Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
Showing posts with label Sekadar Coretan. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Coretan. Show all posts
April 23, 2017

Template Blog Baru

by , in
Setelah hampir bertahun-tahun aku tinggalkan dunia blogging. Akhirnya diberi kesempatan untuk buat apa yang patut. Semoga berfaedah.



Aku mengambil keputusan untuk menyegarkan kembali blog yang telah kian lama ditinggalkan. Nak buat tutorial cantikkan blog yang berguna untuk bloggers lain pun dah tak mampu. Yelah, dulu 2015, sekarang 2017, coding semua dah lupa.

Langkah pertama yang diambil untuk segarkan balik blog ini adalah dengan menukar template. Ya Allah, susah gila nak cari template blog sekarang yang ngam dengan citarasa aku yang cerewet ni. Hampir seminggu survey dengan encik google, tapi tak jumpa-jumpa jugak.

Jadi aku buat keputusan template yang digunakan sekarang ni lah yang akan menjadi pilihan. Banyak lagi proses ubah suai yang perlu dilakukan. Takpe, kita buat satu-persatu. Biar slow asalkan puas hati!

Kepada bloggers yang tengah mencari template blog idaman yang cun melecun, boleh la try usha di link yang aku sediakan di bawah.


Aku pun ambil dari situ template ni.

Cuti masih berbaki berbaki 2 bulan saja lagi sebelum aku meneruskan langkah ke alam universiti. 

Tak sabar tapi belum bersedia
October 31, 2016

Kucing Menghidapi SPORO

by , in
Sporotrichosis, nama penyakit yang diberi sempena nama fungalnya Sporothrix sp. Penyakit ini juga lebih dikenali sebagai sporo secara ringkasnya. Penyakit ini sangat common dan paling kerap terkena kepada haiwan peliharaan, terutamanya kucing.

Macam mana kucing boleh terkena penyakit sporo? apa yang menyebabkan kucing terkena sporo?

Berdasarkan apa yang aku baca dari beberapa artikel, fungi Sporothrix ni tinggal di dalam tanah. Jika kucing bermain2 dekat area tu, akan mudah terkena. Fungi ni boleh ditransfer melalui udara, jadi ia boleh berjangkit sama ada melalui pernafasan (hidung) ataupun open cut (luka2 di badan kucing). Senang cerita, kebanyakan kucing terkena penyakit sporo melalui pergaduhan sesama kucing yang dah ada penyakit sporo.

Penyakit ini sangatlah mudah berjangkit, termasuklah boleh merebak kepada manusia. Sebab itu penyakit ini digelar sebagai "Zoonotic", ia mampu menjangkiti manusia dengan senang sama ada melalui sentuhan atau pun cakaran daripada kucing.

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas, aku perasan kucing aku ni macam selesema. Asyik bersin je, lepastu hidung dia macam bengkak dan berair. Asalnya, aku tak buat apa-apalah sebab ingatkan tu selesema biasa je. Rupa-rupanya, apabila dibiar, semakin parah!

Sampai dah ade darah sikit-sikit, aku terus panik. Ajak mak ke pusat haiwan, nak consult.

Vet bagitahu

"Kucing awak ni dah kena SPORO. Penyakit ni memang takde penawar yang khusus lagi setakat ni untuk kucing. Penyakit ini juga boleh berjangkit dengan manusia, jadi saya sarankan awak matikan kucing ni (put to sleep, PTS) ataupun buang je kucing ni jauh-jauh supaya tidak berjangkit dengan binatang-binatang lain"

I WAS SHOOK!

Like seriously? Kau nak aku bunuh dia sebab dia sakit? Kau nak aku buang dia sebab dia berjangkit? Yes, aku tahu, it is considerable untuk kucing dimatikan atau dibuang atas impak-impak yang diberi. Tapi cuba fikir kalau dia manusia, your suggestions would be different. Memang mostly orang lain boleh senang je cakap nak PTS kucing, tapi bila kau di tempat aku, I don't think you would. I would rather tengok dia mati sendiri daripada aku 'matikan' dia.

Maaf terlampau emo.

Waktu tu dah dilema, I was speechless. Tanya banyak kali vet tu, then akhirnya, dia cakap, ada cara dia nak sembuhkan penyakit ni, awak kena pergi consult dengan klinik ni (dia bagi alamat).

Tanpa membuang masa, aku dan mak aku terus pergi ke klinik tu.

SKIP cerita panjang----

Isteri kepada doktor tu seorang pencinta haiwan, dia buka pusat haiwan yang personal and dia pernah bantu beberapa orang merawat kucing yang menghidapi sporo.

