Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Tips Kenali Fake Facebook

Sekarang zaman ICT, kalau orang takde Facebook, tak normal namanya. Bukan Azhunk nak menghina atau dan menyindir, tapi maksud Azhunk ni Facebook ibarat compulsory bagi setiap manusia terutamanya golongan pelajar atau golongan dewasa yang ingin membuat bisnes di hujung jari.

Ya Betul ! Facebook memberi banyak manfaat kepada kita, tapi ada satu masalah. Iaitu Fake Facebook. Sekarang ramai orang membuat facebook menyamar dengan identiti palsu untuk pelbagai tujuan. Jadi pada hari ni Azhunk nak beri tips kepada para pembaca cara nak kenal pasti Fake Facebook Users.

Tapi sebelum tu Azhunk nak senaraikan kesan-kesan negatif akibat penyamaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


  • Menimbulkan fitnah dan sangka buruk kepada tuan punya asal Facebook yang ditiru
  • Mengetahui rahsia peribadi anda
  • Mencuri maklumat anda, gambar, tempat tinggal dan lain-lain lagi.

Itu je kot, tapi ade beberapa sebab yang mendorong orang buat Facebook menyamar ni.

  • Untuk mengetahui kesetiaan pasangannya
  • Untuk menghilangkan rasa bosan (Suka suka)
  • Untuk memburukkan nama orang lain
  • Untuk mendapat perhatian
Azhunk rasa tak perlu hurai satu persatu, sebab mungkin korang semua dah faham apa yang Azhunk maksudkan.

Jadi tanpa membuang masa, mari Azhunk tunjukkan cara-cara nak kenal pasti

  • Tengok photo sebenar dia ada tak
  • Jika dia upload gambar dia, tengok ada persamaan tak di antara gambar2
  • Tanya tentang sekolah/tempat tinggal. 
Kalau dia menyamar, mungkin dia akan tersasul. Maksud Azhunk contohnya apabila awak tanya sekolah/tempat tinggal dia hari ni, dia dah jwb, minggu depan try tanya pulak. Tengok sama ke tidak jawapannya.
  • Tengok dia ada friend tak dengan org yang tinggal dkt tmpat dia tinggal, ataupun kawan satu sekolah ke
  • Cari photo dia mungkin ada tuan sebenarnya
Itu je kot Tips dari Azhunk, tapi yang pasti ianya berguna :) Azhunk dah tangkap 2 orang yang menyamar dekat friendlist Azhunk, menggunakan tips2 di atas. Jadi harap kalian juga berhati-hati ye.

Saran Azhunk, kalau seseorang yang korang tak kenal add korang, korang lyn melainkan dia tanya hal peribadi, seperti minta nombor telefon ataupun melakukan perkara-perkara pelik ataupun banyak tanya pasal peribadi anda.

No comments:

Post Top Ad