Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Kekasihku Tomboy




Assalamualaikum .. Korang pernah dengar cite kekasihku tomboy ?? haha .. Sudah tentu tak pernah kan , sebab cerita ini tak ada di pasaran .. Kih kih .. Kawan saya , Muniy yang reka .. Dia pro bab2 benda camni >:D .. ok nanti saya akan paste ceritanya di bawah .. enjoy ya :P .. one more .. Naziera ngan Munzair .. hihii nak same ngan name kawan kat sekolah :PP .. mungkin cite ni khas untuk diorang berdua *kot* hahaha.. shhh** *gossip*

‘’Hoi,jantan!Apa ni main tarik-tarik?Sakitlah,bangang!’’.Dengus Naziera.Berkeriut mukanya menahan sakit di lengan.Biru lebam lengannya dipegang kuat oleh Munzair.

‘’Eh,iron lady macam kau ni tau pula maksud sakit?Ingatkan brutal habis.’’Sindir Munzair lalu melepaskan lengan Naziera.Matanya tajam memerhati Naziera.Geleng kepala Munzair melihat penampilan Naziera yang berpakaian seperti lelaki dengan seluar jean londeh,berbaju-T putih berserta jacket kulit tersarung kemas di tubuhnya.

‘’Kalau orang lain tengok mesti ingatkan lelaki.Silap hari bulan ada jer awek yang terpikat dengan minah tomboy ni.Dahlah penampilan sebiji macam laki kalah aku yang hensem ni.Haish,tak boleh jadi ni.”Kutuk Munzair dalam hati.

‘’Ikut suka hati kaulah nak lable aku apapun.Aku tak kisah.Bukannya aku ada kacau hidup sesiapa pun dengan penampilan aku ni.lagipun....”

Belum sempat Naziera menghabiskan kata-katanya.

“Kau memang kacau hidup aku.Bukan setakat kacau tapi mengkucar kacirkan lagi hati aku ni.Ish,macam manalah aku boleh terpikat dengan minah tomboy ni.”ucap Munzair dengan nada perlahan.

“Hah!Apa kau cakap?”Naziera soal dengan nada kebingungan.

“Ish,aku salah dengar kut.”Naziera bermonolog sendirian.Entah kenapa hatinya berdebar semacam.Ingatkan perempuan macam Naziera ni tak ada perasaan.Rupanya ada juga ya.Naziera, Naziera.

Munzair kelihatan sedikit tersentak,menyangka Naziera tidak dengar kata-katanya sedangkan seingatnya dia bercakap sendirian.Namun dia tidak terus melatah,sebaliknya menukar topik lain.

“Kau tak kesiankan arwah ayah kau ke?arwah mesti sedihkan tengok satu-satu permata hatinya berpakaian seperti lelaki sedangkan dulu kau ta macam ni.Aku faham perasaan kau bila orang yang kita sayang tiba-tiba meninggal dalam keadaan tak diduga.Dah memang sudah sampai ajal arwah meninggal dalam kemalangan tu.Kau mula berubah selepas ayah kau meninggal.Kau mesti tahu kan yang sesungguhya Rasulullah S.A.W tidak mengaku seorang kaum hawa yang menyerupai lelaki dan sebaliknya sebagai umat.Malah,orang-orang itu tidak dapat menghidu bau syurga.Kau nak ke jadi macam tu?Naziera,berubahlah.”Tutur Muzair dengan nada yang sayu.

Demi mendengar nasihat Muzair itu,sebutir mutiara gugur dari tubir mata Naziera.Terhinjut-hinjut bahu Naziera menahan tangisan.Perempuan tetap perempuan.Sedangkan hujan dapat mengikis batu,inikan pula hati wanita yang umpama kerak nasi.Tiada suara meraung.Yang ada cuma tangisan yang meruntum pilu.

Tersentuh hati Munzair melihat keadaan Naziera sebegitu rupa.Dia mengusap perlahan bahu Naziera.

“Berubahlah sayangku Naziera.”bisik Munzair perlahan hampir di telinga Naziera yang dilindungi dengan cap yang berjenama Adidas.

Muka Naziera yang sememangnya sawo matang menjadi merah apabila Munzair mengucapkan kata-kata keramat itu.Munzair hanya mnguntum senyuman nakal.

“Minggu depan ada Malam Kenangan Bersamanya.Kau jadi date aku ya?”Pinta Munzair dengan selambanya.

Terkejut monyet Naziera.Beruk pun tak sekejut sedemikian rupa.Tak pernah seumur hidup lelaki mengajaknya ke majlis macam ni.Macam mana nak ajak perempuan yang perwatakkannya seperti lelaki.Nanti orang kata gay pula.Tak naya namanya tu.

Jantung yang berdegup normal menjadi kencang pula degupannya ibarat baru selesai menamatkan larian 500 meter.Dasyat.dasyat.“Ya Allah,kenapa dengan jantung aku ni?Ni memang kena check kat IJN ni.Silap hari bulan kena tukar jantung.Eh,kalau tukar matilah aku.Apa yang aku mengarut ni?Ish...”Getus hati Naziera.

