Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

by , in
Pertama sekali sudah tentu saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri/Idulfitri ! Wah bestnya, setelah sebulan berpuasa. Ada kawan saya (bukan Islam) tanya :

Do you like fasting ?


Then saya pun reply lah dengan panjang lebarnya huh malas nak type haha then ade saya selitkan

[Versi Malay] Yang paling best selepas puasa kena raya ! raya itu blabalbllalala macam festival !


Then dia cakap bestnya kalau camtu, hahaha . Memang lah best, siapa kata tak syok, duit raya lagi, boleh makan siang hari yang tak bestnya satan dah kembali haha ! Selagi iman ada jangan risau !

Saya tak boleh design ape2 pun tuk raya hah, yang boleh tukar warna template je, warna je tukar isi semua design2 gambar tak tukar haha ade lah selit sedikit. Yang penting orang dapat kenal warna apa. Sebenarnya itu tema Raya 2011, tak nampak cam raya pun kan ? hmpmh. Tema raya saya hijau semacam je macam warna katak.

Pergi kat google pula ade banyak doodle-doodle raya yang menarik ! rasa terliur nak curik tapi yelah tak baik mencuri haha setakat tengok aja. Dulu pernah nak belajar membikin doodle tetapi kena ade photoshop CS , yang saya ada version 7.0 jek. Tak ada warp nye effect.

Raya tahun ini seperti biasa balik ke kampung. Nama kampung pelik tao ! Gong Pachat ! I'm wondering banyak pacat kot. My ex-house dulu chewah grammar error haha, nama kampong dia Kampung Sungai Petai piwitt ! petai my feveret !





Okay jadi sempena raya ini saya nak mengambil peluang nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kalau ade tersalah copy or buat awak sakit hati ke harap maaf ye, Kalau ade sesape pernah buat salah dengan saya, sudah saya maafkan ! Tetapi jangan ulang kesilapan sama !



Malam ni 29 Ogos 2011 nak tolong family kemas rumah, esok kan udah raya ! lol ulang benda sama jek. Takpe asalkan bermakna.



Selalunya duit raya saya tak banyak, 50/40 hengget je (style cik epal). Entah2 tahun ni 0 duit raya, yela sebab semakin tua semakin tak dapat duit raye Huaaaaa T_T



Oklah sampai sini sahaja saya nak berceloteh pasal raya ! kumpul duit raya banyak2 tau, nanti kita tengok sape paling banyak ! and one more lucu yang adibah noor berlakon pasal buku bank lam iklan raya urr. haha ! perasan tak ? funneh !

Jap ! nak kongsi sedikit quote/quotation/sms/ayat/puisi raya ! jom kita ambik freebies ni !

Tekan CTRL + C Untuk ambil yaaa ~

*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
✿ S A L A M A I D I L F I T R I M O H O N M A A F Z A H I R D A N B A T I N ✿
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。
tulus ikhlas daripada NAMA ANDA
*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。


`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
/______/~\SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR & BATIN... ˚ ✰* ★
| 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥


+ "Abang tak abang!! ini dunia Allah S.W.T yang pegang!! "
"Lu Ayahanda ka?! lu Abang Long ka?! Mungkar & Nakir soal dalam kubur nnti menggigil juga..!!"
"Abang besar sudah keluar..!!Wa ingat lu sudah bertaubat pada Allah"
"Aku tak takot mati...!!Tapi aku takut mati dalam kemurkaan Allah".. dialog2 ala ala gangster yang perlu kita cantikkan dengan mengingati Allah... ^_^.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..


Nampak buruk kat sini cuba try copy satu2 , then paste kat wall fb ke or tempat lebih luas kawasannya nescaya kelihatan cantik banget ! InsyaAllah !

P/S: Nak sambut merdeka cammana plak eh ? h0h0 !

