Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Ramadhan Bagi Kita

Apakah erti Ramadhan bagi kalian ? Sudah tentu sekali kita akan jawab, Ramadhan itu bulan orang nak beramal, nak buat ibadah sebanyak mungkin untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Nak menahan nafsu. Dan banyak lagi.

Entri ini bukan berniat untuk memarahi atau menegur para pembaca, ianya sebagai peringatan buat Azhunk. Kalau anda rasa berguna boleh manfaatkan sama-sama.

Erti Ramadhan di atas begitu kan ? Tetapi apabila kita berada di bulan Ramadhan, apa hakikat sebenarnya yang terjadi ?

Dari erti sebenar-benarnya, Ramadhan ini tentang kelaparan, kesengsaraan, keletihan, bazaar Ramadhan, mercun, tarawih.

Dan dalam masa sehari, terutamanya semasa kanak-kanak dan remaja, kita sentiasa duk fikir

"Lambat lagi ke nak berbuka puasa niii"

"Ya Allah laparnya perut aku !"

"Bodohlah budak tu duk makan depan aku, dah la tak puasa"

"Lagi 5 minit lagi nak berbuka !"

"Time hari biasa rasa laju je masa berjalan, time puasa slow nak mampus"

Betul tak dialog-dialog tersebut akan keluar ? Tu commonly keluar dari mulut Azhunk secara jujurnya.

Ruginya Azhunk, kenapa tak dapat nak buat perkara yang sepatutnya kita buat di bulan Ramadhan ?


  • Tadarus
  • Tarawih
  • Tahajud
  • Qiammulail
  • Tawakal
Tapi , apa-apa pun jangan buat dosa sudah, 

pesan Azhunk, kalau nak main mercun tu, main jauh-jauh sikit dari tempat orang. Main dalam  hutan ke, at least dapat takutkan babi dalam hutan. Fikir ketenteraman orang lain. Orang yang nak solat Tarawih, orang nak tidur, orang nak tadarus dan seterusnya. Itu saja :) Semoga Ramadhan tahun ini membawa berkat kepada kalian.

P/S: Jom kejar malam Lailatul Qadr ?

5 comments:

Unknown said...

Assalam, nice kawan... Salam Ramadhan...

Azhunk Awang said...

Syukran.. Salam Ramadhan ya akhii ;)

Cik Yenn ♥ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
YumeeDream said...

jooomm kejar malam Lailatul Qadr ^_^

fight till the end !
ramadhan belum berakhir lagi
rebut ganjaran pahala sebanyak-banyak nya =D

Azhunk Awang said...

That's for sure ya ukhti :)

Post Top Ad