Dia bagi 3 jenis ubat kepada aku, kesemuanya berjumlah RM50+

Ni non-steroid anti-fungal. First time tengok ubat ni. Selama ni beli yang murah RM15 tu je, yang tu steroid based yang mana akan lagi me'neruk'kan keadaan kucing. This one RM30+, safer and much more effective kata akak tu.

Ni ubat hati, aku tak beberapa faham fungsi dia. Tapi rasanya untuk elakkan hati dia rosak kot sebab consume ubat dekat bawah. Kena bagi 5ml cepat2 tiap kali bagi ubat dekat bawah

Ubat ni kena bagi kucing separuh kapsul sehari. Means that 1 kapsul tahan 2 hari.


Setelah 2 minggu berlalu, kucing aku dah hampir nak sembuh, tapi stok ubatnya dah habis! Waktu tu, aku skip bagi dia ubat selama 3 hari. Penyakit dia terus datang balik, and lagi PARAH!

Ni gambar terkini dia dekat bawah.

Aku panik gila, tapi tak boleh buat apa-apa sebab masalah kewangan. Aku memang nak bantu, tapi aku pelajar, sekarang dah cuti, duit elaun asasi pun dah kering. Adik beradik semua suggestkan untuk PTS je (well, dalam keluarga aku, tak ade sape pun minat kucing like I do). Tak boleh salahkan mereka, sebab minat setiap orang lain-lain.

Aku buat keputusan untuk cari dana online. Aku bukak beberapa website pencinta kucing, I have emailed them, tapi tak dapat maklum balas. Mungkin mereka tak beri bantuan dekat kucing yang dibela kot.

Aku cuba post tweet supaya orang boleh cadangkan aku pusat-pusat pencinta kucing yang dapat bantu aku untuk mohon dana. Alhamdulillah, tweet itu diviralkan oleh pencinta-pencinta kucing terutamanya bujibu chempel, bulu-bulu kehidupan dan banyak lagi, dan mendapat sambutan. Ada beberapa orang datang PM (private message) aku di twitter untuk menyumbang sumbangan diorang secara personal. Aku rasa terharu sangat, di saat aku kesusahan, ade orang datang which are strangers to me come to help me HELPING THE CAT.



Mungkin ni rezeki kucing. Yes, I think I made the right choice to treat him and God eased me in getting the fund to buy the meds.

Dengan duit hasil orang derma tu, aku berjaya beli sangkar (untuk kurung kucing buat sementara waktu), ubat-ubatan dia. Sekarang tengah mencari collar neck, (nak elakkan dia cakar luka di hidung). Masih lagi tak jumpa saiz yang sesuai untuk kucing aku.

'Rumah dua tingkat'. Asalnya nak beli yang sekotak plain je, tapi takut dia tercampur dengan najis2 nanti, takut makin parah. Kalau dua tingkat, at least dia boleh tidur dekat atas.

Bekas makanan dan minuman

'Pasir' untuk najis dia nak elakkan bau busuk

Makanan kucing


Terima kasih once again kepada sesiapa yang derma, aku doakan supaya hidup kamu semua dipermudahkan oleh tuhan, dan semoga tuhan membalas kebaikan kamu terhadap haiwan mulia ini (kucing).

Kepada pembaca, tolong doakan sekali kucing aku. Hopefully he is strong enough to survive this challengging fatal disease.

Dekat bawah, aku sertakan beberapa cebisan artikel yang mana boleh membuka mata kepada sesiapa yang mempunyai kucing yang menghidapi SPORO untuk teruskan merawat instead of 'mercy killing'.

https://myanimalcare.org/2012/08/30/treating-and-looking-after-a-sporo-cat-a-sharing-from-fenton-yong/

