Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Kehidupan Pelajar KISAS

Aku tahu, ramai yang google, Kehidupan Pelajar KISAS, cara tarbiah dekat KISAS, apa itu KISAS, cara hidup di KISAS, suasana di KISAS, pengalaman di KISAS dan sebagainya.

Aku tak boleh nak bercerita banyak tentang hasil daripada KISAS, sebab aku baru setahun jagung. Anak Helang dikatakan hehe, kata Ustazah Zaidah, Guru Bahasa Arab kami. Tapi kalau nak tahu pengalaman aku berada di KISAS, aku boleh je share.

Aku bakal menceritakan suasana di KISAS dari pagi sampai pagi esok balik.

Ini tentang aktiviti diri aku ok, kalau tak menarik maaflah. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kepada pelajar-pelajar yang ingin memohon KISAS untuk menyambung pelajaran di tingkatan 4.

Seperti biasa, aku akan bangun jam 5:30 pagi. Dah awal dah tu bagi aku. Aku selalu tidur dalam musolla asrama, dikenali sebagai Musolla Saidina Ali. Musolla ni sangatlah menarik, dilengkapi dengan pendingin hawa (aircond). Sejuk, rasa macam tidur dalam hotel je.


Bangun je aku terus mandi, bersiap-siap pakai baju melayu dengan kain pelikat (bolehje nak pakai pakaian lain, uniform sekolah ke), then terus menuju ke Musolla. Asrama bagi orang lelaki (muslimin) terbahagi kepada 4 bangunan/blok. Setiap blok mewakili satu rumah sukan. Rumah Sukannya, Thariq (Hijau), Ali (Kuning), Omar (Merah) dan Khalid (Biru).

Kebetulan pulak aku rumah Ali. Musolla terletak di ground floor blok Ali, jadi dekat je dengan bilik aku. 2 Minit dah sampai. Lepas solat Subuh secara berjemaah, kami akan baca mathurat bersama-sama. Selepas itu kami akan menuju ke Dewan Makan yang terletak sebelah blok Khalid. Jauh sedikit dengan blok Ali.

Lepas je sarapan, aku akan bergegas ke bilik untuk menukar baju kepada uniform sekolah. Pakai semua, kad matriks jangan lupa, nanti kena tulis nama oleh KP yang sangat strict. Tepat jam pukul 7, akan dimainkan 2 lagu, lagu pertama nasyid dan lagu kedua ialah alunan asmaul husna. Setelah habis je asmaul husna tu, nama pelajar yang belum keluar pagar asrama akan diambil. Kami kena bergerak ke sekolah sebelum lagu habis. Time ni lah kitaorang akan lari bagai.

Ada je yang bawak kasut dengan tangan, sebab takut lambat.

Sampai je dekat sekolah lebih kurang 7:15. Asrama muslimin terletak di seberang jalan. Kami perlu menaiki jejantas untuk sampai ke sekolah. Memang sangat penat dan lambat. Kami ada alasan yang munasabah untuk menjadi asbab kelewatan kami ke sekolah ok, hehe.


7:15, sampai je sekolah terus bergerak ke Centre of Excellence (COE) untuk perhimpunan setiap pagi kecuali hari Isnin. Hari Isnin, perhimpunan diadakan di Dewan Besar al-Muttaqin al-Muthaqqafin (ada aircond). Perhimpunan dekat COE akan berlangsung sampai 7:30. Kami akan bergerak ke kelas. Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) seperti biasa dalam kelas masing-masing. Aku waktu form four, kelas 409 (Ibnu Khaldun), tingkatan lima pulak 509 (Ibnu Khaldun) juga.

Rehat. Kantin kami terkenal dengan Nasi Lemak Kangkungnya yang berharga RM1.20 je. semua makanan berat harganya sama, RM1.20. Tapi majoriti daripada kami lebih gemar membeli Nasi Ikan Keli. Harganya RM3. Tiap2 hari aku duk beli Nasi Ikan Keli.

Rasanya cerita ni agak panjang lah.

Sambungan dia ada di SINI




2 comments:

Shakirah said...

kisas (y) manfaatkan sebaiknya setiap detik waktu semasa belajar, apatah lagi belajar di kisas. tamaklah dengan ilmu dan sebarkan semampunya. maan najah ! *dari seorang yang pernah bercita-cita amat nak masuk kisas*

Azhunk Awang said...

Alhamdulillah, tamat juga belajar dekat KISAS. Memang rasa nak belajar lagi je dekat situ ;'(

Post Top Ad