Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts
January 30, 2015

Surat Buat Penerima Tawaran ke SBP

by , in
Sihat tak adik2? Semoga korang semua dikurniakan kesihatan yang sejahtera ye.

Surat ni untuk adik2 yang mendapat tawaran ke SBP je. Orang terlebih umur xleh baca ye! Nanti malu pulak hahak.

First of all, tahniah kepada semua bakal pemimpin yang mendapat tawaran ke SBP. Bukan mudah tao nak dapat! Syukur kepada Allah, dah sujud syukur belom?

Bagi tak dapat tu, jangan bersedih. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kamu adalah tidak ke SBP. At least kamu xmenghadapi masalah nak buat pilihan nak pindah atau tak kan? Kalau nak pegi jugak, boleh buat rayuan. Hehe.

Baiklah, yang dapat SBP ni mesti tengah menghadapi krisis hati berbelah bagi kan?

"Nak pergi ke tak ni, dahla kawan baik aku tak dapat... Jauh pulak tu. NaJnti kalau tak tak best macam manaaa?"

Tu antara soalan2 yang sedang melayang di dalam kotak minda kamu kan?

Baiklah, aku nak pesan sedikit. Memandangkan aku lepasan pelajar SBP, ceh bajetnya. Hahak!

Rindu dekat rumah
Seriously, perasaan ni semua orang akan ada bila korang berjauhan dengan orang yang kau sayang (family). Tipulah kalau tak rindu, lainlah kalau kau memang xsuka keluarga kau... ade ke? Wallahu'alam hehe.

Realiti yang harus kau terima. Rindu itu fitrah. Ia akan membuatkan kau lagi menghargai orang yang kau rindu. Plus, nanti kau keje kahwin semua, kene berjauhan jugak dengan keluarga kan? Ke nak tido celah ketiak mak lagi? Gurau je haaha.

Bestfriend aku tak dapat/taknak pergi. Aku nak ikut dia.

Ok yang ni sangat kritikal. Aku pergi SBP pun sebab aku berjaya pujuk kawan2 aku pergi. So kiteorang pergi bersama2.

But now, after a couple of year, aku dah kurang rapat dengan dorang. Sebab apa? Bukan bergaduh, tapi sebab aku dapat kawan baru yang lagi sekepala dengan aku. Diorang tetap kawan aku walopon xserapat dulu. Kami stay on contact.

Maksudnya dekat sini, kawan hanyalah teman. Bukan tempat bergantung yang permanent, bukan permanent marker hehe. Ada masanya kita akan dapat teman baru kan? Lainlah kalau kau nak kongsi suami/isteri dengan bff kau. Tu baru friend till mariage, ops! Semua nak sama2 hahahaa... ok joking je.

Bonus pergi SBP.
SBP ni boleh dikategorikan sekolah yang menjaga prestasi. Berdasarkan pengalaman aku. Cikgu kami beri berpuluh2 buku. Semuanya disuap. Aku rasa menyesal beli past year question semua. Sebab semuanya cikgu dah buat.

Kalau korang nak akademik yang baik, insyaAllah SBP tempatnya. (Bergantung pada sekolah jugak sebenarnya).

Tapi persaingan dalam akademik memang hebat! Disebabkan semua pelajar berpotensi dikumpul dalam satu tempat, so sengitlah berbanding sekolah biasa.

Baiklah tu je kot surat sangat tak rasmi ini untuk adik2 bakal pemimpin negara yang mendapat tawaran ke SBP.

MAAF kalau ayat berterabur sebab hapdet ni guna fon je. Heehe.

Selamat membuat keputusan ye! Oh ye kalau ada nak tanya apa2 boleh tanya dekat link dibawah ye ;)

Askk

Ops, before that! Jangan lupa untuk solat istikharah! Mohon petunjuk dari Allah. And all the best.

Di mana kamu berada, kalau kamu berusaha, kamu tetap akan berjaya!
January 27, 2015

Pantai Bukit Kluang Besut

by , in
Cuti pun dah habis, jadi mungkin ramai taknak baca cerita2 pasal tempat bercuti ni.

But for me, it is still a holiday. The longest holiday ever kot! Rasa macam bebas sudah. Maklumlah SPM baru habis hehek!

My brother, my sister and I decided to have a stroll at the beach. Rumah aku dekat pantai je, bila2 masa boleh pergi. Rasanya jalan kaki pun bole sampai haha, sampai2 terus pengsan.

Pantai Bukit Kluang! Sape tahu tempat ni sila angkat kening sebelah kanan jer...

Semakin lama semakin cantik. Pokok rhu yang ditanam oleh Jabatan Perhutanan Daerah Besut pun dah besar. Teduh, angin sempoi2 bahasa, nyaman!

Kalau korang datang Besut, jangan lupa untuk singgah di pantai tao! Kalau tak, mandi tak basah nanti.






December 24, 2014

Pantai Timur Banjir Besar!

by , in
Nauzubillah.

Seperti biasa, musim tengkujuh akan 'menziarahi' kita semua pada penghujung tahun. Sama juga pada tahun ini.

Tetapi, tahun ni agak hebat sedikit banjirnya. Ramai orang duk upload gambar banjir masing-masing. Antara tempat yang paling teruk adalah di daerah Besut, di Gua Musang dan banyak lagi.

Sebab tulah ada doa ketika hujan, yakni

اللهم صيباً نافعاً

Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat.

Doa itu untuk mengelakkan kita daripada bala atau bencana yang mungkin timbul daripada hujan.

Mungkin juga ini sebagai balasan atau mungkin sebagai kifarah dosa kepada pelaku maksiat.

Sedikit gambar yang hendak di'share' dengan semua.

Mesej yang aku terima dekat whatsapp...

