Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Perjuanganku Sudah Tamat?

Rasa sedih pula sebab sudah lama aku tinggalkan blog ini. Blog inilah tempat aku berkongsi segala cerita tentang diriku. Feeling sekejap hehe. Baiklah sebelum membazir masa, kita masuk kepada "Perjuanganku Sudah Tamat?".


Perjuangan apa sebenarnya ni? Perjuangan sebagai seorang pelajarlah. Sebenarnya dah lama tamat, tapi baru sekarang ada peluang nak nukilkan di dalam blog ini.

Pada 25 November yang lalu, aku dengan rasminya telah menamatkan sesi persekolah bagi tahun 2014 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sebagai seorang pelajar tingkatan 5. Seperti yang semua tahu, pelajar tingkatan lima wajib mengambil peperiksaan rasmi iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Officially, I'm an ALKIS (Alumni KISAS). Tapi belum daftar secara rasmi lagi dalam persatuan alkis hehe.

Kenapa ada tanda soal? Perjuanganku Sudah Tamat? Ini menjadi suatu persoalan. Adakah benar-benar tamat? Bagi aku, Selesai SPM merupakan PERMULAAN bagi segala-galanya. Yes, kita memang dah tak perlu memakai pakaian seragam bagai semua untuk belajar dekat Universiti dan sebagainya.

Hidup kita memang dah ade flow.

Sama juga kalau buat karangan, ade intro, naik, klimaks, turun, peleraian bukan?

Maksudnya di sini aku baru selesai stage pertama, iaitu intro hehe.

Intro ni boleh disama ertikan sebagai preparation stage, peringkat persediaan.

Membuat persediaan untuk menghadapi stage seterusnya.

Itu je yang hendak dikongsi pada hari ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post Top Ad