Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
January 31, 2012

Study Sambil Layan Kopi

by , in

Sekarang dah bz je memanjang sejak jadi mangsa PMR.. Baiklah Azhunk kena kurangkan bermain komputer kalau nak capai target 9A's PMR nanti >:D

Oklah nanti nak jarang2 dah on.. :( konferm rindu korang yang selalu baca blog Azhunk.. (ade ke org selalu terjah entri Azhunk ? )

Humm.. mungkin takda.
January 30, 2012

Vector Dah Siap

by , in
Fuhh, letih.. letih ke? tak sangat hahah ! Oklah tempahan untuk cik Awyn Wiwin dah pun siap ! Suka jugak berurusan dengan beliau , tak banyak kerenah haha =D. All were going smoothly je.

Azhunk design vector ni setelah balik sekolah tadi, takde benda nak buat so , download gambar yang dia attach dan setart mendesign menggunakan Microsoft Excel 2007 !

Mula2 gambarnya, Azhunk buat baju warna kuning hahaha sebab baju asalnya warna kuning dan berbunga-bunga, tapi Azhunk skip bunga-bunga. Then bibir dia tersalah buat merah sangat hahah ! cam gadis melayu terakhir pulak pada mulanya..

Then dia nak warna baju lain, bibir dan kasi nampak tengkuk ! alhamdulillah Azhunk tak tutup lagi Microsoft Excel, jadi boleh buat renovation dekat situ haha dan resultnya macam di bawah =D

Okay itu sahaja, kalau ade sesiapa berminat nak buat tempahan, boleh ke page Tempahan ye =D Banner cik Aisyah ngan Design full blog template lom settle ag ! hohoho =D akan kusiapkan minggu ni insyaAllah,

walaupun Exam, kena pandai bahagikan masa ! ok malam ni tak on ;"(
January 29, 2012

Study Study Study

by , in

Alahaiii, penatnya jadi mangsa PMR neehhh ! Semuanya kena konsisten markah tinggi .. Ape2 pun best sebab ni dah bermakna kita dah semakin growing up hohoh =D nanti PMR, then SPM then masuk Universiti, then Kerja, pastu menjalani kehidupan seperti biasa =D Beribadah kepada Allah, dan akhir sekali mati hoho..

Study Study Study ! Ape yang Azhunk perlu buat sekarang adalah study. Jadi nak suh ingat lah kena study, Azhunk buatkan satu doodle comel tengah mengulangkaji pelajaran aka study tuh =D

Baju dia warna hijau sebab Azhunk suka hijau kan =D

Azhunk tengah menjalani peperiksaan TOV ( Test Of Value ) sekarang, harini baru siap paper BM 2, BM 1 dan SC 2.

Esok paper ape ? BI 2 , BI 1 , PAI.

Oklah malam ni kena study teruk gile ! nak tahu kenapa? Azhunk tak bace pun lagi NOVEL ENGLISH ! OMAIGODDD. and nota literature form2 yang lepas taktahu dah hilang kemana :L ngeri nih ! and satu lagi, STADI PAI .. tahu2 lah PAI hhaha =D tanpa study, apelah sangat markah akan kita perolehi hohoh..

Oklah itu sahaja entri kali ini =D jom study bersama Azhunk ?

Haaa baru ingat ! Kepada sesiapa sahaja yang baca entri ni, tolong doakan kejayaan Azhunk ok ?

*Saya berdoa agar Azhunk dapat menjawab setiap peperiksaannya dengan betul dan tepat*

Syukran Jazilan wa Ilalliqo' !
January 29, 2012

Dua Tempahan Dah Siap

by , in
Alhamdulillah, sebenarnye dah lame siap buatkan header dan animated banner untuk dua orang insan yang mulia ni sudi membeli khidmat design Azhunk =D. Terima kasih sekali lagi yahhh sebab berurusan dengan Azhunk !

Azhunk suka dengan mereka berdua sebab tak banyak karenah sangat =D Takdelah sampai menyusahkan sampai kena wat balik semula haha ! just adjust2 skit jee.. Oklah jom terjah blog diorang ? =D klik gambar dekat bawah yee !




January 28, 2012

Freebies Scroll To Top

by , in
Haii , harini Azhunk dengan senang hati buat freebies untuk korang semua yang selalu terjah blog Azhunk ! Freebies kali ini adalah, Freebies button back to top ataupun Scroll To Top Button =D

Sebelum korang ambil, bolehlah follow dan like fanpage Azhunk World =D heee nanti senang korang nak ambil freebies yang akan datang, ye dakk ?

Azhunk buat freebies ni berbentuk Kapal Terbang, comel tau ! Azhunk buat guna Microsoft Excel 2007 sahaja =D

Macam-macam warna ada, ade warna Oren, Kuning, Hijau, Biru, Pink, Purple

Oklah !

Kalau dah ambil tu sila beritahu yee ! =D Syukrannn


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrGTchqXXnzFesEcVNDXYZRDMSwFHxvaf568UqCuUTfWXoiZUTN0cALrRO0PZirYaPf1uznFA_VSeOgKUH33ReQVD-jP-D1KmO3ciDjpeqRNH4XaPAXq_ytwz-DPvl8GAjghM6me3WTfg/s1600/Top+Yellow.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoh5ambchAbP5t7TlkgTvVT7RyEiXP9maXjeDTuZmla3jXzK0QcTrmy10kgRUs46mKxJ3SQv90IFipaE2YdnK2VvpWGngiCNSdY-nHbQ1S5dIW2cltjddM_wsQ7qrUeiQyMmOEWoGnXsI/s1600/Top+Red.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYEkcqEQSspRFjbjeXWt3xDGLftaVRj7FClUKMHAJvfT0lGl9n4fqGp1gYAo5vRH_h7MwHRiIbMO6VEuvidxHmgCJf3_7gOGjC2M9YRvxsyGxn5YtN5S3BvT6nnWj56nPWtMJQnfoCjs0/s1600/Top+Purple.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtJEMaaGzBEOUdYuNBiAdM2MkwUj85MmgtGbOWJmsva4fpFeo7m4uxwCJT8MZ9WXZrfw3UZEATPMW0tma1Gk5UT3HbAmg5bgmBL-2cQqib2ENYxf7NaLWTh0lVq2mZbGLEw3ticcEKps0/s1600/Top+Pink.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXglKXVZXUWCf7PPVKWQENCg_877DvJST4T0HclJ1IwCCYR1xUbMVDfLB8G8XuOVymYwnL0IX5WP3xbzzltESJb93xBsR9eg1v6hEMKsZuSHiQxipAw0NOpWwM9a3wS8IFWrhICxfHAuk/s1600/Top+Green.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXKS9eEt14Zbx9-J6cEnXwhyIWB4QAjY8diJE5phx-ciwNmvYcC0LyvG_FFfZFg42GS_oipnAihJce_WU_PkMkUny5TZd_N5kEH3kH03xcy-M7j4fnyopYCIa78M5FDearbnpeqW0vOwk/s1600/Top+Blue.png