August 29, 2011

Tutorial Mesej Bawah Entri

by , in
Wah ! Dah nak dekat sebulan rasanya ana tidak update blog. Rindu pula rasa nak menaip. Baiklah sekarang nak kongsi tutorial blog pula, walaupun tutorial ini tidak seberapa/terlalu senang, mungkin ada yang belum tahu kan ? Saya namakan tutorial ini sebagai Tutorial Mesej Bawah Entri. Okay tengok gambar di bawah nak tengok contoh :



Baiklah, sebenarnya mesej seperti di atas boleh diaplikasikan di mana-mana tempat, tapi anda kena tahu kod yang mana accessible untuk diaplikasikan. Saya akan bagi tutorial di bawah entri sebab ianya senang dan yang pastinya setelah pembaca baca dia akan baca mesej itu baiklah tanpa membuang masa

Step 1

Dashboard >> Design >> Edit HTML >> Tick Expand Widget Template

Step

Cari kod <data:post.body/> dengan menekan CTRL + F

Step

Paste kod ini <center><a><b><u>Ayat Anda</u></b></a></center>
<center> Di bawah kod di step 2

Step

Preview & Save

Ayat " Ayat Anda " tukar ye. :]

Okay sekian sahaja tutor tersenang di dunia wakka.
August 23, 2011

Kemuliaan Bulan Ramadhan

by , in


Entri : MUSLIMIN & MUSLIMAT


Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Adakah kita boleh menyambutnya buat kali kedua ? ataupun sambutnya di dalam tahun hadapan ? Wallahu'alam. Bulan Ramadhan amat istimewa bagi semua makhluk Allah, untuk pengetahuan korang semua penduduk Arab yang bukan islam juga sambut Ramadhan. Ulang ya, mereka sambut bulan Ramadhan, bukan berpuasa :].

Jadi dari itu kita boleh lihat betapa berkatnya bulan yang mulia ini. Orang yang mendapat rahmat Allah iaitu orang yang boleh melihat kemuliaan Ramadhan, yang meraikan Ramadhan dan beramal sebaik mungkin bagi mengisi masanya sambil berpuasa.

Sebelum itu, nak tanya, comel tak banner Ramadhan h0h0. okoklah tanpa membuang masa saya nak bagi sedikit kemuliaan Ramadhan, kelebihan beserta ganjaran.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”


Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Puasa juga boleh menghapuskan dosa-dosa bagi orang yang berpuasa dengan ikhlas bukan kerana dipaksa dan juga mahukan sesuatu.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.

Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”


Saya pun mencari malam LailatulQadar, sesiapa taknak kan, sama seperti 1000 bulan ! ada juga kata pada malam itu kan, semua pokok akan tunduk macam sujud belaka. Wallahu'alam.

Baiklah setakat ini sahaja entri pada kali ini, saya berharap orang diluar dapat mengisi masa di bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin, bukan senang nak boleh berada di bulan Ramadhan, ajal maut di tangan Allah.
August 23, 2011

Entri Maaf

by , in
Ok entri pada hari ini khas untuk saya memohon maaf kepada semua orang yang pernah berhubung dengan saya di alam maya, terutamanya blogwalking. Mungkin saya ada tersalah cakap yang dapat menyinggung perasaan sesiapa.

Raya nak dekat jadi saya nak minta maaf lah ye :p kalau ade blog yang ada datang bagitahu dia follow saya or datang ziarah dan tinggal mesej tetapi tidak follow or visit back. Saya sekarang tak banyak sangat meluangkan masa nak berblogging spnjng mase, sebab sibuk dengan keadaan, tambah-tambah bulan Ramadhan , letih lagi.

Tambahan pula, korang yang tinggalkan mesej di kotak jerit tu. Susah lah saya nak respond back sebab kena bukak blog. haha, jadi kepada sesiapa yang ingin saya follow back ataupun ingin saya visit blognya, bolehlah tinggalkan pesanan di Facebook Page, ade di gadget sebelah kanan, InsyaAllah saya akan follow orang yang tinggalkan pesanan di situ.

Baiklah entri hari ini ringkas sahaja, jadi saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia dan semoga Ramadhan tahun ini membawa rahmat kepada kalian dan keluarga ^_^.
August 18, 2011

Pengomen Teratas 5#

by , in

18/8/2011 (Khamis) Terima kasih kepada semua pelawat yang sudah meninggalkan komen dan buah fikiran kepada saya. Sebagai hadiah, ini ialah entri khas untuk pengomen teratas bagi minggu 5#.

adam izzuddin
Dengan bilangan komen : 7

Eyka Aikha
Dengan bilangan komen : 3

Cik Kasut
Dengan bilangan komen : 2

Sebagai hadiah pada minggu ini, saya akan follow blog mereka dan membuatkan satu entri review iaitu entri ini. Sekian !

