Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
May 19, 2018

Permohonan Biasiswa JPA 2018 Dibuka

by , in
Image result for jpa






Alhamdulillah, saat yang dinanti-nantikan dan merupakan salah satu faktor aku ambil laluan ini adalah kerana biasiswa JPA. Sekarang, biasiswa JPA dikenali sebagai Pinjaman Boleh Ubah.
Masih ramai yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan "Pinjaman Boleh Ubah". Betul, JPA sudah dikenali sebagai pinjaman, TETAPI ada beberapa mekasnisme pinjaman yang ditetapkan JPA di mana akan menguntungkan semua pemimjam.


  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik = pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
  2. Bayaran balik 25% = pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC)
  3. Bayaran balik 50% = pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
  4. Membayar sepenuhnya nilai pinjaman = selain daripada keadaan di atas
Permohonan online sedang dibuka selama tujuh hari bermula 16 Mei 2018 (rabu).

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

Syarat UMUM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
  3. Ibu/ bapa/ ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Mempunyai kesihatan yang baik
  5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam

Syarat KHUSUS
  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah pertama sebelum tarikh iklan ditutup
  2. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
    1. Bidang selain Perubatan dan Pergigian
      1. PNGK sekurang-kurangnya 3.30
      2. Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut
        1. Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan
        2. Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foudation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan
      3. Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini
Image result for medical and dentistry icon
 
               2. Bidang Perubatan dan Pergigian
      1. Sedang mengikuti pengajian di tahun pertama 
      2. lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.
Untuk lebih banyak maklumat dan info berkenaan JPA, boleh layari laman web yang disedikan di bawah.

Bagi yang layak dan ingin memohon, boleh dengan segera click link di bawah

May 19, 2018

Volunteerism Reach Into Sinderut (RISE 2.0) PART 2

by , in
Salam sejahtera semua.
Kalian dah baca entri yang sebelum ini, PART 1? Kalau belum, boleh TEKAN SINI untuk baca dulu sebab ini merupakan sambungan PART 1. Entri kali ini dinamakan sebagai RISE 2.0 PART 2 dan merupakan siri terakhir entri berkaitan dengan program volunteer medical checkup in Pos Orang Asli, Sinderut.

Sebelum kalian tatap gambar-gambar yang aku kongsi dibawah, suka untuk aku bercerita suasana beberapa keluarga di sana. Mesti ramai nak tahu kan?


Al kisah nya bermula macam ini. Sejujurnya, aku tak pernah ada pengalaman dan pendedahan yang dekat terhadap golongan orang asli ini. Tempatnya jauh di pedalaman sana, mengambil masa melebihi setengah jam lalui lereng-lereng bukit ditemani beberapa tanah runtuh di lereng itu untuk sampai.

Setibanya di sana, kami tidak disambut oleh sesiapa hatta penduduk asal di tempat itu. Mereka tengok dari jauh sahaja. Tapi segalanya berubah sejak kami mulakan aktiviti pertama di sebuah sekolah. Makin hari, makin mereka berani untuk duduk dekat, berkenalan, berborak dan rapat.

Secara peribadi, aku rasa kehidupan mereka sangat dhaif, malangnya bagi mereka, itu semua bukan kekurangan. Apa yang dimaksud dengan ITU SEMUA?

Ya, keperluan bagi kita seperti kerusi, meja dan sebagainya. Ada beberapa keluarga yang bernasib baik mampu membeli kelengkapan rumah ni, ada yang tak mampu.

Salah satu modul yang kami ada sepanjang lawatan ke sana adalah "HOME VISIT". Kami ditugaskan untuk melawat setiap rumah di sana bagi tujuan Health awareness, di samping mengetahui serba sedikit liku-liku kehidupan mereka.



Majoriti keluarga di sana ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pucuk ubi dan ubi merupakan makanan kegemaran mereka. Mereka akan ambil makanan-makanan bila nak masuk waktu makan sahaja.

Yang menariknya, rumah yang aku lawat, merupakan rumah Penghulu di kampung itu. (aku lupa nama penghulu tu) tapi beliau tinggal bersama dua orang isteri tercinta bernama Makcik Rogayah dan Makcik Indon. Kampung yang kami lawat tu merupakan penganut agama Islam, alhamdulillah.

Makcik Indon ada cakap:

Makcik biasakan cakap Bahasa Melayu dengan cucu-cucu makcik sebab makcik mahu mereka besar fasih Bahasa Melayu

Apabila aku dengar ayat ni, terus kagum. Makcik Indon sangat berfikiran jauh, dia tahu peluang cucu-cucu dia cerah dengan menguasai Bahasa Melayu.



Untuk pengetahuan semua, orang asli yang kami lawat merupakan dari kaum Semai. Bahasa bertutur yang digunakan bukanlah Bahasa Melayu walaupun majoriti orang di sini faham Bahasa Melayu, tetapi tidak boleh bercakap Bahasa Melayu dengan fasih.

Sebenarnya, ada banyak lagi perkongsian yang hendak dikongsi. InsyaAllah akan aku selitkan di dalam entri lain pada hari yang mendatang. Ayuh tengok gambar-gambar di bawah.








Antara modul yang dilakukan di bawah sesi "riadhah" iaitu TARIK TALI.

Komiti VS Penduduk asal


Avenzoar!

Again, Avenzoar!

Team IIUM

Itu sahaja, terima kasih sudi membaca!

May 17, 2018

Volunteerism Reach Into Sinderut (RISE 2.0) PART 1

by , in
Selamat pagi semua!

Hari ini, aku nak kongsi pengalaman selama 3 hari 2 malam menyertai program sukarelawan di sebuah perkampungan orang asli yang dikenali sebagai Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang. Program ini dianjurkan oleh IMARET, IDAM, Kelab Sukarelawan IIUM Kuantan dan dibantu oleh 4 wheel drive TRUCKERZ.

Ini merupakan pengalaman pertama aku untuk dapat pendedahan yang sangat dekat terhadap orang asal. Dah tentu teruja disulami dengan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Kalau nak tahu suasana dekat sana, boleh teruskan membaca.

Program ini bermula pada hari Rabu malam Khamis sehingga Sabtu. Perjalanan dari UIA Kuantan ke Kuala Lipis mengambil masa sekitar 3 jam. Kami bermalam di sebuah Masjid, meneruskan perjalan esok paginya naik 4WD. Nak masuk ke perkampungan orang asli ni memerlukan 4WD, kalau tak, tak lepas. Sebab bukit dia ala-ala roller coaster.


Waktu ni pagi, berkabus

Bersama Hasif

Golongan majoriti menyertai rombongan ini (1st Year Medic IIUMK)

No comment

Dr Anep! Dia dan team IDAM dah berjaya buat kem ni lively. Waktu ni tengah pasang khemah (revise balik teknik-teknik memasang khemah)

First day's activity, Check mata di sekolah orang asli



Family Visit, kami kena lawat setiap rumah yang ada diperkampungan tu dah dedahkan dekat orang di sana tentang penyakit-penyakit common  seperti kanser paru-paru dan payu dara supaya dapat dicegah

Team IDAM ft Dentistry students IIUMK



Baiklah, sampai di sini sahaja buat edisi-1. Aku akan kemaskini edisi-2 secepat mungkin, maaf rushing sebab kelas pukul 9:00 AM. 


Post Top Ad