Cara nak pasang button to top ?
Dashboard >> Design >> Add a gadget >> HTML/Javascript
Pastekan kod di bawah =D Ubah perkataan dibold ye !
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js"></script><script type="text/javascript" >/***********************************************
* Scroll To Top Control script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library(www.dynamicdrive.com)* Modified byLyssaFaizureen***********************************************/var scrolltotop={
setting: {startline:100, scrollto: 0, scrollduration:1000, fadeduration:[500, 100]},
controlHTML: '<img src="GANTIKAN DENGAN URL GAMBAR TO TOP KORANG" />',
controlattrs: {offsetx:5, offsety:5},
anchorkeyword: '#top',
state: {isvisible:false, shouldvisible:false},
scrollup:function(){
if (!this.cssfixedsupport)
this.$control.css({opacity:0})
var dest=isNaN(this.setting.scrollto)? this.setting.scrollto : parseInt(this.setting.scrollto)
if (typeof dest=="string" && jQuery('#'+dest).length==1)
dest=jQuery('#'+dest).offset().top
else
dest=0
this.$body.animate({scrollTop: dest}, this.setting.scrollduration);
},
keepfixed:function(){
var $window=jQuery(window)
var controlx=$window.scrollLeft() + $window.width() - this.$control.width() - this.controlattrs.offsetx
var controly=$window.scrollTop() + $window.height() - this.$control.height() - this.controlattrs.offsety
this.$control.css({left:controlx+'px', top:controly+'px'})
},
togglecontrol:function(){
var scrolltop=jQuery(window).scrollTop()
if (!this.cssfixedsupport)
this.keepfixed()
this.state.shouldvisible=(scrolltop>=this.setting.startline)? true : false
if (this.state.shouldvisible && !this.state.isvisible){
this.$control.stop().animate({opacity:1}, this.setting.fadeduration[0])
this.state.isvisible=true
}
else if (this.state.shouldvisible==false && this.state.isvisible){
this.$control.stop().animate({opacity:0}, this.setting.fadeduration[1])
this.state.isvisible=false
}
},
init:function(){
jQuery(document).ready(function($){
var mainobj=scrolltotop
var iebrws=document.all
mainobj.cssfixedsupport=!iebrws || iebrws && document.compatMode=="CSS1Compat" && window.XMLHttpRequest
mainobj.$body=(window.opera)? (document.compatMode=="CSS1Compat"? $('html') : $('body')) : $('html,body')
mainobj.$control=$('<div id="topcontrol">'+mainobj.controlHTML+'</div>')
.css({position:mainobj.cssfixedsupport? 'fixed' : 'absolute', bottom:mainobj.controlattrs.offsety, right:mainobj.controlattrs.offsetx, opacity:0, cursor:'pointer'})
.attr({title:'Scroll Back to Top'})
.click(function(){mainobj.scrollup(); return false})
.appendTo('body')
if (document.all && !window.XMLHttpRequest && mainobj.$control.text()!='')
mainobj.$control.css({width:mainobj.$control.width()})
mainobj.togglecontrol()
$('a[href="' + mainobj.anchorkeyword +'"]').click(function(){
mainobj.scrollup()
return false
})
$(window).bind('scroll resize', function(e){
mainobj.togglecontrol()
})
})
}
}
scrolltotop.init()
</script>
January 28, 2012

Andai Aku Mempunyai Sayap

by , in

Sayap? sepasang organ yang membolehkan haiwan seperti burung dan serangga terbang =D Bagaimana cara nak terbang menggunakan sayap? Dia membuka lebar sayapnya dan mengibas kedua2nya untuk menampung berat badannya =D

Cuba bayangkan bagaimana rasanya ade sayap macam gambar di atas ? Nak pergi ke mana2 terbang aje, senang kan ? Dah la best ! Masa kecik mesti berlaku situasi di bawah

Kenapa burung ada sayap, aku takde ? tak adillah ! kan best kalau aku ade sayap ;(


Kalau aku ada sayap, boleh terbang ke mana mana sahaja yang aku nak *Imagine duk terbang menggunakan sayap*


Haha jangan fikir gitu, Ade sebab2 tertentu kenapa Allah tak bagi kita mempunyai sayap ;D Allah Maha Adil, jangan kita persoalkan ketentuan Ilahi. Cuba korang tengok, kita tanpa sayap, ape yang burung lebih dari kita ? Terbang? Fikir logik, kita pun boleh terbang jugak.

Pergi beli tiket kapal terbang and terbang lah ! haah same je methodnya kan ? ape lagi, gerak laju ? kita leh gak, naik je kenderaan, kereta or motosikal.

Lagi2 ? Berenang ? tengok Feri/kapal/perahu belambak tuu, kita boleh berenang merentasi air bila2 masa sahaja yang kita nak =D

Kerana kita mempunyai satu benda yang hidupan lain takde, iaitu Akal.

Kita ada akal, jadi janganlah rasa kekurangan dalam diri =D Sebenarnya kita lah yang lebih segala2nya berbanding hidupan lain =D

Wah emotional pulak penulisan aku ! hahaha .
January 28, 2012

Karikatur Or Doodle ?

by , in


Haha ape kebenda karikatur ngan doodle tu ? mengikut fahaman Azhunk, karikatur ni kepala dia besar tauu ! kalau doodle pulak , versi kartun, yeke ? kebanyakan doodle takde shading2 =D

Just sesimple as a simple cute cartoon !

ini pulak kata sifu Keri Ikhwan

"karikatur =muka manusia badan katun ... muka tu plak adalah lukisan yg sengaja ditonjolkan ciri2 khas muka seseorang sehingga kadang2 tahap melampau :) paham? tu mksud karikatur.. bukan muka kartun badan pun kartun. cmni lebih kpd dolly atau dudel... *maaf kalau salah"


Ape2 jelah yang penting semuanya seni ooohohohoo ! =D Peace !

