Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts
January 30, 2015

Tahniah Sebab Dapat SBP!

by , in
SBP? Sekolah Berasrama Penuh. Surely ramai yang nak pergi kan? Aku tahu ramai gila lepasan pt3 yang mengisi SBP.

Disebabkan menggunakan pt3 bla bla, korang hadapi masalah seperti berikut:

Bila boleh semak permohonan ke SBP?
Macam mana nak semak permohonan ke SBP?
Adakah aku layak untuk dapat SBP?

Ni semua bermain di dalam minda korang kan sebagai pelajar yang mengambil pt3 pada tahun 2014.
How? How?

Baiklah, kalau korang sampai dekat entri ini, maknanya tepatlah! Korang boleh membuat semakan ke SBP starting TODAY. 30 January 2015

Tanpa membuang masa, korang boleh terus terbang ke link di bawah!

SEMAKAN PERMOHONAN KE SBP

Ok cepat2 semak tawaran korang!

Amacam? dapat? hee.

Ok topik kedua, Alhamdulillah sebab adik aku ditawarkan ke SBP. Sekolah aku pulak tu haha! Memang kene paksa dia pergi ni, kalau tak rugi menyesal tak sudah.



Ok that's all, jumpa lagi di entri lain :D
January 25, 2013

Offer Letter To KISAS ?

by , in
Kalau budak sekolah agama.. memang familiar dengan nama KISAS. Tapi budak sekolah lain Azhunk tak tahu lah hehe.. Kolej Islam Sultan Shah Alam atau lebih dikenali sebagai KISAS/ SASIC Sultan Shah Alam Islamic College ni memang boleh dikatakan impian hampir semua pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Arab. Ada juga yang tak ambil Bahasa Arab tapi berminat nak pergi..

First of all, Azhunk nak ucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat tawaran ke KISAS. Harap korang dapat sesuaikan diri nanti di sana dan mencapai kejayaan dalam SPM !


Azhunk pun dapat juga tawaran ke KISAS. Alhamdulillah ! Sebelum ni azhunk belajar di SMKA Nurul Ittifaq. Memang selama ni Azhunk dah tanam hasrat nak pergi ke KISAS and sambung ke UIAM :). Sebab masa pergi dekat UIAM, memang stunning habis. Tempat dia inspiring gila ! try lah google tau :)

Lagipun abang dan kakak Azhunk sekarang tngh mengaji di UIAM, gombak.

Azhunk terima tak tawaran tu ? Of course azhunk terima ! Tapi insyaAllah akan pergi daftar hari selasa ni :D barang2 semua baru je beli tadi dekat KB.

Oklah itu sahaja. 

Azhunk rasa bersalah sangat nak tinggalkan kawan-kawan especially yang rapat2 tu dalam kelas. tak perlu mention lah nama sebab terlalu ramai hehe..

Amir adli/luqman dan hanif pun dapat juga ! Hanif and amir adli memang kawan baik Azhunk dari sekolah rendah. Kiteorang sekolah rendah sekali dan sambung dekat sekolah menengah yang sama dan Alhamdulillah ! Dapat juga ke KISAS sama2. Dan nanti insyaAllah UIAM sama2 hehe.. tapi dorang punya cita-cita nak pergi oversea :{. Oklah itu sahaja. Assalamualaikum.

#Takziah kepada keluarga kawan azhunk yang baru sahaja kehilangan tulang belakang keluarganya. Allah lebih menyayangi beliau.

November 18, 2012

Mati Lemas Di Bukit Keluang, Besut

by , in
2 Beradik mati lemas di Pantai Bukit Keluang, Besut.

Begini cerita dia, masa hari jumaat kalau tak silap Azhunk, mak Azhunk pergi ke Hospital Jerteh, sebab demam kan. Nak dapatkan ubat, semasa berada di hospital tu, mak Azhunk ternampak seorang ibu ni dia sedang sebak, sampai tak boleh jalan.

Dia pergi dengan keluarga mandi-manda dekat Pantai Bukit Keluang, anaknya 2 orang mati lemas, sorang tu dah jumpa, tapi dah meninggal dunia, yang sorang lagi tu belum lagi ditemui. Polis dah buat pencarian dan sampailah hari ini iaitu hari Ahad.

Tadi Azhunk dengar khabar angin kata anaknya sorang lagi dah dijumpai. Sudah pun meninggal dunia. Kesiannya ! Korang teka2 mayat dia duk dekat mana ? Memang tak pernah disangka, mayat dia terlekat di sangkar ikan. Inalillahiwainnailaihiroojiun.

Ambil iktibar ye, sekarang kan musim tengkujuh, kenapa korang nak dekatkan diri dengan air lagi ? Kalau nak mandi pun tunggu lah musim kemarau je. Nanti kalau jadi tragedi macam ni kan susah. Siapa yang merana ? Kita jugak kan.

Mesti menyesal seumur hidup lah dia :'( takpelah yang lepas biarkan berlalu. Azhunk doakan anaknya 2 orang ditempatkan di tempat yang sepatutnya kelak.

Anak dia kecil lagi, dalam lingkungan umur 9-12 tahun.
August 13, 2012

Syoknya PTPTN

by , in
PTPTN amat sinonim dengan pelajar universiti. Kebanyakan pelajar menggunakan khidmat PTPTN bagi membiayai pelajaran mereka. Tapi masalahnya.. apabila nak bayar ni kadang-kadang menjadikan beban jugaklah kepada sesetengah individu :P

Kenapa syok ? Sebab berdasarkan berita harian yang Azhunk ter'layan' tadi. PTPTN akan automatically akan menjadi biasiswa sekiranya anda memboleh result tahap kelas pertama :) InsyaAllah dengan cara ini.. Sedikit sebanyak akan membantu sesetengah golongan dan menaikkan semangat pelajar untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang :)

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.

Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini. 


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi. 

Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan. 

Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik. 

Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin. 
Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.

Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan.



Sumber : berita harian

Menurut Azhunk.. bantuan sebegini memang wajar diberi sebagai penghargaan memperoleh kejayaan cemerlang :) InsyaAllah Malaysia akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai belaka ;)


June 08, 2012

Cara Daftar SAYS.my

by , in
Jana Duit Online ? Perkataan ni selalu kita dengar kan ? dan apa selalu kita kata akan perkataan ni ? "Tipu je tuu ! Mana ade dapat duit secara online, dengan online saja" Azhunk pun kata begitu dulu. Ni bukan nak iklan atau ape, hanya nak buka ruang untuk para onliner di luar sana, yang online setiap hari tu.

Balik sekolah terus online, Balik sekolah terus update blog, apa kata korang try sendiri ? sekurang-kurangnya dapat juga duit. Walaupun tidak banyak, tapi dapatlah juga bak kata pepatah "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".  

Korang tengok tu gambar atas sekali entri ni ? Hah syarikat pengiklanan secara online, Says.my. SAYS ni baru sahaja ditubuhkan, sebenarnya ia adalah syarikat yang dulu ade website yang nama YouthSays. Nak baca lebih lanjut ? TEKAN SINI

Baiklah Azhunk taknak cakap panjang, jomlah korang join SAYS sekarang ? Azhunk join dah lame tapi aktif selama 3 hari tapi dah dapat hampir 20 ringgit ! tak caya ? bukti dekat bawah..

Cara-cara untuk mendaftar ;)

Mula2 TEKAN SINI

Pergi bawah sekali dan tekan Create A New Account dan pilihlah nak login guna Facebook ataupun Twitter.

Setelah selesai boleh pergi ke Recommendations Tab ye dan pandai2 lah korang share.

Cara-cara share haruslah berhemah, jangan memaksa kerana orang lain akan rasa meluak nanti. Hah ! dalam business ni, kita share link , kasi orang click dan satu click akan ade harga tetap dia ;D dan akan ditransfer ke akaun SAYS kita. Selalunya satu click 20 Sen. Cukup RM50 boleh cashout, dia bank inkan terus ke akaun bank kita, dan yang bestnye ! Duit kita diupdate setiap satu jam orang menekan linknya. Jadi cepat kita tengok kenaikan duit , bersemangat lah kita nanti !


Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang !


January 26, 2012

Sup Belut - Yummy

by , in
Alamak ! Sup belut ? pernah dengar atau tidak ? hahaha ! mesti pernah kan? Soup tu antara sooup tersedap tau selain daripada sup ayam, sup cendawan (eh kategori same ke?)

Entah !

Haha, pada suatu hari, Azhunk ade berjalan2 Kota Bahru bersama Hafizul, Hafizan, Fieqah ayah dan mak ;D , tak ingat dah tujuan ape, shopping kot. hahaha.. Then mase nak balik,

Perut berkeroncong duk berbunyi *krooohhh* *krooohh* , lapor gamaknya. Pastu singgahlah dekat sebuah restoran, restoran ni terletak di ermm, opposite Wakaf Che' Yeh, Wakaf Che Yeh ni terkenal jugak sebab dia macam kedai ! hahah memang kedadi pun apelah aku merepek ni.

Pastue singgah, then my father asked the waiter,

"Sup belut ada tak dekat sini ?"


"Ada *sambil senyum kambing"


Hoohohoh then terus wat order sup belut 2 orang makan, guess what ? aku je yang habiskan semangkuk aka seekor belut ! Orang lain duk layan Ulam, Tom Yam, etc.


Percaya tak ? nak habiskan semangkuk tu bleh membuatkan korang rasa nak muntah best !

Hahaa kakakku yang nak sangat orang ambil gambar, jadi Azhunk snap SATU je gambar dia wkakakaa

Urggghhh* okay dah habis makan, ce korang tengk tulang belut, ade iras2 tulang ular tak ? hati2 makan kot2 tertukar kanggg xD

For your information, Azhunk memang tak suka belut, dengar je dah rase geli , terbayang2 ular ! tapi selepas makan kat sebuah restoran yang menyediakan sup belut agak sedap ! nak tahu dekat ane ? Pasir Puteh kalau tak silap, lepas makan dekat situ, terus Azhunk suka sup belut =D

And for your information again, Belut aka nama saintifiknya Monopterus albus ni bukan sejenis reptilia okay ! ia adalah tergolong dalam golongan ikan sebab dia ada insang, dan hanya boleh hidup di dalam air =D

So jangan duk ragu2 lagilah kalo nak makan tuh ! Belut ni banyak khasiatnya terutama pada kandungan protein..

Baik untuk kelancaran darah dalam tubuh dimana kandungan didalam belut mempunyai protein yang tinggi lebih kurang 68%. Dan ianya amat baik untuk tenaga batin lelaki. Kesannya ia dapat memanaskan badan dengan kadar yang segera selepas mengambilnya.


Belut juga terkenal di Korea dan Jepun , jadi tak mustahil lah kulit diorang yang paling tinggi qualitinya kan ? ce korang letak tangan korang tepi tangan orang korea, mane lagi putih ? mane lagi licin ? mane lagi sihat ? Hahah

Jadi dekat sini juga boleh dirumuskan belut bagus juga untuk kulit, ce korang pegang belut hidup, berlendir kan ? hihihih lendir dia tu kot yang bagus.. and ade orang kata darah belut ni merah pekat, bagus tau !

Belut ni boleh dimasak dengan pelbagai resipe, mengikut keinginan kita lah, ade orang tu goreng, ade orang tu masak merah, ade buat sup ;D
January 07, 2012

Kelantan VS N. 9

by , in
Hah malam ni kan bola arkk , sape2 yang berminat tu pergi tengok lah yee ;D Tengok secara langsung/live dekat TV1, Kelantan vs Negeri Sembilan.

