Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
May 26, 2015

Halatuju Selepas SPM

by , in
Yes, secara rasminya aku merupakan pelajar yang telah menduduki SPM pada tahun 2014. 

Dah menjadi adat dan kebiasaan, budak-budak lepasan SPM mesti akan sibuk nak survey-survey halatuju masing-masing.

Ada yang tanya senior universiti pasal apa yang ada di universiti, ada yang jumpa kaunselor. Well, masa depan kan?

Aku nak cerita lah serba sedikit perjalanan aku selepas SPM. Lepas je tahu result, sibuk gila isi borang. Habis semua aku bedal.

Tapi, aku terlupa nak isi UTP. Maybe takde rezeki lettew. Plus, aku tak beberapa minat UTP even though semua kecoh pasal UTP. I don't know why, tak rasa tertarik.

Nak dijadikan cerita, aku dapat interview JPAMARA course MEDIC. Masa tu memang dah berangan duk Ireland dah, takpun UK. Malangnya, interview tak berjaya.

Maybe interview tak berjaya sebab aku kurang perform kot or over confidence. Boleh jadi juga sebab markah merit, walaupun aku straight A's SPM, A keding2 macam cicak je.

Takde rezeki la katakan. Aku cuba buat rayuan. Gila kau, takkan nak lepaskan peluang biasiswa ke luar negara dalam bidang yang kita nak macam tu je?

Hah, sebelum tu, aku dapat MATRIKULASI PAHANG. Memang tak pergilah, sebab tak berani nak tanggung risiko di matrikulasi.

Choice yang ada, tunggu UPU dan result Rayuan JPAMARA je. UPU, aku check guna SMS. Baca kat depan, UIAM, course Y0030. Menatang apa tu?

Google, what the! Oh my god, I don't even know what course is this. Allied Health Science. Never heard about it either. Memang frust menonggeng! Yela, first choice, medic tak dapat. Second choice, dentistry tak dapat. Third choice, pharmacy tak dapat jugak! Hell craps. Await fourth choice jugak yang dia bagi.

Lama kelamaan, aku cuba buat research pasal course ni. Bila dah kenal, jatuh cinta.

Alhamdulillah, semalam result rayuan JPAMARA. Guess what, aku tak dapat! Allah tolong tunjuk jalan hidup aku dengan jelas sekali. Tak payah nak pening2 fikir buat keputusan.

Panjangnya aku berceloteh kali ini.

Sabtu terdekat ni, 30 Mei merupakan hari pendaftaran aku di UIA. Stay tune and await for my upcoming entries.

Post Top Ad