Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
February 08, 2012

Update Di Bilik Akses !

by , in
Hahhaa ;D First time update menggunakan bilik akses sekolahku yang indah ni xD (err bukan first time sangat). Azhunk dah duduk dah asrama. ermm setart duduk hari Ahad,

Dari pandangan Azhunk lah, duduk asrama ni takdelah se'TERUK' yang diorang duk sebut2. So far memang best, semua orang chills belaka dan pandai bertolak ansur =D

Ape2 pun Azhunk tak pernah lagi tidur in my own dorm, wanna know why ? nvm, hah ! Azhunk kenal sorang senior, name dia Eizat Zakhbah. Tapi Azhunk taktahu nak panggil ape, abg eizat kot ?

Sebab kenal gitu2 je, Dia pandai English haha, terrer sangat. Azhunk harap boleh belajar more from him arr.. Okay teman setia Azhunk kat asrama, ABE , AFIQ , ASWADI, NAZIRUL , LUQMAN , AHNAF , BOB ! hahha , kalau jumpa dorang, Azhunk mesti ikut.

Afiq masuk sekali dengan Azhunk, tapi best ar dia sebilik dengan Nazirul and Wadie , best orp ? dhla sekelas ! sebilik pulokkk tuh.. :LL

Dalam dorm Azhunk pulllak, yang Azhunk kenal, Pok Mat, Abg Syafiq (Blogger SMKANI terhebat nihh) dan Ibrahim aka BAIM . hahaha ! Kenal lamo dh baim, dekat 2 tahun dh tapi selama ni tk pernah cakap ngan die. Kenal dalam Facebook sahaja dan disebabkan game FARMVILLE ! hahh kua3..

Ok takde menda mau dikasitau, saje nak set memorial date nih..
February 04, 2012

Maulidur Rasul 2012

by , in

Esok ye maulidur rasul, bukan hari ini, Maulidur Rasul beerti Kelahiran Pengutus. Iaitu kelahiran tak lain dan tak bukan Nabi Muhammad SAW.

Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal , tahun gajah =D dan esok 12 rabiulawal bersamaan dengan 5 Februari 2012. Kiranya esok ulang tahun nabi Muhammad lah.

Ape yang kita perlu buat pada hari Maulidur rasul ?

Adakah perlu buat party ?
Perlu tiup lilin ?
Perlu tempah cake ?
Perlu berpesta ?

TIDAK ! , ape yang kita perlu buat adalah mengingati baginda dengan menghadiahkan selawat ke atas rasul.

Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'


Senang sahaja kan ? Tak bazir walau sesen pun ! Ini menunjukkan agama Islam tidak sama sekali menyusahkan kita, padahal kalau kita nak fikirkan jasa Nabi Muhammad, memang tidak terhitung banyaknya terhadap kita semua, umat Islam.

Menurut WIKIPEDIA Tentang Maulidur Rasul :
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala
.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Maulidur ni asal perkataannya adalah Walid, walid itu anak lelaki. berkenaan lahir gitu lah, jadi Mawalidur bermaksud Kelahiran kalau tak silap Azhunk =D

Itu sahaja entri kali ini, harap bermanfaat !
February 04, 2012

Doodle Pengantin

by , in
Assalamualaikum dan Salam sejahtera !

Tadi Azhunk baru je post, kalau ade orang nak doodle FREE OF CHARGE, ikut syarat-syarat tertera ;D dan tahniah kepada peserta segmen itu yang pertama ! Iaitu si Gadis Bertudung Merah, kalau korang nak join segmen ni jugak TEKAN SINI ;D

Baiklah, without wasting anytime, dia ade wat entri dan dalam entri tu dia beritahu yang..


Ika nk doodle Kawen leh x??
> warna UNGU
> Lelaki pakai KOT..*betul ke eja nie..
>perempuan pakai gaun N pakai tudung



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEC5Ic1RabUo9i6xaktA0qspyanwhhSvIn98dlFZQ16TAgSPknSzjdruhZigKYccX2tvYI5zl4mcrUglvxM0H8ofYP8tW9ITNYr72G-oQLUZY7L62hfJEDtQiVewnfHPXob49hOmjAunU/s1600/married.png

Si Gadis Bertudung Merah sila laporkan diri ye untuk mengambil doodle anda yang telah siap ;D

Azhunk buat doodle tu guna Microsoft Excel 2007 sratus percent ! Tanpa kompromis haha jadi kalau tak beberapa cantik kee or cacat ke, harap maaf :L .

