Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
July 31, 2011

Tutorial Buih Ikut Cursor

by , in
Hari ini saya dengan baik hati ingin berkongsi satu Tutorial Mencantikkan blog. Iaitu Tutorial Buih Ikut Cursor, kalau lam english Cursor Bubble. Masih tak tahu lagi boleh rujuk gambar di bawah.



Cantikkan, so tanpa membuang masa ayuh kita tengok step-step nya.

Step 1 :

Dashboard >> Design >> Add a gadget >> HTML/Javascript.

Step 2 :

Copy code di bawah. CTRL + C

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jeritanblog/javascript/bubblecursor.js"></script><script type="text/javascript">

// <![CDATA[

var colours=new Array("#FAAFBA", "#FAAFBA", "#FAAFBA", "#FAAFBA", "#FAAFBA"); // colours for top, right, bottom and left borders and background of bubbles

var bubbles=100; // maximum number of bubbles on screen



/****************************

* JavaScript Bubble Cursor *

* (c) 2010 mf2fm web-design *

* http://www.mf2fm.com/rv *

* DON'T EDIT BELOW THIS BOX *

****************************/

var x=ox=400;

var y=oy=300;

var swide=800;

var shigh=600;

var sleft=sdown=0;

var bubb=new Array();

var bubbx=new Array();

var bubby=new Array();

var bubbs=new Array();



window.onload=function() { if (document.getElementById) {

var rats, div;

for (var i=0; i<bubbles; i++) {

rats=createDiv("3px", "3px");

rats.style.visibility="hidden";



div=createDiv("auto", "auto");

rats.appendChild(div);

div=div.style;

div.top="1px";

div.left="0px";

div.bottom="1px";

div.right="0px";

div.borderLeft="1px solid "+colours[3];

div.borderRight="1px solid "+colours[1];



div=createDiv("auto", "auto");

rats.appendChild(div);

div=div.style;

div.top="0px";

div.left="1px";

div.right="1px";

div.bottom="0px"

div.borderTop="1px solid "+colours[0];

div.borderBottom="1px solid "+colours[2];



div=createDiv("auto", "auto");

rats.appendChild(div);

div=div.style;

div.left="1px";

div.right="1px";

div.bottom="1px";

div.top="1px";

div.backgroundColor=colours[4];

div.opacity=0.5;

if (document.all) div.filter="alpha(opacity=50)";



document.body.appendChild(rats);

bubb[i]=rats.style;

}

set_scroll();

set_width();

bubble();

}}



function bubble() {

var c;

if (x!=ox || y!=oy) {

ox=x;

oy=y;

for (c=0; c<bubbles; c++) if (!bubby[c]) {

bubb[c].left=(bubbx[c]=x)+"px";

bubb[c].top=(bubby[c]=y)+"px";

bubb[c].width="3px";

bubb[c].height="3px"

bubb[c].visibility="visible";

bubbs[c]=3;

break;

}

}

for (c=0; c<bubbles; c++) if (bubby[c]) update_bubb(c);

setTimeout("bubble()", 40);

}



function update_bubb(i) {

if (bubby[i]) {

bubby[i]-=bubbs[i]/2+i%2;

bubbx[i]+=(i%5-2)/5;

if (bubby[i]>sdown && bubbx[i]>0) {

if (Math.random()<bubbs[i]/shigh*2 && bubbs[i]++<8) {

bubb[i].width=bubbs[i]+"px";

bubb[i].height=bubbs[i]+"px";

}

bubb[i].top=bubby[i]+"px";

bubb[i].left=bubbx[i]+"px";

}

else {

bubb[i].visibility="hidden";

bubby[i]=0;

return;

}

}

}



document.onmousemove=mouse;

function mouse(e) {

set_scroll();

y=(e)?e.pageY:event.y+sleft;

x=(e)?e.pageX:event.x+sdown; }



window.onresize=set_width;

function set_width() {

if (document.documentElement && document.documentElement.clientWidth) {

swide=document.documentElement.clientWidth;

shigh=document.documentElement.clientHeight;

}

else if (typeof(self.innerHeight)=="number") {

swide=self.innerWidth;

shigh=self.innerHeight;

}

else if (document.body.clientWidth) {

swide=document.body.clientWidth;

shigh=document.body.clientHeight;

}

else {

swide=800;

shigh=600;

}

}



window.onscroll=set_scroll;

function set_scroll() {

if (typeof(self.pageYOffset)=="number") {

sdown=self.pageYOffset;

sleft=self.pageXOffset;

}

else if (document.body.scrollTop || document.body.scrollLeft) {

sdown=document.body.scrollTop;

sleft=document.body.scrollLeft;

}

else if (document.documentElement && (document.documentElement.scrollTop || document.documentElement.scrollLeft)) {

sleft=document.documentElement.scrollLeft;

sdown=document.documentElement.scrollTop;

}

else {

sdown=0;

sleft=0;

}

}



function createDiv(height, width) {
var div=document.createElement("div");
div.style.position="absolute";
div.style.height=height;
div.style.width=width;
div.style.overflow="hidden";
return (div);
}

// ]]>
</script>
<a href="http://www.azhunk97.com/p/tutorials.html"><img src="http://c2429732.cdn.cloudfiles.rackspacecloud.com/23307" /></a>


Step 3 :

Pastekan KOD di atas di bahagian HTML/Javascript yang anda buka tadi.

Step 4 : Sini ada bahagian yang boleh diadjust.

Yang diBOLD itu bermakna boleh diadjust, cari warna kegemaran anda Di SINI

Step 5 : Save dan Preview

Selamat Mencuba !
July 30, 2011

Ramadhan al-Mubarak

by , in
Puasa dah nak dekat, kurang dari 4 hari semua penganut agama Islam akan berpuasa Insya-Allah. Bulan Ramadhan ni best, sebabnya ada Bazar Ramadhan, macam pasar malam tetapi lebih besar dan meriah. Pelbagai makanan/kuih muih/minuman boleh didapati di sana. Area rumah saya pun ada Bazar Ramadhan, memang akan pergi selagi bertenaga.



