Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Lama sungguh Azhunk tak update status, memang semua pembaca dah lari hehe, sebab tiap kali buka dah takde post-post, gambar-gambar, video-video yang menarik lagi hot haha. Niatnya mulai hari ini Azhunk nak kembali berblogging balik, memandangkan cuti sekolah kan ?

InsyaAllah

Dekat sekolah ada disediakan perkhidmatan ber'FACEBOOK' iaitu bermain internet bebas selama 1 jam setengah di Makmal Bestari. Perkhidmatan ini berlangsung sehari seminggu pada hari Selasa untuk pihak muslimeen dan isnin untuk pihak muslimat.

Hah ? Ade muslimeen muslimat ? Oh lupa nak beritahu. Hari tu Azhunk ada update entri tentang surat tawaran ke KISAS. Jadi alhamdulillah sekarang Azhunk merupakan pelajar KISAS, tu yang ada muslimeen muslimat.

Alamak ! Kita dah lari tajuk, okay tanpa membuang masa, kita masuk ke tajuk Selamat Hari Guru. Sebelum tu Azhunk ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik bangsa tak kira guru pendidik di sekolah mahupun di tempat lain yang membaca entri ini. Guru ni skopnya luas. Ibu bapa merupakan guru juga.

Bak kata Saidina Ali, Jika seseorang itu mengajarmu walaupun satu ayat, maka ia merupakan gurumu.

Seterusnya Azhunk nak mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mengajar azhunk, iaitu guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, dan Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kalaulah ada guru-guru di sekolah ini yang baca entri ini, Azhunk nak minta maaf banyak-banyak andai pernah menyinggung perasaan guru secara tidak sengaja.

Nak cerita sikit dekat sini sambutan hari guru di KISAS. Sambutannya amatlah meriah, disertai pertunjukan dikir barat oleh orang pantai timur dan utara, pertunjukan silat, lakonan pendek, video nasyid dari soutul mujahideen dan banyak kali. Dewan al-muttaqin al-muthaqaffin pula dihias ibarat kayangan, dengan belon terbang di udara, dan effect asap dan aircond, buatkan kita rasa berada di kayangan !

Sebelum Azhunk akhiri entri pada kali ini, Ayuh kita saksikan video yang dibuat oleh kerjasama RESTU dan KMT (Kisas Media Team) sempena hari guru.




No comments:

Post Top Ad