azhunk tapi Azhunk ada juga menyumbang beberapa design =D.

Benda apa yang dijual eh ? Nama dah bundle tentulah barangan terpakai. Produk kesihatan juga ada dijual, vitamin supplements, nak kurus? or etc, baju2 semuanya ada, ada yang baru dan ada yang agak lama :D tapi masih lagi dalam keadaan OKAY.

Harga juga memang murah, boleh dikatakan 50% potongan dari harga asal :)
so ada yang berkenan ? jom ushar dekat group diaa !

Double H's Store

tak lupa jugak, ni kedai kakak azhunk yang khususnya untuk kesihatan dan kecantikan, confirm dapat diskaun banyak sebab dia pengedar :D

Mama Shop Centre
November 10, 2012

Produk Shaklee Supplements

by , in
Untuk julung-julung kalinya Azhunk ingin menambah satu segmen di dalam blog ini, iaitu review produk yang berkualiti tinggi/dijamin berkesan/no bad effect at all.

Azhunk nak reviewkan sebuah produk Shaklee, iaitu vitamin supplements. Ianya bukan sejenis ubat, tapi sejenis supplement yang boleh membantu kita


  • menyembuhkan penyakit tertentu
  • menambah tenaga
  • untuk penjaminan kesihatan
  • kecantikan
  • menampung kekurangan zat/nutrien makanan setiap hari
Mungkin dah ramai dengar tentang produk ni kan ? Berdasarkan Azhunk dah guna, produk ni jelas berkesan untuk diri Azhunk, kena consume 1 kapsul sehari je, jimat. Azhunk consume tak sampai seminggu pun tapi dah nampak.

Sejak kebelakangan ni, Azhunk rasa bertenaga sangat, kalau hari kebiasaan, Azhunk akan rasa tak bermaya dan letih tapi selepas guna benda ni, rasa bertenaga, rasa ringan je badan kita nak gerak situ sini.

Yang kedua, korang sedar tak kulit yang tidak cukup zat selalunya, apabila korang cakar dia tinggalkan kesan warna putih tu kan dekat kulit lengan. Kulit Azhunk dulu jadi begitu jugak kalau dicakar, tapi selepas mengamalkan produk Shaklee Vitamin C (Iaitu khas untuk kulit), sekarang dah tak jadi dah ! Alhamdulillah, Dengan berkat Allah juga.

Kalau dulu kan Azhunk senyum, Azhunk rasa pipi ni kecik je, senyum tak bermaya, kalau sekarang kalau senyum, pipi naik ke telinga, energetic smile pulak rasanya ! Boleh feel melalui senyuman tu, rasa gembira :)

Tu je, tapi ade banyak lagi khasiat produk ni, Tapi yang azhunk senaraikan ni yang terjadi kepada Azhunk :) 

My sister said produk ni boleh mengurangkan kencing manis, darah tinggi and etc.

Jadi untuk sape2 yang memerlukan supplements tu, Azhunk syorkan produk SHAKLEE :) Mesra pengguna, no bad effect pun. Rasa dia pun macam asam masin :) sedap (Y)

Kalau sape2 berminat nak order, boleh lah tekan link ni, ORDER SHAKLEE
Beliau ada menyediakan produk shaklee, pm beliau ye. :)

HIDUP KITA AKAN LEBIH BERMAKNA JIKA KITA PANDAI MENGATURNYA !
November 09, 2012

Tutorial Nak Save/Upload Templates

by , in
Alahai, lama bebeno Azhunk tak sediakan tutorial untuk korang. Jadi hari ni Azhunk akan mulakan tutorial yang terbaru, iaitu cara nak save ataupun backup ataupun upload templates dekat new interface blogger. Kalau dulu kan semua mungkin dah tahu macam mana nak download semua tu kan, tapi sekarang blogger dah ada version baru jadi mungkin korang taktau butang dia ada dekat mana.

Jom tengok gambar di bawah ;D

1) Blogger > Dashboard > Templates

2) Korang tekan yang Azhunk bulatkan merah dalam gambar dekat bawah. Backup/Restore

tekan untuk paparan gambar lebih baik (!)

Dia akan keluar popup mcm gambar dekat bawah




Korang bebas nak tekan mana satu, ade dekat situ.

Download Full Template
ni kes kalau korang nak save template korang takut2 berlaku perkara *kecemasan*

Choose File 
tekan butang ni kalau korang nak upload template, template yang hendak diupload mestilah dalam format xml ye !

Itu saja, sekian !
November 08, 2012

Explorace My Talent 2012

by , in
Minggu lepas, hari khamis Azhunk ada masuk satu pertandingan tau ! Nama dia Explorace 'My Talent' 2012 anjuran kelab bimbingan dan kaunseling di seluruh negeri Terengganu. SMKANI dihantar 8 sahaja wakil termasuk Azhunk. Diorang ialah, Hajar, Karimal, Alya, Afiqah, Zameer, Hasif, Afiq dan Azhunk.

Hadiah untuk johan memang agak lumayan jugak lah iaitu bernilai RM400. Tapi malangnya nasib tidak menyebelahi Azhunk dan rakan-rakan. Ape-ape pun tahniah kepada zameer sebab dia dapat naib johan ! You did the best dude.