Masih Buntu ? Klik Sini
August 18, 2011

Cara Buat Blockquote Hover

by , in

Hari ini saya ingin berkongsi satu tutorial iaitu tutorial BLOCKQUOTE HOVER. (Wah brigat tk pergi sekolah !) haha. Okay, blockquote hover ni macam di bawah. Blockquote ini macam nak menunjukkan sesuatu atau ingin memberi penekanan akan sesuatu ayat, terutamanya dialog. Hover pula adalah anda sentuh tempat tersebut dengan cursor, ia dipanggil anda hover tempat tersebut. Cuba hover blockquote di bawah. Kalau nak buat tutorial hover, kena ikut tutorial background dahulu jom kita tengok tutorial background

Jadi berubah macam ni apabila dihover :}


Cantik tak? Jadi tadi saya check email ada request dari Cik Aisyah, dia request suruh buat tutorial blockquote hover, ops tanpa membuang masa ! jom kita mulakan sesi tutorial blog pada hari ini.

TUTORIAL BACKGROUND BLOCKQUOTE

STEP 1

Blogger >> Dashboard >> Design >> Edit HTML

STEP 2

.post-body blockquote {


Cari kod CTRL + F



STEP 3

Tambah KOD di bawah di BAWAH kod step 2

background-image: url(URL BACKGROUND);


Step 3

Tekan Preview kalau da jadi SAVE

TUTORIAL HOVER PULA

Step 1

Dashboard >> Design >> Edit HTML

Step 2

blockquote:hover {


Cari kod di atas CTRL + F

Step 3

blockquote:hover {
background: url(http://i838.photobucket.com/albums/zz306/sweetlilcraft/Background/w22.gif)
repeat right bottom ;
}


Kalau tak ada kod di step 2 , sila tambah kod atas di bawah kod di bawah

.post-body blockquote {
background-image: url(URL GAMBAR);
}
SINI YER LETAK KOD




\SAVE DAN PREVIEW

Okay hari ini siap 2 Tutorials ! Kepada sesiapa bermasalah dengan tutorial ini, tak paham ke tak jadi ke boleh tanya melalui komen ye, ataupun post di wall Azhunk World (FACEBOOK) Sekian.
August 16, 2011

Ceramah Motivasi Ustaz Akhwan

by , in
Wah, hari ini kat sekolah ada ceramah motivasi khas untuk form 4 and 2 sahaja, dan nasib baik saya form 2 jadi terpilihlah untuk menyertai majlis itu yang berlangsung selama 5 jam + di dewan makan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq.

Penceramah dia datang dari Kuala Lumpur (kalau tak silap lah), jauh sangat perjalanan dia. Mukadimah bagi majlis ilmu itu sangatlah menarik haha, mula2 agak suspend, ingat ke Ustaz Akhwan cakap benda yang betul, rupa2nya Kalaulah.

Banyak juga informasi berguna yang kiteorang dapat di sekolah tadi. Pertama sekali harus bersyukur ke hadrat ilahi dapat hadir majlis ilmu tersebut. Kan bulan puasa sekarang jadi pelajar tidak beberapa ceria haha.

Ustaz Akhwan juga bagus orangnya, pandai buat lucu. Sekali dia cakap confirm ramai tergelak TETAPI, ada juga dia bergurau agak kasar hahaa tetapi lucu. Tak pasal-pasal ada murid kena tampor (tampor main2) haha.

Yang paling saya suka, mase video Islam tu, dia tunjuk start dari awal sehingga sekarang. Cammana susahnya seorang khalifah ingin menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia, memang touching lah video tu. Kalaulah saya boleh save video itu di dalam pendrive hahax.

Hah ! not to forget jugak, Ustaz Akhwan itu ialah Penasyid Motivator, jadi dia memberi motivasi dalam bentuk nasyid. Suara dia boleh tahan juga, tapi sedap suara saya lagi kot haha Kiddin ! Dia pernah berduet dengan beberapa penyanyi yang boleh tahan lah macam Mawi dan yang lain. Dia juga ada album tersendiri tau, 5 Album, kalau nak dengar cari sendiri. Saya malas nak catat kat sini haha.