Tapi kalau dah pergi tu, tengok semua jenis makanan nak beli, tetapi selepas berbuka (Selepas Azan Maghrib), rasa tak habis pula. Semasa saya pergi CAMP , masa pagi itu ada santapan rohani oleh seorang Ustaz. Walaupun dalam keadaan mengantuk, best juga lah tazkirah beliau, rasa nak dengar.
Suare beliau masa mengaji pun best




Dia ada kata, di setiap tempat di atas muka bumi ini ada keistimewaan dia masing-masing. Contohnya sesetengah tanaman hanya akan tumbuh subur di tempat yang tertentu sahaja. Dan dia cakap Kurma ini bagus untuk bersahur. Sebab Kurma membekalkan kita tenaga yang lebih dari buah lain. Kurma sedap, tak yang best nya makan sebanyak mana tak akan kena penyakit kencing manis Insya-Allah.

Banyak kebaikan di bulan Ramadhan ni. Contohnya, kita boleh menghargai rezeki Allah dan boleh merasa betapa payahnya hidup berlapar. Kita juga boleh berjimat cermat dari membazir. Tak lupa juga kita akan sentiasa ingat kepada Maha Penyayang. Sesungguhnya rasulullah pernah bersabda :

“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”


i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


Saya taknak bercakap panjanglah, Saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan Al-MUBARAK.

P/S : Kalau datang blogwalking sini, sila jangan sorot shoutmix awk tu ye, susah nak balas kunjungan or tinggalkan pesanan.
July 26, 2011

Get Old Facebook IM

by , in

This is a tutorial for facebook. I'll make it in English language since many people want to know this Tutorial. before that, I'll give the instructions in malay then translated in English.

[Malay]
Ramai tak tahu apa itu IM, IM bermakna instant message, yang korang duk chat-chat di laman sosial nak-nak Facebook, haa itulah. Jadi sekarang ramai sangat (I mean all) Facebook-ers complain sebab tak suka new IM, jadi sekarang ikut beberapa steps di bawah dan tada korang akan dapat IM yang lama.

Apa keistimewaan yang lama ?
Boleh tengok berapa orang online
Boleh tengok whole list online
Mudah nak chat

Untuk pengguna CHROME :

1 ) Bukak Browser (Chrome)
2 ) Tekan Sini dan Klik Install


3 ) Kalau tengah on Facebook (FB) tu, logout sekejap dan login balik.

Untuk pengguna MOZILLA :

1. Buka Mozilla Firefox anda

2. Click Tools

3. Kemudian tekan Add-ons

4. Then seacrh greasemonkey

5. Akan keluar macam ni ;
just click Install


6. Selepas itu Install yang INI pulak.



[English]

For CHROME user :

1 ) Open your Browser (CHROME)
2 ) Click here and install by clicking green button

2 ) Re-login your Facebook account.

For MOZILLA user :

- Click Tools
- Click Add-ons
- Search greasemonkey
- Click Install like below

- Next, Install this one too , CLICKY
- Re-login your account.

Okay Tutorial dah siap, gembira tak dengan IM lama ? huhuu ! Selamat Berchatting !

Credited : Amy !
Her Facebook Page
July 25, 2011

Perempuan Pakai Hijab Kenapa ?

by , in

Hijab ialah benda yang diperbuat dari kain khas untuk melindung rambut kaum hawa atau lebih familiar dengan panggilan "tudung". Sememangnya memakai tudung ini wajib bagi kaum hawa bagi menutup aurat mereka.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, Entri Berkaitan

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].


Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].


Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.


Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].


Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Jelas sekalilah kan bahawa aurat perempuan lebih banyak dari lelaki. Tapi banyak juga kaum hawa di luar sana masih merungut sebab kena tutup itu, ini. Semuanya untung kat lelaki. Tetapi sebenarnya semuanya adil, Allah Maha Adil.

Contohnya : Ada yang kata tidak senang dengan wasiat sebab lelaki dapat banyak harta berbanding perempuan. Tetapi kalau kita fikir baik-baik. Lelaki ada banyak tangungan kerana mereka ialah ketua keluarga manakala perempuan hanya guna untuk diri sendiri. Jadi sekarang mana satu yang lebih untung?


Baiklah, kembali kepada tajuk. Sekarang saya tengok diluar sana ramai tidak pakai tudung walaupun beragama Islam. Apa yang mereka fikir? Wallahu'alam, semoga mereka mendapat hidayah kelak. Mungkinkah mereka dah target untuk bertaubat pakai tudung selepas pada kemudian hari? tetapi tahukah berapa lama umur mereka? sempatkah mereka bertaubat? Wallahu'alam.

Okay, jadi tengok sini buat muhasabah diri, saya ambil ayat di bawah dari saudara Fahmi.
adik:kakak tahu tak bila perempuan yg tak tutup aurat akn mula menutup aurat?
kakak:pergi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik:salah, teka la lagi
kakak:masa dh dpt hidayah Allah kan?
adik:salah, nak tahu jawapannya tak, senang ja
kakak:apa dia dik?
adik:tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akn tutup buat selamanya....renung2knlh....


Jadi, adakah anda ingin menutup aurat pada hari pengebumian anda kelak? Sudah tentu tidak !

FAKTA : Faktor utama rosaknya rambut wanita akibat terdedah kepada matahari selama 12 jam atau lebih. ^_^


Tetapi, randomly, orang zaman sekarang pakai tudung sebab nak ikut trend, nak-nak lagi style Hana Tajima, famous fashion designer. Tapi saya tak kata itu semua salah. Walaupun nak ikut fashion sekali pun, pakailah biar nampak macam tudung kan ? jangan pulak pakai tudung tapi berlengan pendek or pakai tudung tetapi berpakaian ketat. Ayuh baca ini

Okay apa pula hukum jika ada orang tengok rambut kaum hawa, Hukumnya HARAM walaupun seurat rambut. Jadi yang paling bahayanya sekarang ialah di dalam laman sosial. Sebelum itu, baca entri ini. Apa yang boleh disimpulkan adalah, kalau anda meleterletak gambar yang menunjukkan aurat di dalam facebook laman sosial, setelah anda pergi ke rahmatullah, siapa yang akan membuang gambar-gambar itu ? adakah anda mahu saham dosa anda bertambah jika orang asyik melihat gambar itu? .