Yang dekat bawah ni kot karikatur ?



goohoohho tapi muka fake ! karikatur dia muka vector tapi badan kartun dan kecik lagi molep ;D
January 27, 2012

Norhafizan Awang

by , in

Kenal tak dia sape ? hmm, tentu korang tak kenaiii ! sebab beliau cik Norhafizan ni bukannye retis, model, actor, or orang terkemuka popular sangat ;D hahaha ! sedap2 je aku tulis gituu..

Okay2, Beliau kakak Azhunk, yang kedua ! yang pertama bernama Siti Norhafiza.
Ape2 pun entri ni Azhunk nak tunjuk yang muka kakak Azhunk yang telah divectorkan oleh Azhunk sendiri menggunakan Microsoft Excel 2007,

Azhunk bukannye pandai sangat melukis guna excel ni, baru je terjebak dalam bidang ni tak sampai setahun tapi dah lebih sebulan ngeh3.!

Cara2 nak melukis, mendoodle, menvectorkan menggunakan excel adalah paling senang ! Sebab excel ni flexible, pelbagai warna ada, pelbagai shape leh wat, leh redo from the start, semuanyalah ! Best sangat =D

Oklah sampai disini sahaja entri kali ini =D
January 26, 2012

Sup Belut - Yummy

by , in
Alamak ! Sup belut ? pernah dengar atau tidak ? hahaha ! mesti pernah kan? Soup tu antara sooup tersedap tau selain daripada sup ayam, sup cendawan (eh kategori same ke?)

Entah !

Haha, pada suatu hari, Azhunk ade berjalan2 Kota Bahru bersama Hafizul, Hafizan, Fieqah ayah dan mak ;D , tak ingat dah tujuan ape, shopping kot. hahaha.. Then mase nak balik,

Perut berkeroncong duk berbunyi *krooohhh* *krooohh* , lapor gamaknya. Pastu singgahlah dekat sebuah restoran, restoran ni terletak di ermm, opposite Wakaf Che' Yeh, Wakaf Che Yeh ni terkenal jugak sebab dia macam kedai ! hahah memang kedadi pun apelah aku merepek ni.

Pastue singgah, then my father asked the waiter,

"Sup belut ada tak dekat sini ?"


"Ada *sambil senyum kambing"


Hoohohoh then terus wat order sup belut 2 orang makan, guess what ? aku je yang habiskan semangkuk aka seekor belut ! Orang lain duk layan Ulam, Tom Yam, etc.


Percaya tak ? nak habiskan semangkuk tu bleh membuatkan korang rasa nak muntah best !

Hahaa kakakku yang nak sangat orang ambil gambar, jadi Azhunk snap SATU je gambar dia wkakakaa

Urggghhh* okay dah habis makan, ce korang tengk tulang belut, ade iras2 tulang ular tak ? hati2 makan kot2 tertukar kanggg xD

For your information, Azhunk memang tak suka belut, dengar je dah rase geli , terbayang2 ular ! tapi selepas makan kat sebuah restoran yang menyediakan sup belut agak sedap ! nak tahu dekat ane ? Pasir Puteh kalau tak silap, lepas makan dekat situ, terus Azhunk suka sup belut =D

And for your information again, Belut aka nama saintifiknya Monopterus albus ni bukan sejenis reptilia okay ! ia adalah tergolong dalam golongan ikan sebab dia ada insang, dan hanya boleh hidup di dalam air =D

So jangan duk ragu2 lagilah kalo nak makan tuh ! Belut ni banyak khasiatnya terutama pada kandungan protein..

Baik untuk kelancaran darah dalam tubuh dimana kandungan didalam belut mempunyai protein yang tinggi lebih kurang 68%. Dan ianya amat baik untuk tenaga batin lelaki. Kesannya ia dapat memanaskan badan dengan kadar yang segera selepas mengambilnya.


Belut juga terkenal di Korea dan Jepun , jadi tak mustahil lah kulit diorang yang paling tinggi qualitinya kan ? ce korang letak tangan korang tepi tangan orang korea, mane lagi putih ? mane lagi licin ? mane lagi sihat ? Hahah

Jadi dekat sini juga boleh dirumuskan belut bagus juga untuk kulit, ce korang pegang belut hidup, berlendir kan ? hihihih lendir dia tu kot yang bagus.. and ade orang kata darah belut ni merah pekat, bagus tau !

Belut ni boleh dimasak dengan pelbagai resipe, mengikut keinginan kita lah, ade orang tu goreng, ade orang tu masak merah, ade buat sup ;D
January 25, 2012

Hana Tajima Lah !

by , in

Haha pesal pulak tetiba Hana Tajima neh ? Takdelah , semalam Azhunk ade lukis muka hana tajima =D then siap separuh aje !

Sebab banyak sangat homework,so limit main sampai jam 9 malam sahaja,then wat homework. Tapi hari ni balik2 rumah terus je open Microsoft Excel and sambung lukis ! Alhamdulillah siap jugak =D

Hana Tajima ni sape ? Hana Tajima ni fashion designer tahu ! Ramai sangat minat dekat dia sebab dia ade reka banyak fashion2 yang awesome ! dia international fashion designer =D Alhamdulillah Hana Tajima ni Islam ! Bukan asal Islam, tetapi dia peluk Islam ;D syukur kan ? Hana Tajima ni orang Jepun =D

Ada orang kata Hana Tajima dah kahwin, yeke? a'ah memang beliau dah kahwin =D tapi yang pasti Azhunk tak tahu dia kahwin dengan siapa dan bila dan dimana hahaha ! Azhunk tak siasat sangat hal2 Hana Tajima ni =D

Haa ! Satu lagi , Hana Tajima ni bestfriend Yuna =D Azhunk taktahu bagaimana Hana Tajima boleh jadi bestfriend Yuna kuaa2 ! haha.. oke2.

Hana: My name is Hana Tajima-Simpson, I'm 23, with a Japanese father and English mother. I have a pretty mixed background, both my parents are artists, so I grew up in a really creative environment. I didn't study fashion for that long, and although I am a self-confessed geek I never really got along with formal education. I didn't want to lose my love of designing, so I left the fashion course I was on. It's less of a contradiction than it sounds!