Masa dia bagi ceramah tadi, ada lah dia selit2 lagu dia dan lagu orang lain then dia expose the real meaning of the song, yang pasti berkaitan agama Islam lah. Baiklah dekat sini sahaja entri pasal Ustaz Akhwan, tak lupa juga, nak beri blog dia ni.

Visit-visit lah ye, hope your doings bring beneficial to him and others.

BLOG USTAZ AKHWAN AFANDI
August 14, 2011

Tipu Muslihat Kafir

by , in
Baiklah , pada entri yang dah lepas saya baru sahaja buat satu entri tentang jangan sebar perkara yang cakap arlene tan sebagai MakCik Hajjah sebab tak ada bukti kukuh kan. Baiklah, sekarang saya ingin buat entri pula untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna yang menjadi "Pelanggan Tetap" di website Mak Cik Hajjah.

Baiklah, pernahkah anda terfikir kenapa Mak Cik Hajjah buat blog sebegitu ? Bagi saya ada beberapa sebab yang boleh diterima akal. Saya akan beritahu dalam bentuk blockquote di bawah.

Populariti : Mungkin ramai yang tak percaya apabila saya kata populariti, sebab anda fikir dia tak ada jalan nak jadi popular. Tetapi fikirlah dengan panjang, jika dia maki2 macam tu mesti ramai UMAT ISLAM akan bukak blog dia untuk marah dan maki kan ? Kita tidak sedar dalam masa yang sama traffic blog dia naik dengan mendadak sebagai contoh boleh rujuk di SINI


Menyesatkan umat islam : Yang ni memang semua sudah perasan, mungkin juga sebab utama dia menyesatkan umat islam, perhatian kepada yang kurang iman itu tolong jangan mudah percaya setiap benda di blog makcik itu, termasuklah hadis2 dan surah2 yang dia reka, semuanya ciplak dan rekaan. Fitnah semata-mata.


Membuat untuk suka suka : Mungkin tuan punya website makcik itu kurang waras agaknya, tahu dan fasih tentang agama dan ada ilmu sedikit tetapi disalah sebarkan. Wallahu'alam


Baiklah hari ini saya cuma nak terngkan yang pertama itu ialah POPULARITI. Semuanya ada berhubung kait di antara satu sama lain. MakCik mendapat traffic yang banyak dengan membuat blog menghina islam itu. Kalau anda rasa cukup bijak, tutup mulut dan diamkan diri daripada melayan perkara yang tidak berfaedah yang MakCik hajjah lakukan.



Setelah dia popular , bukankah mudah untuk dia menyesatkan orang Islam? Contohnya lah kan, walaupun orang Islam ada yang benci dan maki dia kat website, tetapi tiap2 hari bukak website dia nak tengok post terbaru dia. Ada tak dikalangan korang bersifat sedemikian ? Sudah tentu ada, lumrah manusia mempunyai sifat ingin tahu.

Jadi saya berharap sangat kepada anda semua, janganlah layan Mak Cik hajjah, cuba bayangkan kalau dia hina semua itu dan tak ada seorang pun datang memberi reaksi, adakah anda rasa dia akan teruskan menghina ? Dan satu lagi, saya tengok orang panggil dia dengan perkataan kesat, dia relaks je that's mean dia tak kisah orang kata semua itu, yang pasti post dia ramai dah tengok.

August 12, 2011

Pengomen Teratas 4#

by , in

12/8/2011 (Jumaat) Terima kasih kepada semua pelawat yang sudah meninggalkan komen dan buah fikiran kepada saya. Sebagai hadiah, ini ialah entri khas untuk pengomen teratas bagi minggu 4#.

Eyka Aikha
Dengan bilangan komen : 2

Aisyah
Dengan bilangan komen : 2

adam izzuddin
Dengan bilangan komen : 1

Sebagai hadiah pada minggu ini, saya akan follow blog mereka dan membuatkan satu entri review iaitu entri ini. Sekian !

Masih Buntu ? Klik Sini
August 10, 2011

Jangan Sebar Arlene Tan

by , in
TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN ANDA BACA :

PENGAKUAN MAAF RASMI DARI GAYSEC


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).


Apabila saya tengok di blog/media massa , banyak cerita tentang satu blog yang menghina islam. Dan akhirnya misteri mencari owner kepada blog itu dibongkar oleh sebuah organisasi yang menggelarkan dirinya sebagai GaySec. Memang lah GaySec sudah membuat benda yang betul cuba untuk menangkap wanita munafik yang membuat blog itu.

