Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
January 21, 2011

ukhwah fillah kerana ALLAH

by , in
Bila kita fikirkan apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga. Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.

10 kepentingan dalam menghubungkan ukhwah:

1) Untuk mendapat keredhaan Allah kerana Dia suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga

Penghuni langit dan bumi.

2) Kita juga mengembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang

menghubungkan ukhwah.

3) Pahala yang berterusan.

4) Rezeki yang diberkati Allah

5) Allah s.w.t melanjutkan usianya.

6) Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.

7) Iblis dan syaitan bertambah gelisah.

Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya.

9) Mengembirakan jenazah yang berada di alam barzah.

10) Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik melainkan dapat

mengembirakan hati orang-orang beriman.

Syarat-syarat berukhwah:

Ikhlas

Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa

Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)

Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.

Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.

Status dua orang yang berukhwah:

Darjat yang tinggi di syurga Allah s.w.t.

Mendapat kemuliaan pada hari kebangkitan.

Menyayangi seseorang kerana Allah s.w.t bukan sebab lain hanya hadir pada hati yang bersih.Dunia dan segala hiasannya dipandang kecil berbanding keredhaan Allah s.w.t.

Kasih sayang yang hebat dan suci sehinggakan Allah s.w.t akan memuliakan hambaNya yang mampu berbuat demikian.

Rasulullah s.a.w juga menyarankan agar kita menzahirkan kasih sayang kita kerana ukhwah sangat penting dalam membentuk masyarakat.

Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:

Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.

Bersifat toleransi dan memaafkan.

Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.

Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.

Setia dan berbuat baik pada sahabat.

Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.

Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.

Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.

Mendoakan sahabat.

Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?

1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang

mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)

2) Berdoa untuk mereka- Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang

hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan

bagimu juga seperti itu”.

3) Berjabat tangan bila bertemu- Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan

saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud

dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya

diampuni dosanya sebelum berpisah”.

4) Memberi senyuman ketika bertemu- Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w

bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika

engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)

5) Mengunjungi saudara- Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi

Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai

kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.

6) Menyampaikan ucapan selamat- Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w

bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat

kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)

7) Memberi hadiah- Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w

bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan

menghilangkan kekotoran hati”.

Memperhatikan keperluan sahabat- Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan

beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah

s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim

pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong

hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)

9) Tegakkan hak-hak persaudaraan: Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain,

Seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi.

Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah s.w.t.

Marilah kita renungi sejenak firmanNya:

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(al-anfal:63)

Kita dapat merasai kekuatan ukhwah itu kerana ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dari sinilah terbitnya ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) . Keindahan dalam kita berukhwah akan terserlah apabila iman yang kuat tersemat didlm hati.

Menyingkap kembali ukhwah yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w di dalam jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayati erti ukhwah kerana Allah. Bukan harta sahaja yang mereka serahkan bahkan nyawa pun sanggup dijadikan cagaran. Tapi hakikatnya kita pada hari ini adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun kita tidak mampu laksanaknanya. Persaudaraan yang sejati adalah bermula daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya, moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.

Berbuat baiklah terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang lain,orang lain juga akan menghormati kamu. Sedarilah sahabat-sahabat bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai kecacatan dalam tiap pelakuannya dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang terbaik.

Berkata ulama: “Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu”

Allah juga telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu”.

Salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai Allah yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah. Persahabatan adalah anugerah Allah yang terindah jika ianya berlandaskan atas dasar yang benar.Sahabat adalah seperti cermin kepada kita,kesalahan kita diteguri,bila alpa diingatkannya,bila berduka dihiburkannya,bila sempit dilapangkannya, kata-kata nasihat yang selalu keluar dari mulutnya menambahkan semangat,menjadikan kita kuat dengan cinta, kasih sayang dan persahabatannya darinya.

Dia juga menjadi sumber inspirasi untuk kita terus berdakwah.

Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..ukhwah fillah Abadan abada.
January 14, 2011

Cara Buat Favicon

by , in
Hari ini saya ingin memberikan 1 tutorial.. iaitu tutorial membuat favicon .. Favicon adalah satu icon yang diletakkan di tepi tajuk blog .. korang nak tahu apa itu favicon ? dan kepada sesiapa yang dah tahu.. baguslah ^^


Inilah Favicon - Tempat Dibulatkan ^^ , Cantikkan :P

January 12, 2011

Apa Hukum Beli Barangan Di Kedai Menyediakan Arak ?

by , in

Arak merupakan barang haram di sisi agama islam, tetapi minuman beralkohol ini banyak dijual di market besar-besaran dan kedai arak sendiri .. Semasa anda pergi membeli belah di luar bandar, atau makan di kedai yang menyediakan arak, adakah anda tahu apa hukumnya.. ?? jom kita baca, anda juga akan tahu siapa lagi turut terlibat ^^
January 10, 2011

Kisah Persahabatan...

by , in
Apa Itu Persahabatan?

