Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
February 28, 2014

Langsaikan Hutang Hilangkan Kerisauan

by , in
Sudah menjadi suatu kewajipan untuk para pelajar. Apabila di dalam suatu majlis, dua situasi yang akan berlaku.

Situasi 1 :

Apabila ditayangkan video...


Situasi 2:

Apabila baca mathurat (Himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah)

Alahai, mengantuk je memanjang kan bila nak buat ibadah.

Dekat sini, ana ingin bawakan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Pada suatu masa, Rasulullah masuk ke dalam masjid lalu baginda ternampak Abu Umamah di dalam masjid tersebut.

Rasulullah bertanya kepada Abu Umamah, "Wahai Abu Umamah, mengapa kamu berada di dalam masjid sedangkan sekarang bukan masuk waktu solat?" 

Abu Umamah menjawab, "Hatiku disebulungi rasa risau dan hutang ya Rasulullah".

Baginda berkata lagi, "Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu untuk menghilangkan rasa risau dan melangsaikan hutangmu?".

Abu Umamah menjawab, "Ya, ya Rasulullah."

Baginda Rasulullah Muhammad berkata lagi, "Apabila tiba waktu petang dan pagi, bacalah [DOA]".

Kata Abu Umamah, "Ketika aku membaca doa tersebut lalu Allah menghilangkan rasa risauku dan melangsaikan hutangku".

(RIWAYAT ABU DAUD) 

Ditulis semula

[DOA] =
الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”


Seronok tak cerita tu? Dekat sini ana nak highlight kan betapa pentingnya baca mathurat.

Kalau pelajar yang tinggal dekat asrama confirm tahu apakah itu mathurat. Sebab selalunya pelajar asrama untuk setiap sekolah akan mengamalkan mathurat setiap pagi selepas Subuh dan antara selepas Asar atau selepas maghrib. Macam sekolah ana.

Jom amalkan :)


Sumber 
Gambar : Google
Da'ie : Syahmi Nawawi
February 20, 2014

Susahkan Diri Anda

by , in
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan ana tak update blog, akhirnya sempat juga nak persembahkan sebuah nukilan yang serba hina.

Sebelum tu ana nak berkongsi sikit kehidupan persekolahan di sekolah ana. Overall, kehidupan kami amat padat dengan aktiviti sekolah.

5:30-5:45 bangun pagi, terus mandi, berak dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah (cuba terbaik untuk tidak masbuk Subuh). Lepas siap solat subuh, terus ke Dewan Makan untuk ambil sarapan. Naik ke bilik, bersiap-siap pergi ke sekolah sebelum 7:10

Belajar dekat sekolah sampai 2:50, balik asrama (Solat Zuhur dan Makan) sampai 3:30. Terus ke sekolah balik untuk menghadiri kelas Persediaan Petang, sampai 4:30. Balik asrama balik, terus solat Asar. 5:30, minum petang dan beriadah sampai 6:30. Mandi, bersiap-siap dan terus ke Dewan Makan sebelum 6:45 untuk mengambil makan malam. 7:30 solat maghrib, aktiviti agama sampai isyak. 9:15 pergi ke kelas persediaan malam, sampai 11 malam.

Ambil supper, 11:30 liqa' al-mulk. 12 light off.

Setakat ni, waktu yang ana rasa paling free adalah 12 malam dan ke atas. Tiap-tiap hari kalau tak tidur lebih pukul SATU memang tak sah.

Tapi tulah. Sahabat ana pernah pesan, kita hidup dekat dunia ni sebagai hamba Allah, sebagai Dai'e. Bukannya sebagai insan yang nak rehat sepanjang masa. Kita rehat pun sekadar nak dapatkan tenaga untuk beribadah kepada Allah.

Sekarang, bolehlah kita sama-sama tukar mind-set kita ke arah positif. Semakin sibuk diri kita dengan perkara yang bermanfaat, semakin sesuai taraf hamba Allah untuk kita.