Kalau korang nak tahu lebih lanjut info(s) Hana Tajima, leh tekan link dibawah

BERPAUT +D

January 24, 2012

Siapkan Hari Ini

by , in
hurm, Sempena cuti 5 hari raya cina , guru Azhunk ada berikan banyak juga lah kerja sekolah. hahaha ! Azhunk buat post ni sebagai peringatan ;D kot2 tak teringat nak habiskan kerja sekolah duk sibuk online !

Sejarah - GLA bab 1 & 2
Sejarah - Nota bab 1, 2 & 3
Geografi - Nota 1,2
English

hahahah, yang sadisnya !

Kotak Pensil dan Buku Log Nota Sejarah taktau pah kemana, tertinggal dekat sekolah gamaknya :(,
January 22, 2012

Semakan Ke SBP 2012

by , in
Haa , semakan ke SBP Sekolah Berasrama Penuh secara online bagi tingkatan 4 dah keluar. dia panggil sesi 2012 kannn?

Keluar hari jumaat haritu ! lembab ar Azhunk ni, hahah 3 hari selepas keluar baru nak post.

Kalau yang tak boleh tu, boleh buat rayuan secara online ke SBP yee =D tekan je e-rayuan ade dekat website yang azhunk beri di bawah !

Ape2 pun bagi yang belum semak lagi tu ! boleh membuat semakan di pautan di bawah =D

SEMAKAN KE SBP (PMR)

Itu sahaja =D
January 21, 2012

Pangkat Pendakwah

by , in

Siapakah pendakwah ? Engkau atau aku ? Bagi Azhunk, kita tidak perlukan ape2 untuk menjadi daie. Apa yang kita perlukan adalah usaha sahaja. Pangkat akan diberi kemudian. Jika kita menyebarkan perkara Islam dengan benar dan tepat, kita sudah boleh digelar sebagai PENDAKWAH.

Subhanallah,
Sungguh indah agama Islam, Tidak perlu menghabiskan bertahun2 untuk mendapat pangkat. Satu saat sudah membolehkan kita mendapat pangkat sebagai PENDAKWAH.


<->
Di atas adalah status di Facebook AZHUNK WORLD
<->


Ayuh kita layan entri Azhunk kali ini pula. PENDAKWAH , apakah itu ? Menurut kajian dan penyelidikan Azhunk sendiri,

Pendakwah asalnya perkataan dakwah, dan dakwah adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud panggil, seru,. Jadi pendakwah pula merujuk kepada penyeru atau pemanggil kan ?

دعوة


Ye tepat sekali ! Jadi dakwah dalam Islam bermakna menyeru orang lain melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Walaubagaimanapun, terdapat perkara yang istimewa bagi agama Islam, dimana agama lain dan organisasi mahupun tamadun tidak boleh menandinginya. Iaitu pangkat.

Pangkat ini menunjukkan ketinggian darjat seseorang kan ? Bagi tuhan, manusia kaya dan miskin sama sahaja darjatnya, yang membezakan darjat seseorang bagi Allah adalah, keimanan seseorang itu terhadap Allah.

Cuba kamu fikir,

Untuk mendapat pangkat sebagai doktor - Berapa hari/jam/tahun yang perlu korang guna ?

Untuk mencapai pangkat guru - berapa banyak usaha yang kamu perlu sumbangkan ?

Tetapi dalam Islam

Untuk mendapat pangkat pendakwah - Satu ayat berkaitan "menyeru masyarakat supaya melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah" sudah memadai untuk anda mendapat pangkat itu.

Anda tidak perlu sijil kelayakan, yang anda perlu adalah menjadi seorang muslim !

Okay ape yang specialnya nak dibandingkan menjadi pendakwah dan guru/doktor ?

Commonly orang kata

"Mendakwah membazir masa sahaja ! kalau kau jadi doktor, dapat duit/gaji !"

Orang yang kata begitu salah sama sekali! Apa tujuan sebenar kita menjadi doktor ? Tujuannya adalah untuk :

- Mendapat Duit (Sudah tentu)
- Membantu masyarakat

Memang betul untuk dapat duit, tapi Azhunk nak tekankan lagi, apa tujuan kita nak dapatkan duit ? Heyy ingatlah wahai manusia, kita hidup di dunia ini hanya untuk mengumpul bekalan di akhirat sahaja !

Jika kita dapat duit, boleh makan, cari tempat perlindungan , melakukan ibadah ! ya ! MELAKUKAN IBADAH.

Tengok tujuannya untuk ibadah juga kan ?

Tapi cuba kamu fikir straight to the result,

Dakwah - berapa percent ganjaran di akhirat kelak ?
Doktor - berapa percent ganjaran di akhirat kelak ?

Mungkin perbezaan tu kerja di atas adalah sedikit tapi kita rujuk balik kepada usaha/tenaga/masa yang kita perlukan untuk laksanakan kerja2 di atas. Yang mana lebih berbaloi ?

See , siapa kata dakwah tidak penting untuk kita.

Islam adalah agama yang flexible , tiada apa yang membawa kebaikan dilarang, kecuali ianya mensyirikkan Allah, dan membawa keburukan kepada kita sendiri.

Tetapi ada tanggungjawab juga sebagai pendakwah, iaitu .. Kita harus memperbaiki diri dahulu , muhasabah diri masing2 ubah ape yang patut.. Apabila rasa bersedia barulah boleh sebarkan kepada orang lain !

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda
“Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:
”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?”
Maka ia menjawab:
”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
January 21, 2012

Happy Birthday Hariz!

by , in
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday,
Happy Birthday,
Happy Birthday to Hariz !


"Tiup 2 batang lilin tuuu dikk"

"fuhhh"

"Yayyyy ! Jom makan cake dikk !"

"Jom3"


Sebenarnya hari lahir dia 1/1 tapi Azhunk lambat buat post xD Sorry ! Jemput terjah entri hari lahir hariz tahun lepas ! TEKAN SINI

Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-2 kepada anak saudara Azhunk, Izz Hariz Danial Rizal. dia Panggil Azhunk dengan gelaran "Ayah Nick" / "Anick"

Hariz dah besar sekarang, nanti jangan lawan cakap mama ngan papa ye, anick sekali ;D mak , ayah , su kah, cik je, pak tam, a.ngah, pok do ermm sape lagi, okeh dah ckup ! hahaha. Dengar tu tahu =D Walaupun Hariz tak pandai lagi nak baca buku, tapi anick bangga sebab hariz bijak !

