Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Rezeki Di Waktu DhuhaMu

Seperti yang sudah sedia maklum, perkara yang sinonim dengan waktu dhuha adalah solat dhuha. Solat dhuha merupakan solat yang didirikan sebanyak 2 rakaat, tetapi boleh didirikan sebanyak 12 rakaat dalam 6 kali solat. Seperti yang ana maklum, solat dhuha paling afdhal didirikan sebanyak 4 rakaat iaitu 2 kali solat.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam’an,  
“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   
(HR. Haklim dan Tabrani).

Waktu dhuha pula dikenali sebagai waktu awwabin, iaitu waktu di mana setiap makhluk terutamanya manusia sedang sibuk untuk mencari rezeki daripada Allah.

Pernah dengar orang kata

"Waktu dhuha ni, pintu rezeki kita akan dibuka luas oleh Allah"

Ya, benar. Pada waktu yang mencabar sebegini, jika kita luangkan tidak sampai 10 minit untuk mengerjakan solat dhuha, insyaAllah akan dimurahkan rezeki.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan"

Waktu solat dhuha adalah 28 minit selepas SYURUK. Kalau dekat Malaysia, pukul 8 pagi sudah boleh dikerjakan solat dhuha, insyaAllah.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk berdoa pada waktu dhuha. Ana ada sediakan doa dhuha dalam bahasa arab, maknanya juga ada disediakan di bawah supaya doa jadi lebih makbul.



"Ya Allah, 
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunyanMu

Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala
Yang telah engkau limpahkan
Kepada hamba-hambaMu
Yang soleh"



2 comments:

LuvHaryani said...

Perisian yang baik :) Ani juga percaya dengan dhuha, Tq , great info :)

Azhunk Awang said...

Terima kasih Ani.

Post Top Ad