Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Permohonan Biasiswa JPA 2018 Dibuka

Image result for jpa






Alhamdulillah, saat yang dinanti-nantikan dan merupakan salah satu faktor aku ambil laluan ini adalah kerana biasiswa JPA. Sekarang, biasiswa JPA dikenali sebagai Pinjaman Boleh Ubah.
Masih ramai yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan "Pinjaman Boleh Ubah". Betul, JPA sudah dikenali sebagai pinjaman, TETAPI ada beberapa mekasnisme pinjaman yang ditetapkan JPA di mana akan menguntungkan semua pemimjam.


  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik = pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
  2. Bayaran balik 25% = pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC)
  3. Bayaran balik 50% = pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
  4. Membayar sepenuhnya nilai pinjaman = selain daripada keadaan di atas
Permohonan online sedang dibuka selama tujuh hari bermula 16 Mei 2018 (rabu).

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

Syarat UMUM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
  3. Ibu/ bapa/ ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Mempunyai kesihatan yang baik
  5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam

Syarat KHUSUS
  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah pertama sebelum tarikh iklan ditutup
  2. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
    1. Bidang selain Perubatan dan Pergigian
      1. PNGK sekurang-kurangnya 3.30
      2. Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut
        1. Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan
        2. Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foudation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan
      3. Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini
Image result for medical and dentistry icon
 
               2. Bidang Perubatan dan Pergigian
      1. Sedang mengikuti pengajian di tahun pertama 
      2. lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.
Untuk lebih banyak maklumat dan info berkenaan JPA, boleh layari laman web yang disedikan di bawah.

Bagi yang layak dan ingin memohon, boleh dengan segera click link di bawah

No comments:

Post Top Ad