Umur 2 tahun dah pandai mengira, ABC , Alif Ba Ta , menyanyi =D















Hariz suka main bola tau ! Tengook koleksi bola dia, banyak kan ? hahaha ! umur 1 tahun dah ade lebih 5 bola, dia selalu ajak ayah, anick, su kah dan orang lain main bola ngan die..

"Anick ,jom main bola ? jom jom jom =D"


Layan jelah dia hahaha ! =D

January 21, 2012

Azhunk Hunk ?

by , in
Azhunk nak beritahu sedikit bagaimana wujudnya nama Azhunk ni. Sebenarnya name asal Azhunk ialah Mohamad Azhan Bin Awang, tetapi mase tu Azhunk darjah 3, baru belajar internet,jadi nak buat akaun Friendster.

Sebab dekat Friendster semua buat name nickname kan ? Fatimah jadi Fatty Acid, Salmah jadi Sally. Jadi Azhunk mintak tolong dengan dari kakak untuk carikan nickname untuk Azhunk, then my sister cakap wat name "azhunk" sebab name dia punye Hafizan -> Hiphyzank. ada "+nk" dekat belakang.

Mulai hari tulah Azhunk menggunakan nama perantaraan Azhunk apabila ingin membuat ape2 akaun secara online, tak kira akaun blog ke, tumblr ke, twitter ke, facebook ke ataupun laman laman sosial yang lain.

Yang Azhunk sedarnya, sekarang ade website AZHUNK. bukan website azhunk tapi website orang lain punye, dia kumpul pasal model2 lelaki hunks2 gitu. Jadi sekiranya korang search image / web "azhunk" dekat google, keluarlah result yang tidak senonoh kan ?

Azhunk taktahu maksud hunk sebenarnya , yang pasti dia refer kepada lelaki,tetapi Azhunk tak tahu bagaimana rupa.

Bukan keluar result lucah tetapi keluar gambar2 tak pakai baju, shirtless guy dan sebagainya.

Jadi sebab tu mulai tahun lepas Azhunk menggunakan gelaran "Azhunk" dalam mana-mana entri di blog ni sebab dengan niat, Azhunk boleh menandingi blog tersebut, bila orang search je azhunk dekat google, blog Azhunk keluar top list. dan bila orang search dekat image pula, hasil2 design Azhunk sahaja yang keluar.

InsyaAllah impian Azhunk akan jadi kenangan. Sekarang pun sudah membanggakan dah,

Alhamdulillah, sekarang cuba korang search Azhunk, top list dah semua blog2 azhunk kan? Syukur, gambar pun sama =D hahaha.
January 21, 2012

What The Shit !!

by , in

Assalamualaikum, maaf tajuk entri kali ini agak kasar haha =D Sebenarnya sedang asyik Azhunk duk check traffic and earning dekat nuffnang, tergerak pula hati nak tekan KeyWords.

Apa fungsi keyword dekat nuffnang ? Keywords berfungsi sebagai kata kunci. Kata kunci di sini bermakna ayat atau perkataan yang orang cari matched dengan ayat atau perkataan yang ada dekat blog/entri korang.

Sebagai contoh, cuba korang search dekat google

"Tips Merentas Desa"

Ade keluar ke tak senarai blog ? keluar kan dan try tengok ade tak blog Azhunk dalam salah satu senarai itu? Kalau ada, try korang tekan dan baca entri Azhunk buat itu, ade Azhunk tulis Tips Merentas Desa kan ? Boleh tengok dekat ENTRI INI.

Baiklah , sekarang kita sambung cerita pulak, hah tadi Azhunk check keyword, dan Azhunk terjumpa satu keyword

"Maksud Shit"


AMARAN : Sekiranya tengah berada di hadapan makanan atau tengah santap ape2 jangan teruskan pembacaan. =D


Azhunk tahu perkataan shit ni menjadi trend orang zaman kini terutamanya orang barat, contohnya mereka akan kata

"What the shit !"
"Shit!"


Dan ayat ini menunjukkan ekspresi marah bagi diorang ataupun terkejut dengan sesuatu perkara.

Kalau ikut maksud sebenar shit ialah TAHI , NAJIS atau kata seertinya adalah Faeces beerti Najis.

Jaid ni bermakna shit bukan perkataan yang membawa makna lucah ye.. Sebab ade sesetengah orang ingat shit ni beerti lucah atau benda sama maksud dengannya hohoho ..

Jadi itulah makna sebenar shit =D Harap anda tidak tertukar ! Dan jangan guna sangat contoh ayat tu, sebab ia agak biadap bagi Azhunk.
January 20, 2012

Segmen : Dakwah Islam Dengan Blog

by , in

Haii ! Hari ini Azhunk nak anjurkan satu segmen. Iaitu, segmen "Dakwah Islam Dengan Blog"

Kenapa Azhunk buat segmen ini ? Azhunk ingin mengumpul list blog yang dilengkapi unsur-unsur dakwah islam dan pengajaran, nilai murni di dalam satu. Dan jika kamu fikir blog kamu blog dakwah , ayuh join segmen ini !

Syarat Yang Harus Dipenuhi :

Ada Blog Sendiri

Islam

Post Tidak Sensitif

Blog Contest Tidak Dibenarkan Sama Sekali Join.

Cara-Cara Nak Menyertai
- Buat satu entri bertitle "Dakwah Blogger - Azhunk".
- Letak banner segmen ini di dalam Entri itu
- Letak link ke blog Azhunk World di dalam Entri Itu

Copy kod di bawah untuk ambil banner =)
<a href="http://www.azhunk97.com/2012/01/segmen-dakwah-islam-dengan-blog.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuaICsFjWHgDF03OQTcUvW2SQyz0bNJTc7fOixw7ZeaKyAtLSYv36uLe4vuqyBBwX7ZEHpHWsFZ_23wo17buIWCgH4AZrV9A5JdZlNkKBqPHCR_TLW2WFnoLN7_KozEFlSI_iwhDeXCs8/s1600/segmen.png" width="400" height="400"/></a>


- Senaraikan sekurang-kurangnya 1 link entri anda buat berkaitan dengan dakwah,pengajaran, nilai2 murni di dalam ENTRI itu
- Beritahu apa yang anda harapkan daripada Dakwah Bloggers yang lain ? (Contoh: Ingin mereka memperluas kan lagi dakwah or etc)
- Letak link entri anda di ruangan komen post ni TANPA http:// atau www.

