Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Pandangan Terhadap Islam

Perbualan di dalam gambar tersebut adalah perbualan di antara senior ana dengan cikgu kimia di sekolah ana. Maaf ana terpaksa rahsiakan identiti kedua-dua insan sebab takut tersentuh mana-mana sensitiviti.

Ana baru tahu bahawa cikgu kimia yang sudah setahun bersama ana, mengajar ana ialah seorang muallaf daripada kristian.

Jadi ana ingin berkongsi apa pendapat beliau tentang agama Islam yang insyaAllah boleh menjadi pemangkin kepada kita untuk mempertahankan agama Islam ini.

Ana nak highlight, cikgu ana ada menyebutkan,

"Mereka tidak tahu kenapa Islam harus tutup aurat, bagi mereka itu sekadar menyusahkan. Jadi kita sebagai umat Islam harus menunjukkan akhlak yang mulia supaya mereka ingin mengenali Islam".

Pada pendapat ana, cikgu ana ni memang hebat. Setiap kali kelas beliau, beliau akan senyum je sampai habis kelas. Ana rasa tenang je bila beliau mengajar. Ana juga rasa beliau seorang yang alim dalam agama termasuk pada zaman beliau sebelum Islam.

Disebabkan naluri beliau untuk mencari Allah amat kuat, jadi Allah bukakan pintu hidayah untuk masuk Islam.

Secara keseluruhannya, apa yang kita perlu buat? Ana rasa semua dah tahu.

Kita perlu menunjukkan akhlak yang sebaik mungkin. Bersihkan Melayu, bersihkan Malaysia, bersihkan Islam!

Ana kecewa sangat dengan sikap anak muda sekarang ni. Cuba search "melayu" dekat google, resultnya majoriti negatif.

InsyaAllah sama-sama kita doakan, dan sebarkan kata-kata da'wah yang mungkin boleh membuka hati mereka.

Ana juga memohon kalian untuk mendoakan kepada kedua ibu bapa cikgu ana supaya terbuka hati untuk memeluk Islam, insyaAllah.

No comments:

Post Top Ad