Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
August 27, 2012

couple

by , in
Teman Istimewa ? Semestinya semua orang tahu apakah ini. Kamu tahu tak ? hah tahu ? ok apa dia ? hihi.

Teman Istimewa ini selalunya diberi nilai lebih daripada kawan mahupun kawan baik. Atau kebanyakan orang zaman sekarang menggelarnya buah hati/kekasih hati/girlfriend/boyfriend. Sudah ngerti ? Good =D

Ada banyak tujuan para manusia menjalinkan hubungan ini seperti


  • Tempat luahan perasaan
  • Untuk memuaskan nafsu
  • Untuk mengisi masa lapang
  • Untuk suka-suka
  • Untuk dijadikan Isteri yang sah
  • Untuk menjaga status
Dalam banyak-banyak di atas. Kalian yang mana satu ? heee ~

Untuk menjaga status? sememangnya konfius sedikit apabila Azhunk tulis begitu sebab apa kena-mengena dengan kapel kan ? Hubungan ni Azhunk sebut sebagai kapel. Tak kisahlah eja gimana :). Kembali ke topik tadi. Menjaga status? Ok. Selalunya golongan yang handsome-handsome/cantik-cantik. Mereka nak jaga status mereka selalunya. Mesti mereka akan mencarikan seorang pasangan
#Malulah kalau orang top takde kekasih#

Ape-ape pun. Firstly Azhunk nak beritahu yang Azhunk belum pernah ada pengalaman dalam hal-hal begini tetapi pada hari ini Azhunk nak berkongsi sedikit informasi berlandaskan tips-tips yang diberikan oleh beberapa kawan Azhunk yang sudah berpengalaman.

Dalam berkapel ni. Ada batas. apabila sebut pasal batas berkapel.. Semua orang tahu je kan ? Tapi korang aplikasikan ke tidak ? Apa batas yang kamu semua tahu ?

  • Tidak boleh sampai melarakan
Melarakan ? Apa yang kalian mengerti tentang melarakan ? Pernah tak kalau duduk rumah tu rasa rindu akan si dia. Rasa nak je dia ada di sisi. Or sentiasa ada dia dalam fikiran ? Ataupun di sekolah.. Asyik duk fikir nak main mesej dengan si dia sahaja. Pada masa tersebut.. Kamu ingat akan Allah tak ? Azhunk gerenti lah tak akan punya ingat akan Allah melainkan orang tersebut ingin dijadikan isteri bagi menambah umat Islam di bumi.
  • Tidak boleh bersentuhan sesama bukan muhrim
Yang ni pula. Azhunk tak tahu nak terang gimana tetapi sesiapa yang rasa dirinya Islam tu memang bodoh. bodoh teramat sangat. Kalau diajukan soalan mengenai apa hukumnya bersentuhan lelaki dan perempuan ? Semua tahu jawab even non-muslim pun tahu. Tetapi kenapa masih melanggar ?

  • Tidak boleh berzina sama ada mata/hati dan lebih-lebih lagi kemaluan
Zina ada banyak kategori jadi kita haruslah berwaspada ya. Yang pasti semua jenis zina ni tak baik dan haram. Yang Azhunk maksudkan berwaspada itu adalah kita kena kenal pasti adakah perbuatan kita sekarang adalah zina ? Adakah tergolong dalam kategori zina ?

Tiga tu yang penting. Yang di atas ni kalau berlaku kepada kalian. HUKUMNYA HARAM. Sekali  lagi ye Hukumnya HARAM.

Itu saja :) Entri ni bukan tips untuk kapel dan juga bukan syarat-syarat kapel dengan sah. Tetapi entri ini adalah informasi saringan sahaja tentang kapel. Azhunk tak sokong kapel dan Azhunk tak suka tengok orang kapel.

beberapa ayat boleh mengubah dan menggugat pemikiran anda :) Sila layan dekat bawah.

Kamu kapel-kapel ni.. Memang dijaminkan akan berkahwin ke? Ingat ~ Janji manusia bukan janji ditepati. Seringkali tidak ditepati.
Yang kaum adam ni.. Ade girlfriends-girlfriends belaka ni dah pasti ke sudah bagus sangat untuk menyara seorang Isteri? Mendidik seorang Isteri ? Adakah kamu dah betulkan diri sendiri sebelum nak libatkan orang lain ?
Kalau kamu mati masa nak berjumpa dengan pakwe/makwe. Agak-agak mana tempat kamu di akhirat kelak ? Wallahu'alam. Kalau kamu mati semasa duk bergayut dengan pakwe/makwe.. Adakah mati dalam iman ? Adakah Allah ada dalam hati kamu semasa tu ?

Senang nak kata. betulkan niat kamu semua :) Yang pasti Kapel ini sebelum diakad nikah HARAM. tetapi selepas diakad nikahkan sah lah :) Jangan ingat couple ni sebelum kahwin sahaja :) Selepas pun ada tau :}

Assalamualaikum.


August 21, 2012

Azhunk Awang Raya

by , in
Hihii setelah sebulan berpuasa. Jadi berayalah kita semua ye dakk ? Raya ni happy sangat sebab dapat duit raya =D ok jom tengok photo raye2 Azhunk ;D Nanti share lah entri raye kalian :p Azhunk nak usha jugak okay ?