Kalau dengaq kuliah SYEIKH tadi memang nak nangis 😭
Nabi bila langit mendung, muka nabi berubah terus. Saidatina Aisyah tanya kenapa muka nabi berubah bila tgk langit mendung, jawab nabi sebab waktu mendung ni bala ALLAH turun.  Kesian tgk SYEIKH tadi. Mcm tak larat ja
(Syeikh demam)
SYEIKH kata langit skrg ni tahap voltan paling tinggi dah
Tunggu masa bala nak turun.
Bala, selagi tak turun, kita boleh solat hajat, mintak jangan turun


Tapi bila dah turun, kita mintak pada ALLAH, ALLAH tolak. ALLAH tk terima dah
SYEIKH kata, dia mcm nak suruh menteri kedah panggil semua rakyat kedah buat solat hajat di stadium darul aman. Doa mintak ampun. Mintak tak turun bala
Tenat dah skrg ni


SYEIKH paling takut 26,27 ni langkawi nak buat pesta
Dah pilih tarikh 26 tu tarikh bekas tsunami dulu
Org dok tahan tak bagi bala turun. Depa pi buat pesta pulak. Seolah olah dok panggil bala ALLAH turun
Tengok langit. Mendung ja. Berapa hari dah takda matahari
Awan hitam dok tahan air. Tengok langit. Taktau berapa ratus ribu tan air dok ada. Empangan langit besar, tak boleh lawan empangan kita
Kalau turun tu.. Eh, taktau la


Takut dengaq SYEIKH cerita. Ni cerita balik apa SYEIKH cakap tadi 😭
Bala ALLAH turun waktu malam, siang pagi waktu dhuha
Tengok banjir di perlis, kelantan, terengganu, pahang. Tengok kajian. Air naik waktu malam/waktu dhuha
Tafsir. Kat ayat last tafsir tu, bertakwalah kepada ALLAH dan ketahuilah hukum ALLAH itu teramatlah berat
Lepas habis tu SYEIKH cerita

Takutt 😭
SYEIKH kata baru ni puting beliung dkt sabak bernam
Tuhan tak turun dkt rumah orang
Tuhan bg dkt sawah padi.
Tengok banjir punya teruk, tak ramai sgt yg mati
ALLAH nak turun bala pun masih dia bagi rahmat
Tuhan tak kejam. Tapi manusia yg kejam terhadap diri sendiri

ALLAH takkan jadikan sesuatu itu sia sia
Mesti ada sebab kenapa ALLAH buat mcm tu
Seolah olah petanda
Tapi kalau kita masih tak paham. Masih tak sedar2, taktau laa

Mcm banjir di kelantan. Menteri kata banjir luar biasa
Tengok rantau panjang. Kereta habis hanyut mcm tsunami
Sebab apa tu? Sebab kelantan nak buat hukum hudud
Tapi ada hat orang2 yg dok tentang
Rahmat ALLAH turun dkt org baik ja
Tapi bala ALLAH turun tak kira baik jahat, semua kena 😭

Syeikh Zainul Asri
Masjid As-solihin 
23/12/2014




Haa yang ni kawan sekolah aku, mangsa banjir. Kesian dia, tahun lepas dah jadi mangsa banjir dah. Terpaksa kene tinggal dekat lain buat sementara waktu.

Ahmad Fikri namanya.. Best student sekolah. Kalau sape nak bagi sumbangan bolehlah hik3, kidding. Boleh contact instagram dia nak tahu perkembangan banjir. InsyaAllah dia upload. 
@_ahmad_fikri_



Sama sama solat hajat ya. Doakan supaya kita semua dijauhkan daripada bala terutamanya kepada orang di pantai timur.

Yang main air bah pun hati2, jangan sampai jadi tragedi.

Solat sunat taubat juga ye. 

InsyaAllah.


December 22, 2014

Kehidupan Pelajar KISAS II

by , in
Alhamdulillah berpeluang juga untuk update blog yang sangat aku sayangi ini.

Tanpa membuang masa, kita sambung entri terdahulu. Yang mana? Ala, yang cerita ikan keli bagai tu. Hehee, TEKAN SINI kalau nak baca.

Kalau boleh baca yang dekat link tu dahulu, baru baca sambungannya di entri ini ;).

Baiklah setelah rehat semua selama 20 minit. Aku akan kembali ke kelas. Sambung belajar.

Pada hari Isnin hingga Rabu, kami balik sekolah jam 2 petang lebih kecuali hari koko. Ala, ni rutin same je semua sekolah hik3.

Balik je, semua pelajar lelaki ataupun lebih dikenali sebagai muslimin akan berduyung-duyung menuju ke jejantas yang sangat kami 'sayang'.

Sampai je asrama, pergi DM, Dewan Makan dulu. Makanan dekat Dewan Makan KISAS sangatlah sedap. Seriously, tapi aku makan sedikit ja. Diet hehe.

Lepas makan terus je solat Zuhur dekat musolla Saidina Ali. Secara berjemaah.

Lepas solat tu free. Aku selalu amik peluang untuk tidur. Kalau xtido petang, wajib mengantuk dalam kelas. Ini tips dari sahabat aku Abdullah bin Mohd Zudin aka Dollah yang aku amalkan setiap hari hehe. Beliau juga roomate aku.

One more, yang paling bestnya, asrama lelaki berbentuk bilik. Bukan dorm. Xmacam muslimat haha. Setiap bilik ada 4 orang ahli. Satu floor ade 9 je bilik. Sangat selesa!

Masuk je Asar, bangun, solat Asar kat musolla. Kami dilarang solat dalam bilik atau dikenali sebagai musolik.

Lepas Asar ade tazkirah dan majlis ta'lim raudhatul jannah bersama sahabat2. Selalunya majlis ni akan di'lead' oleh badar atau orang yang fasih dalam agama.

Best!

Lepastu pegi minum petang dekat DM. After that, bebaslah nak beriadah ke, tido ke or whatever. Aku jenis yang tak suka beriadah. Sebab tu gemuk hehe. Sebab tu aku duk je dalam bilik. Kadang2, kunci pintu lepastu aku jogging je dalam bilik.

Sampai 6:30, kami mandi lepastu get ready pergi DM nak dinner. Siap je dinner, terus masuk Musolla Saidina Ali untuk tunggu masuknya waktu maghrib.