Bagi pendapat Azhunk, ramai sangat penyokong kelantan berbanding negeri sembilan, sebab dekat facebook Azhunk majoriti orang duk meng'post' pasal kemenangan Kelantan. Red Warrior la katakan .. haha !

Tapi Kelantan boleh tahan lah, sebab dia first menjaringkan gol. Then tak smpai beberapa minit, Negeri Sembilan dapat menjaringkan gol penyamaan, jadi 1-1 :L. Hooray !

Okay dah habis dah bola, dan tahniah kepada Negeri Sembilan sebab telah menang,okay ayat super simple. 2-1 . Tentu orang yang baca post ni nak tahu result bola je kan, k Azhunk nak letak keyword.

Keputusan Kelantan VS Negeri Sembilan adalah 2-1 . Negeri Sembilan menang !

Effa Owana pemain import dari Ghana telah menjaringkan 2 Goals untuk Nogori !

Maklumat dari incit hakimie ;L, kalau ade tersalah, maaf!
November 07, 2011

Menyamar Jadi Lyssa

by , in
Wah ! Terkejut betul Azhunk bile tengah2 ronda2 dalam facebook terjumpa lah !

Jumpa ape ? uhmnn.. ADE ORANG MENYAMAR JADI LYSSA ! Tak tahu lah dia menyamar or apeehh tapi korang leh tengok gambar dekat bawah ! Memang sial lah OOps ! haha

TEKAN GAMBAR NAK TENGOK PROOFILE DIA !
Sorry ? Azhunk tak baik cam Lyssa, dia walopon gambar dia sendiri kena curik.. Dia just marah2 kat entri tu takde sampai kasi link user an ? Tapi Azhunk walopon terkena kat kawan, Azhunk akan terus kasi LINK PROFILE dia ! Kalau nak add dia, add jelah ! Leh korang godek2 ngan dia haahah !

Okay Azhunk mula2 tak caye gak then tanye kak Lyssa arh nak confirmation !



Okeh ! Ni je entri kali ni.. Nak sampaikan mesej kepada orang tu lah ..

Kalau nak menyamar pun kan , jangan pilih orang seagama, sebangsa, senegara ! Sama sahaja menjatuhkan maruah masyarakat negara sendiri. Tak malu ke kalau tersebar yang kau ni menyamar ? Eii haha ! mesti muka kau tak pernah puaskan hati kau sebab tu kena menyamar bagai nak wat Facebook KAN ?


Maaf jika mesej lam entri ni keterlaluan, Assalamualaikum !
November 07, 2011

Sebab2 Masuk Akal

by , in

Hah ! Yang ni nak kasi penjelasan kepada pengguna tutorials di Azhunk World ;] Selalunya banyak berlaku ni .. Kesian kat pengguna sekalian. Hah tahu berlaku apa ? Berlaku kes Tutorial Tidak Menjadi.

Ade beberapa faktor yang munasabah kenapa Tutorial tu tak menjadi..

Faktor-Faktor

Admin Blog Tersalah Buat Tutorial
Hah yang ni biasanya berlaku sebab Admin blog kan.. Setiap manusia pasti ade kesilapannya.. Conth admin blog suruh korang find code, sepatutnya kena find dalam kotak Expand Widget Templates. Then korang find tak jumpe la kan ?Sebab tu Kotak Komen (Entry Comment Box) Disediakan, sebab nak kasi kemudahan tuk korang bertanya. InsyaAllah tuan tutorial akan baiki ape yang patut. Kalau nak mudah korang komen tanye then make as favor page tu nanti boleh tahu jika owner tu reply korangnya mesej ^^

Korang Tersalah Letak Kod
Yang ni pulak.. Korang find kod kan, then tak jumpa always.. Nak mudah letak je kat mane2.. Then tengok, satu template habis punah.. Isk2 ! Disarankan Download Template korang dulu yeaa ;]. Makesure korang tengok tutorial orang lain tue, copy bulat2 kod yang dia suuh.. Ingat walaupun tertinggal satu huruf, kod boleh rosak.

Kod Tidak Ditemui
Hah yang ni pernah tak berlaku ? Tipulah tak pernah, sebab blogger semua tak guna template yang same, ye dak ? Selalunya korang find kod dia tak jumpa lah sebab admin menggunakan template Denim (Saya yee). ;] Ni pun leh tanye kat kotak komen mane lah tahu admin tahu cara penyelesaiannya ?

Perbezaan Jenis Template
Yang ni memang berlaku dan amat susah untuk dikesan, selalunya kod untuk minima amat berbeza dengan denim. Azhunk nak kasitahu lah, korang amatlah sekali disarankan mengguna template denim. ;]

Browser Yang Dibuka
Selalunya ni berlaku juga kepada Azhunk sendiri.. Azhunk da wat Tutorial then preview save siap semuaa.. Tak jadi !! Then otak dah celaru.. Keesokan harinya pergi ke sekolah buka blog dengan browser yang lain, then jadi jeaa.. Kat rumah guna Google Chrome. Kat sekolah guna Mozilla Firefox.

Baiklah Azhunk rasa setakat ni jee boleh kasi penjelasan kenapa Tutorial anda buat tak menjadi ;]
October 31, 2011

Korang Memang Takda Akal ?

by , in

Memang Azhunk kecewa sangat dengan apa yang masyarakat negara Malaysia dah buat. Mereka kalau dah taksub/asyik/terlalu minat dengan permainan seperti bola sepak takkan ingat tujuan mereka hidup apa.. Kenapa mereka hidup dan apa mereka dah buat kepada SAUDARA SEAGAMANYA sendiri.

Semata-mata kerana permainan.. Kite sesama Islam/Masyarakat jadi pecah belah dan bergaduh ? Oh tolonglah. Permainan/perlawanan tu diadakan untuk Hiburan semata-mata. Jadi janganlah korang sampai nak 'bunuh' orang sebab tu.