Itu sahaja ! Segmen ini tiada tarikh luputya !

Apa yang anda dapat ?
- Dapat senarai bloggers2 dakwah
- Blog direview bersama blogger dakwah yang lain
- Merapatkan lagi hubungan sesama blogger
- Blogger Dakwah Card ID, di'design' khas buat blog anda =D

Itu sahaja ! Jom kita join kempen ini =D
January 19, 2012

Apa Itu Mentaliti Malaysia ? #1

by , in




"Malaysia?? Apa itu ?" Well..Boleh dikatakan majoriti pnduduk bumi ni,TAK KAN cakap macam tu negara tu dah lama termasyur di dunia, sejak zaman Dr. Mahathir lagi . And the most special feature about Malaysians(rakyat malaysia) is their muhibah (Melayu+Cina+India).TAPI the worst thing about Malaysians yang most of them kongsi adalah MENTALITI -rujuk gambar kat atas

    Encik A : "wehh.kau tahu tak bangunan KLCC tu bentuk macam apa?aku nampak macam pelik jerr.lagi satu,duit satu ringgit yang ko guna hari-hari tu.dekat wau ada bentuk tiga segi mata satu"
 
    Encik B : "lame sangat kau ni.itu lah lambang iluminati.kalau kau nak tau, kat duit biru tu jugak ada gambar binatang anjing dewa,,fahaman sejati freemason .sahhh!! ini semua konspirasi!! Malaysia negara freemason!!selamatkan Malaysia daripada dajal ! !"

 Shit.freemason and illuminati ,,what are them actually? boleh ke haters2  terangkan apa maksud shit-shit berdua ni.okeyy.memang tak dapat dinafikan,the world orders-gagasan untuk menguasai dunia direncana oleh shit-shit tu.dan apa yang umat islam paling takutkan .dajjaallll!! si pembawa fitnah terbesar huh..tapi kebanyakan muslim(s) sendiri tak sedar bahawa samada freemason dan iluminati ditentang atau tak,dajal tetap akan muncul dan dunia tetap akan kiamat. dan bagi yang cakap Malaysia ni negara dajal atau sewaktu dengannya jawapan ada kat bawah                  
                   



                   -
                   -
                   -
                   -



Malaysia,Singapura,Qatar atau Arab Saudi sekalipun semuanya dah dijajah dikuasai oleh the new world order .bukti .. boss kepada 'bosses' bahagian kewangan dunia ni dikuasai oleh keluarga Rosters.huhh?siapa tu?'abang besar' bagi shit atau lebih tepat digelar sebagai 'Bishop' .nilai bagi kewangan pada hari-hari mendatang ni tersangat2 besar.siapa poket tebal,dia hidup mewah,dihormati or whatsoever.PBB ,Unicef,Unesco, dan badan2 utama dunia yang lain.hampir semua dikuasai oleh shit.agak mustahil bagi sesebuah negara untuk tidak menjadi sebuah 'negara freemason atau illuminati' pada masa ni(dan mungkin akan datang)



Kesimpulannya,apa yang cuba saya sampaikan ialah :::: jangan bazirkan masa untuk mentaliti sebegini.freemason,illuminati dan seangkatan.even 5 tahun tanpa henti kita buat research tentang mereka,belum tentu dapat cari siapa ketua sebenar diorang .lagi satu,hentikan pemikiran yang  suka judge sesebuah binaan atau simbol yang ada kaitan dgn freemason dan illuminati as for kita kena terima hakikat,mahu tak mahu ,satu dunia dah dikuasai dengan 'konspirasi'. paling penting utk muslims sentiasa ingat,dajal is 
approaching soon, kiamat is coming  later dan kematian itu suatu kewajiban . bagi umat Islam ,tingkatkan IBADAH anda,diriwayatkan daripada Ibnu Majah ;

                                          

                                      Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak 
                                mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya.”



January 19, 2012

Pertandingan Merentas Desa 2012

by , in
Alhamdulillah hari ini selesai jugak merentas desa ! Pagi tadi Azhunk duk dup dap dup dap ! Berdebar jugaklah sebab pagi tadi dekat sini hujan kan, jadi berlari dalam hujan.. Azhunk berdebar sebab takut berlari sorang2 nantii hohoho !

Masa start larian tadi, Azhunk berlari bersama Kawan Baik Azhunk yakni Hanif, sekelas dengan Azhunk juga =D , kiteorang berlari same2 dalam hujan, best wohh ! tak rasa penat or letih pun.. Sebab hujan kann ;D

Amir dah tinggalkan kiteorang dekat depan, sebab dia nak lari dengan org laju2, tapi kiteorang tinggalkan Afiq ! Sorry Afiq, Sebenarnya Afiq berlari dengan Ammar, hhoohoh.. Okay merepek aku ni ! Macam korang kenal siapa depa sumaa..

Tapi Azhunk tak dapat nombor pun, Jangan sedih ! sebab tak dapat nombor tak ber makna kite orang yang gagal !

Ape2 pun tahniah kepada Aisyah sebab beliau dapat NOMBOR 2 ! How great is that ! memang dia laju lari, humm dia di depan Azhunk LOL !! Haritue dia ada berikan beberapa tips untuk dapat nombor dalam merentas desa, Azhunk amalkan 50% sahaja.

Antara tips2 nak memenangi pertandingan larian adalah !

- Kita kena ade target, selagi tak lintas target, jangan berhenti lari
- Jangan cepat pecut, kerana kita mungkin cepat letih dan mengambil masa yang banyak nak energize back.
- Kita kena berlari tanpa henti, dengan cara ini, kita dapat lintas orang yang ada dihadapan !

Baiklah dekat sini sahaja entri kali ini !

P/S : Tadi amik borang asrama, insyaAllah akan duduk asrama tahun ni ( betul ke ape aku cakap ni ? ). Whatever, kita harus berkorban blog, facebook, masa dan banyak lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup !
January 18, 2012

Dapat Hadiah Hari Lahir !

by , in

Amat dukacita dimaklumkan bahawa Azhunk tak dapat hadiah ape2 pun sempena hari lahir Azhunk, tengok ENTRI INI..

