Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
December 29, 2010

Event : Segmen Kenal

by , in
Hari Ini , saya nak cuba perkara baru macam orang ramai buat .. Tapi selalunya orang ramai buat contest (ade hadiah) tapi yang ini adalah event.. bagi mengeratkan lagi silaturahim hihii.. cewahh.. Sesiapa yang kena tag buatlah ye .. Kalau tak mahu buat tidak apa :) Tapi kepada sesiapa yang join dan telah menghantar link entri anda di ruangan komen di entri ini, anda akan mendapat 1 award special :) ..

Cara Untuk Join..

Step 1

Buat entri bertajuk .. Segmen Kenal ...

Step 2

Letakkan banner Segmen Kenal yang telah saya siapkan di bawah..

Picit CTRL+C Serentak




Step 3

Jawab 5 Soalan(s) di bawah :

1) Apa Yang Anda Suka Buat Apabila BerFacebook-Ing ?

2) Bagi Anda, Berapa Pentingkah Internet ? (kasi dalam peratus)

3) Mana Lagi Penting, Kawan Sebenar Atau Kawan Kenalan di Internet ?

4) Ceritakan Sedikit Sebanyak Tentang Kawan Baik Anda

5) Boleh Saya Jadi Kawan Anda ? Kalau Ya, Beritahu Sebabnya, (Lebih 20 Patah Perkataan)

Step 4

Tag Sekurang-kurangnya 3 rakan blogger anda :)


Sila Masukkan Link Ini Di Dalam Entri Anda
Selepas Buat Entri .. Sila Hantar Link Di Ruangan Komen ^^)

Note : Kepada Sesiapa Yang Buat Bermakna Kamu Sudah Menjalinkan Hubungan Kawan Sama Kita Semua :)

December 29, 2010

Aurat Wanita Muslimah

by , in

MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud
apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.


Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.


Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan
“Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.”
Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)


Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat:
“Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).


Manakala Abu Ubaidah berpendapat:
“Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)


Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:
Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.


Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.

Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
December 29, 2010

My First Banner

by , in
Wow !! dengan bangga saya ingin memberitahu bahawa blog ini ada banner sendiri :) .. saya buat nya baru sahaja tadi.. dengan beberapa bantuan photo editor online.. saya dpat cntikkan nya sedikit huhuu .. tapi tak secantik banner kamu semua hihii ...

ermm... Pada mulanya saya ingin meletakkan banner animation .. yang gerak2 .. tapi rasanya itu susah.. huhuu kene ada banyak gambar, so saya buatlah banner biasa.. harap anda suka..



Picit CTRL + C untuk copy ^^)



Saya ingin ucapkan banyak2 terima kasih kepada sesiapa yang mengambil banner saya :)
December 28, 2010

Cara Untuk Buat Blog Ringan

by , in
Semua blogger ada masalah dengan blog anda ? kenapa ? apa masalahnya , seramainya pasti ada banyak masalah sebab blog berat.. hiiiihiii , memanglah tak boleh timbang blog, tapi "berat" tu ada maksudnya ..

"berat" ==> maksudnya, mengambil masa yang lama untuk loading benda di blog dan mungkin menyebabkan hang.. tahu tak apa hang ? lebih dikenali sebagai , freeze ... macam benda kat screen tiba2 tak gerak ..

Oklah, tanpa berlengahkan masa, saya ingin memberitahu beberapa tips untuk mengurangkan berat blog, kasi blog anda diet :P .. huhuu , dengan cara ini.. reader akan lebih suka melawat blog anda yang "kurus" itu ..

Step 1 : Anda perlu kurangkan widget di sidebar , paling banyak letaklah boleh 5 widget, :)

Step 2 : Sekarang anda perlu kurangkan pula blog post on home page.. yang mula2 bukak , contoh sekarang blog saya , saya buat 3 entries per page, so pabila bukak www.azhunk97.com keluarlah 3 entries sahaja ..

Step 3 : Kurangkan effect atau jangan guna sebarang effect , itu banyak memberi kesan "berat badan blog" seperti effect snowy cursor, snow homepage , ade bintang2 ke .. animated image ke ..

Itu je 3 steps yang mudah buat anda :) harap semua boleh amalkan diet yang tertera di atas buat blog anda masing2 huhu...

Penerangan :

1 : Kurangkan widget ? ohh itu anda perlu remove widget yang tak berguna .. seperti gambar , animasi , dan lain2 lagi :)

2 : Tak tahu nak kurangkan entri per page ? ok senang sahaja :)

♥ Mula-mula > Login-->Dashboard-->Design
tekan edit, :)
Selepas number of post telah ditukar, klik save changes and tada ~~ :)
Selamat BerDiet ! ***

Pot Pot.. Timbang blog anda di sini..
saya dapat tahu website penimbang dari Atika Aula
December 27, 2010

Lucky Blogger Contest by Hahazirah

by , in

Pada hari ini , saya telah di tag oleh cik yang baik hati .. Iaitu Cik Nana , die tag saya untuk join ini , blogger contest anjuran hahazirah :P blog hahazirah cntik gak .. humm,

Prize : Top Up RM 5 :P untuk 3 Pemenang , *Dipilih Secara Lucky Draw*

So kepada sesiapa yang bertuah hari ini *ps= sesiapa yang kene tag* jangan lepaskan peluang untuk join contest ini yeap :)) saya pom mau join jugak hee ~~~ Harap ade peluang memenangi hadiah RM5 :P!

