Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Apa Hukum Beli Barangan Di Kedai Menyediakan Arak ?


Arak merupakan barang haram di sisi agama islam, tetapi minuman beralkohol ini banyak dijual di market besar-besaran dan kedai arak sendiri .. Semasa anda pergi membeli belah di luar bandar, atau makan di kedai yang menyediakan arak, adakah anda tahu apa hukumnya.. ?? jom kita baca, anda juga akan tahu siapa lagi turut terlibat ^^


Kelmarin.. saya ada bertanya kepada ustaz di iluvislam (forum) dan apabila saya check pada hari ini .. saya telah mendapat 1 reply dari ustaz :) dia memberitahu saya apa hukumnya kita membeli barangan lain di kedai menyediakan barangan haram ^^

Jawapan yang saya terima:
Urusan pekerja yang TIDAK melibatkan 100% urusan kerja-kerja haram & terlibat yang 100% haram ( seperti syarikat arak ), bukan diketogerikan sebagai bersubahat...MELAINKAN :
Jika dia BENAR-BENAR bekerja di syarikat arak @ judi tersebut & sebagainya yg di"cop" sbg syarikat terlibat 100% haram...maka sudah JELAS dia memperolehi sumber pendapatan yg haram. *Sekarang kita sudah ketahui bahawa pekerja di syarikat yg bersumberkan 100% haram maka hasil pendapatannya pun haram.

Bagaimana pula dengan 7 Eleven , Giant, Tesco bercampur aduk barangan-barangan HARAM untuk dijual ? Dikategorikan sebagai pendapatan haram juga ke ?

Sebenarnya kita kene fahmkan dahulu, Tesco dan Giant bukan dia buka 24 jam semata2 nak jual produk2 yang diharamkan oleh syarak, TETAPI mereka juga menyediakan produk & barangan berasaskan dapur, rumah, makanan & minuman yang halal. TIDAK SAMA seperti kedai Spot TOTO@ kedai yang menjual arak semata2
& barangan haram, pekerjananya tidak kira Samada Cleaner@Cashier@Manager dan lain2.. Sudah pasti hasil pendapatannya dari bersumberkan HARAM

Apa status pekerja yang bekerja di syarikat tersebut ?

Kerja sebagai cashier ini perlu berhati-hati, kalau dia ambil bil pembayaran dari barangan yg halal, maka gaji dia adalah halal. TETAPI jikalau dia juga menerima pembayaran ARAK atau benda-benda haram di kira sbg berdosa dan menerima gaji yang tidak halal kerana :
Dia tergolong dalam 10 golongan yang telibat dosa :

Nabi SAW bersabda :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له


"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkan untuknya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya."


Jadi kesimpulannya cashier di 7eleven, tesco dan sebagainya syaratnya TIDAK menerima sebarang pembayaran dari barangan-barangan yg haram ( walaupun kerja di tempat syubhah ) ini kerana dia bekerja, berkhidmat untuk aktiviti yg halal ( cashier = suatu kerja yg asalnya adalah HALAL ),tetapi seperti yg disebut awal-awal :dengan syarat tidak boleh menerima pembayaran barangan yg haram )

Kalau difikirkan boleh/setuju ke tauke 7eleven,tesco tu nak izinkan kita jadi cashier barangan yg halal-halal je?

Memang x boleh...sebab kedai tu bukan ayah kita punya. *winkwink* kalau begitu layak la ( malah wajib ) kita cari pekerjaan lain..untuk elakkan dari sumber pendapatan shubhah @ haram ini. Manakala kerja sebagai cleaner, guard, jaga parking tidaklah terlibat dengan kerja-kerja haram tadi. maka gajinya adalah halal .Sebaik-baiknya carilah pekerjaan yg benar-benar 100 percent halal tanpa ragu-ragu, selagi mana mampu, pada masa yg sama perlu berusaha.

Pesanan Nabi kepada kita :

"Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada benda ( sesuatu ) yang tidak meragukan".


Mcm mane kite yg membeli di tmpt yg mcm 2? kite xdikira subahat ke?

Berurusan @ bermuamalah ( jual beli ) dengan orang-orang kafir dan tempat-tempat yang haram ada 2 kategorinya :

(1)benar-benar yakin kerja full time dia merompak, atau kilang arak, syarikat 100% sumber haram : maka tidak di benarkan oleh majoriti ulama.

(2)Sumber yg bercampur ( seperti tauke 7eleven, giant )iaitu bukan dari aktiviti kerja @ syarikatnya 100% dari sumber yang haram : maka dibenarkan kepada umat islam. Ini berdasarkan kepada hadis-hadis nabi SAW bermuamalah ( jual beli ) dengan kaum yahudi pada ketika itu, para ulamak memberi ulasan : sedangkan mereka ini ( yahudi ) memang terkenal melakukan aktiviti-aktiviti yg haram seperti Riba dan sebagainya.

Setakat ini saja tazkirah di blog saya ^^) renung-renungkanlah.. dan seperti yang semua orang tahu..

"Jika kita ragu-ragu/waswas akan sesuatu, maka hindarilah"

Wallahu'alam

6 comments:

Anonymous said...

thanks for the info :)

Azhunk Awang said...

@naa no pOblem :)

tomatokering said...

haaa , baru boleh . huhu
info baek punya nie taw :)

Azhunk Awang said...

mekasih haha ^^

Adam said...

Assalamualaikum bro,

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=447494

Link yang aku bagi tu adalah link yang mana aku membincangkan tentang kerja aku sebagai cashier di pasaraya TESCO, aku tanya khusus pasal arak nie la.. Jumpa blog ko, ada forumer hantar link...

Aku nak tanya pasal guard n cleaner... Nie ayat ko, aku quote:-

Manakala kerja sebagai cleaner, guard, jaga parking tidaklah terlibat dengan kerja-kerja haram tadi. maka gajinya adalah halal .

Habis, kalau cleaner tu lap arak yang tumpah? Arak tu pecah kat lantai, dan cleaner tu lap, cane?
Dua, guard... Kalau guard tu jaga lori2 yang tengah loading Arak, makanan Non-Halal dalam tin, dan Meat Non-Halal macam mana?

Azhunk Awang said...

Terima kasih kerana bertanya..

Wallahu a'alam.

Soal ni bergantung kepada niat, tetapi apa yang sudah dijelaskan itu dah jelas. Masih ade keraguan lagi, boleh rujuk pakar forum, seperti di forum iluvislam.

Post Top Ad