Memang lah sedih ! pada hari yang bermakna kita, takde orang raikan pun.. :(

Tapi ape2 pun Azhunk dah hilang rasa sedih sebab wujudnya kawan, keluarga dan Allah =D Ramai jugak teman2 cakap "Happy Birthday" dekat sekolah mahupun di FACEBOOK =D Azhunk rasa terharu amat!

And the most special is, from kak nifah ! Dia kasi Azhunk satu doodle buatannya sendiri, doodle bertudung yang amat comel lote dibuat menggunakan 100% Microsoft Excel ! Tahniah dekat kak nifah sebab berjaye buat doodle gunne excel ;D
TERJAH BLOG KAK NIFAH !



Kalau korang nak belajar jugak boleh rujuk ENTRI INI , Azhunk ada sedikan video TUTORIAL MELUKIS DOODLE MUSLIMAH MENGGUNAKAN EXCEL =D

Ini dia hadiahnyaaa!

Cutekan ?hohohh , makasih kak nifah !

January 17, 2012

Kepenatan Yang Bermakna !

by , in
Okay latihan lagi ! wah betapa penatnyaaaaa ! Semalam Azhunk dah post larian merentas desa kan ? Walaupun penat tetapi best ! kepenatan itu hilang serta merta setelah kita dapat menghabiskan satu track !

Yang paling tak suka kan , Ade sesetengah insan aka hamba Allah ni nak guna cara mudah.. Mereka semua bukan guna track yang disediakan, tapi dorang ambil jalan mudah. Iaitu shortcuttt..

Haa tengok tu contoh keadaan dekat sekolah Azhunk (Tepi pantai tauu ;D) , sebenarnye track dia yang atas jalan tu, TETAPI , dorang sanggup mengharungi semak samun yang mungkin terdedah kepada ular, haiwan berbisa , bahaya..

Dahtu, tepi pantai kan, banyak pokok kelapa .. Tak takut pulak dorang .. Takut ape ? Manalah tahu, tiba2 buah kelapa tu rasa nak bertenggek atas kepala dorang.. ==..==

Lagi satu, orang yang selalu buat cenggitu itu menipu diri mereka sendiri. Orang menipu diri sendiri ini adalah orang yang rugi .. Faham tak ape maksud Azhunk ?

Contohnya mereka habiskan satu track tu lebih awal berbanding orang lain tetapi guna "shortcut" , pada logiknya mereka memang menang, tetapi ! Sebenarnya mereka masih lagi tidak menghabiskan satu track lengkap bagi merentas desa ini. Sebab mereka guna shortcut kan, tak guna jalan yang betul..

Kawan Azhunk, name Hazim cakap

"Jom kita guna jalan shortcut ?"


Azhunk Reply

"Tak payah ar, this great experience would be meaningless for us"


chewah speaking konon =..= ''

Jadi jika difikirkan, mereka tak ada dalam senarai participants =D hoohoo , jadi janganlah tipu diri anda sendiri yee, =D

Ok jom teruskan pulak ! Hari ini Azhunk berlari dengan Adam , aka my BFF =D. Dia lari laju tau ! katanya , menghidap penyakit asma konon ! Azhunk tengok tak lelah pun, tak pernah tengok dia lelah =..=''

Best jugak lari dengan dia ;D Azhunk mendahului teman2 yang semalamlah ! tengah bangga ni, maklumlah depa suma laju2 belaka lari ;D so tak pernah lagi lintas dorang :( ..

Hahaha , Nurriduwan aka Abe pun mendahului dorang =D Nurriduwan atau lebih dikenali sebagai Abe ni kawan baik Azhunk yakni sekelas dengan Azhunk =D , dia santai jee.. Sentiasa nampak ceria dan happy =D

Nak tahu banyak pasal Nurriduwan ? Leh rujuk ENTRY INI =D

Oklah dah kebuntu'an' idea, =D sampai disini sahaja , Oh ya ! Esok petang dah takde latihan merentas desa sebab hari khamis dah bertanding =D Harap2 Stamina Azhunk cukup untuk habiskan satu track nanti, InsyaAllah !
January 16, 2012

Happy Birthday - 15th

by , in

Terima Kasih Allah kerana telah memanjangkan usiaku sehingga kini aku sudah genap 15 tahun pada hari ini, 16 January 2012. Tanggal 16 January merupakan tarikh aku dilahirkan dan melihat dunia ini oleh seorang insan yang bertanggungjawab dan penyayang iaitu Ibuku sendiri.

Aku tidak mengharapkan yang lebih untukku pada hari lahirku, Sekadar ucapan Selamat Hari Lahir sudah memadai bagiku. Kerana sepanjang 15 Tahun aku hidup, berlandaskan pengalamanku, keikhlasan lebih bermakna berbanding hadiah.

Apa yang aku maksudkan adalah, Kita tidak memerlukan sesuatu yang cantik ! mahal ! untuk kita merasa sesebuah barang itu berharga, yang kita perlu adalah keikhlasan.

Aku juga tidak lupa ingin mengucapkan terima kasih kepada Keluarga, Guru-guru dan tidak lupa juga kepada sahabat handalku yang telah bersamaku lebih 1 tahun.

Tanpa keluarga , tiadalah aku
Tanpa guru , bodohlah aku
Tanpa teman , sunyilah hidupku

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sudah mengucapkan "Selamat Hari Lahir/Happy Birthday" kepadaku.

Apa yang aku azamkan adalah :

Untuk mendapat 10 A's bagi tahun ini,

9 Subjek PMR dan juga Sahsiah Diri.

Aku juga berazam ingin mengubah sikapku yang sering kali mengguris qalbu kawan-kawan. Mungkin selama ini Aku sering bergurau senda bersama mereka dan ada juga gurauanku melebihi batas, Jadi aku mohon maaf atas apa yang telah aku lakukan.

Tidak lupa juga, Azam utama, iaitu mengubah dan memperbaiki sahsiah diri, aku perlu me"muhasabah"kan diriku supaya aku boleh tahu dimana kekurangan dalam diriku.

Teman di sini tidak bermakna teman sekolah sahaja, Teman yang AKu tulis ni merangkumi semua orang yang mengenali aku sama ada baru mengenali ataupun sudah lama.