Jom sama-sama menjadi hamba Allah yang diredhaiNya ! InsyaAllah!
January 12, 2014

Pertandingan Sempena Maulid

by , in
Alhamdulillah, minggu ni sekolah ana agak sibuk. Sibuk dengan pertandingan sempena Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), suatu organisasi dekat sekolah yang pakai baju uniform lengkap berwarna ungu tu.

So far, boleh dikatakan event yang disediakan amatlah menarik. Antaranya adalah Qasidah, Artikel, Hafazan Hadith dan banyak-banyak lagi.

Ana masuk ape? masuk pertandingan Artikel je, buat puisi. Suara tak sedap, jadi tak boleh lah nak join Qasidah.

Yang lawaknya, minggu ni kami semua busy dengan study/homework/bengkel akademik dekat sekolah. Jadi ana terlupa nak buat artikel tersebut.

Pagi tadi dari pukul 8 Pagi- 4 Petang kami ada bengkel dekat sekolah, memang penuh jadual. Ada masa rehat diberikan pada waktu zuhur iaitu 12:30 sampai 2:30, ana berkorban makanan tengahari di Dewan Makan demi menyiapkan artikel.

Malulah kalau wakil rumah, tapi tak buat artikel. Tak menang tak apa, at least ada usaha. Betul tak?

Semua pertandingan ini diadakan bukan semata-mata untuk menang dan enjoy, tapi untuk membangkitkan mahabbah li rasulillah. Minggu depan insyaAllah akan ada perarakan yang mana juga disertai beberapa penduduk tempatan di Klang.

Malam ni ada pertandingan Qasidah, tak sabar nak tengok. Peserta-peserta qasidah blok ali semangat duk berlatih ni.
January 01, 2014

Tahun Baru, Azam Baru

by , in

Tahun silih berganti, masa bergerak lebih laju dari yang kita jangkakan. Pejam celik pejam celik dah masuk 2014. Dekat area Subang ni kedengaran bunyi bunga api dilancarkan oleh penduduk setempat sebagai tanda penghargaan untuk tahun baru.

Kalau awal tahun macam ni, telinga kita mesti panas asyik dengar azam orang je kan? Jadi, ana nak pasang jugak hajat ana untuk tahun ini. InsyaAllah ana akan cuba yang terbaik untuk menggapai every of my wishes. Kata orang, apa yang kita hendak itu doa kan? InsyaAllah akan diperkenankan olehNya.

Tanpa membuang masa, ana nak senaraikan wishlist ana untuk tahun ni. Supaya dapat jadi rujukan dan peringatan sepanjang masa.



  • Solat 5 waktu terjaga
  • Menghormati ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan
  • Sentiasa cemerlang akademik
  • Aktif berblogging
  • Disukai ramai
  • Mempunyai keyakinan diri
  • Tabah
  • Rajin
  • Sabar
  • Tidak tidur di dalam kelas
  • Hafal surah-surah dan hadis-hadis
  • Menjaga adab dan pergaulan
  • Mendapat straight A's SPM
  • Membahagiakan ibu bapa
  • Mendapat berkat ibu bapa, guru-guru dan rakan
  • Siap kerja sekolah
  • Terer photoshop
  • Terer buat video
  • Terer ambil gambar
  • Boleh jalankan amanah dengan bertanggungjawab
  • Mendapat redha Allah
InsyaAllah I'll try my best to achieve what are in my wishlist.

Terlupa nak beritahu, hari ini 1 Januari merupakan tanggal kelahiran anak saudara sulung ana. Izz Hariz Danial Rizal bin Fariz Rizal. Tolong doakan barakah dan rahmat ke atas adik Hariz ye, syukran.


Kalau mama/papa dia baca entri ni, tolong beritahu abg long (adik hariz):

Abang long, ayah nik sayang dekat abang long. Aritu masa abang long mari sini, xsempat jumpa dengan ayah nik sebab abang long tido time tuh. Rindu sangat dekat abang long. Nanti abang long sekolah, belajar molek! Biar buleh hafal banyak surah-surah dan doa-doa deh. Nanti ayah nik balik, kita main game ultraman sama-sama!
Jom share wishlist kalian jugak, teringin nak tau!

