Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Lame Tak Update Blog


Pertama sekali ana nak minta maaf jika ada lah reader setia blog Azhunk World yang datang setiap hari nak tengok entri terbaru. Sebab sejak kebelakangan ini Azhunk jarang update blog. (Tapi takpee.. Azhunk rasa takde reader setia tuk blog ni . Kan ?)

Sebenarnya kalau nak diikutkan hati memang banyak cerita-cerita menarik nak post dekat sini. Tapi malangnya banyak halangan. Contohnya kamera rosak, memang banyak gila gambar-gambar menarik yang azhunk snap. Gambar untuk buat TUTORIAL pun ade. Tapi kamera entah rosak gimana tak boleh bukak. Tapi dengar khabar my dad sudah baiki kamera itu.

Sebab kedua pula Keyboard pulak rosak. Nak pinjam laptop my sister tak boleh dia balik rumah mak mertua dia. Ini pun sekarang tengah update main copy and paste huruf jea. Sebenarnya takdalah banyak sangat huruf yang rosak. Tidak lebih dari sepuluh kalau tak silap. Kalau ada masa my dad nak bawak pergi Kota Bahru nak baiki benda alah ni.

Lagipun Azhunk rasa Tutorial dekat blog ni sikit saje. Tak sampai seratus pun. Maybe Azhunk akan tambah lagi Tutorial. Tapi sebelum itu nak berterima kasih juga kepada visitor

Yang ikhlas visit Azhunk World


Yang ikhlas follow Azhunk World


Yang ikhlas like page Azhunk World


Yang ikhlas baca entri Azhunk World


Yang ikhlas mengomen entri Azhunk World


Yang menggunakan TUTORIAL Azhunk World


Dan nak bagitahu jugak kepada yang lain datang berblogwalking. Azhunk nak minta maaf sangat2 sebab tak boleh nak visit balik. Sekarang takda masa nak bukak blog. Plus keyboard rosak jadi malas nak menaip. Tapi kalau nak jugak Azhunk visit korang pergi tinggalkan link korang di Azhunk World page . Ade dekat widget sebelah kanan =D Kalau tinggal kat situ confirm Azhunk visit dan follow sekali haha =D

Okay sampai sini sahaja entri kali ini.

No comments:

Post Top Ad