Amalan dan Ibadah masing2 sampailah Isyak. Kadang2 ada progran BADAR yang sangat mantap! Siap tayangan video lagi. BADAR dah ada projector sendiri hihi.

Lepas Isyak, naik bilik, tukar baju prep. Part ni aku tak suka sangat. To be honest, aku tak suka prep.

Prep dibahagikan mengikut jantina dan form.

Kalau muslimin f4, kelas prepnya dari kelas 406 sampai 412. Manakala muslimin f5 dari kelas 501 sampai 505.

Bebas je nak prep kelas mane yang dalam list tu. Aku kadang2 habiskan masa prep duk merayau2 je. Prep starts 9 o clock till 11. 2 hours long respectively.

One more, setiap batch ada tema baju prepnya sendiri. Macam batch aku, temanya warna biru. Form 4 tahun ni temanya pink, jambu haha.

Baju prep tersangatlah panas. Aisehhhh.

Balik je prep terus ke DM untuk Supper. Mee sup is my favorite, Roti red bean paling kurang digemari. Kadang2 aku sedekah je kat orang lain.

Lepas supper, free. Aku, bila time exam akan stay up late to 3 o clock in the morning. Pekena kopi dari mesin gedegang RM2 dengan Nasi Bujang RM2, bolehla stay up haha.

Kalau hari biasa, aku akan lepak, borak2 and jalan2 ke blok lain sampai jam 1/2 pagi.

Aku memang tido lambat. O wait, before that... kitaorang ada liqa al mulk bersama2 jam 11:30 malam setiap malam.

Kadang2 buat jemaah form 5 ikut blok masing2, kadang2 kumpul satu batch kat musolla. Form 4? Diorang ada program sendiri hehe >;)

Lepastu tidur. Aku jarang tidur di bilik sendiri. Tak syiokkk. Panas! Dahla kipas rosak, ada budak mengamuk pi ketuk kipas dengan penyapu sampai patah. Sapela budak tu hik2.

So I made my way to spend my nights at the musolla.

Ok sampai sini jela. Rushing sangat ni sebab penat taip guna fon haha. Laptop dah rosak ;(

Ade masa, aku tambah lagi ye insyaAllah.
December 07, 2014

Kehidupan Pelajar KISAS

by , in
Aku tahu, ramai yang google, Kehidupan Pelajar KISAS, cara tarbiah dekat KISAS, apa itu KISAS, cara hidup di KISAS, suasana di KISAS, pengalaman di KISAS dan sebagainya.

Aku tak boleh nak bercerita banyak tentang hasil daripada KISAS, sebab aku baru setahun jagung. Anak Helang dikatakan hehe, kata Ustazah Zaidah, Guru Bahasa Arab kami. Tapi kalau nak tahu pengalaman aku berada di KISAS, aku boleh je share.

Aku bakal menceritakan suasana di KISAS dari pagi sampai pagi esok balik.

Ini tentang aktiviti diri aku ok, kalau tak menarik maaflah. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kepada pelajar-pelajar yang ingin memohon KISAS untuk menyambung pelajaran di tingkatan 4.

Seperti biasa, aku akan bangun jam 5:30 pagi. Dah awal dah tu bagi aku. Aku selalu tidur dalam musolla asrama, dikenali sebagai Musolla Saidina Ali. Musolla ni sangatlah menarik, dilengkapi dengan pendingin hawa (aircond). Sejuk, rasa macam tidur dalam hotel je.


Bangun je aku terus mandi, bersiap-siap pakai baju melayu dengan kain pelikat (bolehje nak pakai pakaian lain, uniform sekolah ke), then terus menuju ke Musolla. Asrama bagi orang lelaki (muslimin) terbahagi kepada 4 bangunan/blok. Setiap blok mewakili satu rumah sukan. Rumah Sukannya, Thariq (Hijau), Ali (Kuning), Omar (Merah) dan Khalid (Biru).

Kebetulan pulak aku rumah Ali. Musolla terletak di ground floor blok Ali, jadi dekat je dengan bilik aku. 2 Minit dah sampai. Lepas solat Subuh secara berjemaah, kami akan baca mathurat bersama-sama. Selepas itu kami akan menuju ke Dewan Makan yang terletak sebelah blok Khalid. Jauh sedikit dengan blok Ali.

Lepas je sarapan, aku akan bergegas ke bilik untuk menukar baju kepada uniform sekolah. Pakai semua, kad matriks jangan lupa, nanti kena tulis nama oleh KP yang sangat strict. Tepat jam pukul 7, akan dimainkan 2 lagu, lagu pertama nasyid dan lagu kedua ialah alunan asmaul husna. Setelah habis je asmaul husna tu, nama pelajar yang belum keluar pagar asrama akan diambil. Kami kena bergerak ke sekolah sebelum lagu habis. Time ni lah kitaorang akan lari bagai.

Ada je yang bawak kasut dengan tangan, sebab takut lambat.

Sampai je dekat sekolah lebih kurang 7:15. Asrama muslimin terletak di seberang jalan. Kami perlu menaiki jejantas untuk sampai ke sekolah. Memang sangat penat dan lambat. Kami ada alasan yang munasabah untuk menjadi asbab kelewatan kami ke sekolah ok, hehe.


7:15, sampai je sekolah terus bergerak ke Centre of Excellence (COE) untuk perhimpunan setiap pagi kecuali hari Isnin. Hari Isnin, perhimpunan diadakan di Dewan Besar al-Muttaqin al-Muthaqqafin (ada aircond). Perhimpunan dekat COE akan berlangsung sampai 7:30. Kami akan bergerak ke kelas. Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) seperti biasa dalam kelas masing-masing. Aku waktu form four, kelas 409 (Ibnu Khaldun), tingkatan lima pulak 509 (Ibnu Khaldun) juga.

Rehat. Kantin kami terkenal dengan Nasi Lemak Kangkungnya yang berharga RM1.20 je. semua makanan berat harganya sama, RM1.20. Tapi majoriti daripada kami lebih gemar membeli Nasi Ikan Keli. Harganya RM3. Tiap2 hari aku duk beli Nasi Ikan Keli.

