Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Tutorial Origami : Twinkle Little Star

Untuk julung kalinya, aku nak berkongsi satu tutorial origami yang mungkin berguna iaitu tutorial membuat bintang menggunakan kertas warna (kertas A4 Puteh pun boleh)



Aktiviti kali ini sangat senang, DIJAMIN!

Tetapi, hasilnya sangat berguna.

Sesuai dibuat sebagai goodies untuk majlis-majlis tertentu. Warna-warni bintang yang diletakkan di dalam balang kaca, sangat menarik!

Juga sesuai dibuat sebagai perhiasan di dalam rumah especially atas meja study. Dekat dorm/bilik asrama pun boleh letak.

Tanpa membazir masa, ayuh!

STEP 1


Sediakan kertas bersaiz A4 (sebenarnya tak kisah saiz apa pun, asalnya kertas yang agak panjang). Warna warni tu bonus! sangat digalakkan


Sediakan Gunting/Pembaris sebagai alat bantu untuk alter kertas tu nanti


 STEP 2


Potong kertas A4 seperti gambar di bawah. (lagi kecil lagi bagus!)


  STEP 3


Buat lipatan ala-ala logo breast cancer awareness ribbon ni.













 Kunci lipatan tu, dan gulung-gulung je bak kata pepatah, "follow the rhythm", sampai penghujung, kunci penghujung kertas.




 STEP 4

Masa untuk gemukkan lucky stars kalian semua. Picit-picit sahaja di bawah garisan dia, sampai jadi macam gambar di bawah.




And you are done!

Sekarang, boleh buat banyak-banyak dengan warna yang berlainan dan letak dalam balang/bekas yang bersesuaian. and Walla, it's ready to be displayed!

Selamat mencuba :)

Ada masalah? Boleh tanya di comment section.

No comments:

Post Top Ad