“Hmmm,tengoklah dulu.”Ujar Naziera sambil menyapu sisa air mata dipipi.Malu pula menangis.timbul kesedaran dalam diri Naziera.Dia bertekad untuk berubah.

Malam Kenangan Bersamanya.Dewan Sigma gamat dengan para tetamu.Munzair dengan lengkapnya memakai tuxedo yang berwarna putih.Kena betul dengan tubuhnya yang sasa serta kulit nya yang putih cerah.Manakala Naziera memakai gaun yang mengikut ukuran tubuh langsingnya warna yang sedondon dengan tuxedo Munzair.Sekali tengok seperti pengantin baru.Naziera dengan tinggi lampainya.Munzair pula dengan tubuh saa seperti atlet.

Munzair begitu terpukau dengan kejelitaan Naziera yang selalu disembunyi disebalik cap Adidas.Matanya tidak lepas daripada memandang kecantikkan Naziera.Cepat-cepat matanya mengalih kearah lain.Godaan syaitan.

“Nice.”Komen Munzair sepatah.Naziera hanya menguntum senyuman.Dia beriak setenang yang mungkin sedangkan jangtungnya sudah berdegup kencang.

Masing-masing membisu ketika berjalan menuju ke dewan Sigma.Munzair leka dengan fikirannya sendiri.Sangka minah tomboy ni tak pernah pakai baju yang menujukkan ciri-ciri kewanitaan!Kut hanya tahu pakai jean lusuh dengan kemeja-T yang besar gedabak tu je.Mengingatkan balik masa melihat Naziera yang seratus peratus berubah,memang membuatkan hatinya melahirkan perasaan yang sukar untuk dimengertikan.Sedangkan dulu pun dia mengalami perasaan yang sama inikan pula sekarang.

Hampir tercabut mata para tetamu melihat Naziera dan Munzair buat grand entrance.Naziera dengan senyuman yang tidak lekang-lekang dari bibirnya.Manakala riak wajah Munzair yang sentiasa tenang.Kontrol macho lagaknya.Mereka terus duduk di meja teman-teman yang lain tanpa menghiraukan dewan yang hingar dengan kehadiran mereka.

Terlopong Hanan dengan perubahan Naziera yang betul-betul menakjubkan.Ramai teman-teman yang memuji kejelitaan Naziera.Tercetus perasaan cemburu dihati Munzair apabila ramai lelaki memuji kecantikan Naziera.



“Amboi,agak-agaklah kalau nak puji awek aku kut.”Sindir Munzair.Tergaman Naziera sebentar.

“Zair,kau jangan buat gila pula.”Bisik Naziera perlahan,sedangkan dalam hati sudah melonjak riang.Alangkah bagusnya kalau betul yang aku ni kekasih dia.Tanpa pengetahuan sesiapa,Naziera telah menyimpan perasaan terhadap Munzair yang diminati sejak dulu lagi.

“Will you be my wife?Mungkin bunyi agak tergesa-gesa tapi tak salahkan kalau benda baik kita percepatkan.Lagipun mak aku memang dah berkenan nak jadikan kau isteri aku.Daripada mak aku mula dulu,lebih baik aku empunya badan ni start dulu.Dari dulu lagi aku minat kau tapi aku pendam sebab aku tak nak hubungan persahabatan kita terputus tapi sekarang aku tak ragu-ragu lagi.So,kau jadi wife aku ya?”mohon Munzair dengan selamba badaknya.Bunyi langsung tak romantik.Tapi sebaliknya pada Naziera.Bila hati dah kata cinta semua indah belaka.

“Okey.”sepatah yang diucapkan.Naziera menguntum senyuman simpul.Hatinya bersyukur rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Bunyi sorakan kuat daripada rakan-rakan.Ramai yang mengusik sepasang kekasih yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

“I love you.”bisik Munzair perlahan di telinga Naziera.

“love you to”.Balas Naziera tersipu-sipu.

Moga mereka bahagia sehingga akhir hayat.



Moral : Dari cerita ini , anda boleh jelas tengok .. biarpun tomboy ke.. ape ke... kalau dah pompuan, tetap pompuan .. So kepada sape2 yang same prangai ngan Naziera nihh.. jadilah macam dia .. tomboy pun tetap ada perasaan terhadap Lelaki :) ini membuktikan dia tetap *PEREMPUAN* huhuu..

Dikarang Oleh : Maysara Qalesya :)) (my classmate)

7 comments:

miss teddy beary said...

zehe yOu tOO much...
adehhhh...
:p :p :p :p

Azhunk Awang said...

zehe you tOo much ? what's mean haha.. anyways.. u are great essay writer :PP (novel)

miss teddy beary said...

baru nak dlete kOmen aku..
hahhaa..
taklah pasal aku sruh mu tukar nama..

Azhunk Awang said...

hahhaa.. ape2 jela.. >;D

miss teddy beary said...

huh,kejam ayat...
nie dikra baik hati sebab nak memanjangkan lagi tOpik..LOL..
:D

Azhunk Awang said...

baik kepala hOtak hang.. zzz

miss teddy beary said...

dalam bracket lah tu baik kan???
aku lancar perang mOgOk baru tau...
biar mu tau rasa...
:P :P :P

Post Top Ad