Rasanya cerita ni agak panjang lah.

Sambungan dia ada di SINI




December 18, 2013

Semakan Result Keputusan PMR Online

by , in
Pertama sekali, ana nak ucapkan tahniah kepada semua-semua adik junior yang telah berjaya menduduki peperiksaan PMR sesi 2013.

Malam ni merupakan malam terakhir sebelum diumumkan keputusan peperiksaan PMR adik-adik pada tahun 2013. Jadi sudah tentu jiwa kalian sedang serabut dan nervous yang teramat sangatkan?

Jangan risau dik, result ok ke tak ok itu bukan penentu hidup kita!

Ana nak kongsi beberapa cara untuk adik-adik menyemak keputusan peperiksaan masing-masing secara online, tanpa perlu pergi ke sekolah.

Macam ana dulu. Waktu nak ambil keputusan PMR dekat sekolah, ana tak pergi. Sebab takut teramat sangat. Ana check result menggunakan telefon melalui SMS.

Semak keputusan PMR menggunakan telefon :

Check SMS: Type PMR [IC Number] [Angka Giliran] and send to 15888 Example: PMR 980310035879 AZ005W055 send to 15888

Semak keputusan PMR secara online :

http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Tekan pautan dekat atas, boleh check dengan senang!

Tapi sekarang tak boleh lagi, try esok ya dalam jam 10-11. Selamat Berjaya!

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Credit : Sumber
May 27, 2013

Lelong Lelong Lelong !

by , in
Cik Kak, meh sini ! Lelong Lelong Lelong, Tudung murah-murah, stail terkini, labuh sehingga menutup dada, warna pelbagai jenis, awningnya pun keras dan bentuknya sempurna untuk dipakai oleh semua jenis muka.

Cik Kak ! Dress ada, skirt ada, seluar (versi aladin) pun ada, sesuai dipakai pada waktu santai ketika berada di dalam rumah dan tidur. Harga murah dalam pelbagai warna, kain high quality, InsyaAllah tahan lama !

Perghhhh, macam promoter pulak, takdelah sampai macam tu sekali. Apa kes dengan tajuk ni ? Mak Azhunk ade bukak bisnes kecil-kecil sharing dengan kakak, jual tudung, baju melayu, blouse, dress, seluar dan banyak lagi.

Tadi diorang buka gerai dekat Pasar Kuala Besut. Siapa kenal tempat tu sila angkat tangan ! Haha, kebetulan Azhunk ade time free tadi, pergi lah jugak, tolong jaga anak sedara je.

Itu sahaja cerita yang nak diceritakan pada kali ini, bukan main lagi tajuknya. Tapi mak and kakak azhunk tengah buat clearance sale, lebih kepada Lelong lah, kepada sesiapa yang berminat nak order online pun boleh juga.

Qualiti kainnya bagus jugak, kain ni ditempah jahit ye, so quality dia memang tinggi berbanding tudung biasa. Dekat bawah ade beberapa sampel produk. Nak keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Azhunk, iaitu orang ketiga melalui fanpage Azhunk World.    


Pattern & Design tu ada banyak lagi, kalau nak tengok lebih banyak bolehlah add dia punya tauke

             
August 27, 2012

couple

by , in
Teman Istimewa ? Semestinya semua orang tahu apakah ini. Kamu tahu tak ? hah tahu ? ok apa dia ? hihi.

Teman Istimewa ini selalunya diberi nilai lebih daripada kawan mahupun kawan baik. Atau kebanyakan orang zaman sekarang menggelarnya buah hati/kekasih hati/girlfriend/boyfriend. Sudah ngerti ? Good =D

Ada banyak tujuan para manusia menjalinkan hubungan ini seperti


  • Tempat luahan perasaan
  • Untuk memuaskan nafsu
  • Untuk mengisi masa lapang
  • Untuk suka-suka
  • Untuk dijadikan Isteri yang sah
  • Untuk menjaga status
Dalam banyak-banyak di atas. Kalian yang mana satu ? heee ~

Untuk menjaga status? sememangnya konfius sedikit apabila Azhunk tulis begitu sebab apa kena-mengena dengan kapel kan ? Hubungan ni Azhunk sebut sebagai kapel. Tak kisahlah eja gimana :). Kembali ke topik tadi. Menjaga status? Ok. Selalunya golongan yang handsome-handsome/cantik-cantik. Mereka nak jaga status mereka selalunya. Mesti mereka akan mencarikan seorang pasangan
#Malulah kalau orang top takde kekasih#

Ape-ape pun. Firstly Azhunk nak beritahu yang Azhunk belum pernah ada pengalaman dalam hal-hal begini tetapi pada hari ini Azhunk nak berkongsi sedikit informasi berlandaskan tips-tips yang diberikan oleh beberapa kawan Azhunk yang sudah berpengalaman.

Dalam berkapel ni. Ada batas. apabila sebut pasal batas berkapel.. Semua orang tahu je kan ? Tapi korang aplikasikan ke tidak ? Apa batas yang kamu semua tahu ?

  • Tidak boleh sampai melarakan
Melarakan ? Apa yang kalian mengerti tentang melarakan ? Pernah tak kalau duduk rumah tu rasa rindu akan si dia. Rasa nak je dia ada di sisi. Or sentiasa ada dia dalam fikiran ? Ataupun di sekolah.. Asyik duk fikir nak main mesej dengan si dia sahaja. Pada masa tersebut.. Kamu ingat akan Allah tak ? Azhunk gerenti lah tak akan punya ingat akan Allah melainkan orang tersebut ingin dijadikan isteri bagi menambah umat Islam di bumi.
  • Tidak boleh bersentuhan sesama bukan muhrim
Yang ni pula. Azhunk tak tahu nak terang gimana tetapi sesiapa yang rasa dirinya Islam tu memang bodoh. bodoh teramat sangat. Kalau diajukan soalan mengenai apa hukumnya bersentuhan lelaki dan perempuan ? Semua tahu jawab even non-muslim pun tahu. Tetapi kenapa masih melanggar ?