Cenggini cerita dia, dia kumpul wakil 16 orang dari setiap daerah di seluruh negeri Terengganu. Then lepas tu dia regroup a team, dalam sebuah team dia letak 8 orang peserta. Alhamdulillah Azhunk se'group' dengan Alya dan Karimal, iaitu rakan sekolah lagi :) Event ni julung-julung kali diadakan dan alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar, harap ada lagi tahun depan.

Dalam permainan ni, cabaran dia tersangat lah susah ! mula2 start dari

-Taman Tamadun Islam

-Keropok Losong Kak Yah

-Muzium

-Mydin

-Giant

-Dataran Syahbandar

-Pantai Batu Buruk

Tengok tu, jauh2 kan tempat ! kiteorang disediakan RM80 ringgit sahaja untuk setiap kumpulan. Jadi team Azhunk guna RM40 untuk tambang kereta dan selebihnya bahagi sama banyak :)







Saat paling gembira bagi Azhunk, walaupun sehari kenal diorang tapi rasa macam dah BFF dah :D Thanks guys ! walaupun tak menang tapi banyak pengalaman dan pengetahuan yang kita boleh bersama !
November 02, 2012

Tips Kenali Fake Facebook

by , in
Sekarang zaman ICT, kalau orang takde Facebook, tak normal namanya. Bukan Azhunk nak menghina atau dan menyindir, tapi maksud Azhunk ni Facebook ibarat compulsory bagi setiap manusia terutamanya golongan pelajar atau golongan dewasa yang ingin membuat bisnes di hujung jari.

Ya Betul ! Facebook memberi banyak manfaat kepada kita, tapi ada satu masalah. Iaitu Fake Facebook. Sekarang ramai orang membuat facebook menyamar dengan identiti palsu untuk pelbagai tujuan. Jadi pada hari ni Azhunk nak beri tips kepada para pembaca cara nak kenal pasti Fake Facebook Users.

Tapi sebelum tu Azhunk nak senaraikan kesan-kesan negatif akibat penyamaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


  • Menimbulkan fitnah dan sangka buruk kepada tuan punya asal Facebook yang ditiru
  • Mengetahui rahsia peribadi anda
  • Mencuri maklumat anda, gambar, tempat tinggal dan lain-lain lagi.

Itu je kot, tapi ade beberapa sebab yang mendorong orang buat Facebook menyamar ni.

  • Untuk mengetahui kesetiaan pasangannya
  • Untuk menghilangkan rasa bosan (Suka suka)
  • Untuk memburukkan nama orang lain
  • Untuk mendapat perhatian
Azhunk rasa tak perlu hurai satu persatu, sebab mungkin korang semua dah faham apa yang Azhunk maksudkan.

Jadi tanpa membuang masa, mari Azhunk tunjukkan cara-cara nak kenal pasti

  • Tengok photo sebenar dia ada tak
  • Jika dia upload gambar dia, tengok ada persamaan tak di antara gambar2
  • Tanya tentang sekolah/tempat tinggal. 
Kalau dia menyamar, mungkin dia akan tersasul. Maksud Azhunk contohnya apabila awak tanya sekolah/tempat tinggal dia hari ni, dia dah jwb, minggu depan try tanya pulak. Tengok sama ke tidak jawapannya.
  • Tengok dia ada friend tak dengan org yang tinggal dkt tmpat dia tinggal, ataupun kawan satu sekolah ke
  • Cari photo dia mungkin ada tuan sebenarnya
Itu je kot Tips dari Azhunk, tapi yang pasti ianya berguna :) Azhunk dah tangkap 2 orang yang menyamar dekat friendlist Azhunk, menggunakan tips2 di atas. Jadi harap kalian juga berhati-hati ye.

Saran Azhunk, kalau seseorang yang korang tak kenal add korang, korang lyn melainkan dia tanya hal peribadi, seperti minta nombor telefon ataupun melakukan perkara-perkara pelik ataupun banyak tanya pasal peribadi anda.
November 02, 2012

Kembali Berblogging Setelah...

by , in
Kembali berblogging setelah ape erk?

Setelah bertungkus-lumus berlawan dengan PMR ! Takde lah berlawan sangat tapi rasa tak tenang selain tak fokus kepada exam ! Tapi takpe Alhamdulillah akhirnya PMR dah habis kan? Jadi Azhunk boleh berblogging seperti dulu.

Mungkin susah sedikit nak jadi seperti dulu sebab semua visitor dekat sini dah tak datang dah. Pembaca setia Azhunk pun dah lari sebab menunggu lama tak update post, lebih kurang sebulan lebih. Hurmm !

Masalahnya rasa malas sangat melanda diri Azhunk. Azhunk rasa malas nak update blog. Kalau nak buat tutorial tu, rasa malas sangat nak ambil screenshot, letak watermark dan upload. Semua tu memerlukan kerajinan dan masa. Tapi takpe demi membantu kalian semua, Azhunk sanggup berubah ke arah kerajinan !

Nanti Azhunk akan jadi rajin ok ? Tapi korang buatlah request tutorial, bolehla berikan Azhunk idea nak buat entri :) Syukran again.

Post Top Ad