And satu lagi Azhunk memang benci orang seperti ni.. Maksud Azhunk .. Entri ni lebih specifik lagi kepada suatu sukan iaitu bola sepak. Okay Azhunk nak tunjukkan beberapa situasi yang akan berlaku.

Pergaduhan :
Dekat sekolah Azhunk selalu ada macam ni disebabkan hiburan semata-mata. Maksud pergaduhan di sini tak beerti pergaduhan melalui fizikal.. Tetapi juga pergaduhan bertikam lidah. Selalunya keesokan paginya setelah keputusan result bola sepak keluar.. Dekat kelas Azhunk selalu bising and diorang akan kasi 'boooooooooooooo' dekat orang yang sokong team yang kalah. Korang tak fikirkah apa yang akan berlaku.. ? Kot2 orang yang korang 'boooooo' tu orang yang sensitif.. Dia akan rasa marah dan tak suka kan ? Secara tak langsung boleh cetuskan PERGADUHAN.


Talian Persaudaraan Renggang :
Talian Persaudaraan Renggang pulakk .. yang ni try korang tengok.. Okay azhunk kasi contoh... MIRI VS SEPILOK . Penyokong dua ni takkan bergaul. Jadi tak erat lah hubungan kan ? Diorang akan find orang yang same gang/same thought yang sokong team sama.


Entri ni Azhunk takde nak refer kat sesape tetapi Azhunk just nak marah tengok VIDEO dekat bawah ..



Azhunk bukan sokong pihak yang memukul mahupun yang kena pukul. Azhunk benci dan kecewa. Try korang fikir kenapa yang kena pukul tu bakar benda Negeri Terengganu ? (Azhunk dengar2 lahh).. Azhunk rasa dia bakar untuk hiburan semata-mata dan terlalu minat akan team sokongannya. Tu tengok ? Dia takdak niat nak wat pergaduhan pun tetapi pergaduhan akan berlaku jika kita berotak udang.

Hiburan melampaui batas.. Dan orang yang pukul dia pulak.. Azhunk tak suka jugak .. Takkan sampai nak pukul gitu ? bukankah ada dalam Islam Way kita kena nasihat dulu ? or serahkan kepada pihak berkuasa ?

And Azhunk tak suka juga orang post kat fb .. Diorang post video ni and diorang kata "GANU NELANG" "GANU Hebat". Tidakkah korang fikir yang korang dah memalukan maruah agama Islam iaitu menyebarkan klip saudara seagama bergaduh hanya kerana hiburan ? .

Okay akhir kalam.. Azhunk nak minta maaf kalau ada yang terasa or tak puas hati dengan pandangan Azhunk.. Azhunk hanya sekadar berkongsi sahaja.
October 26, 2011

Bukan Blog Tutorial

by , in
Haha BUKAN BELOG TUTOR ?? Eishh habis nape belambak (belambak ke?) tutorial yang Azhunk wat hihiii.. Baiklah disini Azhunk nak kasitahu lahh .. Kot2 ade yang tersalah anggap :

Blog Azhunk bukan blog Tutorial ye.. Iyee memang banyak Tutorial yang Azhunk sediakan tapi tak bermakna Azhunk wat blog ni KHUSUS untuk kasi TUTOR ann ? Haha Azhunk ade jugak sediakan cite peribadi.. Sedikit2 informasi dan maklumat tak lupa juga pengetahuan islamic dilabelkan dakwah ;].

Tapi tak salah kalau korang nak masukkan beloog Azhunk dalam list Blog Tutorial ;] Azhunk lagi suka adelllah ~ hihii.. Okay kalau korang nak dapatkan List Tutorial.. Sila tekan gambar di bawahh



Azhunk wat tutorial dengan berharap orang lain dapat menggunakan and dapat manfaat darinya ;] so jangan segan2 .. Gunalah sebanyak mungkin Tutorial yang Azhunk sediakan ekk .. Kalau nak share Azhunk tak kisah tapi kredit lah jugak yee.. boleh teman2 kamu yang lain datang and ambik tutor dari blog azhunk ;] Okay dekat ini sahaja buhbyee ~

P/S : Azhunk nak pergi KB lepas ni nak kumpul2 cite menarik
October 24, 2011

Najwa Latif (Suka Dia)

by , in

hahaha sape Najwa Latif ? eeii tipulah tak kenal.. Penyanyi yang sedang membangun tuee nak jadi femes tak lama lagi. Okay apa2 pun nak doakan dia something

"Kalau da famous jangan lupa asal usul yee and good luck in your kerjaya.. Remember Allah always and iAllah He will remember you too ;]


Nak tahu takk kenapa Azhunk kata Suka Dia ? Err sebenarnyaa suka as friendd (yekee friend pdhal tak kenai punn..) Sebenarnya Azhunk suka akan suara and lagu diaa the most. Memang best arrr.. Sempoi2 gituu sama ngan Indie Genre (tolke eja?). Yang paling Azhunk suka lagu nyyy..

LAYANZZ



Video ni lakkk lagu paling/sedang top di Malaysia yaitu cinta muka buku/Facebook Love.



Ni pulaaaa PARODYY tauu lawak gilerrzz.. Konfem geletek korang nyee jiwa raga hahaha.. Cinta Muka Bulu (Parody Video).



