Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Kembali Menjadi Burung Pipit


Hari ini merupakan hari terakhir ana dekat rumah. Besok akan bertolak ke Subang awal pagi. InsyaAllah selepas subuh kalau boleh. Ana belum kemas lagi barang-barang yang ingin dibawa.

Tadi baru sahaja balik dari rumah Atuk yang selalu ana panggil "Ayah Acat" sebab beliau tinggal di Gong Pacat yang dulunya dikenali sebagai Kampung Tok Kundur, Pasir Puteh. Ambil Ayah Acat untuk join sekali 'journey' pada esok hari. Ana nak kongsi cerita yang agak panjang di entri ini.

Kembali menjadi pipit? 

"Innal bughasa biardina yastansir"
Maksud : "Sesungguhnya pipit di bumi kami menjadi helang"
Itu motto dekat sekolah ana. Rasanya pipit dengan helang tu hiperbola je kot. Takkanlah jadi burung helang betul kan.

Nak dijadikan cerita, hari rabu (1 Januari 2014) merupakan hari pendaftaran sekolah ana bagi sesi 2014 untuk pelajar tingkatan lima. Pada perancangan awal, nak pergi hari Ahad. Malangnya, kalau pergi hari Ahad, family tak boleh ikut sekali sebab busy dengan kerja masing-masing.

Jadi tukar perancangan pergi esok, iaitu hari Jumaat. Maknanya ayah dengan family ana boleh ikut sekali. Jadi kami bolehlah jalan-jalan dulu buat kali terakhir. Lepastu ana akan tinggal sekejap dengan kakak ana yang tinggal dekat Subang. Katanya, kakak ana dan suaminya yang akan daftarkan ana dekat KISAS sebab masa tu family ana dah pulang.

Allah Maha Mengetahui, tiba-tiba pula kakak dengan suaminya disyaki demam denggi. Sekarang ni pasangan tu ditahan dekat wad. Sekarang ni agak pusing juga lah nak fikir macam mana nanti.

Semoga mereka dikurniakan nikmat kesihatan secepat mungkin daripada Allah ye. Siapa yang baca entri ini minta tolong doakan kesihatan keluarga ana dan semoga Allah permudahkanlah perjalanan keluarga ana pergi dan balik. Amin.

Syukran jazilan kathiran! Saje je nak kongsi cerita, setiap musibah itu ujian daripada Allah. Bermakna Allah masih sayangkan kita dan ingin kita mengingatiNya dengan lebih dalam.

6 comments:

Adam Izzuddin said...

kesian dkat kak je and suami dia . moga2 die cpat sembuh

Azhunk Awang said...

Tu lah, ameen.

Azhafizah MN said...

Semoga kakak azhunk kembali sihat ye.

fiza nak inform,blog azhunk telah dipromote untuk kategori dakwah.Terima kasih sudi join :)

http://www.azhafizah.com/2013/12/berdakwah-melalui-penulisan-di-blog.html

Syira Lokman said...

salam..singgah sini :)
bersama kongsi ilmu ye !

Fi said...

Semoga cepat sembuh eh diorang ...

Azhunk Awang said...

Kak fiza : Terima kasih kak fiza!

Syira Lokman : untuk saham akhirat insyaAllah :)

Afiqah Adzan : ameen.

Post Top Ad