Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Waktu-Waktu Patut Minum Air Masak

Pada entri kali ini Azhunk ingin kongsikan dengan semua waktu-waktu paling sesuai untuk kalian minum air masak. Air masak amat bagus untuk badan kerana dapat melancarkan lagi penjalanan darah, dan dapat membantu pencernaan makanan di dalam perut.

Jadi waktu-waktu paling disarankan adalah

  • Ketika bangun dari tidur
  • Sebelum mandi
Ini dapat membantu dan mencegah kita dari kena darah tinggi, untuk pengetahuan jika kita mandi, air kena di kepala darah kita akan naik dengan laju. Jadi disarankan minum air dahulu, supaya sejuk dahulu dalaman. Dan ketika mandi juga, ingat ye basahkan bahagian bawah dahulu.

Iaitu mula dari kaki dan perlahan2 pergi ke kepala bahagian ubun-ubun. InsyaAllah berkesan.
  • 30 minit Sebelum dan selepas makan
Ini dapat menyeimbangkan kandungan makanan di dalam perut, minum air ketika makan boleh menyebabkan perut buncit, kerana kandungan di dalam perut tidak teratur jadi proses penghadaman jadi lembab dan udara yang terkandung juga dapat membuncitkan perut
  • 8 gelas atau lebih dalam sehari
  • Ketika sedang berfikir
Dengan cara ini, otak kita akan berasa tenang, takde lah pulak timbul rasa pening kepala :D sebab darah pun berjalan dengan lancar sekali !
  • Ketika rasa panas
Yang ini boleh mengelakkan kita daripada kering tekak atau pelbagai lagi penyakit yang berpunca dari keadaan yang terlampau panas. Jadi sejukkan diri dengan meminum air masak dengan kerap.

Jom kita sama-sama mengamalkan tips2 di atas, demi kesihatan kita semua juga :D Azhunk pun dalam proses nak mengamalkan tips2 tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

sangat info. terima kasih :)

Azhunk Awang said...

sama-sama. harap bermanfaat

Post Top Ad