  • Tidak boleh berzina sama ada mata/hati dan lebih-lebih lagi kemaluan
Zina ada banyak kategori jadi kita haruslah berwaspada ya. Yang pasti semua jenis zina ni tak baik dan haram. Yang Azhunk maksudkan berwaspada itu adalah kita kena kenal pasti adakah perbuatan kita sekarang adalah zina ? Adakah tergolong dalam kategori zina ?

Tiga tu yang penting. Yang di atas ni kalau berlaku kepada kalian. HUKUMNYA HARAM. Sekali  lagi ye Hukumnya HARAM.

Itu saja :) Entri ni bukan tips untuk kapel dan juga bukan syarat-syarat kapel dengan sah. Tetapi entri ini adalah informasi saringan sahaja tentang kapel. Azhunk tak sokong kapel dan Azhunk tak suka tengok orang kapel.

beberapa ayat boleh mengubah dan menggugat pemikiran anda :) Sila layan dekat bawah.

Kamu kapel-kapel ni.. Memang dijaminkan akan berkahwin ke? Ingat ~ Janji manusia bukan janji ditepati. Seringkali tidak ditepati.
Yang kaum adam ni.. Ade girlfriends-girlfriends belaka ni dah pasti ke sudah bagus sangat untuk menyara seorang Isteri? Mendidik seorang Isteri ? Adakah kamu dah betulkan diri sendiri sebelum nak libatkan orang lain ?
Kalau kamu mati masa nak berjumpa dengan pakwe/makwe. Agak-agak mana tempat kamu di akhirat kelak ? Wallahu'alam. Kalau kamu mati semasa duk bergayut dengan pakwe/makwe.. Adakah mati dalam iman ? Adakah Allah ada dalam hati kamu semasa tu ?

Senang nak kata. betulkan niat kamu semua :) Yang pasti Kapel ini sebelum diakad nikah HARAM. tetapi selepas diakad nikahkan sah lah :) Jangan ingat couple ni sebelum kahwin sahaja :) Selepas pun ada tau :}

Assalamualaikum.


August 13, 2012

Syoknya PTPTN

by , in
PTPTN amat sinonim dengan pelajar universiti. Kebanyakan pelajar menggunakan khidmat PTPTN bagi membiayai pelajaran mereka. Tapi masalahnya.. apabila nak bayar ni kadang-kadang menjadikan beban jugaklah kepada sesetengah individu :P

Kenapa syok ? Sebab berdasarkan berita harian yang Azhunk ter'layan' tadi. PTPTN akan automatically akan menjadi biasiswa sekiranya anda memboleh result tahap kelas pertama :) InsyaAllah dengan cara ini.. Sedikit sebanyak akan membantu sesetengah golongan dan menaikkan semangat pelajar untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang :)

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.

Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini. 


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi. 

Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan. 

Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik. 

Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin. 
Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.

Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan.



Sumber : berita harian

Menurut Azhunk.. bantuan sebegini memang wajar diberi sebagai penghargaan memperoleh kejayaan cemerlang :) InsyaAllah Malaysia akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai belaka ;)


July 06, 2012

Isteri Solehah

by , in
Sudah lama sekali Azhunk jarang berkongsi informasi-informasi berguna sebegini. Mungkin sedikit sebanyak entri yang Azhunk karangkan kali ini menyumbang manfaat kepada para wanita yang bergelar/bakal bergelar Isteri tidak lama lagi.
Isteri Solehah ? Isteri Solehah ini banyak erti dan kategorinya. Bagi Azhunk lah, antara kategori solehah ini adalah Isteri, Anak Perempuan, Ibu dan Wanita. Manakala lelaki pula dipanggil Soleh, sesuai digunakan digunakan untuk Suami, Anak Lelaki, Ayah dan Lelaki. 

Kalau kita tengok sekeliling, orang yang digelar solehah ni selalunya orang yang lemah lembut, sopan santun dan pemalu. Manakala perempuan yang agak kasar, bersuara lantang tidak digelar solehah. Sebenarnya tidak salah menilai sedemikian, tapi untuk mengukur tahap ke'solehah'an seseorang, ia tidak sepatutnya dinilai sedemikian.

Solehah sebenar beerti seorang perempuan yang menzahirkan perbuatan, percakapan dan perasaan yang baik.

Di sini Azhunk nak share beberapa informasi yang mungkin berguna buat kalian ;)

Solehah sebenarnya-benarnya adalah wanita yang melakukan sesuatu untuk keredhaan suami dan Allah. Seperti yang kita dah tahu, Perempuan adalah secantik-cantik perhiasan. Jadi mereka dicipta untuk menjadi perhiasan buat suami mereka masing-masing. Bukannya untuk ditatap umum.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : 
"Apabila seorang perempuann mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai" (Hadis Riwayat Ahmad)

Lihat, betapa beruntungnya perempuan. Bagi Azhunk hadis di atas sudah cukup lengkap mengenai tips/cara untuk jadi wanita/isteri solehah. Kalian cuma perlu uraikan lagi maksudnya.

Aurat hendaklah dijaga, Azhunk ada buat entri berkaitan Aurat wanita, Boleh layan, [TEKAN]

Berdasarkan apa Azhunk tahu, Isteri jangan sesekali menyakiti hati suami, walaupun sedikit sahaja hati suami terguris, jaminan syurga tiada untuk si isteri. Sampai di sini sahaja, Syukran Jazilan kerana sudi membaca entri cukup simple ini.

June 08, 2012

Cara Daftar SAYS.my

by , in
Jana Duit Online ? Perkataan ni selalu kita dengar kan ? dan apa selalu kita kata akan perkataan ni ? "Tipu je tuu ! Mana ade dapat duit secara online, dengan online saja" Azhunk pun kata begitu dulu. Ni bukan nak iklan atau ape, hanya nak buka ruang untuk para onliner di luar sana, yang online setiap hari tu.

