Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
September 06, 2013

Perbezaan Antara Tarbiah dan Dakwah

by , in
Sudah lama jari tidak berbicara. Blog ni pun makin hari makin berhabuk. Di kesempatan ini, alang-alang ada sedang berada di Makmal Bestari sekolah, Azhan nak kongsi satu artikel mengenai tarbiah dan dakwah.

Tanpa membuang masa, kita masuk kepada pengenalannya terlebih dahulu.

Tarbiah merupakan suatu proses untuk membentuk insan supaya menjadi seorang muslim/muslimah sejati. Tarbiah terdiri kepada dua individu iaitu pentarbiah yang dikenali sebagai murabbi dan juga orang yang menerima tarbiah yang dikenali sebagai mutarabbi. 

Dakwah pula boleh dikenali sebagai proses mengajak seseorang untuk membuat kebaikan dan melarangnya berlaku mungkar. Proses ini terdiri daripada 2 individu juga iaitu pendakwah atau dikenali sebagai da'ie dan orang yang didakwah, mad'u.

Perbezaan di antara dua proses ini adalah, Tarbiah boleh dikatakan agak keras sedikit berbanding dakwah. Contohnya, tarbiah itu memang suatu proses si murabbi memberi tarbiah, dan si mutarabbi perlu menerima tarbiah itu sampai mewujudkan biah solehah.

Biah solehah merupakan suasana yang solehah, iaitu suasana yang boleh dikategorikan sebagai kehidupan islamik.

Manakala dakwah pula adalah, kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang da'ie, tetapi hasilnya adalah terserah di atas tangan mad'u sama ada ingin menerima mahupun tidak. Proses ini agak lembut dan kurang mendesak. Proses ini sesuai untuk mengajak orang yang kafir supaya memeluk Islam. 

Contoh, bulan Ramadhan diibaratkan sebagai bulan tarbiah kerana adanya puasa. Kerana apa? Kerana puasa itu memenatkan bukan ? Boleh dikatakan agak meletihkan, tetapi dalam kekerasan mengharungi kepenatan itu akhirnya membawa kebaikan, iaitu rahmat Allah yang terlalu banyak di bulan Ramadhan, dan tidak lupa kepada Syawal, sambutan Hari Raya.

Azhan rasa cukup di sini sahaja. Jika ada kelapangan lagi, InsyaAllah Azhan akan kongsi apa yang Azhan dapat di Kolej Islam. Harap ia bermanfaat untuk kalian.

Jika terdapat kesalahan dalam entri ini, sila beritahu Azhan, terima kasih.

Post Top Ad