Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
September 06, 2013

Perbezaan Antara Tarbiah dan Dakwah

by , in
Sudah lama jari tidak berbicara. Blog ni pun makin hari makin berhabuk. Di kesempatan ini, alang-alang ada sedang berada di Makmal Bestari sekolah, Azhan nak kongsi satu artikel mengenai tarbiah dan dakwah.

Tanpa membuang masa, kita masuk kepada pengenalannya terlebih dahulu.

Tarbiah merupakan suatu proses untuk membentuk insan supaya menjadi seorang muslim/muslimah sejati. Tarbiah terdiri kepada dua individu iaitu pentarbiah yang dikenali sebagai murabbi dan juga orang yang menerima tarbiah yang dikenali sebagai mutarabbi. 

Dakwah pula boleh dikenali sebagai proses mengajak seseorang untuk membuat kebaikan dan melarangnya berlaku mungkar. Proses ini terdiri daripada 2 individu juga iaitu pendakwah atau dikenali sebagai da'ie dan orang yang didakwah, mad'u.

Perbezaan di antara dua proses ini adalah, Tarbiah boleh dikatakan agak keras sedikit berbanding dakwah. Contohnya, tarbiah itu memang suatu proses si murabbi memberi tarbiah, dan si mutarabbi perlu menerima tarbiah itu sampai mewujudkan biah solehah.

Biah solehah merupakan suasana yang solehah, iaitu suasana yang boleh dikategorikan sebagai kehidupan islamik.

Manakala dakwah pula adalah, kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang da'ie, tetapi hasilnya adalah terserah di atas tangan mad'u sama ada ingin menerima mahupun tidak. Proses ini agak lembut dan kurang mendesak. Proses ini sesuai untuk mengajak orang yang kafir supaya memeluk Islam. 

Contoh, bulan Ramadhan diibaratkan sebagai bulan tarbiah kerana adanya puasa. Kerana apa? Kerana puasa itu memenatkan bukan ? Boleh dikatakan agak meletihkan, tetapi dalam kekerasan mengharungi kepenatan itu akhirnya membawa kebaikan, iaitu rahmat Allah yang terlalu banyak di bulan Ramadhan, dan tidak lupa kepada Syawal, sambutan Hari Raya.

Azhan rasa cukup di sini sahaja. Jika ada kelapangan lagi, InsyaAllah Azhan akan kongsi apa yang Azhan dapat di Kolej Islam. Harap ia bermanfaat untuk kalian.

Jika terdapat kesalahan dalam entri ini, sila beritahu Azhan, terima kasih.
May 28, 2013

Kecewa Kali Ke...

by , in
Kali ke ? Azhunk sendiri pun taktahu, tapi nak buat macam mana, memang itu lumrahnya. Adat perlawanan pasti ada menang dan kalah.

Haritu Azhunk ade masuk pertandingan Falak , iaitu membina laman web falak. Benda ni lain dari sebelum ni tau, sebelum ni pertandingan membuat blog, jadi guna je hosting yang dah disediakan oleh blogger, kira senang.

Tapi yang falak ni kena fully HTML, guna base al-azim, tapi content dalam dia semua kena buat sendiri, kod widget and bla bla. Sekolah Azhunk, menghantar 2 kumpulan wakil untuk pertandingan mencipta laman falak.

Kumpulan Azhunk yang terdiri daripada 3 orang, iaitu Amir Adli, Amir Ikhwan Haniff dan Azhunk Awang.

Kumpulan satu lagi terdiri daripada muslimat form 5.

Apa yang menggembirakan adalah KISAS mendapat tempat kedua dalam pertandingan mencipta laman web falak tu, tapi bukan kumpulan Azhunk yang menang. Kumpulan yang menang adalah kumpulan muslimat. Sedih kan ?

Muslimat ade geng restu, siap ada laptop sendiri, kiteorang harapkan makmal bestari sahaja. Tapi alhamdulillah cikgu Aina beri kiteorang pegang kunci makmal best. Ade suatu hari tu kiteorang balik jam 2 pagi semata-mata nak siapkan laman web tu, tapi tak siap jugak. Susah gila, kena explore benda baru.

Nak masukkan file and folder semua ke dalam hosting, amatlah rumit. Azhunk tak pernah buat benda tu sebelum ni, tapi Alhamdulillah dapat siapkan juga. Walaupun tak menang, Azhunk tetap bersyukur juga sebab diberi peluang untuk cuba. InsyaAllah tahun depan menang ok !