The Cat Condition:Sporo has spread to all over his body. His right front leg (paw) was the worst and the private vet even suggested to have it amputated (the surface flesh has already been consumed by this fungal and they are spreading fast). Left front leg has also sporo wound, both hind legs condition were also quite serious. His tail has quite a lot of wounds too (at least 45 to 50%), he is not neutered and his testicles look like going to fall off. Both the side below of his ears have also large sporo wounds. There were around 10 to 13 minor wounds around his body. Prior coming to my home, I was told that there was blood in his sneeze and which the private vet suggested that the sporo might have gone into his nasal system.
Med:The cat is given Sporanox (by the vet). Upon researching, we also give him Liver52, Transfer Factor, Colloidal Silver, multivets and most importantly terbenafine (cream).
In our case here, the vet prescribed a dosage of 1/2 tablet of sporonox per day. To boost his immune system, he is fed two capsules of T-Factor daily (one each time). We also feed him colloidal silver and multivits as we noticed that he licked the cement floor.Someone I met in an online forum told me to open up the T-Factor capsule and sprinkle the power around the cat wounds. We also did this initially but we don’t think that it would work as his condition was very serious.
This is important:Initially, we were looking to buy Potassium iodite (ki) but soon we learnt that this drug has been banned in Malaysia at least for commercial use. And so we opt to terbenafine (cream) which we apply to all his wounds, twice a day – he is put on a collar to prevent him from licking the cream. [There are two brands of terbenafine in the market, at least that of we are aware of – we are using the original brand Lamisil, costs RM27.50 a tube from Caring pharmacy]. We could notice that the wounds were showing signs of recovery in just less than two days. The wounds started to dry and those dead cells (skin/meat) were dropping off. Less than two weeks later, his tail has fully recovered, his testicles are back in shape, those minor wounds have all gone now, fur has started to grow on his front paw (which the vet recommend to have it amputated). He has stopped sneezing blood.
The day he first came to us, he had no energy at all, he just sat quitely at the corner of the cage but now he is so active that he wants to stay out of the cage all the time and cry to let him out. Luckily we quarantine him in an alternative bathroom (which we stopped using for this purpose) and let him roam around. We can’t say about what happens to those sporo sign in his system, the only way to make sure is to bring him to a vet for checkup. Note that not all external wounds are cured especially the front paw.
* On top of that, we also fed him with Great Compassionate Water (obtained from a Buddhist prayer ceremony). The same person from the forum told me that with the Right, MED, PATIENCE, CARING and LOVE, the cat will definitely recover.
That’s it. We nursed Wong Wong (that’s his name) and he recovered in just one month. He’s back with his owner now.
Sincerely,
Yong
October 27, 2016

End of Foundation

by , in
Alhamdulillah.

Terharu bila kenang balik 'moments' ketika berada di Pusat Asasi UIA sejak dari semester pertama hinggalah ke penghujung semester.

Segalanya bermula dengan 'menukar program', ya, aku ada cerita dalam entri sebelum ni, aku berjaya tukar program asasi dengan bantuan abang dan izin Allah. Tapi masih panjang lagi perjalanan yang harus aku lalui, jadi tak ada gunanya nak berasa lega sekarang.

Ape-ape pun aku tetap bersyukur sebab Allah dah izinkan aku masuk UIA. Sejujurnya, aku sendiri pun tak tahu apa beza UIA dengan pusat pengajian yang lain, yang penting, aku bahagia di sini.

Sebelum aku melencong berceloteh benda lain, kita kembali ke topik utama entri ni. "End of Foundation", secara unofficialnya, aku dah berjaya habiskan asasi selama 1 tahun setengah di CFS IIUM Gambang dan CFS IIUM PJ. Kenapa unofficial? Mungkin sebab keputusan peperiksaan semester lepas belum keluar lagi, jadi bagi aku, aku masih lagi 'terikat' dengan UIA :').

Dekat UIA, banyak memori yang telah tercipta bersama sahabat-sahabat. Aku ada ramai sahabat-sahabat di UIA. Ada yang kawan dari sekolah menengah, ade yang kenal dari semester pertama, ada juga yang baru saja kenal sewaktu semester terakhir!

Entri kali ini, aku tak nak cakap banyak *sebab tak ada idea sebenarnya*, jadi aku nak belanja gambar-gambar bersama lecturers tersayang di UIA!

Kelas Inggeris dengan Miss Farah

Kelas ICT dengan Madam Rohayah

Kelas Chemistry dengan Madam Rosmaya

Kelas RKA dengan Miss Ezny

Kelas Biology I dengan Miss Siti Hajar

Kelas Chemistry II dengan Madam Saadiah

Kelas Physic I dengan Madam Siti Munirah

Kelas LAB BIO dengan Madam Nurulhidayati

Kelas LAB CHEMISTRY dengan Miss Syajaratul

Kelas LAB PHYSIC dengan Sir Wan Syahrum

Kelas STATISTIC dengan Miss 'Afifah


Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi tak jumpa taruk mana. Will be updating em' soon :)

P/S: Doakan aku supaya dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk semester ni ye. Result keluar 1 November 2016, *Dup Dap Dup Dap*!



October 15, 2015

Sahabat Baharu di CFS

by , in
Entri kali ini dibuat khas untuk men'describe' sahabat-sahabat yang aku baru kenal di Centre for Foundation Studies (CFS) IIUM Gambang. Merekalah yang boleh dikatakan agak akrab dengan aku. Sentiasa menemani aku di saat sukar dan senang. Most importantly, mereka adalah classmate aku and  some of them will be my future-roommate.

Sebab apa aku suka berkawan dengan depa? Haa, sat noh. Aku cerita dulu pasal mereka.


