Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Komen Atau Follow?

Hari ini saya ingin memberitahu isu common. Perkara ini biasa berlaku kepada semua blogger. Okay, mula-mula, seperti biasa saya ingin menerangkan maksud bagi perkataan di tajuk dahulu.

Komen : Meninggalkkan mesej di setiap post atau ruangan yang di sediakan


Follow : Mengikuti blogger yang dikehendaki, dengan cara ini kita akan dapat tahu latest feed dari blog tersebut di dashboard kita


Setiap hari, follower saya sentiasa meningkat, ade sesetengah follower tu beritahu bahawa dia dah follow saya, jadi senanglah saya nak follow balik. Ada sesetengah itu follow secara senyap-senyap. Adakah ia perkara yang baik ?

Bagi saya, ianya perkara yang baik. Soalnya, dia follow kita secara ikhlas, tidak mengharapkan balasan. Hanya follow untuk mendapatkan latest feed dari blog kita. Tetapi yang bagitahu tu pun bagus jugak, at least kita sedar dia follow kita. Jadi dengan mudah kita boleh terjah ataupun follow dia balik ^_^.

Yang komen pulak. Sudah tentu ramai blogger yang menginginkan pelawat komen kat blog diorang. Jadi sebagai pelawat, Komen la banyak-banyak kat blog korang lawat ea. Komen sebenarnya bagus, kerana kita dapat menyelesaikan persoalan yang berada di fikiran.

Selain itu, kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara insan. Seseorang itu dapat memberikan buah fikirannya kepada kita melalui komen. Biasanya tuan punya blog akan merasa excited sangat kalau orang komen di entri diorang. Biasalah, itu menandakan orang tersebut baca dan fahami entri kita baik-baik.

Okay sekarang, apa pulak beza komen dan follow dan kenapa perlu ada perkataan atau? Sebenarnya tak ada beza pun. Dua-dua baik dan berguna untuk blogger dan pembaca. Masalahnya adalah ....

Kebanyakan orang sekarang tidak menggunakan kemudahan tersebut dengan betul. Ada sesetengah individu yang hanya follow kerana ingin menambahkan lagi follower di blog mereka. Dan pasal komen pula, ada yang komen hanya sekadar menaip "..." ";D" "Hi" dan lain-lain lagi. Nampak sangat tak ikhlas kan ? Mungkin mereka hanya taip begitu nak kita reply balik so traffic up. Jadi gunakanlah kemudahan ini sebaik mungkin. Jangan melakukan perkara yang sia-sia!

Entri ini hanya yang berada di akal fikiran saya sahaja, jika ada yang membuatkan anda berasa tidak senang hati, saya minta maaf sangat-sangat.

3 comments:

Anonymous said...

Ohh..Entri yang bagus, tp tak dapat nak baca sampai habis la, sbb tulisan tu agak menyakitkan mata, bunyi lagu dah best tp mnganggu fokus nak mmbaca, maklum le kdg2 ada jgk manusia yg malas nak tekan butang 'pause'.

hihihi jgn marah ye...

Azhunk Awang said...

Haha, tulisan dah pun ditukar dan lagu sudah diremove :] terima kasih sebab kasi pendapat !

nsdahlia said...

betul2x. kdg2 kalau org comment, kita akan rasa dihargai. so appreciate other ppl's writing to be appreciated .

tp kdg2 ada jugak reasons follower xnak komen. selain drpd lagu tu, kdg2 latest post tu x menarik, so malas nak tgk post yg lain dah.

dan pelbagai reasons yg lain :)

my suggestion (xnak buat xpe), buatla pop up window utk ruangan comment ni, senang org nak comment drpd tunggu page loading.

Post Top Ad