Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan al-Mubarak ? Pernah tak terfikir kenapa bulan Ramadhan digelar mubarak ? ini adalah kerana bulan ini dipenuhi barakah dari Allah ta'ala. Bulan berkat kepada seluruh umat Islam.

Kenapa kita harus menyambut Ramadhan ? Ramadhan hanya datang sekejap sahaja kepada kita, dan dalam bulan Ramadhan terdapat malam Lailatul Qadar. Pada malam itu, diibaratkan jika kita beribadah seperti beribadah 1000 bulan. MasyaAllah ! Betapa agungnya kekuasaan tuhan.


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
 

Ustaz di sekolah Azhunk bernama Ustaz Shafawi pernah beritahu

"Kalau dekat negara Arab, amat berbeza dengan negara-negara lain. Walaupun di negara sana yang beragama lain, mereka tetap menyambut bulan Ramadhan dengan meriah. Sesetengah daripada mereka ada memasang lampu-lampu di jalan"

Tu yang tidak beragama Islam ! Apatah lagi yang beragama Islam ?

Tapi kan dekat Malaysia apa yang kita buat ? Kita hanya tahu share post/gambar berkaitan persediaan bulan ramadhan dekat facebook cakap sahaja haha.

Sebelum tu, semua orang tahu kan umat Islam wajib berpuasa di bulan Ramadhan kecuali yang mengalami keuzuran, tu pun kena ganti ;) Tapi kamu semua tahu tak erti puasa ?

Kalau kita belajar Pendidikan Agama Islam, puasa beerti menahan diri daripada memasukkan diri ke dalam rongga yang terbuka dari terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat.

Tapi bagi Azhunk lah kan, puasa bukan itu sahaja. Bukan setakat menahan diri dari makan minum. Kita juga harus menjaga percakapan, perbuatan dan juga perasaan. Umum dah tahu, pada bulan ramadhan takkan ada lagi syaitan kerana mereka di'gari'. TETAPI , nafsu masih ada dan bekas syaitan itu masih lagi aktif.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”


Masalahnya sekarang, boleh ke tak kita melawan nafsu kita ? tidak kiralah apa jenis nafsu. Itu yang paling susah. Kita boleh sesat akibat terlalu mengikutkan hawa nafsu

Banyak pulak aku membebel.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."
Ok ini sahaja, Azhunk ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia ;) Puasa Jangan Tak Puasa !

4 comments:

fynuraqilah said...

selamat menyambut Ramdhan 1433H :)

Shazwina said...

Salam ramadhan azhunk. Walaupun syaitan dah digari tapi kita kena kuat dari sesuatu yang dah sebati dan membesar dengan kita, NAFSU.

Azhunk Awang said...

@Miss Fifi : Thanks :D

Azhunk Awang said...

@syazwina : ye kite kena kuat jaga nafsu kita ;)

Post Top Ad