Kepada orang lain, jangan copycat tau ! Kalau korang nak juga, Azhunk leh buatkan ;D Just ikut syarat-syarat segmen tu yee.. Untuk yang nak tempah pun boleh =D kui3.

NOTA KERAS : Esok insyaAllah Azhunk akan mula duduk Asrama, jadi harap maaf kalau2 tak dapat nak siapkan design2 orang yang join segmen, ape2 pun Azhunk JANJI akan siapkan juga untuk korang ;D SYUKRAN !
February 04, 2012

Jom Dapatkan Design Azhunk

by , in
Assalamualaikum..

haa tahu tak korang yang korang boleh dapat hasil design Azhunk secara percuma ? dan didesign khas buat korang ? ;D Ye betul tuuu !

Antara design-design yang korang bakal dapat adalah.

-VECTOR
-DOODLE

Optional ye. Boleh pilih ;D Tapi ade syarat tau gimana nak dapatkan secara percuma..

Nanti Azhunk akan design mengikut kehendak korang =D

Syarat-syaratnya adalah :
- Buatkan satu ENTRI ( "Dapatkan Design Azhunk" )
- Dalam tu sila tulis yang mana korang nak
- Kalau nak vector, hanya tulis vector dan siap ;D
- Kalau nak doodle, nyatakan ciri-ciri doodle yang korang nak ;D
- Dalam entri tu kena ada link ke blog Azhunk
- Letak link entri tu di ruangan komen entri ni TANPA http:// atau www.

Tanpa tu bermakna korang leh letak camni je azhunk97.com, biar dia tak jadi warna biru =D

Syukran itu sahaja.

Agak-agak ade ke orang nak doodle dari Azhunk ?
February 03, 2012

Pengorbanan Yang Manis

by , in

Aihh pesal tajuk hari ni sayu je?

haha takdelah =D Azhunk nih haa.. tahun ni kan akan hadapi PMR InsyaAllah, jadi kena lakukan something lah untuk dapat fokuskan kepada pelajaran 100 peratus !, takleh dah duk ralit main komputer, duk mengedit itu ini, tengok tv ,tapi baca buku jauh sekali !

Haha , jadi Azhunk buat keputusan untuk duduk ASRAMA ,eh asrama ? yeke ?

hmm , kepada sesiapa yang kenal Azhunk di sekolah, takyah teruskan membaca arrr ! =..=

Okay2 back to the topik.

Dekat Asrama ni bagus, peluang nak achieve 9A dalam PMR cerah sekali ! Nak tahu sebab ape ?

Dekat asrama ade beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang tinggal dekat situ ye ! antaranya adalah,

-Mengaji al-Quran
-Mengulangkaji pelajaran

Tengok tu, di samping jadi bijjak, kita leh dekatkan diri kepada Allah.

Sebenarnya Azhunk rasa NERVOUS ! Nervous dan excited sangat nak tahu suasana di asrama.

Kalau tak faham ape2 ke boleh tanya senior or classmate kite or roommate , best kan ? hohooh .. Kalau duk rumah tak faham je terus skip.

Jadi itu sahaja ! Taklupa juga Azhunk nak beritahu korang ni

Kalau jadilah, kalau takde aral melintang, Azhunk akan start duduk asrama hari ahad minggu depan ;D InsyaAllah ! Sebab tadi dah tanye ustaz, dia dah luluskan dah, then dia suh jumpe supervisor (penyelia) kak ti namanya kalau tak silap.