Ni lak biasa2 jee.. Haha tapi best jugaakk walopon suare laki.. Sempoi2 gitu sesuai nyanyi lagu jenis seperti ini huhuu ;]] Putus Di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku)



Sekarang nak kasik biodata diaa lakk ;]]

  • Seorang gadis Youtube berumur 16 Tahun
  • Niatnya ingin berkongsi dengan keluarga video nyanyiannya tetapi diminati ramai
  • Ramai yang request suruh Najwa buat lagu2 then dia buat sahaja mengikut kehendak orang ramai ;]
  • Perbuatannya itu telah membuka peluang untuk dia meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi (Pengganti Yuna/Ana Raffali ? Maybe)
  • Pandai bermain Gitar dan Piano (Guitar the most)



Dekat mana korang leh kenal dieee eh ??? tengok bawahh :

Twitter | Facebook | Blog

Azhunk ada tanya dia dulu masa dia tak aktif sangat twitter.. Azhunk kata Kenapa tak main Twitter.. Then Najwa replied : :). hahha Then sekarang dia aktif twittter... Satu tweet dari Azhunk dia tak pernah reply.. hurmm takpelah maybe adaaa lloadss of notifications kot.
October 20, 2011

Nuffnang Mata Duitan

by , in

Nuffnang memang mata duitan. HUHs.. Kalau korang tak percaya.. Try tanya blogger2 lain apakah nuffnang.. Tentu mereka jawab Nuffnang tempat kita dapat duit dengan berblogging. Tengok tu kalau sebut je Nuffnang amat sinonim dengan DUIT DUIT DUITT.

Wah Azhunk gurau jee.. Nuffnang bukan mata duitan.. Tapi just kalau sebut Nuffnang pasti terpikir pasal duit aja kan ? betul tak ?? Hah betul ;] Good2.

Tapi Azhunk nak bagitahu korang lahh.. Nuffnang ni bukan sahaja tempat untuk kita dapat duit dengan menyiarkan iklan-iklan mereka. Malah kita jugak dapat tengok analytics/Stats/Status/perkembangan di blog kita. Okay Azhunk kasi kepentingan Nuffnang di bawah :

Boleh Tengok Visitor

Boleh Tengok Dari Mana Datang Visitor

Boleh Tengok Link Refferals

Boleh Tengok Keyword ke Blog Kita

Boleh Tengok Earnings

Boleh Tengok Komuniti (Seperti Laman Sosial)

Wawawaahhh best kan ?? KAN KAN KAN???? So Apa korang tunggu lagi.. bagi yang belum berdaftar di Nuffnang. Daftarlah sekarangggg ;]

Jangan Tunggu Lama Lama
Nanti Lama Lama
Dia Diambil ORANGGG


Mengarut jeaa aku nih.. Azhunk memang syorkan/recommend korang daftar kat Nuffnang sebab banyak benda kita dapat.

bagi yang belum berdaftar lagi boleh tekan link dibawahh

REGISTER NUFFNANG

bagi yang dah ada akaun Nuffnang. Jom tengok Earning dan Analytics ;]

SEMAK SINII YE
October 19, 2011

Hipokrit Penting Dalam Hidup

by , in

Hipokrit penting ??? Dah buang tebiat ke hape nii..

Yelah Hipokrit memang penting tapi tengok masa dan keadaan jugak lah.. Ada sesetengah tu dapat membawa kemudaratan kepada orang lain dan ada sesetengah tapi memberi manfaat kepada orang lain.

Ada beberapa situasi yang Azhunk ingin kongsikan kepada korang. "Hipokrit yang harus korang amalkan"

Situasi 1

tengok perbualan dibawah

"Blog aku cantik tkk??"

"Tak cantik.. hmmnh cam budak2 warne warnii"

"hah? yeke ??.. umm (hati kecewa)

"Eh2 maksud aku cantiklahh sebab warna warni nanti kasi MATA TERANG."

YAY !

Situasi 2

Ade seorang insan ni dia sangat baik dan pandai.. Tetapi dalam kelas kalau cikgu tanya soalan dia selalu taknak angkat tangan (konon-kononnya tak tahu). Hikpokrit jenis ini perlu jugak sebab orang mulut laser zaman sekarang pantang tengok orang wat sesuatu confirm akan "mampus" mengata. Mesti ada kedengaran

"Wooo bijakk arr boleh jawab"


Situasi 3

Menutup Aurat. hadoii ape kaitan menutup aurat dengan hipokrit. Nilah yang nak selalu saya bagitahu.. Pelajar sekarang ramai sekolah aliran AGAMA tetapi kat luar tak pakai TUDUNG !!! At least pakailah (walaupun taknak"hipokrit"). Jagalah nama baik sekolah tu kalau taknak pakai tudung baik tukar sekolah jeww okay ;}.



Okay sampai sini sahaja. Akhir kalam, nak minta maaf kalau ade yang terasa. Sekadar berkongsi sahaja ;] Jom sama-sama tunjuk sikap hipokrit !! =)))
October 18, 2011

Menyampah Dengan "AWAK(S)"

by , in
Haii Haii .. Tengah wat ape ? Sihat kee ?? .. Aku tengah cakap dengan sape eh ? dengan AWAK lahh..
Jom baca sampai habis entri ni. Janji sampai habis tauu.

Entri ni khas untuk semua pengguna laman sosial terutamanya facebook. Kalau korang pernah dapat berlambak Friend Request. Kalau sekali je approve dorang Tuppp ~ Tupp konfirm dapat... DAPAT... DAPATTTT..

Dapat soklan giniii

WAITTTTT






Tu lakonan semula yeee *Jangan marah @pelakonnya LOL*. Tapi tengok lah tu tak ke menyampah dapat mesej gitu an ? hmmm ape nak jadi lah.. Kalau korang wat ape ? reply or Delete teruss ? Kalau azhunk delete jea post itu and ignore diaa..

Okay situasi kedua pulakkk.
Kalau korang dapat friend request dekat fesbuk jugak lah then ade orang add then korang approve... tupp tupp tibe2 NOTHING HAPPEN.. Ape korang fikir? + Korang tak kenal diaa...Dia tak wat ape-ape pun just senyapp.. mesej tak hantar or tak pernah nak try komunikasi ngan kita.. Adakah dia silent reader or pencuri gambar or penjenayah siber ? Huhs.. Ape daaa ~ memang seram zaman kini..

