Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Isteri Solehah

Sudah lama sekali Azhunk jarang berkongsi informasi-informasi berguna sebegini. Mungkin sedikit sebanyak entri yang Azhunk karangkan kali ini menyumbang manfaat kepada para wanita yang bergelar/bakal bergelar Isteri tidak lama lagi.
Isteri Solehah ? Isteri Solehah ini banyak erti dan kategorinya. Bagi Azhunk lah, antara kategori solehah ini adalah Isteri, Anak Perempuan, Ibu dan Wanita. Manakala lelaki pula dipanggil Soleh, sesuai digunakan digunakan untuk Suami, Anak Lelaki, Ayah dan Lelaki. 

Kalau kita tengok sekeliling, orang yang digelar solehah ni selalunya orang yang lemah lembut, sopan santun dan pemalu. Manakala perempuan yang agak kasar, bersuara lantang tidak digelar solehah. Sebenarnya tidak salah menilai sedemikian, tapi untuk mengukur tahap ke'solehah'an seseorang, ia tidak sepatutnya dinilai sedemikian.

Solehah sebenar beerti seorang perempuan yang menzahirkan perbuatan, percakapan dan perasaan yang baik.

Di sini Azhunk nak share beberapa informasi yang mungkin berguna buat kalian ;)

Solehah sebenarnya-benarnya adalah wanita yang melakukan sesuatu untuk keredhaan suami dan Allah. Seperti yang kita dah tahu, Perempuan adalah secantik-cantik perhiasan. Jadi mereka dicipta untuk menjadi perhiasan buat suami mereka masing-masing. Bukannya untuk ditatap umum.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : 
"Apabila seorang perempuann mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai" (Hadis Riwayat Ahmad)

Lihat, betapa beruntungnya perempuan. Bagi Azhunk hadis di atas sudah cukup lengkap mengenai tips/cara untuk jadi wanita/isteri solehah. Kalian cuma perlu uraikan lagi maksudnya.

Aurat hendaklah dijaga, Azhunk ada buat entri berkaitan Aurat wanita, Boleh layan, [TEKAN]

Berdasarkan apa Azhunk tahu, Isteri jangan sesekali menyakiti hati suami, walaupun sedikit sahaja hati suami terguris, jaminan syurga tiada untuk si isteri. Sampai di sini sahaja, Syukran Jazilan kerana sudi membaca entri cukup simple ini.

2 comments:

Ikmal said...

Assalam, bagus info nie...

Azhunk Awang said...

Wassalam. Syukran ;)

Post Top Ad