Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Lelong Lelong Lelong !

Cik Kak, meh sini ! Lelong Lelong Lelong, Tudung murah-murah, stail terkini, labuh sehingga menutup dada, warna pelbagai jenis, awningnya pun keras dan bentuknya sempurna untuk dipakai oleh semua jenis muka.

Cik Kak ! Dress ada, skirt ada, seluar (versi aladin) pun ada, sesuai dipakai pada waktu santai ketika berada di dalam rumah dan tidur. Harga murah dalam pelbagai warna, kain high quality, InsyaAllah tahan lama !

Perghhhh, macam promoter pulak, takdelah sampai macam tu sekali. Apa kes dengan tajuk ni ? Mak Azhunk ade bukak bisnes kecil-kecil sharing dengan kakak, jual tudung, baju melayu, blouse, dress, seluar dan banyak lagi.

Tadi diorang buka gerai dekat Pasar Kuala Besut. Siapa kenal tempat tu sila angkat tangan ! Haha, kebetulan Azhunk ade time free tadi, pergi lah jugak, tolong jaga anak sedara je.

Itu sahaja cerita yang nak diceritakan pada kali ini, bukan main lagi tajuknya. Tapi mak and kakak azhunk tengah buat clearance sale, lebih kepada Lelong lah, kepada sesiapa yang berminat nak order online pun boleh juga.

Qualiti kainnya bagus jugak, kain ni ditempah jahit ye, so quality dia memang tinggi berbanding tudung biasa. Dekat bawah ade beberapa sampel produk. Nak keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Azhunk, iaitu orang ketiga melalui fanpage Azhunk World.    


Pattern & Design tu ada banyak lagi, kalau nak tengok lebih banyak bolehlah add dia punya tauke

             

No comments:

Post Top Ad