Nama dia Zaeem Firdaus or senang cerita panggil "Jaim" jelah or aka NENEK TUA BANGKA. Jaim ni merupakan seorang yang rapi dan kemas tengok rambut derr, kemas gila. Pergi je compartment dia, rasa macam dah duduk dalam rumah sendiri. Bersih! Selesa! Wangi! For me, dia ni sangat caring ala-ala ibu mithali kawan yang ambil berat terhadap kawan dia. 

For instance (ceh, EPT), dia suka ajak orang makan malam di bilik dia. Tiapkali nak 'dinner' di bilik dia, Jaim mesti akan buatlah air Teh *PEACH* yang lagi sedap dan wangi. Caring kan? Kalau sakit or ada masalah, jumpa je dia. Nanti rasa lega, sebab respond dia buatkan kita rasa rileks dan tenang.

Not to be forgotten, Jaim ni cerdik orangnya. Otak dia pikat sama ada dalam akademik mahupun .... Dia pakar Chemistry, selalu je top scorer in every Chemistry Quiz in class. Dahsyat kan? 

Now, move on to Hakim pulak!
 

Okay, si kacak dalam gambar di atas bernama Hakim. Seorang yang selfless, seriously. Sikap ke'selfish'an dia tu memang di tahap minimun, lagi kecik dari subatomic electron, mungkin? (Hiperbola melebih pulak...) 

Hakim pulak seorang yang agak stylo la bagi aku. I mean, dia ada ilmu pasal fashion-fashion ni. Kalau nak belajor berdandan, boleh rujuk dia. Apart from that, aku rasa dia ni is a wide-knowledge man. Seriously.. Asal Kelantan, tapi bila di tanya pasal Selangor, banyak tempat dia tahu lols. Boleh dikatakan fancy jugaklah.. wait, apa maksud fancy?!

Hakim juga seorang yang mudah mesra. Dia mudah nak approach or approached orang eventho at first sight tidak kelihatan begitu friendly. (Sorry lol). Buktinya, dia boleh masuk dengan semua orang. Hakim ni jugak cerdik dalam pembelajaran. Genius barangkali. Aku study dengan dia kimia, before quiz. Last-last, result dia lagi tinggi dari aku. Waktu study tu, aku yang lebih-lebih. Dia rilek je...  Serius jeles!


Yang ni pulak, nama Azmie. Seorang yang agak pemalu. yeke? Some friends of mine labelkan dia sebagai Speaker. Speaker, why? Sebab suara dia ni kuat. Kalau kita buat lawak, dia gelak, satu bilik pandang LOL.

Azmie ni juga warak orangnya, alhamdulillah. Selalu jumpa dia di musolla CFS. Dia juga selalu ingatkan kiteorang kalau kami ada terbuat sesuatu yang melanggar syariat.

Budak Azmie ni pun terer jugak Chemistry. *Jeles betol aku* Dia rajin sangat. Quiz kimia selalu je dapat markah tinggi-tinggi. Nak pandang result dia pun tak mampu, tinggi sangat. Maigad! One day, aku minta tunjuk ajar dia untuk bantu aku jalankan quiz kimia online. Dengan bantuan dia, alhamdulillah, I scored full mark for both two online quizzes. Next, aku cerita pasal selebriti CFS pulak.


Kenapa selebriti? mana taknya, satu CFS kenal dia HOHO. Nama dia Hasif. Seorang yang over-friendly. Dia ni bukan setakat mudah nak approach orang, tapi mudah nak rapat jugak dengan strangers LOL. 

Karakteristik yang boleh dikatakan identiti bagi Hasif ialah Celaknya. Ya, dia suka pakai celak. Boleh dikatakan, most of the time dia bercelak. Baguslah ada sahabat yang amalkan Sunnah. Sekarang tak ramai yang nak amalkan sunnah bercelak, sebab takut nanti orang label menyerupai perempuan, sedangkan Nabi sendiri suka pakai celak.

Satu benda paling unik pasal Hasif adalah, aku sangat jeles tengok NOTA dia. Nota dia dahla kemas! Laju pulak tu dia buat, guna pensel je. Seriously, rasa nak 'curi' je nota dia. Tulisan dia sangat cantik. Hasif juga merupakan orang paling cepat dalam kelas. Kalau lecturer bagi soalan, dia mesti jadi orang pertama yang siap menjawabnya. Kagum aku! lol

Ni sahajalah yang aku mampu cerita. Sebenarnya ada berjuta-juta lagi description about em', tapi tak muatlah blog ni kalau nak cerita semua kan?

Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana dorang boleh terpilih untuk di'review' di sini kan? sedangkan ade je sahabat lain yang boleh dikatakan rapat dengan aku di CFS. Well, we are all fishes LOL shh kami merupakan future roommate hehe. that's why




October 13, 2015

Welcome to CFS IIUM Gambang!

by , in
First of all, undoubtedly entri kali ini agak outdated. Mana tak nyer, tak habis satu sem, baru nak post dekat blog.

No matter what, it is still story of mine, so I have to key them in here.

Ini sambungan kisah pertukaran course. Ye, aku berjaya tukar course daripada Allied Health Science kepada course yang memang dah lama aku impikan, iaitu course Perubatan.
#NotaBukuLali : Tukar course di ASASI ye, bukan KULIYYAH (Degree). Haha, kira aku ni masih dalam aliran sains lagi. Subjek pun sama je.

Baiklah, tanpa berlengah-lengah, aku belanja korang gambar bilik aku yer. Before that, suka untuk aku beritahu, aku amat berpuas hati dengan fasiliti khususnya bilik yang disediakan di Gambang ni.

Perbezaan bilik dia :

CFS UIA Petaling Jaya (Mahallah Abu Bakr)
- Sebilik, empat orang
- Katil double decker
- 2 Plug sahaja
- Locker luas 2 kaki persegi sahaja
- 1 meja study panjang
- 1 Kipas
- 2 Lampu








Bersepah! Waktu ni tengah sibuk nak kemas barang sebab nak pindah ke Gambang...


CFS UIA Gambang (Mahallah al-Biruni)
- Sebilik, empat orang (setiap orang ada compartment sendiri, so empat compartments satu bilik)
- Di setiap compartment, disediakan 2 plug
- Di setiap compartment, 1 meja study
- Di setiap compartment, 1 softboard
- Di setiap compartment, 1 lampu study, 1 lampu compartment
- Di setiap compartment, 1 kipas



Masuk-masuk je CFS UIA Gambang, nampak masjid ni. Terus kagum.


Ni Mahallah al-Biruni


Bilik kesayangan, nilah compartment aku. Compartment A

Locker dia takde lah besar sangat, tapi not bad laaa.. muat je barang2 aku



Speechless




Ala-ala tempat nak sempat personal item gitu haha!







Itulah kisah Gambang. Tak lupa juga, aku ni boleh dikatakan early bird jugak dekat sana. Sebab batch kami batch ke 3/4 if I'm not mistaken. Bangga* hehe.









May 26, 2015

Halatuju Selepas SPM

by , in
Yes, secara rasminya aku merupakan pelajar yang telah menduduki SPM pada tahun 2014. 

Dah menjadi adat dan kebiasaan, budak-budak lepasan SPM mesti akan sibuk nak survey-survey halatuju masing-masing.

Ada yang tanya senior universiti pasal apa yang ada di universiti, ada yang jumpa kaunselor. Well, masa depan kan?

Aku nak cerita lah serba sedikit perjalanan aku selepas SPM. Lepas je tahu result, sibuk gila isi borang. Habis semua aku bedal.

Tapi, aku terlupa nak isi UTP. Maybe takde rezeki lettew. Plus, aku tak beberapa minat UTP even though semua kecoh pasal UTP. I don't know why, tak rasa tertarik.

Nak dijadikan cerita, aku dapat interview JPAMARA course MEDIC. Masa tu memang dah berangan duk Ireland dah, takpun UK. Malangnya, interview tak berjaya.

Maybe interview tak berjaya sebab aku kurang perform kot or over confidence. Boleh jadi juga sebab markah merit, walaupun aku straight A's SPM, A keding2 macam cicak je.

Takde rezeki la katakan. Aku cuba buat rayuan. Gila kau, takkan nak lepaskan peluang biasiswa ke luar negara dalam bidang yang kita nak macam tu je?

Hah, sebelum tu, aku dapat MATRIKULASI PAHANG. Memang tak pergilah, sebab tak berani nak tanggung risiko di matrikulasi.

Choice yang ada, tunggu UPU dan result Rayuan JPAMARA je. UPU, aku check guna SMS. Baca kat depan, UIAM, course Y0030. Menatang apa tu?

Google, what the! Oh my god, I don't even know what course is this. Allied Health Science. Never heard about it either. Memang frust menonggeng! Yela, first choice, medic tak dapat. Second choice, dentistry tak dapat. Third choice, pharmacy tak dapat jugak! Hell craps. Await fourth choice jugak yang dia bagi.

Lama kelamaan, aku cuba buat research pasal course ni. Bila dah kenal, jatuh cinta.

Alhamdulillah, semalam result rayuan JPAMARA. Guess what, aku tak dapat! Allah tolong tunjuk jalan hidup aku dengan jelas sekali. Tak payah nak pening2 fikir buat keputusan.

Panjangnya aku berceloteh kali ini.