Balik sekolah terus online, Balik sekolah terus update blog, apa kata korang try sendiri ? sekurang-kurangnya dapat juga duit. Walaupun tidak banyak, tapi dapatlah juga bak kata pepatah "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".  

Korang tengok tu gambar atas sekali entri ni ? Hah syarikat pengiklanan secara online, Says.my. SAYS ni baru sahaja ditubuhkan, sebenarnya ia adalah syarikat yang dulu ade website yang nama YouthSays. Nak baca lebih lanjut ? TEKAN SINI

Baiklah Azhunk taknak cakap panjang, jomlah korang join SAYS sekarang ? Azhunk join dah lame tapi aktif selama 3 hari tapi dah dapat hampir 20 ringgit ! tak caya ? bukti dekat bawah..

Cara-cara untuk mendaftar ;)

Mula2 TEKAN SINI

Pergi bawah sekali dan tekan Create A New Account dan pilihlah nak login guna Facebook ataupun Twitter.

Setelah selesai boleh pergi ke Recommendations Tab ye dan pandai2 lah korang share.

Cara-cara share haruslah berhemah, jangan memaksa kerana orang lain akan rasa meluak nanti. Hah ! dalam business ni, kita share link , kasi orang click dan satu click akan ade harga tetap dia ;D dan akan ditransfer ke akaun SAYS kita. Selalunya satu click 20 Sen. Cukup RM50 boleh cashout, dia bank inkan terus ke akaun bank kita, dan yang bestnye ! Duit kita diupdate setiap satu jam orang menekan linknya. Jadi cepat kita tengok kenaikan duit , bersemangat lah kita nanti !


Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang !


January 28, 2012

Andai Aku Mempunyai Sayap

by , in

Sayap? sepasang organ yang membolehkan haiwan seperti burung dan serangga terbang =D Bagaimana cara nak terbang menggunakan sayap? Dia membuka lebar sayapnya dan mengibas kedua2nya untuk menampung berat badannya =D

Cuba bayangkan bagaimana rasanya ade sayap macam gambar di atas ? Nak pergi ke mana2 terbang aje, senang kan ? Dah la best ! Masa kecik mesti berlaku situasi di bawah

Kenapa burung ada sayap, aku takde ? tak adillah ! kan best kalau aku ade sayap ;(


Kalau aku ada sayap, boleh terbang ke mana mana sahaja yang aku nak *Imagine duk terbang menggunakan sayap*


Haha jangan fikir gitu, Ade sebab2 tertentu kenapa Allah tak bagi kita mempunyai sayap ;D Allah Maha Adil, jangan kita persoalkan ketentuan Ilahi. Cuba korang tengok, kita tanpa sayap, ape yang burung lebih dari kita ? Terbang? Fikir logik, kita pun boleh terbang jugak.

Pergi beli tiket kapal terbang and terbang lah ! haah same je methodnya kan ? ape lagi, gerak laju ? kita leh gak, naik je kenderaan, kereta or motosikal.

Lagi2 ? Berenang ? tengok Feri/kapal/perahu belambak tuu, kita boleh berenang merentasi air bila2 masa sahaja yang kita nak =D

Kerana kita mempunyai satu benda yang hidupan lain takde, iaitu Akal.

Kita ada akal, jadi janganlah rasa kekurangan dalam diri =D Sebenarnya kita lah yang lebih segala2nya berbanding hidupan lain =D

Wah emotional pulak penulisan aku ! hahaha .
January 26, 2012

Sup Belut - Yummy

by , in
Alamak ! Sup belut ? pernah dengar atau tidak ? hahaha ! mesti pernah kan? Soup tu antara sooup tersedap tau selain daripada sup ayam, sup cendawan (eh kategori same ke?)

Entah !

Haha, pada suatu hari, Azhunk ade berjalan2 Kota Bahru bersama Hafizul, Hafizan, Fieqah ayah dan mak ;D , tak ingat dah tujuan ape, shopping kot. hahaha.. Then mase nak balik,

Perut berkeroncong duk berbunyi *krooohhh* *krooohh* , lapor gamaknya. Pastu singgahlah dekat sebuah restoran, restoran ni terletak di ermm, opposite Wakaf Che' Yeh, Wakaf Che Yeh ni terkenal jugak sebab dia macam kedai ! hahah memang kedadi pun apelah aku merepek ni.

Pastue singgah, then my father asked the waiter,

"Sup belut ada tak dekat sini ?"


"Ada *sambil senyum kambing"


Hoohohoh then terus wat order sup belut 2 orang makan, guess what ? aku je yang habiskan semangkuk aka seekor belut ! Orang lain duk layan Ulam, Tom Yam, etc.


Percaya tak ? nak habiskan semangkuk tu bleh membuatkan korang rasa nak muntah best !

Hahaa kakakku yang nak sangat orang ambil gambar, jadi Azhunk snap SATU je gambar dia wkakakaa

Urggghhh* okay dah habis makan, ce korang tengk tulang belut, ade iras2 tulang ular tak ? hati2 makan kot2 tertukar kanggg xD

For your information, Azhunk memang tak suka belut, dengar je dah rase geli , terbayang2 ular ! tapi selepas makan kat sebuah restoran yang menyediakan sup belut agak sedap ! nak tahu dekat ane ? Pasir Puteh kalau tak silap, lepas makan dekat situ, terus Azhunk suka sup belut =D

And for your information again, Belut aka nama saintifiknya Monopterus albus ni bukan sejenis reptilia okay ! ia adalah tergolong dalam golongan ikan sebab dia ada insang, dan hanya boleh hidup di dalam air =D

So jangan duk ragu2 lagilah kalo nak makan tuh ! Belut ni banyak khasiatnya terutama pada kandungan protein..

Baik untuk kelancaran darah dalam tubuh dimana kandungan didalam belut mempunyai protein yang tinggi lebih kurang 68%. Dan ianya amat baik untuk tenaga batin lelaki. Kesannya ia dapat memanaskan badan dengan kadar yang segera selepas mengambilnya.


