Hijab ialah benda yang diperbuat dari kain khas untuk melindung rambut kaum hawa atau lebih familiar dengan panggilan "tudung". Sememangnya memakai tudung ini wajib bagi kaum hawa bagi menutup aurat mereka.
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, Entri Berkaitan
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
Jelas sekalilah kan bahawa aurat perempuan lebih banyak dari lelaki. Tapi banyak juga kaum hawa di luar sana masih merungut sebab kena tutup itu, ini. Semuanya untung kat lelaki. Tetapi sebenarnya semuanya adil, Allah Maha Adil.
Contohnya : Ada yang kata tidak senang dengan wasiat sebab lelaki dapat banyak harta berbanding perempuan. Tetapi kalau kita fikir baik-baik. Lelaki ada banyak tangungan kerana mereka ialah ketua keluarga manakala perempuan hanya guna untuk diri sendiri. Jadi sekarang mana satu yang lebih untung?
Baiklah, kembali kepada tajuk. Sekarang saya tengok diluar sana ramai tidak pakai tudung walaupun beragama Islam. Apa yang mereka fikir? Wallahu'alam, semoga mereka mendapat hidayah kelak. Mungkinkah mereka dah target untuk bertaubat pakai tudung selepas pada kemudian hari? tetapi tahukah berapa lama umur mereka? sempatkah mereka bertaubat? Wallahu'alam.
Okay, jadi tengok sini buat muhasabah diri, saya ambil ayat di bawah dari saudara Fahmi.
adik:kakak tahu tak bila perempuan yg tak tutup aurat akn mula menutup aurat?
kakak:pergi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik:salah, teka la lagi
kakak:masa dh dpt hidayah Allah kan?
adik:salah, nak tahu jawapannya tak, senang ja
kakak:apa dia dik?
adik:tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akn tutup buat selamanya....renung2knlh....
Jadi, adakah anda ingin menutup aurat pada hari pengebumian anda kelak? Sudah tentu tidak !
FAKTA : Faktor utama rosaknya rambut wanita akibat terdedah kepada matahari selama 12 jam atau lebih. ^_^
Tetapi, randomly, orang zaman sekarang pakai tudung sebab nak ikut trend, nak-nak lagi style Hana Tajima, famous fashion designer. Tapi saya tak kata itu semua salah. Walaupun nak ikut fashion sekali pun, pakailah biar nampak macam tudung kan ? jangan pulak pakai tudung tapi berlengan pendek or pakai tudung tetapi berpakaian ketat. Ayuh baca ini
Okay apa pula hukum jika ada orang tengok rambut kaum hawa, Hukumnya HARAM walaupun seurat rambut. Jadi yang paling bahayanya sekarang ialah di dalam laman sosial. Sebelum itu, baca entri ini. Apa yang boleh disimpulkan adalah, kalau anda
Akhir kata, begitulah entri kita pada hari ini. Sama-samalah kita mencari jalan untuk mendapat keredhaan Allah. Wallahu'alam !
P/S : Jika ada sesiapa yang terasa hati dengan entri saya kali ini, harap maaf ye, saya hanya sekadar berkongsi dan memberi kesedaran kepada semua umat Islam
4 comments:
adakah gelang tangan termasuk dalam perhiasan yg dikatakan??
Ye, segala perhiasan kalau kita pakai untuk menarik perhatian org digolongkan. tapi kalau untuk suami boleh.
hehh... mana mau cri suami skrg nie...
ok, pkai sorok2 utk diri sndiri.. =)
Hahaha a'ah pakai sorok2 dalam tandas ;)
Post a Comment