Laman Web Team Azhunk

Laman Web Team Muslimat

Tekan pautan di atas untuk tengok laman sesawang yang dah kitaorang buat.
May 27, 2013

Lelong Lelong Lelong !

by , in
Cik Kak, meh sini ! Lelong Lelong Lelong, Tudung murah-murah, stail terkini, labuh sehingga menutup dada, warna pelbagai jenis, awningnya pun keras dan bentuknya sempurna untuk dipakai oleh semua jenis muka.

Cik Kak ! Dress ada, skirt ada, seluar (versi aladin) pun ada, sesuai dipakai pada waktu santai ketika berada di dalam rumah dan tidur. Harga murah dalam pelbagai warna, kain high quality, InsyaAllah tahan lama !

Perghhhh, macam promoter pulak, takdelah sampai macam tu sekali. Apa kes dengan tajuk ni ? Mak Azhunk ade bukak bisnes kecil-kecil sharing dengan kakak, jual tudung, baju melayu, blouse, dress, seluar dan banyak lagi.

Tadi diorang buka gerai dekat Pasar Kuala Besut. Siapa kenal tempat tu sila angkat tangan ! Haha, kebetulan Azhunk ade time free tadi, pergi lah jugak, tolong jaga anak sedara je.

Itu sahaja cerita yang nak diceritakan pada kali ini, bukan main lagi tajuknya. Tapi mak and kakak azhunk tengah buat clearance sale, lebih kepada Lelong lah, kepada sesiapa yang berminat nak order online pun boleh juga.

Qualiti kainnya bagus jugak, kain ni ditempah jahit ye, so quality dia memang tinggi berbanding tudung biasa. Dekat bawah ade beberapa sampel produk. Nak keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Azhunk, iaitu orang ketiga melalui fanpage Azhunk World.    


Pattern & Design tu ada banyak lagi, kalau nak tengok lebih banyak bolehlah add dia punya tauke

             
May 26, 2013

Saya Nak Gwiyomi

by , in
Gwiyomi, gwi gwi gwiyomi. Haha apa kes ni ? Boleh dikatakan trend pada masa kini, sorrylah sejak Azhunk duduk dekat KISAS, lambat update sikit hehe.

Pasal Gwiyomi ni pun baru tahu semalam, sebab kawan Azhunk, Adam yang beritahu.

Semasa dekat kisas jadi penyokong team drama ke kebangsaan, anak teacher tu selalu nyanyi "Gwi gwiyomi", mula2 Azhunk ingatkan dia tengah melalut. Dan Alhamdulillah team drama mendapat tempat KETIGA kebangsaan. Tempat pertama dimenangi oleh Sultan Alam Shah.

Berbalik kepada tajuk pula, Saya nak gwiyomi ? Jangan salah faham, bukan Azhunk yang nak gwiyomi. Memandangkan sekarang kita berada di dunia alam maya, jadi Saya tu merujuk kepada blog. Manakala gwiyomi merujuk kepada comel kan ?

Perasan tak perubahan blog ni ? Aish, mesti kalian tidak perasan sebab kalian pendatang baru dekat sini, tapi yang lama confirm perasaan, terdapat SEDIKIT perubahan. Azhunk nak bagi blog ni nampak kemas, teratur dan tidak serabut. Inilah hasilnya.

Itu saja post kali ni.

Dekat youtube ada banyak sangat video-video orang buat cover gwiyomi tu. Nasihat dari Azhunk, kalau perempuan yang bertudung tu tak payah buat lah, walaupun nampak ayu tutup aurat semua, tapi kalau buat aksi macam tu, hampeh.

Tapi bagi azhunk gwiyomi paling cute adalah di bawah. Jom saksikan !

May 26, 2013

Selamat Hari Guru

by , in
Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Lama sungguh Azhunk tak update status, memang semua pembaca dah lari hehe, sebab tiap kali buka dah takde post-post, gambar-gambar, video-video yang menarik lagi hot haha. Niatnya mulai hari ini Azhunk nak kembali berblogging balik, memandangkan cuti sekolah kan ?

InsyaAllah

Dekat sekolah ada disediakan perkhidmatan ber'FACEBOOK' iaitu bermain internet bebas selama 1 jam setengah di Makmal Bestari. Perkhidmatan ini berlangsung sehari seminggu pada hari Selasa untuk pihak muslimeen dan isnin untuk pihak muslimat.