Belut juga terkenal di Korea dan Jepun , jadi tak mustahil lah kulit diorang yang paling tinggi qualitinya kan ? ce korang letak tangan korang tepi tangan orang korea, mane lagi putih ? mane lagi licin ? mane lagi sihat ? Hahah

Jadi dekat sini juga boleh dirumuskan belut bagus juga untuk kulit, ce korang pegang belut hidup, berlendir kan ? hihihih lendir dia tu kot yang bagus.. and ade orang kata darah belut ni merah pekat, bagus tau !

Belut ni boleh dimasak dengan pelbagai resipe, mengikut keinginan kita lah, ade orang tu goreng, ade orang tu masak merah, ade buat sup ;D
January 21, 2012

What The Shit !!

by , in

Assalamualaikum, maaf tajuk entri kali ini agak kasar haha =D Sebenarnya sedang asyik Azhunk duk check traffic and earning dekat nuffnang, tergerak pula hati nak tekan KeyWords.

Apa fungsi keyword dekat nuffnang ? Keywords berfungsi sebagai kata kunci. Kata kunci di sini bermakna ayat atau perkataan yang orang cari matched dengan ayat atau perkataan yang ada dekat blog/entri korang.

Sebagai contoh, cuba korang search dekat google

"Tips Merentas Desa"

Ade keluar ke tak senarai blog ? keluar kan dan try tengok ade tak blog Azhunk dalam salah satu senarai itu? Kalau ada, try korang tekan dan baca entri Azhunk buat itu, ade Azhunk tulis Tips Merentas Desa kan ? Boleh tengok dekat ENTRI INI.

Baiklah , sekarang kita sambung cerita pulak, hah tadi Azhunk check keyword, dan Azhunk terjumpa satu keyword

"Maksud Shit"


AMARAN : Sekiranya tengah berada di hadapan makanan atau tengah santap ape2 jangan teruskan pembacaan. =D


Azhunk tahu perkataan shit ni menjadi trend orang zaman kini terutamanya orang barat, contohnya mereka akan kata

"What the shit !"
"Shit!"


Dan ayat ini menunjukkan ekspresi marah bagi diorang ataupun terkejut dengan sesuatu perkara.

Kalau ikut maksud sebenar shit ialah TAHI , NAJIS atau kata seertinya adalah Faeces beerti Najis.

Jaid ni bermakna shit bukan perkataan yang membawa makna lucah ye.. Sebab ade sesetengah orang ingat shit ni beerti lucah atau benda sama maksud dengannya hohoho ..

Jadi itulah makna sebenar shit =D Harap anda tidak tertukar ! Dan jangan guna sangat contoh ayat tu, sebab ia agak biadap bagi Azhunk.
January 19, 2012

Apa Itu Mentaliti Malaysia ? #1

by , in




"Malaysia?? Apa itu ?" Well..Boleh dikatakan majoriti pnduduk bumi ni,TAK KAN cakap macam tu negara tu dah lama termasyur di dunia, sejak zaman Dr. Mahathir lagi . And the most special feature about Malaysians(rakyat malaysia) is their muhibah (Melayu+Cina+India).TAPI the worst thing about Malaysians yang most of them kongsi adalah MENTALITI -rujuk gambar kat atas

    Encik A : "wehh.kau tahu tak bangunan KLCC tu bentuk macam apa?aku nampak macam pelik jerr.lagi satu,duit satu ringgit yang ko guna hari-hari tu.dekat wau ada bentuk tiga segi mata satu"
 
    Encik B : "lame sangat kau ni.itu lah lambang iluminati.kalau kau nak tau, kat duit biru tu jugak ada gambar binatang anjing dewa,,fahaman sejati freemason .sahhh!! ini semua konspirasi!! Malaysia negara freemason!!selamatkan Malaysia daripada dajal ! !"

 Shit.freemason and illuminati ,,what are them actually? boleh ke haters2  terangkan apa maksud shit-shit berdua ni.okeyy.memang tak dapat dinafikan,the world orders-gagasan untuk menguasai dunia direncana oleh shit-shit tu.dan apa yang umat islam paling takutkan .dajjaallll!! si pembawa fitnah terbesar huh..tapi kebanyakan muslim(s) sendiri tak sedar bahawa samada freemason dan iluminati ditentang atau tak,dajal tetap akan muncul dan dunia tetap akan kiamat. dan bagi yang cakap Malaysia ni negara dajal atau sewaktu dengannya jawapan ada kat bawah                  
                   



                   -
                   -
                   -
                   -



Malaysia,Singapura,Qatar atau Arab Saudi sekalipun semuanya dah dijajah dikuasai oleh the new world order .bukti .. boss kepada 'bosses' bahagian kewangan dunia ni dikuasai oleh keluarga Rosters.huhh?siapa tu?'abang besar' bagi shit atau lebih tepat digelar sebagai 'Bishop' .nilai bagi kewangan pada hari-hari mendatang ni tersangat2 besar.siapa poket tebal,dia hidup mewah,dihormati or whatsoever.PBB ,Unicef,Unesco, dan badan2 utama dunia yang lain.hampir semua dikuasai oleh shit.agak mustahil bagi sesebuah negara untuk tidak menjadi sebuah 'negara freemason atau illuminati' pada masa ni(dan mungkin akan datang)



Kesimpulannya,apa yang cuba saya sampaikan ialah :::: jangan bazirkan masa untuk mentaliti sebegini.freemason,illuminati dan seangkatan.even 5 tahun tanpa henti kita buat research tentang mereka,belum tentu dapat cari siapa ketua sebenar diorang .lagi satu,hentikan pemikiran yang  suka judge sesebuah binaan atau simbol yang ada kaitan dgn freemason dan illuminati as for kita kena terima hakikat,mahu tak mahu ,satu dunia dah dikuasai dengan 'konspirasi'. paling penting utk muslims sentiasa ingat,dajal is 
approaching soon, kiamat is coming  later dan kematian itu suatu kewajiban . bagi umat Islam ,tingkatkan IBADAH anda,diriwayatkan daripada Ibnu Majah ;

                                          

                                      Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak 
                                mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya.”