Insan Yang Bertuah *Tagged Person*


weheee ~~~
December 27, 2010

Mintak Tolong Sama Rakan Blogger

by , in
Hari ini , saya nak mintak sedikit bantuan dari rakan blogger ataupun reader/visitor, iaitu kamu :) .. Kakak saya telah memasukkan anaknya ke dalam satu contest di dalam facebook iaitu kena masukkan gambar anak diorang dan gambar yang mempunyai like terbanyak akan menang :) ...

Jadi seperti kalian jangka, boleh kalian meng"like" gambar satu2 nya anak saudara saya ? ok sila follow beberapa steps di bawah kalau anda ingin membantu saya ^^)

Step 1 : Log In Akaun Facebook anda, untuk like, anda perlu like group ini,
Step 2 : Hadiah Dari Mama .. ==> tekan sini
Step 3 :Selepas itu cari sahaja gambar anak saudara saya ataupun anda boleh tekan "Direct Link" ..
Step 4 : Dan tekan like , senang saja...

Terima kasih kepada semua orang yang telah meng"like" gambar tersebut,
dan semua pasti tahu setiap kebaikan pasti ada balasannya :) .. so saya akan buatkan special award untuk sesiapa yang menglike , selepas like, jangan lupa tinggalkan link blog anda di ruangan komen...

Shukron Jazilan :P
December 25, 2010

a letter for you

by , in


probably time you read this letter, I already left you ..
my friend, I never regret you choose to be a friend ..
letter for you, my friend ..
expression of my feelings towards you..



difficult for me to make you laugh when you cry ..
I am not a good friend right?
Am I always troubling you?
I'm not good at persuading you want ..
persuade you when you ..
mad ..
cry ..
disappointed ...
plenty of my weaknesses, right?
this does not qualify me to be your friend, right?
I can not afford to be a friend as you would expect ..
but right, you're still best friends I ever have ..

only so far I only sacrifice to you, my friend.

a sincere friend,
maysara qalesya
December 24, 2010

Kisah Tukang Gunting Rambut

by , in

Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.

"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"

"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"

Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.

"Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."

"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.

"Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan.

Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.

- Tamat

Dari cerita di atas ini, dapat kita simpulkan bahawa kadang-kadang mungkin kita pernah lupa akan ALLAH, TETAPI ALLAH tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNYA sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat, kadang-kadang kita lupa akan kewujudan-Nya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujiNYA pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita sendiri setiap hari?
December 24, 2010

Birthday My Nephew

by , in
Wow !! nak tahu tak , anak saudara saya, birthday die same ngan saye, nnti ni, bulan january umur die dah jadi 1 tahun :) die punye birthday 1/January/2010 saya pula 16/January/2010 .. huhuu ..

Saya ada very special adiah untuk nephew saya, dibawah ini tada ~~


Gambar Under Maintenance, akan disiapkan esok :P

hihi.. happy birthday hariz <3
December 23, 2010

Segmen Jom Berkenalan

by , in


Wah, bertuahnya saya pada hari ini , saya dapat tag dari kawan saya iaitu cik cahaya >
apa2 pun, terlebih dahulu saya ingin ucapkan.. salam ukhuwah dan ahlan wasahlan :)

1)Buat Entry bertajuk"SEGMEN JOM BERKENALAN"
sudah selesaikan

2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda


di bawah ada beberapa soalan yang harus saya jawab :O

-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)
bercerai lima kali .. haha gurau saja, single lagi :)

-Ceritakan tentang diri anda
Saya berasal dari Terengganu , berusia 13 tahun akan masuk 14 tahun bulan january nanti :) ,saya minat semua benda berwarna hijau dan cyan :) ..

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Blog adalah sesuatu perkara di mana anda boleh luahkan isi hati , menceritakan pengalaman , berkongsi cerita dan belajar sesuatu yang berfaedah di alam maya, sama seperti diary :)

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
Nasihat saya .. kepada rakan2 yang baru berblogging, dinasihatkan gunakannya dengan bermanfaat dan belajar dari yang berpengalaman :) jangan terlalu percaya kepada orang di alam siber, dan berhati-hati selalu ^^)

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda
Blog saya tidak akan ada apa yang unik selain dari your lovely mesej :)

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Kalau boleh , sampai akhir hayat, insyaAllah .. Tapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk active berblogging. Impian saya dalam blog ialah boleh mendapat lebih 100 visitors sehari dan membantu orang ramai

4)Tagged 4 orang rakan blogger anda
dan 2 lagi rakan blogger :PP


5)Linkkan entry anda ke ruangan komen
Siap





Post Top Ad