Hah ? Ade muslimeen muslimat ? Oh lupa nak beritahu. Hari tu Azhunk ada update entri tentang surat tawaran ke KISAS. Jadi alhamdulillah sekarang Azhunk merupakan pelajar KISAS, tu yang ada muslimeen muslimat.

Alamak ! Kita dah lari tajuk, okay tanpa membuang masa, kita masuk ke tajuk Selamat Hari Guru. Sebelum tu Azhunk ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik bangsa tak kira guru pendidik di sekolah mahupun di tempat lain yang membaca entri ini. Guru ni skopnya luas. Ibu bapa merupakan guru juga.

Bak kata Saidina Ali, Jika seseorang itu mengajarmu walaupun satu ayat, maka ia merupakan gurumu.

Seterusnya Azhunk nak mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mengajar azhunk, iaitu guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, dan Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kalaulah ada guru-guru di sekolah ini yang baca entri ini, Azhunk nak minta maaf banyak-banyak andai pernah menyinggung perasaan guru secara tidak sengaja.

Nak cerita sikit dekat sini sambutan hari guru di KISAS. Sambutannya amatlah meriah, disertai pertunjukan dikir barat oleh orang pantai timur dan utara, pertunjukan silat, lakonan pendek, video nasyid dari soutul mujahideen dan banyak kali. Dewan al-muttaqin al-muthaqaffin pula dihias ibarat kayangan, dengan belon terbang di udara, dan effect asap dan aircond, buatkan kita rasa berada di kayangan !

Sebelum Azhunk akhiri entri pada kali ini, Ayuh kita saksikan video yang dibuat oleh kerjasama RESTU dan KMT (Kisas Media Team) sempena hari guru.




January 25, 2013

Offer Letter To KISAS ?

by , in
Kalau budak sekolah agama.. memang familiar dengan nama KISAS. Tapi budak sekolah lain Azhunk tak tahu lah hehe.. Kolej Islam Sultan Shah Alam atau lebih dikenali sebagai KISAS/ SASIC Sultan Shah Alam Islamic College ni memang boleh dikatakan impian hampir semua pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab. Ada juga yang tak ambil Bahasa Arab tapi berminat nak pergi..

First of all, Azhunk nak ucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat tawaran ke KISAS. Harap korang dapat sesuaikan diri nanti di sana dan mencapai kejayaan dalam SPM !


Azhunk pun dapat juga tawaran ke KISAS. Alhamdulillah ! Sebelum ni azhunk belajar di SMKA Nurul Ittifaq. Memang selama ni Azhunk dah tanam hasrat nak pergi ke KISAS and sambung ke UIAM :). Sebab masa pergi dekat UIAM, memang stunning habis. Tempat dia inspiring gila ! try lah google tau :)

Lagipun abang dan kakak Azhunk sekarang tngh mengaji di UIAM, gombak.

Azhunk terima tak tawaran tu ? Of course azhunk terima ! Tapi insyaAllah akan pergi daftar hari selasa ni :D barang2 semua baru je beli tadi dekat KB.

Oklah itu sahaja. 

Azhunk rasa bersalah sangat nak tinggalkan kawan-kawan especially yang rapat2 tu dalam kelas. tak perlu mention lah nama sebab terlalu ramai hehe..

Amir adli/luqman dan hanif pun dapat juga ! Hanif and amir adli memang kawan baik Azhunk dari sekolah rendah. Kiteorang sekolah rendah sekali dan sambung dekat sekolah menengah yang sama dan Alhamdulillah ! Dapat juga ke KISAS sama2. Dan nanti insyaAllah UIAM sama2 hehe.. tapi dorang punya cita-cita nak pergi oversea :{. Oklah itu sahaja. Assalamualaikum.

#Takziah kepada keluarga kawan azhunk yang baru sahaja kehilangan tulang belakang keluarganya. Allah lebih menyayangi beliau.

November 22, 2012

Kebosanan Melanda Musim Cuti

by , in
Ya Allah bosannya musim cuti sekolah ni ! Takde benda nak buat, yang Azhunk buat benda sama je setiap hari.

Bangun, Mandi, Makan Online, Solat, Tengok TV, Tidur

Tu je, korang ? fuh , memang tersangat bosan, harap2 ade aktiviti lah yang boleh dibuat pada hari esok(s).

Alamak ! Lupa nak siapkan doodle art trade seseorang ni, dia dah lama siapkan Azhunk punya doodle, tapi dia punya, Azhunk tak sentuh pun lagi ! Minta maaf sangat2, Azhunk agak busy sejak kebelakangan ni, oklah nak mendoodle sekarang :)

Post Top Ad