January 13, 2012

Amin dan Yusriey

by , in


Harap2 ejaan nama tuh betul, haa ! ape kene mengena ngan dorang ?!?! , tadelah.. diorang nak Azhunk vectorkan muka dorang ;D

Jadi Azhunk buat vector menggunakan excel... Harap maaf kalau tak jadi sangat ! At least kita mencuba dan berlatih =D Harap2 dapat tingkatkan lagi prestasi !
January 09, 2012

Practice Makes Us Perfect

by , in

Hari ini Azhunk nak bincangkan statement "Practice Makes Us Perfect". Ayat tu amat betul dan apa yang perlu kita buat untuk realisasikan adalah, dengan mengamalkannya, bukan hanya tahu dan sebut sahaja =D.

Baiklah , Practice Makes Us Perfect ini kalau dalam bahasa melayu bermaksud Latihan Membuatkan Kita Sempurna. Chewah macam kamus dewan edisi ke-4 pulak Azhunk ni xD. Jadi kalau korang nak buat sesuatu korang perlulah berlatih banyak2 !

InsyaAllah jika korang terus berlatih, korang akan dapat menyempurnakan lagi apa yang korang nak buat. Jom kita tengok hasil latihan Azhunk selama seminggu =)

Ni mase Azhunk mula2 belajar cara nak buat doodle/ melukis menggunakan Excel, ;D belajar dari akak daniani.

Mase ni Azhunk bajet pandai buat vector, juga tiru dia punya shading dari profile picture akak daniani (Okay pecah tembelang)







Korang boleh nampak tak perbezaan gambar2 di atas .. Semua ni hasil latihan yang Azhunk buat dengan bantuan pertolongan sifu2 dekat group WeLoveArts =D

Korang yang first time dengar Azhunk lukis guna microsoft excel mesti tak percaya or kata Azhunk tipu kan, tapi percayalah ;D haha , Azhunk mula2 dengar terkejut, Azhunk ingatke excel software yang lain ...

Jangan risau ! Azhunk dah sediakan tutorial basic untuk melukis menggunakan excel ;D korang boleh layan video di bawah.

Kalau masih juga tak faham boleh bertanya dengan Azhunk ;D .. Kalau korang tahu basic, InsyaAllah akan dapat buat yang lain2.

January 07, 2012

Kelantan VS N. 9

by , in
Hah malam ni kan bola arkk , sape2 yang berminat tu pergi tengok lah yee ;D Tengok secara langsung/live dekat TV1, Kelantan vs Negeri Sembilan.

Bagi pendapat Azhunk, ramai sangat penyokong kelantan berbanding negeri sembilan, sebab dekat facebook Azhunk majoriti orang duk meng'post' pasal kemenangan Kelantan. Red Warrior la katakan .. haha !

Tapi Kelantan boleh tahan lah, sebab dia first menjaringkan gol. Then tak smpai beberapa minit, Negeri Sembilan dapat menjaringkan gol penyamaan, jadi 1-1 :L. Hooray !

Okay dah habis dah bola, dan tahniah kepada Negeri Sembilan sebab telah menang,okay ayat super simple. 2-1 . Tentu orang yang baca post ni nak tahu result bola je kan, k Azhunk nak letak keyword.

Keputusan Kelantan VS Negeri Sembilan adalah 2-1 . Negeri Sembilan menang !

Effa Owana pemain import dari Ghana telah menjaringkan 2 Goals untuk Nogori !

Maklumat dari incit hakimie ;L, kalau ade tersalah, maaf!
December 31, 2011

2011 Is Turning 2012

by , in
Alhamdulillah, Azhunk bersyukur sangat sebab dipanjangkan umur dan pada tahun 2012, Azhunk dah 15 tahun =DD. Untuk meninggalkan tahun 2011 amatlah susah buat kita semua, sebab ada banyak sangat kenangan ! kan3.

Ape2pun insyaAllah tahun depan lebih banyak lagi kenangan manis =). Azhunk nak beritahu azam Azhunk pada tahun hadapan

Hamba yang bertawakkal kepada Allah

Taat kepada perintah dan hindar larangan Allah

Sentiasa melakukan perkara yang wajib

Lebih tahu mendalam hal2 agama

Ada keluarga yang bahagia

Semua sayang dekat Azhunk

Dapat jadi antara pelajar terbijak

Cikgu sayang

Kawan sayang


Okay itu saja =D Amin !!!!
November 07, 2011

Menyamar Jadi Lyssa

by , in
Wah ! Terkejut betul Azhunk bile tengah2 ronda2 dalam facebook terjumpa lah !

Jumpa ape ? uhmnn.. ADE ORANG MENYAMAR JADI LYSSA ! Tak tahu lah dia menyamar or apeehh tapi korang leh tengok gambar dekat bawah ! Memang sial lah OOps ! haha

TEKAN GAMBAR NAK TENGOK PROOFILE DIA !
Sorry ? Azhunk tak baik cam Lyssa, dia walopon gambar dia sendiri kena curik.. Dia just marah2 kat entri tu takde sampai kasi link user an ? Tapi Azhunk walopon terkena kat kawan, Azhunk akan terus kasi LINK PROFILE dia ! Kalau nak add dia, add jelah ! Leh korang godek2 ngan dia haahah !

Okay Azhunk mula2 tak caye gak then tanye kak Lyssa arh nak confirmation !



Okeh ! Ni je entri kali ni.. Nak sampaikan mesej kepada orang tu lah ..

Kalau nak menyamar pun kan , jangan pilih orang seagama, sebangsa, senegara ! Sama sahaja menjatuhkan maruah masyarakat negara sendiri. Tak malu ke kalau tersebar yang kau ni menyamar ? Eii haha ! mesti muka kau tak pernah puaskan hati kau sebab tu kena menyamar bagai nak wat Facebook KAN ?


Maaf jika mesej lam entri ni keterlaluan, Assalamualaikum !

Post Top Ad