Akhir kata, begitulah entri kita pada hari ini. Sama-samalah kita mencari jalan untuk mendapat keredhaan Allah. Wallahu'alam !

P/S : Jika ada sesiapa yang terasa hati dengan entri saya kali ini, harap maaf ye, saya hanya sekadar berkongsi dan memberi kesedaran kepada semua umat Islam
July 23, 2011

Malaysia VS Singapore 2011

by , in
Hah ! dah dua artikel pasal bola saya buat. Agak-agak bila Malaysia nak menang Asia Tour ni. Okay2 tanpa membuang masa saya nak bagi sedikit sebanyak info pasal Malaysia VS Singapore pada malam ini iaitu 23 Julai 2011. Kalau tengok dalam tv kan, dia start awal dari biasa, pukul 7:30 malam.



Korang missed ke match tadi, memang rugilah. Sengit sangat tapi mengecewakan Malaysia kalah dengan 5-3. Tapi dah kira oklah sebab dapat juga 3 gol at least. Ada orang kata Singapore banyak import dari luar pemain. So kiranya kalau diorang menang berkat jasa orang dari negara asing (Jangan marah warga singapore). Malaysia sempat menjaringkan 3 sahaja gol manakala singapore 5 gol.

Tahniah kepada Safee Sali (Dia ni lagi.) Beliau telah menjaringkan 2 gol, sedikit lagi nak hatred.



Jadi siapa pula yang menjaringkan 1 gol lagi bagi Malaysia ? Hadi Yahya. Tahniah kepada beliau !



Sorry ye, saya tak ada budget nak bagi kamu berdua hadiah hehe

P/S: Mereka lawan di Stadium dekat Singapore.


Berikan mereka standing ovation !

Itu jelah boleh saya bagitahu, saya bukan arif sangat pun pasal bola semua ni. Jadi sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya walaupun tidak menang hehe , dan tak lupa juga nak ucap tahniah kepada Singaporean yang tidak lelah menyokong team mereka (tolke?). Sebab saya ada kawan singapore eah, jadi apa pula kata mereka asyik sokong negara sendiri je, kita kena ada sikap toleransi.
July 22, 2011

Malaysia VS Chelsea 2011

by , in

Hah ! Haritu Malaysia VS Liverpool 2011 , Dulu Arsenal. Sekarang Chelsea pula, Asia Tour kan ^_^.Baiklah entri pada hari ini ialah Malaysia VS Chelsea bagi 2011 iaitu 21 July 2011. Jom kita tengok pemain-pemain yang beraksi malam tadi iaitu pada malam jumaat (eh ?).

CHELSEA

Jacob Mellis
Gael Kakuta
Ashley Cole
David Luiz
Michael Essien
Ramires
Frank Lampard
Fernando Torres
Yossi Benayoun
Dider Drogba
Mikel John Obi
Florent Malouda
Jose Bosingwa
Yuri Zhirkov
Petr Cech
Branislav Ivanovic
Paulo Ferreira
Josh McEachran
Salomon Kalou
Ross Turnbull
Daniel Sturridge
John Terry
Matej Delac
Ben Gordon
Slobodan Rajkovic
Rhys Taylor
Alex
Ryan Bertrand
Tomas Kalas
Patrick van Aanholt
Nicolas Anelka
Henrique Hilario

MALAYSIA

Sharbinee Allawee Ramli
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Nasril Nourdin
Safee Mohd Sali
Aidil Zafuan Abdul Radzak
Asraruddin Putra Omar
Abdul Hadi Yahya
Amar Rohidan
Shakir Shaari
Muslim Ahmad
Fadhli Mohd Shas
Norsharul Idlan Talaha
Shafiq Rahim
Amirul Hadi Zainal
Ashaari Shamsuddin
Baddrol Bakhtiar
Ahmad Fakri Saarani
Mahali Jasuli
Farisham Ismail
Helmi Remeli
K. Gurusamy



Okay haha banyak bebenor pemain. Goal yang dibuat hanya 1-0 (Chelsea gol tau). Drogba yang sudah goalkan Chelsea. Takpelah walaupun Malaysia tak buat gol, tapi dapat tempis shoot pihak lawan pun dah okay.

Sebenarnya bola freekick Drogba belum melepasi sepenuhnya garisan goal, tetapi penjaga garisan memberikan gol untuk Chelsea. menewaskan penjaga gol gantian Malaysia yang masuk pada minit ke 70 mungkin pada minit ke 78'.

Tekan play di bawah untuk tengok video drogba gol !



Congrates juga kepada semua peMINAT drogba huhuu..
July 21, 2011

Pengomen Teratas 2#

by , in

21/7/2011 (Khamis) Terima kasih kepada semua pelawat yang sudah meninggalkan komen dan buah fikiran kepada saya. Sebagai hadiah, ini ialah entri khas untuk pengomen teratas bagi minggu 2#.

Zoul
Dengan bilangan komen : 3

Megat Najmuddin
Dengan bilangan komen : 1

nurul atiqah
Dengan bilangan komen : 1

Sebagai hadiah pada minggu ini, saya akan follow blog mereka dan membuatkan satu entri review iaitu entri ini. Sekian !

Masih Buntu ? Klik Sini
July 20, 2011

Facebook Viruses Infection

by , in
Hello to all readers. Today I'm going to share with you the latest issue which is, Facebook Viruses Infection. Okay maybe some of you had been infected by these viruses. This post is not only for Malaysian, but it's for all Facebook Users.