Tapi memang lah ada sedikit rasa menyampah kat orang watgituu..

Situasi seterusnyaa pulakk.. Korang sering ditagg kat tempat2 korang taknak or tak sepatutnyaa.. Eee menyemak Feed/profile ajaaaa >:(. Kalau benda berguna tak apalah lagi ni nak2 lagi benda menatang fb iklan duet2 tuuu.. hahaha sorry terkasar bahasa.

Okay setakat sini sahajalah nak berkongsi.. Taknak banyak-banyak nanti tambah dosa plak Azhunk ni ngumpat2 kat orang lain haha ;] sorry kalau ada terasa.

P/S: LUSA dah pekse.. STUDY STUDY STUDY ;]
October 03, 2011

Tips Nak Senangkan Reader

by , in
Hari ini nak berkongsi satu Tips iaitu tip nak senangkan hati reader. Tahu tak macam mana ? Kalau korang visit satu blog mesti ade sebab kenapa korang tertarik kan ? Azhunk boleh kata banyak juga sebab dia

Sebab-Sebab

  • Gaya Penulisan
  • Kreativiti
  • Fungsi



Tips Nak Senangkan Reader


  • Warna yang soft
  • Gaya penulisan yang sopan
  • Mesra pengguna


Jom kita sentuh tajuk Warna yang soft. Warna yang soft adalah warna lembut contohnya hijau + putih or hijau + hitam or warna-warna lain "Tak semestinya Pink". Yang pasti warna tu jangan terlalu terang kalau tak sakit mata readers nanti.

Gaya penulisan yang sopan pula stail kita menulis. Ada sesetengah menggunakan bahasa rojak. Yang pasti bahasa janganlah terlalu singkat dan "peliks" contohnya :
Awk bwat aptue ?
(Awak buat apa tu ?)


Mungkin sesetengah pihak tidak boleh memahami bahasa itu ?

Last sekali adalah Mesra Pengguna. Ramai tidak tahu erti sebenar Mesra Pengguna ni. Mesra Pengguna bermakna baiklah dan kita memahami apa kehendak readers. Ada orang tu terlalu fikirkan privacy sampai tak boleh nak hightlight/copy pun benda kat blog dia. Perkara itu tidak salah sebab sekarang banyak kes berlaku akibat tidak menitik beratkan privacy. Jadi kalau nak mesra pengguna kena buang lah semua tu sebab mungkin susah reader nak ambil Entri/guna Entri/kongsi Entri.

Sekian dekat sini sahaja. Selamat berblogging (=
September 14, 2011

Pertandingan Mencipta Video

by , in

Hari itu ada buat pertandingan lah terbuka kalau tak silap. So Azhunk ngan kawan-kawan masuk. ni peringkat kebangsaan, semua negeri di Malaysia terbuka untuk masuk, dianjurkan oleh pihak SKMM kalau tak silap.

Video kiteorang tak lah splendid sangat sebab ada masalah teknikal sikit. Contohnya tak cukup softwares DAN tak tahu mana nak dapat softwares2 tersebut. Salah satu darinya Adobe After Effect. Fuhh tu memang was one in need software lah bagi kiteorang. Kalau ada software itu boleh buat hologram, Canggih wooh !

Jadi kiteorang DECIDED untuk guna Sony Vegas Pro AVS Video Editor 5.1. Sebab mase tu tengah main2 je kat Makmal komputer sekolah, then terjumpa software tu lam PC. Then Azhunk ngan Adam test2 main. Tengok2 hebat juga software tu, boleh tahan.

Kiteorang buat perjumpaan tiap2 hari selepas Raya sebab kesuntukan masa. Tarikh tutup bagi pertandingan mencipta video hari kemerdekaan ini adalah pada 7 September 2011. Pergi punya pergi rumah Adam, bestlah jugak pergi rumah dia, keluarga dia sporting je especially his mum !

Okay korang mesti tertanya-tanya cammana rupa video kiteorang kan ? Okaylah ! Tengok kat bawah. Layan ! Jangan Tak Layan



DI SEBALIK TABIR



Ahli KumpulanAmier Ardly - Pengarah
Adam Izzuddin - Jurukamera
Arif Hakimie - Pelakon
Azhunk Awang - Editor
August 10, 2011

Jangan Sebar Arlene Tan

by , in
TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN ANDA BACA :

PENGAKUAN MAAF RASMI DARI GAYSEC


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).


Apabila saya tengok di blog/media massa , banyak cerita tentang satu blog yang menghina islam. Dan akhirnya misteri mencari owner kepada blog itu dibongkar oleh sebuah organisasi yang menggelarkan dirinya sebagai GaySec. Memang lah GaySec sudah membuat benda yang betul cuba untuk menangkap wanita munafik yang membuat blog itu.

Dan resultnya, GaySec kata perempuan yang selama ini digelar Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara itu ialah Arlene Tans Bte Khalid. Memang benar sekali ramai cakap camtu. Tetapi bagi saya lah kan. Perlukah blogger-blogger di luar sana buat post tentang identiti sebenar "makcik" ialah arlene ?

Saya rasa tidak sama sekali. Pertama sekali bukti pun tidak beberapa kukuh. Kita kongsikan dan mengaibkan kaum sendiri tanpa bukti yang sahih dan kukuh ? Adakah itu budaya orang Islam ? Bukan saya ingin backup Arlene Tan, tetapi memang benar. Kamu semua tahu pasal dia ialah makcik daripada GaySec kan ? Dan saya bukan bermaksud untuk menyalahkan GaySec jika telah menyebarkan maklumat palsu.

Tetapi, mungkin sekali arlene itu dianiayai. GaySec menemukan maklumat yang salah daripada mak cik ? Semuanya kita tidak tahu, Wallahu'alam. Dan yang saya ingin tegaskan ialah, berhentilah daripada membuat entri dan menyebarkan bahawa arlene itu ialah makcik, sebab kita tak ada bukti. Plus kita hanya memalukan bangsa sendiri.

