Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Satu Lagi Kepentingan Sekolah

Azhunk baru sahaja sedar akan satu lagi kepetingan sekolah kepada kita. Okay, sebenarnya Azhunk nak lukis contoh2 dia tapi tak ada photoshop dalam komputer ni, ada dalam laptop sahaja ;D Dan laptop rosak at the moment sebab masuk air for the second time. Minta-minta dapat baik balik, insyaAllah.

Okay, semua tahu sekolah itu adalah pusat/tempat menuntut ilmu kan. Tujuan utama orang bersekolah adalah menuntut ilmu. Tetapi sekolah mempunyai banyak fungsi kepada kita. Sekolah juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk kite mencari teman berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Teman berfungsi untuk ada bersama jika kita perlukan ;)

Dan the latest, sekarang kan cuti jadi Azhunk tersedar sekolah ni bermakna jugak. Try tengok, Azhunk jarang update blog sekarang sebab takde sekolah. Kalau kita update tu, kita ada idea/pengalaman kan.. So ini bermakna tanpa sekolah, kurang pengalaman kita dapat.

Haha lagipun tahun depan Azhunk dah 15 tahun. Cepat sangat masa berjalan ! Tahun depan Azhunk dah PMR dah ;D Ya Allah, sungguh cepat masa berjalan ye, tanpa disedari kita dah nak "face" tahap seterusnya dah.

Ape-ape pun Azhunk belum lagi buat persediaan untuk tahun depan. Rasa takut jugaklah, tapi minta-minta Allah mempermudahkan segala-gala bagi Azhunk. Baiklah setakat disini sahaja, syukran kerana sudi membaca.

P/S : Azhunk ingin menjadi dakwah blogger, dan memuatkan isi-isi berkaitan islam dan the way of islamic live..

No comments:

Post Top Ad