Persahabatan adalah satu talian atau hubungan yang menghubungkan dan merapatkan kita dengan seseorang.. Semua mesti pernah lalui persahabatan .. dan tahu apa tu kan .. saya konfem 100% semua yang blogger ni tahu .. kalau tak tahu cuba angkat tangan ! hehe :P

Seseorang itu juga atau lebih lagi dikenali sebagai, TEMAN .. Teman memainkan peranan penting bagi kita, untuk berjaya, kita memerlukan teman .. Dan adakah anda pasti persahabatan anda dengan teman anda boleh kekal selamanya ? Jom baca skit sinopsis rekaan saya sendiri di bawah .. (Sorry Kalau Tak Faham/Best)

January 10, 2011

Cara Buat Spoiler

by , in




Ok.. Hari ini seperti sediakala.. Saya akan memberikan sedikit sebanyak tutorial untuk reader yang bertandang di blog ini ^^) .. Entri ini akan memberi anda tutorial cara membuat spoiler.. tahu tak apa itu spoiler ?? ok kalau kamu semua tak tahu... Cuba tekan butang Contoh !! dekat atas :) .. Hebat kan.. ok ikuti steps berikut....
January 09, 2011

Follower Ke 100#

by , in
Hari ini sungguh bertuah ye blog ^^Azhunk World^^ kerana followernye sudah genap 100 Orang :P .. Saya ingin mengucapkan banyak2 terima kasih kepada sesiapa yang sudah follow blog ini dan yang telah memberi sokongan :) ..
January 08, 2011

Cinta Dalam Islam

by , in
ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, FANTASTIC...SEMUANYA HANYALAH PLASTIK !

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih kearah nilai - nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat, masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??
January 08, 2011

Happy Birthday Adia !!

by , in

Namanya Adia Azlynie.. Seorang kawan yang sangat baik.. "tapi kadang2 jahat.. hehe gurau je" .. Saya telah berkawan dengannya sejak saya darjah 3 :) sekelas sampai darjah 6 .. Tapi sekarang dia sudah berpindah dan kami keep in touch melalui facebook sahaja ..
January 08, 2011

Cara Timbang Blog

by , in



Apa makna "Timbang Blog" ?

Semua blog/website ada beratnya tersendiri dan yang pasti bukan ditimbang dengan KG, G, MG haha :P tapi dia ditimbang berdasarkan kelajuan :O semakin banyak angka, semakin berat blog.. semakin berat blog.. orang tak suka lawat blog yang lmbab loading.. bukak tu hampir2 ambik 30 minit nak siap loading.. selalunya orang pun akan tension.. dan benci kat blog yang "berat" tu :P .. so mari lah kita sama2 kasi blog diet ^^)..
January 07, 2011

Batasan Dalam Persahabatan

by , in

Segala puji bagi Allah s.w.t. tuhan sekalian alam, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. serta sahabat Baginda r.anhum.

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan setiap kejadian di atas muka bumi ini secara berpasangan. Daripada pasangan tersebut maka wujudlah keluarga dan daripada setiap keluarga akan mewujudkan satu komuniti masyarakat seterusnya membentuk sesebuah negara. Setiap komuniti yang dibentuk kebiasaannya diasaskan oleh jenis ciptaan, warna kulit, bangsa dsb. Namun Islam telah datang untuk membentuk individu menjadi masyarakat yang diasaskan oleh agama.
January 07, 2011

Cara Buat Wishlist Di Blog

by , in
Saya telah belajar cara membuat wishlist di blog kawan saya .. Sekarang saya ingin membuat tutorial buat wishlist untuk anda plak :P ..Tahu tak apa wishlist tu ?? ok tengok gambar di bawah :P


January 05, 2011

Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman

by , in
Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman Allah,
January 03, 2011

Dapat Forum

by , in



Hari ini.. Saya jalan2 kat belog orang lain .. tibe2 ternampak tutorial nak pasang forum :) .. Then sekarang.. tadaaa.. dah ade forum !! korang boley la register kat ctu :)) .. hahhaa, saje wat gitu so orang ley register or buat thread :O ..

Forum ni hebat tau .. Dahla free .. Siap macam pro forum.. haha tapi sedeyhnnyee ade die tulis forum by sape2 :( .. haha i don't care.. yang penting ade forum.. so kalau korang boring2 .. pergila kat forums..

January 02, 2011

Happy New Year 2011

by , in

Selamat Tahun Baru Bagi 2011 Saya Ucapkan Kepada Semua Rakan Blogger :))

Moga azam baru anda dapat dikecapi .. Saya pun ada azam :))

Azam :

Azam Saya Pada Tahun 2011 :

Ingin menjadi seorang kawan
Ingin menjadi seorang abang
Ingin menjadi seorang adik
Ingin menjadi seorang anak
Ingin menjadi seorang cucu
Ingin menjadi seorang bapa saudara
Ingin menjadi seorang sepupu
Ingin menjadi seorang murid
Ingin menjadi seorang anak saudara

Yang Di Sukai Ramai :)

January 01, 2011

Mintak Maaf

by , in
ermm.. hari ini saya ingin memberitahu bahawa saya ingin meminta maaf banyak2 kerna sukar untuk reply mesej anda :) harap kepada semua pelawat2 bersabar.. saya janji akan membalas pesanan anda.. sekarang tengah busy buat persediaan sekolah :) sorry banyak2..

Post Top Ad