Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
January 31, 2015

"Aiskrim Pasu" Bunga RM2?

by , in
RM2? Haha, lawak je. Kat kedai Eco RM2 tu ada jual pasu bunga. Sejibik macam pasu yang digunakan oleh penjual2 aiskrim pasu. Mungkin diorang guna pasu tu kot...


Ada lagi ke yang tak tahu apa tu aiskrim pasu? Benda ni tengah viral kot! Semua pakat duk upload kat instagram masing dengan caption ala-ala artis gitu.

"Having Vase Ice-Cream with my friends"
"Vase Ice-Cream for today's lunch"

err, lunch? bole lahhh.

Yang pasti, kesian dekat Tutti Frutti. Macam dah tak viral dah. Tu la, mahal sangat hehhe.

2 hari yang lepas, aku pergi ronda2 dekat pantai. Pantai Bukit Keluang lah, dekat rumah. Then, ternampak satu tompok masyarakat yang terdiri daripada muslimah-muslimah yang pakai tudung dengan baju sendat lengan pendek duk berkumpul mengeremuni sesuatu.

Aku decided nak pergi tengok, what happened? Ada orang bergaduh ke? or ade orang kene tangkap basah? well pantai kan. Port budak-budak muda buat projek. Astaghfirullah.

Ghupe-ghupenya, orang tengah beli aiskrim pasu bunga melur! Harga dia around RM4+ something je. Tak tahu lah sedap ke tidok. Aku sebenarnya nak try beli jugak, tapi punya lama tunggu "muslimah2" tu beli, sampai berjam2 tak dapat! so aku fed up lah, cancelkan niat untuk mendapatkan aiskrim pasu bunga :(

So buat sape2 yang nak beli tu, boleh berkunjung ke Pantai Bukit Keluang di Besut yer, jom sama-sama rasa haha! I'll buy it one day!

Hah! sebelum terlupa, bukan aiskrim pasu je yang ade. Banyak lagi macam dekat bawah ni haaa...






January 30, 2015

Surat Buat Penerima Tawaran ke SBP

by , in
Sihat tak adik2? Semoga korang semua dikurniakan kesihatan yang sejahtera ye.

Surat ni untuk adik2 yang mendapat tawaran ke SBP je. Orang terlebih umur xleh baca ye! Nanti malu pulak hahak.

First of all, tahniah kepada semua bakal pemimpin yang mendapat tawaran ke SBP. Bukan mudah tao nak dapat! Syukur kepada Allah, dah sujud syukur belom?

Bagi tak dapat tu, jangan bersedih. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kamu adalah tidak ke SBP. At least kamu xmenghadapi masalah nak buat pilihan nak pindah atau tak kan? Kalau nak pegi jugak, boleh buat rayuan. Hehe.

Baiklah, yang dapat SBP ni mesti tengah menghadapi krisis hati berbelah bagi kan?

"Nak pergi ke tak ni, dahla kawan baik aku tak dapat... Jauh pulak tu. NaJnti kalau tak tak best macam manaaa?"

Tu antara soalan2 yang sedang melayang di dalam kotak minda kamu kan?

Baiklah, aku nak pesan sedikit. Memandangkan aku lepasan pelajar SBP, ceh bajetnya. Hahak!

Rindu dekat rumah
Seriously, perasaan ni semua orang akan ada bila korang berjauhan dengan orang yang kau sayang (family). Tipulah kalau tak rindu, lainlah kalau kau memang xsuka keluarga kau... ade ke? Wallahu'alam hehe.

Realiti yang harus kau terima. Rindu itu fitrah. Ia akan membuatkan kau lagi menghargai orang yang kau rindu. Plus, nanti kau keje kahwin semua, kene berjauhan jugak dengan keluarga kan? Ke nak tido celah ketiak mak lagi? Gurau je haaha.

Bestfriend aku tak dapat/taknak pergi. Aku nak ikut dia.

Ok yang ni sangat kritikal. Aku pergi SBP pun sebab aku berjaya pujuk kawan2 aku pergi. So kiteorang pergi bersama2.

But now, after a couple of year, aku dah kurang rapat dengan dorang. Sebab apa? Bukan bergaduh, tapi sebab aku dapat kawan baru yang lagi sekepala dengan aku. Diorang tetap kawan aku walopon xserapat dulu. Kami stay on contact.

Maksudnya dekat sini, kawan hanyalah teman. Bukan tempat bergantung yang permanent, bukan permanent marker hehe. Ada masanya kita akan dapat teman baru kan? Lainlah kalau kau nak kongsi suami/isteri dengan bff kau. Tu baru friend till mariage, ops! Semua nak sama2 hahahaa... ok joking je.