Sampai disini sahaja apa yang aku ingin sampaikan sempena Hari Lahirku Ke-15
January 16, 2012

Tolong Jangan Perangai Kamu

by , in
Tengah bengang dengan pelajar zaman sekarang, tak reti menghormati dan bertanggungjawab akan infrastruktur yang disediakan di sekolah. =.=

Memang bodoh, tak berfikir, selfish, berfikiran singkat, noobling, pengotor, kufur nikmat !


Okay ape yang Azhunk senaraikan di atas sesuai sangat untuk orang yang melakukan kesalahan ini..

Maaf atas bahasa yang kasar di atas :

Baiklah, Azhunk just nak kongsikan, try korang perhatikan gambar di bawah !

Jelas sekali ni gambar tangga kan ( ok Azhunk tahu lukisan ni tak menjadi )

Tapi korang tengok betul2 dekat benda yang Azhunk letak ANAK PANAH tu, ada ape? Kalau korang nak tahu, itu adalah

AIR LIUR aka SALIVA pelajar yang kurang ajar / bengoong

Try korang fikir ada ke patut, dorang ludah dekat atas tangga tuh ? I mean penghadang tangga atau ape benda korang panggil lah..
Azhunk dah pernah terkena =..=

Kena ape? kena air liur tu ! kan nak turun/ naik tangga, mesti pegang tangan dekat situ for safety, tapi disebabkan sifat dorang yang tidak bertanggungjawab ni, tak pasal2 Azhunk terkena air liur.

Then Azhunk cepat2 pegi basuh ! huhs. Pelbagai tempat dah disediakan untuk korang meludah, tapi kenapa masih cari tempat yang boleh menyakitkan orang lain ?

Korang kalau rasa nak ludah sangat, tong sampah ada disediakan, dalam longkang pun boleh ! tak payah lah dekat tempat orang nak guna/duduk/pegang.

Di samping itu, pernah terfikir yang korang dah rosakkan imej sekolah ?

Ape2 pun Azhunk buat post ni bukan ape, tapi bertujuan kepada sesiapa yang baca ni pernah buat begitu, harap ubah la ye, kalau taktau korang buat ke tidak,analyse yourself and fix which should to.

Kita semua manusia dan mampu berfikir logik , yang mana betul dan tidak betul kan ? Jangan jadi macam haiwan, dorang rasa nak kencing, dorang kencing je depan khalayak. Takke malu gitu ?
January 16, 2012

Merentas Desa Sekolah 2012

by , in

Fuh ! Fuh ! Fuh ! , letih arrr merentas desa harinii ! 3 Kilometres je cikgu kate ;D hohoho tapi terasa jauh sangat ! Nasib baik guna jalan tepi pantai, so terasa nyaman jee, berangin jeee =D

Hari ni baru je latihan sahaja ;D hohoo, pertandingan nanti hari khamis minggu ini iaitu ermmm,19 January 2012 kalau tak silap Azhunk, esok ada lagi latihan dan lusa baru lah rehat sehari ;D then bertanding !

Ape nak diberitahu adalah Azhunk tak akan menang merentas desa, dah lah lari slow ! cepat letih plak tuu , :L Tapi takpee, baik mencuba daripada tarik diri, soal menang atau kalah itu ketepikan dahulu =D

Awal kan sekolah Azhunk wat merentas desa ?

Then balik rumah, terus bukak peti sebab dahaga ! dan alhamdulillahhhh ..



Ada sebotol air SIRAPP SEJUKK =D Wahh, dapat jugak aku hilangkan dahaga ;D

Merentas desa ni best tauu ! Be prepared for tomorrow ;D
January 15, 2012

Cara Dapatkan Facebook Timeline

by , in
Hari ini, ade kawan Azhunk bertanya, macam mana nak tukar kepada timeline, Facebook lah kan, sekarang Facebook dah ade timeline..

Maybe ramai yang dah tukar kepada Facebook Timeline nak Facebook lama balik, tapi Azhunk pun belum tahu lagi cara nak tukar dari timeline ke facebook biasa, nanti Azhunk tahu cara-caranya, Azhunk kongsikan okayyy ?!

Ape2 pun kita kena ingat, sekali kita buat keputusan, kita tidak boleh mengundur balik, itu pengecut namanya, kita harus terus mara ke hadapan dengan menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang , setuju ?


Okay tanpa membazir masa jom tengok tutorial di bawah !

Step
1. ) Log in kepada Facebook akaun masing2
2. ) Bukak link ini, TEKAN SINI.
3. ) Dah bukak ? Okay tekan macam Azhunk bulatkan di bawah =D


Sekarang korang dah ade timeline sendiri but remember ! Timeline korang , korang je akan nampak untuk 7 Hari sahaja. Sebab dia beri masa 7 hari untuk korang adjust yang mana perlu, dan yang mana tidak =D .. Contohnya korang nanti akan perlukan cover, profile picture dan lain2, nantikan tutorial seterusnya berkaitan timeline =D

Kalau korang dah rasa ready dah timeline korang, korang leh je tekan Published, cam gambar dekat bawah =D tak perlu tunggu2 7 hari untuk orang lain tengok timeline facebook korang ;D Hebat kan !


Itu saja ;D Sekian..
January 15, 2012

Segmen : Adore Your Arts I

by , in

Haii korangg !!! haaa ,sape nak join segmen ?!?! , bukan contest tetapi segmen ! *Angkat tangan lahhh* ! Okay2 gud...

Sekarang ni Azhunk nak beritahu, kawan Azhunk iaitu Azhafizah *<---Tekan lah* buat satu segmen khas untuk pencinta seni =D. Yang hebatnyaaa !

Hadiahnya adalah
Pelbagai seni yang dicipta oleh pen'seni' yang otai yee ! xD

(Wahhh hebat tuu , kalau korang tempah hadiah dia ni Azhunk rase RM50 lebih kott .. )

Okay masa untuk segmen "Adore Your Arts I" ini berlangsung selama seminggu sahaja, bermula pada 15 January 2012 sehingga 22 January 2012 ! Jadi ape tunggu lagi ? Kalau korang nak join tekan jeee link dekat bawah :

TEKAN SINIIIIII



Contoh vector direka oleh Azhafizah, TERJAH BLOG BELIAU

Contoh vector direka oleh DiDi, TERJAH BLOG BELIAU

Contoh BFF Doodle , Azhunk punye yee xD

Contoh Karikatur ! Excel, oleh Cik Daniani, TERJAH BLOG BELIAU

Ape tunggu lagi ? ! jom join

KLIK !

Post Top Ad