Korang terfikir apa kesan buruk akan berlaku kepada Arlene dengan sikap blogger tidak bertanggungjawab (maaf terkasar bahasa) yang menyebarkan alamat, dan hal peribadi arlene?. Dia mungkin mendapat banyak kesan buruk kalau dia benar-benar bukan makcik. Bayangkan jika kita berada di posisi Arlene, apa yang kita rasa ?

Lagi pula, serahkan lah hal ini kepada yang berkuasa, kita yang tidak sepatutnya berbuat apa-apa keputusan tidak patut masuk campur. Lagipun saya ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Arlene itu bukan Makcik :

Jom kita tengok artikel dari kawannya se-universiti

X-presi

Tekan bawah untuk ke blog Arlene, ada public statement yang korang harus BACA



Pada pendapat sayalah, saya percaya 100% akan post X-presi itu. Dan beliau ada cakap di dalam blognya yang Arlene tidak fasih berbahasa MELAYU. Lagipula, semasa saya buka laman sesawang makcik itu, SAYA ADA TERBACA AYAT INDONESIA. Berkemungkinan orang ini berasal dari Indonesia atau berketurunan Jawa ? Maaf sebab saya tak ingat di mana postnya yang ada kandungan ayat indon.

Apa-apa pun, berhentilah daripada sebar perkara yang tidak pasti benar atau tidak ini, sebagai manusia memang mustahil nak mengaku tak ada perasaan kan, saya ada perasaan kasihan terhadap Arlene, takkan korang tak ada ? Yang sudah post itu saya berharap dapat delete lah dengan segera. Semakin banyak orang tengok dan percaya, semakin banyak dosa kita tanggung.

Dalam bulan yang mulia ini, beramal lah dan jangan membuat fitnah terhadap orang lain. Dan jangan cepat menuduh dan menyebarkan perkara yang tidak pasti kesahihannya.


Saya tidak langsung berniat untuk backup Arlene, tetapi hanya ingin kamu semua membuat sesuatu untuk menjaga maruah Islam.
July 14, 2011

Maksud Nuffnang !

by , in

Untuk blogger-blogger yang dikasihi sekalian. Pada hari ini saya ingin memberitahu sedikit sebanyak tentang NUFFNANG. Pernah dengar ayat tu ? Tipulah kalau tak pernah dengar sebab biasanya Bloggers Familiar With Nuffnang.

Okay, untuk blogger newbie di luar sana, pasti tertanya-tanya apa itu nuffnang. Nuffnang adalah komuniti pengiklan blog. Di mana advertiser (pengiklan) dan blogger saling berhubungan. Pihak advertiser akan membayar orang yang mengiklankan produk/barang/website mereka kan.

Orang yang join sebagai blogger di nuffnang bukanlah jutawan sangat, tetapi pendapatan dari NUFFNANG tu kira boleh lah untuk tampung harga domain website untuk jadikan website anda ke .com. Harganya lebih kurang RM30+ je, sebab saya beli dulu 10USD ^_^.

What is Nuffnang !?
Our ads are seen in 180000 blogs and 8 million people daily


Untuk penerangan lanjut, jom kita baca definisi dari pendekarberkuda.org yer

BUFFERED EARNING (BE) / PENDAPATAN TERUMPUK
Merupakan pendapatan yang dikumpul untuk satu tempoh masa tertentu yang telah dipersetujui oleh pengiklan / advertiser (bukan dari Nuffnang ya..jangan salah faham...) dengan blogger untuk mengiklankan produk mereka di blog kita bagi tempoh masa sekian sekian. Blog yang mendapat BE itu dipilih oleh pihak Advertiser / Pengiklan sendiri sama ada melalui nasihat yang diberikan oleh pihak Nuffnang mahupun atas pilihan pihak Advertiser sendiri.

Blog-blog yang mendapat iklan untuk pakej BE ini perlu memiliki trafik yang stabil. Tidak kiralah sama ada trafik tersebut 20 ke, 30, ke, mahupun ribu-ribu. Di samping itu, isi kandungan blog tidak melanggar sebarang syarat-syarat yang diberikan oleh pihak Advertiser dan Nuffnang. Juga, entry hendaklah di update sekurang-kurangnya seminggu 3 kali, kalau sehari sekali atau lebih lagi bagus. Hehe..

Pendapatan untuk BE ini lumayan jika kena pada caranya, "especially" jika anda memiliki trafik yang tinggi seperti Ben Ashaari, Che Mat Gebu, Hanis Zalikha, Irene Nadia Marcello, Red Mummy dan lain-lain lagi. Namun jangan salah faham, Jika anda memiliki trafik ribu-ribu pun, pendapatan dari semua BE anda tidak akan pernah melepasi angka RM2k keatas sebulan.

Kecualilah ya..kecualilah jika anda sangat aktif mempromosikan blog dan iklan untuk BE yang anda terima daripada pihak Advertiser. Jika tidak, lupakan saja untuk mendapat income BE sehingga lebih dari 2k sebulan. Mustahil~! Hanis Zalikha pun tak boleh dapat banyak macam tu tau... Income blogger yang memperolehi "cheque" riban-riban dari Nuffnang tu adalah hasil "Advertorial Post" dan bukan BE sahaja. Jadi kalau anda mahu mendapat income riban-riban seperti mereka, rajin-rajinlah kumpul readers banyak2 okay? Hehe~!

Ingat ya, BE Nuffnang ini hanya sesuai untuk mencari pendapatan sampingan bagi para blogger. Dan bukan untuk pendapatan tetap. Adalah mustahil bagi anda untuk mendapat pendapatan yang lebih melalui "advertorial post" kerana pihak advertiser mementingkan trafik yang tinggi ke blog anda baru akan diberikan "advertorial Ads". Jadi walaupun anda glitterati pun, sangat sukar sebenarnya untuk mendapatkan "Advertorial Ads" mahupun BE selagi anda tidak memenuhi syarat-syarat di atas.