Dan resultnya, GaySec kata perempuan yang selama ini digelar Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara itu ialah Arlene Tans Bte Khalid. Memang benar sekali ramai cakap camtu. Tetapi bagi saya lah kan. Perlukah blogger-blogger di luar sana buat post tentang identiti sebenar "makcik" ialah arlene ?

Saya rasa tidak sama sekali. Pertama sekali bukti pun tidak beberapa kukuh. Kita kongsikan dan mengaibkan kaum sendiri tanpa bukti yang sahih dan kukuh ? Adakah itu budaya orang Islam ? Bukan saya ingin backup Arlene Tan, tetapi memang benar. Kamu semua tahu pasal dia ialah makcik daripada GaySec kan ? Dan saya bukan bermaksud untuk menyalahkan GaySec jika telah menyebarkan maklumat palsu.

Tetapi, mungkin sekali arlene itu dianiayai. GaySec menemukan maklumat yang salah daripada mak cik ? Semuanya kita tidak tahu, Wallahu'alam. Dan yang saya ingin tegaskan ialah, berhentilah daripada membuat entri dan menyebarkan bahawa arlene itu ialah makcik, sebab kita tak ada bukti. Plus kita hanya memalukan bangsa sendiri.

Korang terfikir apa kesan buruk akan berlaku kepada Arlene dengan sikap blogger tidak bertanggungjawab (maaf terkasar bahasa) yang menyebarkan alamat, dan hal peribadi arlene?. Dia mungkin mendapat banyak kesan buruk kalau dia benar-benar bukan makcik. Bayangkan jika kita berada di posisi Arlene, apa yang kita rasa ?

Lagi pula, serahkan lah hal ini kepada yang berkuasa, kita yang tidak sepatutnya berbuat apa-apa keputusan tidak patut masuk campur. Lagipun saya ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Arlene itu bukan Makcik :

Jom kita tengok artikel dari kawannya se-universiti

X-presi

Tekan bawah untuk ke blog Arlene, ada public statement yang korang harus BACA



Pada pendapat sayalah, saya percaya 100% akan post X-presi itu. Dan beliau ada cakap di dalam blognya yang Arlene tidak fasih berbahasa MELAYU. Lagipula, semasa saya buka laman sesawang makcik itu, SAYA ADA TERBACA AYAT INDONESIA. Berkemungkinan orang ini berasal dari Indonesia atau berketurunan Jawa ? Maaf sebab saya tak ingat di mana postnya yang ada kandungan ayat indon.

Apa-apa pun, berhentilah daripada sebar perkara yang tidak pasti benar atau tidak ini, sebagai manusia memang mustahil nak mengaku tak ada perasaan kan, saya ada perasaan kasihan terhadap Arlene, takkan korang tak ada ? Yang sudah post itu saya berharap dapat delete lah dengan segera. Semakin banyak orang tengok dan percaya, semakin banyak dosa kita tanggung.

Dalam bulan yang mulia ini, beramal lah dan jangan membuat fitnah terhadap orang lain. Dan jangan cepat menuduh dan menyebarkan perkara yang tidak pasti kesahihannya.


Saya tidak langsung berniat untuk backup Arlene, tetapi hanya ingin kamu semua membuat sesuatu untuk menjaga maruah Islam.
August 09, 2011

Bersahur Dengan Koko Krunch

by , in
Wah ! lame sangat-sangat tak update blog. Bukan sebab sibuk tetapi ketandusan idealah plak. Okay sekarang sementara ada idea saya nak update lah. Nak cerita personal punye haha, selama niy dok berceloteh tutorial ngan perkara umum je. Hal sendiri jarang sekali saya buat.

Pagi tadi, mak masakkan lauk ayam ketchup , maklumlah pagi2 buta nak makan makanan berminyak, confirm rimas kan. So saya tak makan nasi untuk bersahur pagi tadi. Bukan tidak bersahur tetapi tidak makan nasi untuk bersahur.

Saya bersahur dengan bijirin Koko Krunch jea. Sedap lah jugak tapi amaran lah ny, kalau korang nak makan koko krunch , kalau bersahur tu makan dulu makanan lain cam kurma ke, makanan ringan keropok ke. Sebab saya tadi kat sekolah asyik bergendang je perut, dari pukol 9 pagi, bayangkanlah. bertahan lapar bermula 9 pagi.