ATTENTION TO ALL MALAYSIANS : Kenapa pula saya cakap bahasa inggeris ? Sebab post kali ini umum, dan jika ada benda tidak faham, boleh guna GOOGLE TRANSLATION.


Okay I'll tell you how the virus can get into you. This virus spreads via IM, especially Facebook IM. Firstly it will send you a message via your "Facebook's Friend Account". The conversation from the virus will be look like below :

Virus : Hi, how are you ?

Your message

Virus : Wanna laugh? :)

Your message

Virus : Is it you in the video ? want to see ?


Re-enactments from me and my friends

And the virus link will follow shortly after that message. Maybe some of the virus message not in above form, or maybe in other form. But make sure, I got it with IP Address Form. You know what IP Address ? It's a number address e.g : 952.293 (Random Number).

If you opened the link, your account will be automatically infected by the virus. No matter how long your password is, the virus still can track your account and make a trouble.

I think above information is enough for you to identify the virus. I got some steps for you to avoid the infections.

DA STEPS

- Frequently change your Facebook Password.
- Ignore unknown message.
- If your friends acts different as usual, don't reply their IM.
- Update your Anti-Virus

That's all, I hope you guys can enjoy FB-ing without virus infection !

* I don't know what would happen if the virus get into you. Maybe computer damage ? File damage? or etc.*
July 18, 2011

2 Cerita Last Episode

by , in
Kamu semua pernah tengok cerita MARIMAR ataupun JUVANA ? Tahu tak hari ini iaitu 18 Julai 2011 (Isnin) Episode akhir bagi dua cerita itu. Tapi saya tak tahu la mungkin ada sambungan kot. Mungkin banyak daripada kamu semua yang "missed" episod akhir yang sangat berharga ini kan. Jadi saya nak beritahu lah sedikit-sebanyak dari apa yang saya lihat dan tahu dari kawan-kawan.


Mula-mula kita masuk cerita MariMar.

Cerita marimar mengisahkan MARIMAR seorang gadis yang membesar dengan orang tua angkat. dan akhirnya bertemu jodoh dengan dengan Sergio yang dilakonkan oleh Dingdong Dantes, haha ! waw.


Cerita Marimar saya dengar sikit sahaja sebab masalah balik lewat dari sekolah. Ada orang kata Angelica terbunuh dibaham buaya, dia fights with marimar atas helikopter/kapal terbang? haha then terjatuh. Dan akhirnya Sergio menikahi Marimar, tak lupa Monica da insaf. -TAMAT-

Okay sekarang kita masuk cerita JUVANA lak , mukadimah dia tidak banyak sangat sebab saya jarang tengok. Tapi yang tahu hero dalam cerita tu nama Daim kan ? and Cikgu Zakiah penyelamat yang selalu mendorong Daim supaya tabah di dalam JUVANA.


Tadi saya tengok pada mula nya semua cikgu di sekolah JUVANA tu macam jadi team WARDEN. Diorang seksa semua pelajar kecuali Botak. Kesian kat Cikgu Zakiah , kena pukul banyak kali . Then Daim kena tikam sekali oleh Botak. Memang cerita ini dijalankan dengan banyak manipulasi, semua cikgu cuba memanipulasi orang lain haha supaya terselamat. Okay saya taknak cerita panjang jadi saya bagitahu isi-isi penting sahaja. Warden dia buat laporan polis dan setelah polis datang, dia cakap semua pelajar JUVANA memberontak, sebab masa itu botak tengah halakan pisau kat leher cikgu zakiah.

Jadi maknanya Botak menjadi mangsa la dalam kes ini. Semuanya rancangan warden, cikgu lain sempat sedar akan penipuan warden itu jadi cikgu lain buat laporan polis. dan CIKGU ARIFFIN memang baik. Masa polis cuba menenangkan Botak, tiba2 ada sorang polis pergi gari tangan warden, warden tu aneh lah sebab apa dia kena gari pulak. Then ada pelajar juvana cakap kami dah report semua kat polis.

Masa WARDEN itu nak dibawa ke kereta polis, dia sempat baling satu-satunya bukti yang daim ada untuk membuktikan bahawa dia tidak membunuh ibunya. Then lepas kena tangkap ape, Botak menyesali perbuatan dia dan minta maaf kat semua orang. Kiranya Botak dah insaflah. Selepas itu Daim (nangis eah ?) depan api tu sebab tengok tape yang mengandungi bukti itu dibakar.

Then anak perempuan mak cik (kantin?) tu cakap, Kedah ade simpan video testimoni ni. Then bermakna Daim masih lagi ada bukti. Setelah sekian lama, Cikgu Zakiah pula jadi warden di sekolah Juvana manakala Daim bekerja sebagai pengajar di situ. -TAMAT-

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, search saja episode akhir di youtube. Confirm ada ^_^.
July 16, 2011

Malaysia VS Liverpool 2011

by , in
Korang tengok tak perlawanan bola sepak Malaysia VS Liverpool ? yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Iaitu hari ini 16 Julai 2010.



Nak tahu keputusan dia ? Malaysia kalah dengan 6-3 :] Tapi apa-apa pun nak ucapkan tahniah juga kat Malaysia kerana berjaya menjaringkan tiga gol. Dan takpe, ni dikira permulaan. Memang dah adat pertandingan menang dan kalah.

Tanpa membuang masa, saya nak beritahu antara pemain Malaysia yang telah menjaringkan gol ialah, Safee Sali (2 Jaringan) dan Shafiq Rahim (1)

Tahniah Safee Sali kerana telah membanggakan Malaysia !


Tahniah juga kepada Shafiq Rahim !


Dan tidak lupa kepada penjaga gol Malaysia yang amat terkenal iaitu, Khairul Fahmi Che Mat (Panjang nama)


Tahniah sekali lagi ya !
July 16, 2011

Post Bernafsu

by , in

Eh, kenapa ni lain semacam sahaja tajuk entri kali ini. Maksud saya, post bernafsu tu bukan post itu ada nafsu. Tapi post yang agak menarik nafsu pembaca la. yang merangsang gitu.