August 20, 2012

Persiapan Sebelum Raya

by , in
Raya tahun ni bermakna sekali kot bagi Azhunk. Sebab ape? Sebab Azhunk "feel it ~ wear it ~ love it" rasai keenakan raya :) Kalau tahun-tahun lepas, tahu duduk atas kerusi and tunggu tiba je raya ! Tapiiii.. Tahun ni Azhunk turut serta hahaha *bajet pulak aku* .. Turut serta dalam mempersiapkan/memeriahkan raya kali ini

Haa ni masa buat ketupat, waktu malam tau. Betapa pronya Azhunk meluruskan daun .. daun ape eh ? 







Haa ni pulak cucuk satay ~ perghhh .. besttt. Sebelum tu . A day before my mum asked me to eliminate the skin of the flesh. *Grammar berterabor*. FIRST TIME DALAM HIDUP AKU SENTUH AYAM TAK MASAK. ada darah lagi sikit. Cabut dia punya kulit. 4 EKOR AYAM, Azhunk sorang je wat =D

Satu lagi, langsir ! Azhunk tolong kakak Azhunk, Norhafizan Awang buat langsir. Bukan buat tapi tolong masukkan besi dan sangkut ;P

Dan banyak lagi aktiviti macam kemas rumah, mop lantai. Semuanya rasa best :D Walaupun buat masa hari puasa tetapi tak terasa lapar dan dahaga kejap
August 13, 2012

Syoknya PTPTN

by , in
PTPTN amat sinonim dengan pelajar universiti. Kebanyakan pelajar menggunakan khidmat PTPTN bagi membiayai pelajaran mereka. Tapi masalahnya.. apabila nak bayar ni kadang-kadang menjadikan beban jugaklah kepada sesetengah individu :P

Kenapa syok ? Sebab berdasarkan berita harian yang Azhunk ter'layan' tadi. PTPTN akan automatically akan menjadi biasiswa sekiranya anda memboleh result tahap kelas pertama :) InsyaAllah dengan cara ini.. Sedikit sebanyak akan membantu sesetengah golongan dan menaikkan semangat pelajar untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang :)

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.

Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini. 


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi. 

Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan. 

Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik. 

Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin. 
Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.

Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan.



Sumber : berita harian

Menurut Azhunk.. bantuan sebegini memang wajar diberi sebagai penghargaan memperoleh kejayaan cemerlang :) InsyaAllah Malaysia akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai belaka ;)


August 11, 2012

Ramadhan Bagi Kita

by , in
Apakah erti Ramadhan bagi kalian ? Sudah tentu sekali kita akan jawab, Ramadhan itu bulan orang nak beramal, nak buat ibadah sebanyak mungkin untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Nak menahan nafsu. Dan banyak lagi.

Entri ini bukan berniat untuk memarahi atau menegur para pembaca, ianya sebagai peringatan buat Azhunk. Kalau anda rasa berguna boleh manfaatkan sama-sama.

Erti Ramadhan di atas begitu kan ? Tetapi apabila kita berada di bulan Ramadhan, apa hakikat sebenarnya yang terjadi ?

Dari erti sebenar-benarnya, Ramadhan ini tentang kelaparan, kesengsaraan, keletihan, bazaar Ramadhan, mercun, tarawih.

Dan dalam masa sehari, terutamanya semasa kanak-kanak dan remaja, kita sentiasa duk fikir

"Lambat lagi ke nak berbuka puasa niii"

"Ya Allah laparnya perut aku !"

"Bodohlah budak tu duk makan depan aku, dah la tak puasa"

"Lagi 5 minit lagi nak berbuka !"

"Time hari biasa rasa laju je masa berjalan, time puasa slow nak mampus"

Betul tak dialog-dialog tersebut akan keluar ? Tu commonly keluar dari mulut Azhunk secara jujurnya.

Ruginya Azhunk, kenapa tak dapat nak buat perkara yang sepatutnya kita buat di bulan Ramadhan ?


  • Tadarus
  • Tarawih
  • Tahajud
  • Qiammulail
  • Tawakal
Tapi , apa-apa pun jangan buat dosa sudah, 

pesan Azhunk, kalau nak main mercun tu, main jauh-jauh sikit dari tempat orang. Main dalam  hutan ke, at least dapat takutkan babi dalam hutan. Fikir ketenteraman orang lain. Orang yang nak solat Tarawih, orang nak tidur, orang nak tadarus dan seterusnya. Itu saja :) Semoga Ramadhan tahun ini membawa berkat kepada kalian.

P/S: Jom kejar malam Lailatul Qadr ?
August 10, 2012

Giveaway Raya untuk Semua

by , in
Azhunk nak join satu giveaway diadakan oleh seorang saudari yang telah setahun lebih Azhunk kenal iaitu kak Atika ;) Giveaway ni diadakan sempena raya tahun 2012 nak kasi gempak sikit raya dengan hadiah-hadiah yang berbaloi ;) Ok tanpa membuang masa kita tengok syarat-syarat.


  • Mesti ada blog
  • Rakyat Malaysia dan berada di Malaysia
  • Lelaki dan perempuan dibenarkan
  • Umur tiada had

Alhamdulillah.. Azhunk lengkap syarat-syaratnya :) 

Kita tengok pula step-step nya :)

  • Tajuk entri mestilah macam ni : Giveaway Raya untuk Semua 
Dah :)
  • Letak banner giveaway pada entri

  • Tak wajib follow dan like fb page saya.
Dah follow and like hikhik ;D
  • Tinggalkan link entri di bahagian komen entri ni. (Jangan buat link yang warna biru ok)
Dah :)

Nak tengok hadiah-hadiah nya? leh ke ;)

Post Top Ad