Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Jangan Mengata Saudara Seagama

Hah ! sudah lama Ana tak update blog ini. Sekarang nak cerita hal peribadi pula I mean nak berkongsi. Okay entri kali ini agak sensitif, jika anda berasa saya tujukan entri ini untuk awak harap maaf, sebab ini tatapan umum. Yang boleh terima ambil dan sebaliknya perbaiki.



Baiklah, apa makna kata-kata. Kata-kata ini perkataan yang keluar dari mulut/lidah. Manusia memang tak boleh diam dari berkata-kata. Ini lumrah semula jadi, mulut dicipta untuk berkata , sememangnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Kadang-kadang, manusia zaman sekarang menggunakan mulut mereka untuk mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya contohnya perkara yang boleh menusuk kalbu/perasaan/hati dan juga maruah seseorang. Saya boleh bagi situasi yang pernah terjadi dekat orang terdekat dengan saya.

Seorang Kawan
Luqman Sepilok (Tempat orang utan di Sarawak) !! Oi Sepilok hehe,


Saya tidak nafikan bahawa saya pernah berkata sebegitu kepada kawan saya. Tapi, tak semestinya yang buruk itu harus tertanam buat selama-lamanya dalam diri kita kan ? Sempena bulan Ramadhan pula, tahun 2011 , kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut dan menunaikan ibadah di bulan yang penuh barakah ini. Jadi kenapa tidak kita bermuhasabah dan mencari diri sendiri ?

Baiklah, apa pula kena mengena dengan memainkan peranan ? Kamu semua perasan tak, setakat panggil sebegitu untuk bergurau boleh lah, contohnya jarang-jarang sekali. Tetapi jika kamu dah buat macam Nickname untuk seseorang itu. Kamu rasa kamu boleh tahu perasaan dia apa ? Adakah dia sedih ? Marah ? kecewa ?

Saya pun tak tahu, yang pasti dia akan hilang keyakinan diri, loss self-confidence. Keyakinan diri penting untuk kita berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali. Untuk kita menjaga maruah dan memberanikan diri untuk perkara benar. Orang itu diibaratkan seperti tiada jika keyakinan diri dia hilang.

Boleh anda bayangkan kalau kita hidup dengan perpaduan dan toleransi ? Pasti tidak akan ada pergaduhan. Sebagai contoh , dalam satu ini pernah berlaku beberapa pergaduhan Berpunca dengan Memanggil NICKNAME. Baik ke macam itu ? adakah patut kita biar orang luar, dari kaum lain tengok keburukan Kaum kita? Nak buat benda biarlah berpada-pada !

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”


Ayuh kita baca penerangan hadis di atas :

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.


Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


Sesungguhnya, banyak lagi cara yang boleh kita buat supaya kawan kita akan berasa lebih suka dengan kita. Ibu dan Bapa mereka sudah bagi mereka nama masing-masing jadi panggil sahajalah nama mereka. Lebih bagus kita panggil nama penuhnya ^_^ (Orang arab mengamalkan sikap panggil nama penuh)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”


Saya tidak mahu lah menulis entri yang terlalu panjang untuk semua visitor, tapi saya berharap anda dapat membaca dan fahami betul-betul entri ini. Walaupun nampak ringkas tapi ia amat bermakna bagi hidup seseorang. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/saudari yang sudi membaca entri ini sehingga habis ! Syukran Jazilan ! Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam !

5 comments:

Sya Izz said...

nti u f4, u akn blajar banyaaak lg psl ni dlm PSI. yeah3.

PS: Kalo nk gelar azhan... azhan cute.. boleh? XD

Sya Izz said...
This comment has been removed by the author.
Azhunk Awang said...

PSI tu ape ?

hehehhe azhan cute, ikut arh panggil gapo2 pun :P aslkan tidak mnjatuhkan maruah seseorang :p

adam izzuddin said...

wah! wat bubble nampak.... tp x nampak larr klau warne pink...wat larr warne yg bertentangan ngan pink...hehehe ~ sekadar teguran..

Azhunk Awang said...

memang sengaja xnak kasi org nampak terang2 :p

Post Top Ad