Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Budaya "MAMPUH"

Hari ini Azhunk nak luahkan kongsikan satu benda iaitu budaya "mampuh". Azhunk tak tahu lah bahasa bangku dia apa tapi yang Azhunk tahu mampuh ni orang Kelantan dan Terengganu biasa guna.

Kalau nak suruh Azhunk kasi definisi boleh jea. Tapi Azhunk akan kasi menurut pandangan Azhunk. Mampuh ni kalau nak kira maksud ayat adalah MATI/MENINGGAL. Tapi di sini bukan itu maksudnya. Maksud dia yang lain adalah membuat sesuatu untuk buat rakannya kelihatan "noob". Satu daripadanya membuat rakannya terbolah. Okay kalau korang tak tahu maksud terbolah buat2 tahu je.

Noob pula bermaksud New atau baru dan tidak tahu apa-apa. Atau lebih jelas lagi kalau Azhunk kata perkataan yang sopan bagi "bodoh".

Orang yang suka mengamalkan konsep "mampuh" ni golongan remaja. Kalau korang nak tahu ? Sampai guru mengajar pun berani diorang "mampuh". Memang biadap lah kan ? Diorang fikir buat macam itu suka-suka tapi diorang tidak fikir perasaan orang yang kena mampuh.

Orang yang mampuh ni tak fikir perasaan orang lain. Diorang tahu nak suka-suka je. Diorang tak tahu lah perasaan sebenar orang lain sebab biasanya orang kena mampuh akan cover seperti gelak juga dan tidak tunjuk perasaan sebenar dia. Azhunk nak minta maaf juga kalau ada mem"mapuhkan" korang.

Satu lagi Azhunk nak kasitahu. Try tengok negara kita, memang kufur nikmat. Mentang-mentang negara maju, takde usaha nak pertahankan negara. Tengok kita selalu buat perkara sia-sia dan menyakitkan hati orang lain seperti mengamalkan konsep "mampuh" ni. Try imagine.. Kalaulah negara kita dilanda peperangan, sempat ke kita nak mampuh2 orang lain ? Tak sempat kan. Memang tak sedar diri lah

Satu lagi. Tengok kat sekolah.. Mentang-mentang ramai kawan senang2 dia je wat sakitkan hati kawan lain. Mengata situ mengata sini. Fitnah merata2. Kalau nak mengata sangat pergi dekat cermin dan katalah kecacatan yang melakat kat muka kau tu.. Setiap manusia ada kelemahan.

Jadi Azhunk berharap orang yang selama ini mengamalkan konsep mampuh ni dapat berhenti daripada membuat kerja yang sia-sia ini. Fikirlah positif. Apa salahnya kita tukar mampuh dengan membuat perkara yang menyenangkan orang lain ?

No comments:

Post Top Ad