Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Volunteerism Reach Into Sinderut (RISE 2.0) PART 2

Salam sejahtera semua.
Kalian dah baca entri yang sebelum ini, PART 1? Kalau belum, boleh TEKAN SINI untuk baca dulu sebab ini merupakan sambungan PART 1. Entri kali ini dinamakan sebagai RISE 2.0 PART 2 dan merupakan siri terakhir entri berkaitan dengan program volunteer medical checkup in Pos Orang Asli, Sinderut.

Sebelum kalian tatap gambar-gambar yang aku kongsi dibawah, suka untuk aku bercerita suasana beberapa keluarga di sana. Mesti ramai nak tahu kan?


Al kisah nya bermula macam ini. Sejujurnya, aku tak pernah ada pengalaman dan pendedahan yang dekat terhadap golongan orang asli ini. Tempatnya jauh di pedalaman sana, mengambil masa melebihi setengah jam lalui lereng-lereng bukit ditemani beberapa tanah runtuh di lereng itu untuk sampai.

Setibanya di sana, kami tidak disambut oleh sesiapa hatta penduduk asal di tempat itu. Mereka tengok dari jauh sahaja. Tapi segalanya berubah sejak kami mulakan aktiviti pertama di sebuah sekolah. Makin hari, makin mereka berani untuk duduk dekat, berkenalan, berborak dan rapat.

Secara peribadi, aku rasa kehidupan mereka sangat dhaif, malangnya bagi mereka, itu semua bukan kekurangan. Apa yang dimaksud dengan ITU SEMUA?

Ya, keperluan bagi kita seperti kerusi, meja dan sebagainya. Ada beberapa keluarga yang bernasib baik mampu membeli kelengkapan rumah ni, ada yang tak mampu.

Salah satu modul yang kami ada sepanjang lawatan ke sana adalah "HOME VISIT". Kami ditugaskan untuk melawat setiap rumah di sana bagi tujuan Health awareness, di samping mengetahui serba sedikit liku-liku kehidupan mereka.



Majoriti keluarga di sana ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pucuk ubi dan ubi merupakan makanan kegemaran mereka. Mereka akan ambil makanan-makanan bila nak masuk waktu makan sahaja.

Yang menariknya, rumah yang aku lawat, merupakan rumah Penghulu di kampung itu. (aku lupa nama penghulu tu) tapi beliau tinggal bersama dua orang isteri tercinta bernama Makcik Rogayah dan Makcik Indon. Kampung yang kami lawat tu merupakan penganut agama Islam, alhamdulillah.

Makcik Indon ada cakap:

Makcik biasakan cakap Bahasa Melayu dengan cucu-cucu makcik sebab makcik mahu mereka besar fasih Bahasa Melayu

Apabila aku dengar ayat ni, terus kagum. Makcik Indon sangat berfikiran jauh, dia tahu peluang cucu-cucu dia cerah dengan menguasai Bahasa Melayu.



Untuk pengetahuan semua, orang asli yang kami lawat merupakan dari kaum Semai. Bahasa bertutur yang digunakan bukanlah Bahasa Melayu walaupun majoriti orang di sini faham Bahasa Melayu, tetapi tidak boleh bercakap Bahasa Melayu dengan fasih.

Sebenarnya, ada banyak lagi perkongsian yang hendak dikongsi. InsyaAllah akan aku selitkan di dalam entri lain pada hari yang mendatang. Ayuh tengok gambar-gambar di bawah.








Antara modul yang dilakukan di bawah sesi "riadhah" iaitu TARIK TALI.

Komiti VS Penduduk asal


Avenzoar!

Again, Avenzoar!

Team IIUM

Itu sahaja, terima kasih sudi membaca!

No comments:

Post Top Ad