Baiklah, cukup untuk mukadimah. Apa pula kaitan post bernafsu dengan entri kali ini ? Saya lihat, di luar sana ramai blogger yang membuat post sedemikian contohnya memaparkan gambar-gambar seksi/tidak menutup aurat dan banyak lagi.

Siapa ?! Sudah tentu saya tidak akan dengan sewenang-wenangnya membongkar identiti mereka. Itu dipanggil mengAIBkan kaum sendiri, iaitu kaum manusia. Selalunya post yang sebegitu selalu mendapat RANKING.

Ini yang dikatakan post bernafsu, ramai yang akan mendahulukan/mengutamakan post-post macam itu. Sudah tentu majoriti main purpose blogger buat begitu kerana ingin ramai visitor kan ? Betul tak ? "Maaf kalau ada yang terasa".

Kalau ramai visitor sudah tentu banyak faedah seperti , Duit nuffnang meningkat, ranking blog meningkat, cerita kita ada orang baca selalu. Tapi pernahkah si penulis terfikir adakah rezeki yang dia buat hasil dari entri-entri sebegitu HALAL ?

3 Golongan yang akan mendapat dosa atas perbuatan mereka iaitu

- Orang yang melihat (visitor)
- Orang dalam gambar (model)
- Orang yang papar (blogger)

Sekarang kita semua dah tahu yang perkara sebegini tidak harus dilakukan. Ianya hanya menambah SAHAM DOSA kita sahaja.

Tetapi anda perlu tahu juga, iainya atas nawaitu/niat kita masing-masing. Kalau niat baik, baiklah jadinya. Kalau sebaliknya, buruklah padahnya. Seperti hadis yang berbunyi

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.


Bukan setakat gambar tidak menutup aurat sahaja, cerita yang anda kongsi itu. Hendaklah diperiksa dahulu, terutamanya gossip-gossip yang anda ambil dari akhbar atau media semasa. Semua itu tidak pasti kebenarannya dan yang pasti ianya mengaibkan kaum MANUSIA



Nota untuk blogger : Jadilah blogger yang bijak. Jangan fikirkan perkara duniawi sahaja, ukhrawi lebih penting !
July 15, 2011

Simple Header Photoshop

by , in
Ramai blogger-blogger di luar sana yang ingin buat header sendiri kan. Antara program-program/software yang sesuai ialah, Photoshop dan Photoscape. Tapi bagi saya, saya prefer photoshop la sebab senang. Tutorial ini khusus untuk Adobe Photoshop 7.0.

Tak Ada PhotoShop ? Dapatkannya di sini


Mula-mula, kamu semua kena lah buka dulu photoshop. Dan tanpa membuang masa tekan File >> New ataupun Hold CTRL + N. Tengok gambar di bawah !



Seterusnya, bahagian width dan height tu hendaklah diisi yea. Biasanya ini ukuran saya buat = width - 600 Height - 250.

Selepas itu, Open gambar yang anda ingin letakkan di header itu yea. Anda boleh meletakkan gambar dengan menekan File >> Open ataupun Hold CTRL + O. Tengok gambar di bawah !



Gambar di atas menunjukkan cara-cara ingin menghilangkan kesan warna putih di gambar, contohnya anda ingin gambar itu transparent background. Ikuti step gambar di atas ye. Tekan Eraser >> Magic Eraser Tool.


Tengok gambar di atas. Sekarang kita akan RESIZE pula icon/gambarnye ye. Tekan EDIT >> FREE TRANSFORM ataupun HOLD CTRL + T Tarik sendiri dan adjust-adjust lah mengikut kesesuaian anda ya.


Seterusnya, tengok gambar di atas. Anda letak ayat yang dikehendaki dan pastikan saiznya sesuai dengan header tersebut. Contohnya seperti gambar di atas !


Bagi mencantik tulisan tersebut, anda kena tekan Blending Option seperti yang ditunjukkan di gambar di atas. Dan adjustlah mengikut kehendak masing-masing ye.


Setelah siap di adjust di bahagian Blending Option, ia akan kelihatan seperti gambar di atas.

Akhir sekali mestilah kena save kan. Tapi pastikan anda save pictre AS png Format Tengok gambar di bawah untuk maklumat lanjut.



Sekarang anda sudah ade header sendiri, dan sekarang anda bolehlah upload header ke blog anda sendiri. Sekian ! Selamat Mencuba !
July 15, 2011

Tutorial Rounded Corner

by , in

Hari ini saya ingin menunaikan hajat satu blogger ini yang telah memohon tutorial "ROUNDED CORNER" atau dalam bahasa melayu bucu melengkung. Tutorial pada kali ini senang sahaja. Dengan bucu yang melengkung, blog kita akan kelihatan lebih menarik.

Kalau anda semua masih tidak faham apa itu corner dan dimana letaknya, sila tengok gambar di bawah ye ^_^ !


SEBELUM

SELEPAS



Tanpa membuang masa ayuh kita tengok tutorial ini.

Step 1
Login Dashboard >> Design >> Edit HTML

Step 2
Cari kod #outer-wrapper {. Tekan CTRL + F untuk memudahkan pencarian. Kalau tak jumpa sebijik kod macam di bawah
/* Outer-Wrapper
----------------------------------------------- */
#outer-wrapper {


Cuba cari kod #content-wrapper {. Kalau anda jumpa kod dia lebih kurang macam ni
#content-wrapper {
margin: 0 2%;
padding: 0 0 15px;
text-align: $startSide;
background-color: $mainBgColor;
border: 5px solid $borderColor;
border-top: 0;
-moz-border-radius: 50px 50px;
border-radius: 50px 50px;

Terus ikut setep ketiga.