Kalau bersahur dengan nasi tu tenang la sedikit, boleh bertahan smpai pukul 2 pagi, tapi ni 9 pagi, tapi alhamdulillah boleh juga bertahan. Saya mengisi masa lapang dengan online jea memanjang sampai pukul 6 offline. then mandi, solat semua then tengok tv, Astro Ria, cerita hingga akhir waktu. Lakonan Marshanda.
Memang best actor lah !

Best jugak lah cite tuh, start pukul 6:30 hingga 7:30 so kira boleh lah isi masa sejam dengan layan cite tu. Dengan asyik layan tu dah azan nampaknya, then berbuka lah bersama keluarga dengan ayam golek and TOMYAM ! yummy . air pulak air tebu dan tropicana twister. Memang puas hati, tapi esok kan budget nak sahur nasi dan minum air Horlick :p tengok iklan horlick nampak menarik semacam jea. haha !

Spicy !

golek sama dia !

yeke minum air ni berkhasiat hehe :p
August 07, 2011

Tutorial Marquee Text

by , in


Untuk menampakkan seri pada text kena lah tambah accessories yang menarik. Saya rasa marquee pun menarik juga. Tak tahu apa itu marquee ? okay tengok contoh dibawah

Ini dia Contoh Marquee - Moving Text

Moving text la maksud dia. Okay saya nak kongsi je marquee code kepada korang.

<marquee>AYAT ANDA</marquee>

Tukar kan AYAT ANDA dengan perkataan awk sendiri.
Baiklah sekarang kalau tengok ramai orang guna marquee untuk buat welcome message kan ? senang sahaja, macam kod di atas, tapi tambah camniy

<marquee><img src="URL GAMBAR"/>AYAT ANDA</marquee>

Ubah yang

URL GAMBAR
AYAT ANDA

Contoh dia akan jadi macam dibawah :

Contoh !

Tada ! Selamat Mencuba ! Camniy dia nak pasang.

Dashboard >> Design >> Add A Gadget >> HTML/Javascript

Paste je kod berkenan dan save :]
August 05, 2011

Pengomen Teratas 3#

by , in

5/8/2011 (Jumaat) Terima kasih kepada semua pelawat yang sudah meninggalkan komen dan buah fikiran kepada saya. Sebagai hadiah, ini ialah entri khas untuk pengomen teratas bagi minggu 3#.

Sya Izz
Dengan bilangan komen : 2

Aisyah
Dengan bilangan komen : 2

Liyana Marzuki
Dengan bilangan komen : 1

Sebagai hadiah pada minggu ini, saya akan follow blog mereka dan membuatkan satu entri review iaitu entri ini. Sekian !

Masih Buntu ? Klik Sini
August 04, 2011

Jangan Mengata Saudara Seagama

by , in
Hah ! sudah lama Ana tak update blog ini. Sekarang nak cerita hal peribadi pula I mean nak berkongsi. Okay entri kali ini agak sensitif, jika anda berasa saya tujukan entri ini untuk awak harap maaf, sebab ini tatapan umum. Yang boleh terima ambil dan sebaliknya perbaiki.



Baiklah, apa makna kata-kata. Kata-kata ini perkataan yang keluar dari mulut/lidah. Manusia memang tak boleh diam dari berkata-kata. Ini lumrah semula jadi, mulut dicipta untuk berkata , sememangnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Kadang-kadang, manusia zaman sekarang menggunakan mulut mereka untuk mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya contohnya perkara yang boleh menusuk kalbu/perasaan/hati dan juga maruah seseorang. Saya boleh bagi situasi yang pernah terjadi dekat orang terdekat dengan saya.

Seorang Kawan
Luqman Sepilok (Tempat orang utan di Sarawak) !! Oi Sepilok hehe,


Saya tidak nafikan bahawa saya pernah berkata sebegitu kepada kawan saya. Tapi, tak semestinya yang buruk itu harus tertanam buat selama-lamanya dalam diri kita kan ? Sempena bulan Ramadhan pula, tahun 2011 , kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut dan menunaikan ibadah di bulan yang penuh barakah ini. Jadi kenapa tidak kita bermuhasabah dan mencari diri sendiri ?