METERED EARNING
Metered Earning atau ME adalah singkatan untuk Pendapatan Bermeter, adalah satu lagi pakej pendapatan dari Nuffnang, kebiasaannya para blogger yang mendapat BE dan dah tamat tempoh tapi pihak Advertiser masih lagi berminat untuk mempromosikan iklan mereka di blog blogger tersebut. Ada dua tahap cara dan kaedah pengiraan Metered Earning ini. Yang pertama mCPM iaitu para blogger akan mendapat income hanya apabila pelawat mengunjungi blog mereka dan pada masa itu terdapat iklan menari gelek-gelek goyang dangdut di situ. Ingat ya, hanya dengan melihat iklan itu sahaja tanpa perlu klik iklan tersebut anda boleh dapat ME... Hehehe~!

Kemudian, pendapatan tambahan jika pengunjung blog anda yang melihat iklan tersebut mengklik pada iklan itu. So, anda akan mendapat 2 jenis pendapatan sekaligus di situ. hehehe~. Lumayan jika kena pada caranya. Tapi, iklan-iklan yang metered ini tidak selalu timbul tau, dia pandai main nyorok2...ala..macam kita semua main masa kecik2 dulu la~...takkan itu pun tak tau..lalala~!


BUAT DUIT DENGAN BLOG ?
Siapa kata tak boleh buat duit dengan blog yea? Meh sini pendekar nak tikam dia. Tapi buat duit dengan blog ini bukanlah bermaksud anda sempitkan pemikiran anda pada Nuffnang sahaja, banyak lagi cara lain untuk membuat duit dengan blog ni.

1. Salah satu contohnya adalah seperti blogshope. Siapa yang tak pernah dengar blogshope patut ambil perhatian yang lebih tentangnya. Anda boleh jual semua jenis barang dengan adanya blogshope sendiri. Bukan blog personal ya. Hehe~!

2. Anda pernah tak pergi ke blog mana-mana lepas tu ternampak ayat macam ni di blog mereka.. "ADVERTISE HERE" ... "IKLAN DI SINI" ... "IKLAN RM5 SEBULAN" ... "IKLAN RM25 SEBULAN" dan lain lain lagi. Dengannya anda boleh dapat income juga tau...Lagi banyak iklan yang orang letak, lagi banyak income anda dapat...hehe...percayalah...

3. Promosi Google AdSense di blog anda, kalau ada yang tertarik, pasti ramai yang klik. Ingat yea, Google ads ni dia pakai USD. So lebih banyak yang klik, lebih banyaklah income yang kita dapat.

4. Daftarkan sehingga 4 buah blog anda di Blog Manager Nuffnang. Tapi pastikan semua blog-blog tersebut aktif... Kalau anda rajin, insyaALLAH pendapatan anda nanti pasti tinggi. Sebab di campur2..hehe~!

5. Jika anda masih belum yakin dengan kadar Visitors anda, anda boleh mencuba iklan-iklan lain, letakkan sahaja Innity ke, Adverts ke, YouthSays ke, atau lain-lain. Meskipun anda akan kehilangan status Glitterati, tapi apa salahnya mencuba segalanya kan? Daripada menunggu duit iklan Nuffnang yang sedikit tu, ada baiknya anda sumbat je semua jenis iklan tu... lepas tu promote la habis-habisan. Confirm duit anda pasti akan masyuk punya~! Nyiahahahaha~!... Eh? Tak percaya~? Cuba la dulu... tak cuba mana tahu~! Status Glitterati tu bukannya tak boleh dapat balik.. hadoii~!..

*GLITTERATI ~ status khas buat nuffnangers yang membolehkan mereka mendapat faedah yang lebih di dalam komuniti Nuffnangers. Income, aktiviti luar dan sebagainya...


Sudah faham ? Bagus ! Okay sekarang dengar penjelasan saya pulak.. Pada pendapat saya, Nuffnang ini akan memberi BE kepada blog yang banyak jadi refferal trafik kepada dia. Jadi banyak2lah buat entri review pasal nuffnang

Jangan percaya cakap saya ! Do at your own risk ya
July 08, 2011

Entri Pengomen Terbanyak

by , in

Saya ingin memberikan satu pengumuman bagi blogger-blogger yang baik hati di luar sana. Blogger yang baik hati suka baca/follow/komen entri di blog kita kan, jadi mereka sewajarnya kena mendapat balasan atas jasa baik mereka.

Saya sudah membuat keputusan ingin memberikan GANJARAN kepada pengomen terbanyak mingguan di Azhunk World. Hadiah ini akan diberi berdasarkan widget di bawah "PAGES".

Saya akan membuat satu entri bagi 3 pengomen teratas di blog Azhunk World. Dan keputusan bagi pengomen terbanyak akan diambil setiap hari khamis. Contohnya, pada hari khamis saya akan lihat, siapa antara kedudukan pertama hingga ketiga tertinggi.

Jika orang sama tertinggi selama dua minggu berturut-turut, maka entri review bagi blog mereka tidak akan dibuat sebanyak dua kali. Jadi minggu tersebut akan diskip. Jika kamu semua nak jadi PEMENANG pengomen terbanyak , kena komen banyak-banyak lah :]! Dan sebarang komen yang dianggap spam tidak akan dikira.

Saya akan membuat satu page special bagi entri review top commentator blogger. Jadi kalau pelawat saya bukak page tu, dia boleh tengok arkib entri yang saya dah buat pada pengomen teratas di blog saya !

Untuk menjadi pemenang , sila pastikan kamu ada blog sendiri untuk saya membuat entri khas bagi blog kamu !

Post Top Ad