Step 3
-moz-border-radius: 50px 50px;
border-radius: 50px 50px;


Copy kod diatas dengan menekan CTRL + C dan pastekan di BAWAH kod pada Step 2

Siap ! Tekan preview dulu then baru save, sebab takut berlaku kecacatan ^_^. Semoga Berjaya !
July 14, 2011

Pengomen Teratas 1#

by , in

14/7/2011 (Khamis) Terima kasih kepada semua pelawat yang sudah meninggalkan komen dan buah fikiran kepada saya. Sebagai hadiah, ini ialah entri khas untuk pengomen teratas bagi minggu 1#.

Adam Izzudin
Dengan bilangan komen : 2

NANI
Dengan bilangan komen : 2

Cik Kasut
Dengan bilangan komen : 2

Sebagai hadiah pada minggu ini, saya akan follow blog mereka dan membuatkan satu entri review iaitu entri ini. Sekian !

Masih Buntu ? Klik Sini
July 14, 2011

Maksud Nuffnang !

by , in

Untuk blogger-blogger yang dikasihi sekalian. Pada hari ini saya ingin memberitahu sedikit sebanyak tentang NUFFNANG. Pernah dengar ayat tu ? Tipulah kalau tak pernah dengar sebab biasanya Bloggers Familiar With Nuffnang.

Okay, untuk blogger newbie di luar sana, pasti tertanya-tanya apa itu nuffnang. Nuffnang adalah komuniti pengiklan blog. Di mana advertiser (pengiklan) dan blogger saling berhubungan. Pihak advertiser akan membayar orang yang mengiklankan produk/barang/website mereka kan.

Orang yang join sebagai blogger di nuffnang bukanlah jutawan sangat, tetapi pendapatan dari NUFFNANG tu kira boleh lah untuk tampung harga domain website untuk jadikan website anda ke .com. Harganya lebih kurang RM30+ je, sebab saya beli dulu 10USD ^_^.

What is Nuffnang !?
Our ads are seen in 180000 blogs and 8 million people daily


Untuk penerangan lanjut, jom kita baca definisi dari pendekarberkuda.org yer

BUFFERED EARNING (BE) / PENDAPATAN TERUMPUK
Merupakan pendapatan yang dikumpul untuk satu tempoh masa tertentu yang telah dipersetujui oleh pengiklan / advertiser (bukan dari Nuffnang ya..jangan salah faham...) dengan blogger untuk mengiklankan produk mereka di blog kita bagi tempoh masa sekian sekian. Blog yang mendapat BE itu dipilih oleh pihak Advertiser / Pengiklan sendiri sama ada melalui nasihat yang diberikan oleh pihak Nuffnang mahupun atas pilihan pihak Advertiser sendiri.

Blog-blog yang mendapat iklan untuk pakej BE ini perlu memiliki trafik yang stabil. Tidak kiralah sama ada trafik tersebut 20 ke, 30, ke, mahupun ribu-ribu. Di samping itu, isi kandungan blog tidak melanggar sebarang syarat-syarat yang diberikan oleh pihak Advertiser dan Nuffnang. Juga, entry hendaklah di update sekurang-kurangnya seminggu 3 kali, kalau sehari sekali atau lebih lagi bagus. Hehe..

Pendapatan untuk BE ini lumayan jika kena pada caranya, "especially" jika anda memiliki trafik yang tinggi seperti Ben Ashaari, Che Mat Gebu, Hanis Zalikha, Irene Nadia Marcello, Red Mummy dan lain-lain lagi. Namun jangan salah faham, Jika anda memiliki trafik ribu-ribu pun, pendapatan dari semua BE anda tidak akan pernah melepasi angka RM2k keatas sebulan.

Kecualilah ya..kecualilah jika anda sangat aktif mempromosikan blog dan iklan untuk BE yang anda terima daripada pihak Advertiser. Jika tidak, lupakan saja untuk mendapat income BE sehingga lebih dari 2k sebulan. Mustahil~! Hanis Zalikha pun tak boleh dapat banyak macam tu tau... Income blogger yang memperolehi "cheque" riban-riban dari Nuffnang tu adalah hasil "Advertorial Post" dan bukan BE sahaja. Jadi kalau anda mahu mendapat income riban-riban seperti mereka, rajin-rajinlah kumpul readers banyak2 okay? Hehe~!

Ingat ya, BE Nuffnang ini hanya sesuai untuk mencari pendapatan sampingan bagi para blogger. Dan bukan untuk pendapatan tetap. Adalah mustahil bagi anda untuk mendapat pendapatan yang lebih melalui "advertorial post" kerana pihak advertiser mementingkan trafik yang tinggi ke blog anda baru akan diberikan "advertorial Ads". Jadi walaupun anda glitterati pun, sangat sukar sebenarnya untuk mendapatkan "Advertorial Ads" mahupun BE selagi anda tidak memenuhi syarat-syarat di atas.


METERED EARNING
Metered Earning atau ME adalah singkatan untuk Pendapatan Bermeter, adalah satu lagi pakej pendapatan dari Nuffnang, kebiasaannya para blogger yang mendapat BE dan dah tamat tempoh tapi pihak Advertiser masih lagi berminat untuk mempromosikan iklan mereka di blog blogger tersebut. Ada dua tahap cara dan kaedah pengiraan Metered Earning ini. Yang pertama mCPM iaitu para blogger akan mendapat income hanya apabila pelawat mengunjungi blog mereka dan pada masa itu terdapat iklan menari gelek-gelek goyang dangdut di situ. Ingat ya, hanya dengan melihat iklan itu sahaja tanpa perlu klik iklan tersebut anda boleh dapat ME... Hehehe~!

Kemudian, pendapatan tambahan jika pengunjung blog anda yang melihat iklan tersebut mengklik pada iklan itu. So, anda akan mendapat 2 jenis pendapatan sekaligus di situ. hehehe~. Lumayan jika kena pada caranya. Tapi, iklan-iklan yang metered ini tidak selalu timbul tau, dia pandai main nyorok2...ala..macam kita semua main masa kecik2 dulu la~...takkan itu pun tak tau..lalala~!