Sabtu terdekat ni, 30 Mei merupakan hari pendaftaran aku di UIA. Stay tune and await for my upcoming entries.
February 13, 2015

Takeru, Aku Mohon Maaf

by , in
Aku nak inform awal-awal, entri ini khas buat sahabat aku. Aku dah takde cara lain nak contact dia. Facebook aku, dia dah block. Mesej fon, xreply.

Takeru? Bukan nama sebenar. InsyaAllah empunya diri akan tahu kenapa takeru.

Takeru, sewaktu aku kat KISAS, aku sokmo ingat mun. Tiap kali aku naik bas on the way home, aku akan sedih. Sedih sebab aku teringat, kenapa aku sanggup tinggalkan mun untuk pergi ke KISAS.

Selain daripada keluarga, munlah orang terpenting dalam hidup aku. Aku tak pernah jumpa seseorang hak memahami aku macam mun. Aku tak pernah jumpa orang hak sentiasa jaga hati aku.

Aku tahu, mun mungkin menyampah baca cerita aku. Tapi aku nok jugok cerita.

Masa hari terakhir di KISAS, aku dah terbayang suasana dekat rumah.

Nak jalan-jalan rumah mun.
Tidur rumah mun/Mun tidur rumah aku.
Buat lesen Kereta/Motor sama-sama.
Kerja sama-sama.
Buat street dakwah.
Sama-sama mendalami ilmu ICT/Video/Multimedia.

Aku happy sangat! Lebih2 lagi mun menang LRK. Aku rasa bangga sangat. Aku akui, mun memang terbaik dalam pembikinan video/short film.

Sampai je rumah, aku terus contact mun. Unfortunately, panggilan aku xpernah dijawab. Mesej aku tak ter'reply'. Aku fikir, "Mungkin sebab handset dia kene curi, jadi tak ada medium untuk aku contact dia". Ok fine. Aku ada jugak terfikir nak pergi rumah mun, tapi tak tercapai sebab takde transport. Motor takde, kereta pulak tak mampu nak dipandu. Mak Ayah semua sibuk.

Sampailah suatu masa, aku dapat mesej dari mun. Aku happy sebab mungkin mun dah boleh contact aku. Cepat2 aku bukak.

"Assalamualaikum azhan, aku nak mintak maaf for everything yg aku buat k mung sepanjang kito bkawan. Aku tahu mung mesti sakit hati sangat2 kan dengan aku. I have to do this, bukan aku lupa mun, aku ingat mun sampai bila2.Aku rasa aku bukan kawan yang terbaik untuk mung. Mung pergilah cari kawan yang lain yang lagi baik. Aku tahu mung ramai saen dok supo aku. Aku rasa sampai sinilah, aku nak mun lupakan aku, anggap aku ni tak pernah wujud dalam hidup mun. Halalkan makan minum aku mase aku g umah mung. Sekali lagi, maafkan aku. Assalamualaikum."

Mula2 aku gelak dulu, aku ingatkan ini satu prank. Aku try call, mun tak angkat. Terus 'ego' aku pun datang. Aku hantar lah msj hak sangat menyakitkan hati :'( Aku express semua hak aku pendam.

Kita straight to the point jela Takeru, aku nak mintak maaf. Munlah kawan terbaik untuk aku. Aku tak kisah mun ni macam mana, kata-kata aku terhadap mun semua dusta. Semua kata-kata negatif sebenarnya aku tipu. Aku ni ego.

Sekarang ni aku takde kawan. Aku takut nak cari saing. Sebab aku tahu, takkan ada saing hak boleh terima who am I like you did.

Aku harap, lepas mun baca ni, mun akan terima aku balik. Aku akan cuba terbaik untuk tak sakitkan hati mun. Kalau mun tokse terima aku pun takpa, at least tak payah block aku dekat FB. Kita tetap boleh jadi kawan biasa?

"Innamal mukminunal ikhwah"

No matter betapa rosak kita dulu, kita boleh berubah takeru. Syurga memang destinasi hakiki semua orang. Aku nak mun masuk syurga sekali dengan aku.

Uhibbuka fillah abadan abada!
February 13, 2015

Sup Gear Box!

by , in


Semasa mak dengan ayah dalam perjalanan balik rumah, mereka beli sepotong (sepotong eh?) kaki lembu. Boleh tahan mahal jugak, RM35.

Sampai je rumah, aku terus merungut.

"Mok, bile nok buat sup nyoo?"

Last2, pukul 2 petang tu mak aku start buat.

Sayang mak! hehe.

Nak buat sup gearbox ni bukan sekejap, ambil masa berjam2 sebab nak pastikan daging tu betul-betul lembut dan emput. Barulah tak tercabut gigi nak kunyah nanti.