Bonus pergi SBP.
SBP ni boleh dikategorikan sekolah yang menjaga prestasi. Berdasarkan pengalaman aku. Cikgu kami beri berpuluh2 buku. Semuanya disuap. Aku rasa menyesal beli past year question semua. Sebab semuanya cikgu dah buat.

Kalau korang nak akademik yang baik, insyaAllah SBP tempatnya. (Bergantung pada sekolah jugak sebenarnya).

Tapi persaingan dalam akademik memang hebat! Disebabkan semua pelajar berpotensi dikumpul dalam satu tempat, so sengitlah berbanding sekolah biasa.

Baiklah tu je kot surat sangat tak rasmi ini untuk adik2 bakal pemimpin negara yang mendapat tawaran ke SBP.

MAAF kalau ayat berterabur sebab hapdet ni guna fon je. Heehe.

Selamat membuat keputusan ye! Oh ye kalau ada nak tanya apa2 boleh tanya dekat link dibawah ye ;)

Askk

Ops, before that! Jangan lupa untuk solat istikharah! Mohon petunjuk dari Allah. And all the best.

Di mana kamu berada, kalau kamu berusaha, kamu tetap akan berjaya!
January 30, 2015

Tahniah Sebab Dapat SBP!

by , in
SBP? Sekolah Berasrama Penuh. Surely ramai yang nak pergi kan? Aku tahu ramai gila lepasan pt3 yang mengisi SBP.

Disebabkan menggunakan pt3 bla bla, korang hadapi masalah seperti berikut:

Bila boleh semak permohonan ke SBP?
Macam mana nak semak permohonan ke SBP?
Adakah aku layak untuk dapat SBP?

Ni semua bermain di dalam minda korang kan sebagai pelajar yang mengambil pt3 pada tahun 2014.
How? How?

Baiklah, kalau korang sampai dekat entri ini, maknanya tepatlah! Korang boleh membuat semakan ke SBP starting TODAY. 30 January 2015

Tanpa membuang masa, korang boleh terus terbang ke link di bawah!

SEMAKAN PERMOHONAN KE SBP

Ok cepat2 semak tawaran korang!

Amacam? dapat? hee.

Ok topik kedua, Alhamdulillah sebab adik aku ditawarkan ke SBP. Sekolah aku pulak tu haha! Memang kene paksa dia pergi ni, kalau tak rugi menyesal tak sudah.



Ok that's all, jumpa lagi di entri lain :D
January 27, 2015

Pantai Bukit Kluang Besut

by , in
Cuti pun dah habis, jadi mungkin ramai taknak baca cerita2 pasal tempat bercuti ni.

But for me, it is still a holiday. The longest holiday ever kot! Rasa macam bebas sudah. Maklumlah SPM baru habis hehek!

My brother, my sister and I decided to have a stroll at the beach. Rumah aku dekat pantai je, bila2 masa boleh pergi. Rasanya jalan kaki pun bole sampai haha, sampai2 terus pengsan.

Pantai Bukit Kluang! Sape tahu tempat ni sila angkat kening sebelah kanan jer...

Semakin lama semakin cantik. Pokok rhu yang ditanam oleh Jabatan Perhutanan Daerah Besut pun dah besar. Teduh, angin sempoi2 bahasa, nyaman!

Kalau korang datang Besut, jangan lupa untuk singgah di pantai tao! Kalau tak, mandi tak basah nanti.






January 24, 2015

Seronoknya Menganggur

by , in
Kasarnya bunyi menganggur, hehe.

Sudah menjadi rutin kepada semua lepasan SPM. Jenuh nak tunggu result dalam beberapa bulan lagi, so kita hendaklah mengisi masa terluang dengan aktiviti masing2.

Ada yang bekerja, menuntut ilmu (pondok), buat lesen, masuk U dan juga menganggur.

Masuk U?

Untung sangat orang yang dapat buat fast track. Macam sahabat aku, Zulfadhli. Beliau buat fast track di UPM. Biasalah, gred trial gempak memang layak! Kalau result biasa-biasa je, tak mampo kau. hehe

Kerja aku? Menganggur jelah dekat rumah. Seriously my routines all the days are just the same.

Wake up -> Eat -> Watching TV/Online -> Sleep.

Asalnya dah pergi kursus lesen yang agak 'menarik' selama 6 jam tu. Memang syiok gila kelas dia, confirm tarktidur.

Tapi latihan pulak aku tangguh sebulan dapat lesen L, sebab ade "hal". so menunggulah kerjaku sekarang ni.

Itu je buat kali ini. Saje je nak kasi panas enjin blog ni, dah berkarat.

Post Top Ad