Azhunk beri borang tu ditemani Afiq, (dia duduk gak ;D kiteorang hantar sekali borang) , kak ti terus cakap

"Masuk sekali ye ? Hari ahad ni dah boleh stay =D"


Okay itujelah ! Azhunk nak beritahu korang, Kalau Azhunk ade terkasar bahasa, or ade post2 something sensitif ke, atau ter"ignore" korang ke, harap maaf ye ! Tolong maafkan Azhunk =D Dan jangan lupa ! Doakan kejayaan Azhunk nanti,

Azhunk tulis cegini sebab nanti kemungkinan kurang kesempatan nak jaga blog dah hohoh,

Akhir kalam, Assalamualaikum.
February 03, 2012

Kenapa Selalu Salah !

by , in
Azhunk selalu je buat salah dalam ape2 perkara. Kadang-kadang Azhunk sendiri tak tahu dimana silapnya perbuatan/percakapan/penulisan Azhunk yang tidak menyenangkan kawan-kawan ..

Dalam fikiran Azhunk, Azhunk cuma fikir KAWAN ni tempat nak luahkan perasaan yang kita pendam. Luahkan segala cerita-cerita yang ada dalam fikiran. Dan juga tempat untuk menemani kita saat kita memerlukan.

Tapi kenapa bila Azhunk luahkan dekat sesetengah rakan Azhunk, kadang-kadang dorang kata Azhunk ni suka luahkan benda. I don't know which part is wrong. Mungkin juga kena berpada-pada kan, kena luahkan 30% je.

Dan satu lagi, kalau Azhunk terasa, memang Azhunk akan beritahu dorang terus. Azhunk tak suka simpan benda dalam hati ! Azhunk tak suka pendam kemarahan. Mungkin sebab tu Azhunk ceria sokmo ! Muka tak serious, po budok kecik "Bab kata sesetengah insan ..."

Kadang-kadang, Azhunk rasa macam Azhunk tak dihargai pun oleh mereka, Azhunk ni tak penting, without me,they will have a better day. Azhunk buat blog pun ade yang kritik, padahal kawan sendiri. Cuba fikir ape kita rasa kalau kita buat benda, then orang beritahu benda2 negatif kepada kita.

Buat blog sebab nak cari populariti
Buat blog sebab nak menunjuk
Buat blog sebab nak duit
Buat blog sebab blablablablaaaa !


Selalu je ade tomahan negatif yang mereka berikan, kenapa perlu jadi begitu ? Salah ke Azhunk nak buat blog ? Salah ke nak ceburi bidang yang lain dari dorang ?

Kenapa Azhunk buat blog? tadi Azhunk dah beritahu, nak luahkan masalah kat dorang, macam2 benda dorang fikir dan taknak dengar luahan Azhunk. Jadi Azhunk buatlah blog sebagai medium untuk menggantikan teman-teman di sekolah.

Satu lagi, ade jugak kawan ni dia suka malukan kawan sendiri di depan orang ramai. I don't get it why they could do those. Setahu Azhunk, sebagai kawan kita kena BACKUP bukannya menjatuhkan maruah kawan kita. Okay first of all, Azhunk nak minta maaf andai Azhunk ada memalukan korang depan orang ramai.

Perasaan ni mudah terasa (SENSITIF) ! Azhunk tak tahulah jika ade salah seorang dari kamu yang takde perasaan, buat jahat pun tak rase ape2.

Kalau mengikut fikiran Azhunk sekarang, Azhunk nak sangat jadi macam orang lain. Macam kawan2 Azhunk yang disukai ramai, macam Hanif, Aswadi, Amir, Luqman, Nazirul, Afiq dan semualah. Semua orang suka dekat diorang, dah la bijak.

They have a great day everyday, but not me, bukan Azhunk tidak bersyukur apa yang Allah beri, tapi Azhunk berharap lah kehidupan Azhunk boleh berubah ke arah lebih baik dari sekarang ! Kalau korang baca entri ni, tolong sentiasa doakan supaya Azhunk jadi lebih tabah, lebih baik, lebih peramah.

I will try to change myself ! Untuk menjadi teman yang baik =D Azhunk kena jadi much open minded, jangan terlalu sensitif dan tak akan mengacau orang tanpa sebab dah ! InsyaAllah ! Azhunk nak ubah dah personaliti, tengok lah sendiri, no more Azhunk yang dulu!

Post Top Ad