BUAT DUIT DENGAN BLOG ?
Siapa kata tak boleh buat duit dengan blog yea? Meh sini pendekar nak tikam dia. Tapi buat duit dengan blog ini bukanlah bermaksud anda sempitkan pemikiran anda pada Nuffnang sahaja, banyak lagi cara lain untuk membuat duit dengan blog ni.

1. Salah satu contohnya adalah seperti blogshope. Siapa yang tak pernah dengar blogshope patut ambil perhatian yang lebih tentangnya. Anda boleh jual semua jenis barang dengan adanya blogshope sendiri. Bukan blog personal ya. Hehe~!

2. Anda pernah tak pergi ke blog mana-mana lepas tu ternampak ayat macam ni di blog mereka.. "ADVERTISE HERE" ... "IKLAN DI SINI" ... "IKLAN RM5 SEBULAN" ... "IKLAN RM25 SEBULAN" dan lain lain lagi. Dengannya anda boleh dapat income juga tau...Lagi banyak iklan yang orang letak, lagi banyak income anda dapat...hehe...percayalah...

3. Promosi Google AdSense di blog anda, kalau ada yang tertarik, pasti ramai yang klik. Ingat yea, Google ads ni dia pakai USD. So lebih banyak yang klik, lebih banyaklah income yang kita dapat.

4. Daftarkan sehingga 4 buah blog anda di Blog Manager Nuffnang. Tapi pastikan semua blog-blog tersebut aktif... Kalau anda rajin, insyaALLAH pendapatan anda nanti pasti tinggi. Sebab di campur2..hehe~!

5. Jika anda masih belum yakin dengan kadar Visitors anda, anda boleh mencuba iklan-iklan lain, letakkan sahaja Innity ke, Adverts ke, YouthSays ke, atau lain-lain. Meskipun anda akan kehilangan status Glitterati, tapi apa salahnya mencuba segalanya kan? Daripada menunggu duit iklan Nuffnang yang sedikit tu, ada baiknya anda sumbat je semua jenis iklan tu... lepas tu promote la habis-habisan. Confirm duit anda pasti akan masyuk punya~! Nyiahahahaha~!... Eh? Tak percaya~? Cuba la dulu... tak cuba mana tahu~! Status Glitterati tu bukannya tak boleh dapat balik.. hadoii~!..

*GLITTERATI ~ status khas buat nuffnangers yang membolehkan mereka mendapat faedah yang lebih di dalam komuniti Nuffnangers. Income, aktiviti luar dan sebagainya...


Sudah faham ? Bagus ! Okay sekarang dengar penjelasan saya pulak.. Pada pendapat saya, Nuffnang ini akan memberi BE kepada blog yang banyak jadi refferal trafik kepada dia. Jadi banyak2lah buat entri review pasal nuffnang

Jangan percaya cakap saya ! Do at your own risk ya
July 12, 2011

Tutorial Favicon (AUTO)

by , in
Hari ini saya ingin kongsi satu tutorial yang sangatlah mudah. Blogger.com dah sediakan kemudahan untuk kita semua memasang atau menukar Favicon ! Jom kita tengok tutorial di bawah. Sebelum itu, klik sini untuk lihat tutorial favicon secara manual !

Step 1

Dashboard => Design => Page Elements


Step 2

Tekan Edit => Upload Gambar => Gambar boleh didapati di Photobucket


TADA ! sekarang preview blog kamu yer ! confirm dah jadi ^_^

Perkara yang "sunat"
Pastikan saiz favicon yg nak diupload itu 25x25
July 08, 2011

Entri Pengomen Terbanyak

by , in

Saya ingin memberikan satu pengumuman bagi blogger-blogger yang baik hati di luar sana. Blogger yang baik hati suka baca/follow/komen entri di blog kita kan, jadi mereka sewajarnya kena mendapat balasan atas jasa baik mereka.

Saya sudah membuat keputusan ingin memberikan GANJARAN kepada pengomen terbanyak mingguan di Azhunk World. Hadiah ini akan diberi berdasarkan widget di bawah "PAGES".

Saya akan membuat satu entri bagi 3 pengomen teratas di blog Azhunk World. Dan keputusan bagi pengomen terbanyak akan diambil setiap hari khamis. Contohnya, pada hari khamis saya akan lihat, siapa antara kedudukan pertama hingga ketiga tertinggi.

Jika orang sama tertinggi selama dua minggu berturut-turut, maka entri review bagi blog mereka tidak akan dibuat sebanyak dua kali. Jadi minggu tersebut akan diskip. Jika kamu semua nak jadi PEMENANG pengomen terbanyak , kena komen banyak-banyak lah :]! Dan sebarang komen yang dianggap spam tidak akan dikira.

Saya akan membuat satu page special bagi entri review top commentator blogger. Jadi kalau pelawat saya bukak page tu, dia boleh tengok arkib entri yang saya dah buat pada pengomen teratas di blog saya !

Untuk menjadi pemenang , sila pastikan kamu ada blog sendiri untuk saya membuat entri khas bagi blog kamu !
July 08, 2011

Tutorial Floating Button

by , in

Pagi tadi saya sudah bertanya kepada kawan saya "ADAM" tentang tutorial apa yang patut saya buat. Then dia kata "Tutorial Floating Button". Jadi pada hari ini saya nak buat tutorial floating button kat blog.










Step 1

Blogger>>Dashboard>>Design>>Add A Gadget

Step 2

<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href='LINK' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='Tutorial Dari Azhunk.com'><img border="0" src="URL FLOATING IMAGE" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='LINK' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='Tutorial Dari Azhunk.com'><img border="0" src="URL FLOATING IMAGE" /></a><br />


</div>


Step 3

Tulisan yang dibold itu hendaklah ditukar ye. Untuk menambah gambar lagi, sila tambah code di bawah SEBELUM code </div>.