Sebenarnya aku rasa cara nak masak sup gear box ni senang je kot. Aku tengok mak aku buat macam simple je. Tapi aku tak tahu pulak macam mana resipi nak buat sup gear box yang sedap lagi ummph ni

Pukul 5 petang baru masak woii, dah bising dah perut aku. Siap bunyi petir halilintar bagai.

Aku dengan starvingnya pergi amik mangkuk and tambah sedikit bahan-bahan untuk buatkan soup tu lagi special. Simple jah cara nak suruh soup gear box jadi sedap. 

Aku taruk beberapa biji lada kecik, lepastu penyek2 sikit. Bagi keluar rasa pedas yang menyengat tu! Lepastu perah separuh limau nipis nak bagi rasa masin masam. Sup kalau xde limau nipis memang sorry la, OUT terus. hehe. Lepastu letak daun bawang and bawang goreng. Memang yummy super duper delicious!


Aku melahap je 2 tongkol tulang ni. Kenyang gila..

Kalau perasan, dalam tulang tu ada macam benda lembik2 kan? Sekali tengok macam Lemak. Tu lah favorite aku. Kalau tak silap aku, itulah yang dikenali sebagai medullary cavity (ceh biologi hehe). Sedap kot, rasa macam estrak tulang!



Kalau zaman kecik2 dulu, aku akan ambik straw and sedut benda lembik tu. Ataupun guna belakang sudu je untuk korek2 keluar.

Ini je cerita yang tak beberapa menarik hehe. Soup gear box is one of my favorite dishes!


February 12, 2015

First Time Pandu...

by , in
Alhamdulillah dapat juga progress ke step seterusnya dalam membuat LESEN setelah menangguh hampir sebulan. Sekarang ni masuk proses latihan. Yes, lesen kereta and motor sekaligus.

Motor dah selesai latihan, tunggu TEST JPJ je bulan 3 nanti.

Kereta baru 2 hari latihan.

Nak cerita sikit first day latihan kereta.

Pada pagi yang hening, aku bangun dari tidur yang nyenyak. Kelihatan adik sedang bersiap nak pergi sekolah. Pukul 8 pulak ada latihan kereta for the first time. Without wasting time, aku rush ke dapur untuk meneguk air masak (Amalan harian minum air masak sebaik bangun tidur (Y)).

Nak mandi, sejuk. Takut kene frostbite pulak. Aish, takut ni. Jadi aku decide tak mandi lagi. Aku makan sarapan yang mak aku sediakan untuk adik aku. Ummm, sedap! Tengok2 jam, DAH PUKUL 7:45 PAGI!

Aku lari macam cheetah mengejar badak sumbu ke bilik air nak mandi. Rushing punya rushing. Dah siap semua, tepat pukul 8 Pagi aku bertolak dari rumah ke Institut Memandu. Sampai kat sana 8:05 pagi, aku masuk kat depan. Ramainya budak2 beratur. Aku beratur lah jugak.

Sampai je turn aku, aku cakap

"Kak, saya nak buat latihan kereta"

Akak tu reply,

"Cikgu siapa?"

Aku bagitau,

"Cikgu Masrizal"

Akak tu dengan selamba cakap

"Cikgu Masrizal kene check in dekat belakang"

WHAT THE.... Aku lari ke belakang. dalam 8:15 minit sampai. Ade seorang pakcik ni, merupakan guru memandu jugak, dia kata..

"Eh, ni ke yang kereta no 15? Cikgu Masrizal dah tunggu lama.. Dia dah keluar dah."

Pakcik tu terus call cikgu, then pakcik tu bagitau aku...

"Cikgu Masrizal dah cari pengganti. Sebab kau lambat 15 minit. Lain kali kena datang awal...."

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Sedihnya! Punya semangat nak pergi belajar memandu. Last2, kene cancel sebab datang lambat.

Tu je nak cerita hehe. Terima kasih sudi membaca :)
February 08, 2015

Pembunuhan Beramai Ramai!

by , in
Astaghfirullahalazim! 8 Februari 2015, telah dilaporkan oleh Mohamad Azhan bin Awang, pembunuhan secara pukal telah berlaku di bilik tidur Azhunk Awang. Hal ini adalah kerana berpunca daripada perbuatan mangsa-mangsa yang telah mengganggu ketenteraman suspek.

Suspek bertindak dengan kejam tetapi tidak berdosa membunuh kesemua mangsa tanpa belas kasihan! Lenyek, hancur dan habis musnah tubuh-tubuh mangsa. Hanya beberapa kepingan mangsa yang dapat ditemui setakat ini.