Baiklah, apa pula kena mengena dengan memainkan peranan ? Kamu semua perasan tak, setakat panggil sebegitu untuk bergurau boleh lah, contohnya jarang-jarang sekali. Tetapi jika kamu dah buat macam Nickname untuk seseorang itu. Kamu rasa kamu boleh tahu perasaan dia apa ? Adakah dia sedih ? Marah ? kecewa ?

Saya pun tak tahu, yang pasti dia akan hilang keyakinan diri, loss self-confidence. Keyakinan diri penting untuk kita berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali. Untuk kita menjaga maruah dan memberanikan diri untuk perkara benar. Orang itu diibaratkan seperti tiada jika keyakinan diri dia hilang.

Boleh anda bayangkan kalau kita hidup dengan perpaduan dan toleransi ? Pasti tidak akan ada pergaduhan. Sebagai contoh , dalam satu ini pernah berlaku beberapa pergaduhan Berpunca dengan Memanggil NICKNAME. Baik ke macam itu ? adakah patut kita biar orang luar, dari kaum lain tengok keburukan Kaum kita? Nak buat benda biarlah berpada-pada !

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”


Ayuh kita baca penerangan hadis di atas :

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.


Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


Sesungguhnya, banyak lagi cara yang boleh kita buat supaya kawan kita akan berasa lebih suka dengan kita. Ibu dan Bapa mereka sudah bagi mereka nama masing-masing jadi panggil sahajalah nama mereka. Lebih bagus kita panggil nama penuhnya ^_^ (Orang arab mengamalkan sikap panggil nama penuh)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”


Saya tidak mahu lah menulis entri yang terlalu panjang untuk semua visitor, tapi saya berharap anda dapat membaca dan fahami betul-betul entri ini. Walaupun nampak ringkas tapi ia amat bermakna bagi hidup seseorang. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/saudari yang sudi membaca entri ini sehingga habis ! Syukran Jazilan ! Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam !
August 01, 2011

Contest : Blog Gemilang

by , in
STICKY POST, ENTRI TERBARU BAWAH


Hari ini iaitu 4 Julai 2011, saya ingin menganjurkan satu contest terbuka kepada semua blogger-blogger di luar sana. Sudah lama saya berblogging, tetapi tak pernah lagi buat contest, jadi nak cuba buat contest !

Siapa-siapa yang rasa ada masa terluang ingin menyertai contest ini, dipersilakan :]. 10 minit sudah mencukupi ! Jadi, tanpa membuang masa, ayuh kita baca syarat-syarat contest kita ye.

Syarat-Syarat Contest

Follow Blog Azhunk World

Like FB ( Tekan Sini )

Buat Entri Review Bertajuk " Contest : Blog Gemilang "

Isi Beberapa Soalan Berikut Di Dalam Entri Anda

- Kenapa Anda Suka Blogging
- Berapa Jam Sehari Anda Meluangkan Masa Buat Blog
- Dari Mana Anda Pelajari Cara Berblog

Tinggalkan Link Entri Anda Di Ruangan Komen Post Ini

Tag SEKURANG-KURANGNYA 3 Orang Di Dalam Entri Anda Dan Pastikan Mereka Tahu

Masukkan Gambar Banner Contest Di Atas Di Dalam Entri Anda (Tekan Gambar Jika Ingin Mendapatkan URL)

Masukkan Link Ke Azhunk World Di Dalam Entri Anda

Aspek Yang Akan Diadili Pula

Kecantikan Blog

Ketepatan Jawapan

Keunikan Entri

Referral Yang Paling Banyak

Hadiah Yang Bakal Dimenangi

Tempat Pertama : RM 10 (TOPUP)
Tempat Kedua : RM 5 (TOPUP)
Saguhati x3 : Review Entri (STICKY POST) Selama Seminggu (7 Hari)

TARIKH LUPUT CONTEST : 1 Ogos 2011

Sekiranya penyertaan kurang daripada 10, contest ini akan secara automatik TERBATAL
August 01, 2011

Jadual Waktu Berbuka & Imsak 2011

by , in

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
2. Negeri Melaka
3. Negeri Johor

  • Zon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
  • Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan pulau berdekatan
  • Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
  • Zon 4 – Batu Pahat, Segamat, Muar dan Gemas

Post Top Ad