Terima Kasih Allah kerana telah memanjangkan usiaku sehingga kini aku sudah genap 15 tahun pada hari ini, 16 January 2012. Tanggal 16 January merupakan tarikh aku dilahirkan dan melihat dunia ini oleh seorang insan yang bertanggungjawab dan penyayang iaitu Ibuku sendiri.
Aku tidak mengharapkan yang lebih untukku pada hari lahirku, Sekadar ucapan Selamat Hari Lahir sudah memadai bagiku. Kerana sepanjang 15 Tahun aku hidup, berlandaskan pengalamanku, keikhlasan lebih bermakna berbanding hadiah.
Apa yang aku maksudkan adalah, Kita tidak memerlukan sesuatu yang cantik ! mahal ! untuk kita merasa sesebuah barang itu berharga, yang kita perlu adalah keikhlasan.
Aku juga tidak lupa ingin mengucapkan terima kasih kepada Keluarga, Guru-guru dan tidak lupa juga kepada sahabat handalku yang telah bersamaku lebih 1 tahun.
Tanpa keluarga , tiadalah aku
Tanpa guru , bodohlah aku
Tanpa teman , sunyilah hidupku
Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sudah mengucapkan "Selamat Hari Lahir/Happy Birthday" kepadaku.
Apa yang aku azamkan adalah :
Untuk mendapat 10 A's bagi tahun ini,
9 Subjek PMR dan juga Sahsiah Diri.
Aku juga berazam ingin mengubah sikapku yang sering kali mengguris qalbu kawan-kawan. Mungkin selama ini Aku sering bergurau senda bersama mereka dan ada juga gurauanku melebihi batas, Jadi aku mohon maaf atas apa yang telah aku lakukan.
Tidak lupa juga, Azam utama, iaitu mengubah dan memperbaiki sahsiah diri, aku perlu me"muhasabah"kan diriku supaya aku boleh tahu dimana kekurangan dalam diriku.
Teman di sini tidak bermakna teman sekolah sahaja, Teman yang AKu tulis ni merangkumi semua orang yang mengenali aku sama ada baru mengenali ataupun sudah lama.
Sampai disini sahaja apa yang aku ingin sampaikan sempena Hari Lahirku Ke-15
2 comments:
MOGA2 TERCAPAI YAA..=)
InsyaAllah =D kui3..
Post a Comment