---------------------------------------------

Gimik je lebih. Bunuh pakai tangan je pun haha! Kejam kan?

Nak dijadikan cerita, semalam aku decided nak tidur dekat ruang tamu Aku pasang kelambu for safety. Biasalah, rumah aku kalau malam mesti ada je vampires yang datang mengganggu. Memang kenyanglah diorang datang berpesta rumah aku. Darah aku jadi habuan, darah aku kan manis haha!


Aku tersedar pukul 6 pagi tadi, WHAT THE... Guess what? ada berbelas-belas ekor vampire nyamuk yang terperangkap dalam kelambu tu. Memang syiok lah diorang duk hisap darah aku.

Buka saja lampu, aku terus pukul semua nyamuk-nyamuk tak guna tu guna tangan. Inilah hasilnya! Semuanya hancur berkecai, tinggal beberapa ekor je yang masih molek anggota badannya. Tu lah padahnya kalau terhisap mangsa yang salah :p.




Islam agama Ihsan, kita kena Ihsan terhadap semua benda hidup. Binatang, Tumbuhan, manusia and not to be excluded babi dan anjing sekalipun. Tapi kalau dalam kes macam aku ni, kita diharuskan membunuh nyamuk tu. Sebab dia membahayakan kita.

Contoh#

Tiba-tiba seekor lipan duk atas tengkuk kau, kau pun dengan selamba cakap...
Islam kan agama Ihsan, aku nak bagi tempat perlindungan kat lipan ni, nanti bolehlah dia makan daki-daki aku ni hihi..

Kepala otak kau, buat macam tu, alamatnya masuk hospitallah hehe!

Ok sampai sini ja,

February 01, 2015

Emergency Break!

by , in
Bagi lepasan SPM, mungkin korang sudah familiar dengan tajuk kita tu kan? Almaklumlah, ramai yang menggunakan masa yang terluang 6 bulan++ ni dengan membuat aktiviti yang berfaedah seperti membuat lesen memandu. Same goes to me.

Baiklah diringkaskan cerita, sewaktu di bengkel selama 6 jam tu, aku ditemukan dengan seorang remaja yang turut serta bengkel itu. Bengkel kereta. Dia dah ade lesen motor, akan jadi lesen C tak lama lagi. Apa tu lesen C? Nanti korang buat lesen, korang akan tau insyaAllah hehe.

Dia cerita pengalaman dia buat lesen motor. Satu kata-kata dia yang sentiasa berlegar-legar dalam kotak imaginasi aku ni.

"Paling susah adalah when nak buat emergency break. Tak kena cara memang boleh terpelanting. Serius bahaya, kena naik laju pulak tu! Tayar wajib seret tar"

Ok, aku dah start kecut perut dah! Lepas je kelas tu, aku buat Ujian berkomputer a week later. Wajib betul 42 and above untuk lulus. Kalau tak, Bayar and re-sit for the examination. Naya kau, baik kau baca buku tu daripada membazir duit!

Alhamdulillah aku buat kereta and motor dan kedua-duanya lulus. Berkat aku duk mengkaji buku teks memandu tu lah.

Motor

Kereta

Show off sikit hehe!

Baiklah, move to Emergency Break. First time buat latihan motor semalam, belajar ringan-ringan je. Cara nak drive, tukar gear etc. Naik titian sirot, pusing cone, emergency break and nombor 8 bla bla tu tak buat lagi sebab aku bagitau Cikgu yang aku tak reti drive. Aku memang tak pernah naik motor sebelum tu. First time KOT?

Balik je, hati aku gugup. Aku duk fikir, macam mana nanti nak buat emergency break? Abis semua orang aku interview. Mintak tunjuk ajar. Takut kot, rasa macam ade rama-rama dalam perut.





Ade seorang sahabat aku bernama Fattah. Aku jumpa beliau di HUSM Kubang Kerian, sambil melawat anak sedara aku sakit demam kuning (Jaundice). Dia dah buat banyak latihan motor. Aku tanya pengalaman dia.

"Macam mana eh?"
"Kau guna gear 2 at first, drive and tukar gear 3. Lepastu pecut, pusing sampai habis limit then tekan brek sekuat hati!"

OMAIGOD, pusing sampai habis minyak? bapaklah! Seram jugak hehe.

Tup tup harini dah buat semua titi, break mengejut. Alhamdulillah lepas! Best pulak tu. HAHA! Rupanya selama ni sangkaan aku salah. Benda tu semua bukannya susah pun! Seriusly sangat senang tapi agak bahaya kalau tak kena cara. Ok tu je, kepada sape2 yang tengah buat lesen, Selamat Berlesen heehe!

Let's drive legally on the road.

Jumpa di entri akan datang.

Post Top Ad