<a class='linkopacity' href='LINK' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='Tutorial Dari Azhunk.com'><img border="0" src="URL FLOATING IMAGE" /></a><br />


SELAMAT MENCUBA !!
July 04, 2011

Adobe Photoshop 7.0 Full Version

by , in

Gemar mengedit gambar ? Atau fasih menggunakan photoshop ? Jika anda ingin pelajari photoshop, berlambak tutorial yang disediakan di internet, dengan bantuan Mr.Google, semuanya boleh !

Jadi tanpa membuang masa, saya ingin mengajar korang semua cara download dan install photoshop 7.0 FREE full verion. Mudah sahaja tutorial ini.

Tekan Sini Untuk Download :]

Selepas sahaja siap download, terus pergi ke download file dan extract file tersebut :]. Tidak tahu cara untuk extract ? Mula2, right klik di atas file yang ingin diextract. Selepas itu tekan Extract file ... Selepas itu pilih lokasi file selepas diextract.

Menunggu kerja extract siap mengambil juga beberapa saat masa. Tanpa membuang masa, tekan sahaja setup application :] ! TAK TAHU MANA SETUP APPLICATION?! ! rujuk gambar di bawah



Dekat ruangan dia mintak serial code tu, tengok di dalam file photoshop yang telah diextract , ada tak notepad bertajuk Serial Code ? kalau ada tekan sahaja dan copy and paste sahaja di ruangan disediakan semasa installation. Setelah siap install, menjadilah photoshop kamu FULL VERSION! Selamat Mengedit !

P/S: Jika ada sebarang masalah sila maklumkan di ruangan komen, jika berjaya, maklumkan juga jika boleh :]
July 03, 2011

Komen Atau Follow?

by , in
Hari ini saya ingin memberitahu isu common. Perkara ini biasa berlaku kepada semua blogger. Okay, mula-mula, seperti biasa saya ingin menerangkan maksud bagi perkataan di tajuk dahulu.

Komen : Meninggalkkan mesej di setiap post atau ruangan yang di sediakan


Follow : Mengikuti blogger yang dikehendaki, dengan cara ini kita akan dapat tahu latest feed dari blog tersebut di dashboard kita


Setiap hari, follower saya sentiasa meningkat, ade sesetengah follower tu beritahu bahawa dia dah follow saya, jadi senanglah saya nak follow balik. Ada sesetengah itu follow secara senyap-senyap. Adakah ia perkara yang baik ?

Bagi saya, ianya perkara yang baik. Soalnya, dia follow kita secara ikhlas, tidak mengharapkan balasan. Hanya follow untuk mendapatkan latest feed dari blog kita. Tetapi yang bagitahu tu pun bagus jugak, at least kita sedar dia follow kita. Jadi dengan mudah kita boleh terjah ataupun follow dia balik ^_^.

Yang komen pulak. Sudah tentu ramai blogger yang menginginkan pelawat komen kat blog diorang. Jadi sebagai pelawat, Komen la banyak-banyak kat blog korang lawat ea. Komen sebenarnya bagus, kerana kita dapat menyelesaikan persoalan yang berada di fikiran.

Selain itu, kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara insan. Seseorang itu dapat memberikan buah fikirannya kepada kita melalui komen. Biasanya tuan punya blog akan merasa excited sangat kalau orang komen di entri diorang. Biasalah, itu menandakan orang tersebut baca dan fahami entri kita baik-baik.

Okay sekarang, apa pulak beza komen dan follow dan kenapa perlu ada perkataan atau? Sebenarnya tak ada beza pun. Dua-dua baik dan berguna untuk blogger dan pembaca. Masalahnya adalah ....

Kebanyakan orang sekarang tidak menggunakan kemudahan tersebut dengan betul. Ada sesetengah individu yang hanya follow kerana ingin menambahkan lagi follower di blog mereka. Dan pasal komen pula, ada yang komen hanya sekadar menaip "..." ";D" "Hi" dan lain-lain lagi. Nampak sangat tak ikhlas kan ? Mungkin mereka hanya taip begitu nak kita reply balik so traffic up. Jadi gunakanlah kemudahan ini sebaik mungkin. Jangan melakukan perkara yang sia-sia!

Entri ini hanya yang berada di akal fikiran saya sahaja, jika ada yang membuatkan anda berasa tidak senang hati, saya minta maaf sangat-sangat.
July 01, 2011

Contest : Saya Blogger Kreatif

by , in
Saya ingin join contest yang dianjurkan oleh Cik Atika Aula Jom kita tengok step-step di bawah.



Tengok gambar contest di atas, kalau Cik Atika Aula edit gambar memang top la. Bagi saya lah, sebab kalau dia buat semuanya comel-comel. Kadang-kadang muncul juga rasa jealous huhu.

Tanpa membuang masa kita tengok beberapa arahan yang perlu dibuat bagi meluluskan saya untuk join kontest !

Follow Blog Atika Aula
- Dah berzaman saya follow ^_^

Like Facebook Saya
- Dah lama juga saya like, tekan sini untuk like :]

Buat Entri Yang Bertajuk "Contest : Saya Blogger Kreatif"
- Sudah buat, inilah entrinya ^_^

Ceritakan Tentang Blog Atika Aula
- Saya rasa blog Cik Atika berguna sekali kepada para masyarakat. Di samping mendapatkan info-info terkini, kita semua boleh juga mendapatkan tutorials, dan tips-tips yang berguna. Yang penting, tuan punya blog ni baiklah , boleh dikatakan mesra pengguna. Blog nye juga cantik !

Komen Entri Contest Dan Tinggalkan Link
- Sudah buat ^_^

Tag 5 Orang
- Sudah :O !

Okay pasal tag itu, 5 orang yang bertuah ialah !

Chinta Ilahi
Shafiq Asnawi
Adam Takeru
Fieha
Ikhwan


Untuk makluman lanjut tentang contest ini, klik di sini!

Post Top Ad