Credit Gambar : Facebook dan Google 
December 31, 2013

Sahabatku Islam

by , in
Boleh dikatakan 2 tahun dahulu, ana amat ketagih dengan social networking game. Siapa kenal Habbo Hotel? Pada asalnya, ia terbahagi kepada 4. Habbo SG, Habbo MY, Habbo PH dan Habbo.COM, tapi telah di'merge' (gabung) kesemua sekali membentuk Habbo.COM

Dekat situlah ana meluangkan masa setiap hari, ana online lebih 6 jam sehari. Memang ketagih! Dengan sifat ingin tahu terlampau mendalam, ana suka survey kawan-kawan yang non-muslim dekat situ. Ana tanya dorang, pendapat mereka tentang agama Islam.

Macam-macamlah respons daripada mereka.

Yang paling mengejutkan, ana ada seorang kawan yang dikenali sebagai Jack. Katanya dia 'Aussie' (orang Australia dan menetap di Australia. Beliau ada ramai kawan yang berasal dari Austalia, maklumlah kampung asal dia. Tapi yang peliknya, dia tak mengaku dia beragama Islam dekat sahabat-sahabat dia.

Setelah lama ana berkawan dengan dia, barulah dia beritahu melalui PM Chat (Private Message Chatting).

"Actually, I'm a moslem. I can't reveal my real identity to my aussie friends. They assume that Moslem and Islamic are terrorist, so I don't want to be excluded from them. They are only friends that I have."

Ana tanya dia

"What is your moslem name?"

Dia jawab,

"My moslem name is Ahmed"
Memang terkejut jugaklah, tak sangka pulak kawan ana dari australia ada jugak yang beragama Islam.

Kita patut bersyukur sebab bukan sahaja dilahirkan dalam beragama Islam, tetapi dilahirkan di Malaysia sekaligus.

Berdasarkan cerita dia, katanya dia tak pernah solat 5 waktu. Dia kata nanti umur 18 baru akan praktik. Dia ada bela anjing, dia taktahu pulak Islam mengharamkan anjing (mungkin sebab berlainan mazhab).

Tambahan pula, ana pernah 'hangout' dengan sahabat-sahabat aussie dia. Sepanjang ana lepak dengan kawan-kawan dia, pernah jugak nampak dorang hina agama Islam. Masing-masing hina/kutuk orang Islam, mereka kata orang Islam ni jahat/terrorist.

Tapi yang anehnya, mereka tak hina ana. Mereka siap cakap lagi, ana ni berbeza dengan orang Islam yang lain. Sebab tu ana boleh lepak dan berkawan dengan mereka.

Apa yang hendak disampaikan adalah, mereka bukan niat untuk menghina. Tetapi mereka belum kenal lagi orang Islam, hinaan semua tu datang dari khabar angin yang memperburukkan orang Islam je. Kalau kita boleh layan orang beragama lain dengan baik, insyaAllah kita boleh bersihkan nama agama Islam kan?

Setakat ini sahaja entri ana buat kali ini, penat jugak menaip. Kadang-kadang rasa best juga sebab ada ramai kawan berlainan agama, jadi boleh tahu apa yang mereka selalu fikir tentang Muslim dan Islam. Jadi kita boleh fikir yang mana patut diperbaiki bukan?

December 31, 2013

Kejayaan Itu Dugaanku

by , in
Percaya atau tidak kalau ana cakap bahawa kejayaan seperti berjaya UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma, Degree, Master, PhD dan sebagainya di dunia ni hanyalah DUGAAN bagi kita?

Malah mereka semua boleh menjadi dugaan terbesar bagi kita. Kemungkinan juga mereka boleh jadi penyebab kita dihumban ke neraka. Ini bukan bermaksud bahawa kejayaan dunia ini adalah teruk dan tak patut kita kecapi.

Ana cuma nak jelaskan. Beberapa individu bertanggapan, usaha study siang malam, bersengkang mata mengulang kaji pelajaran itu dugaan. Sebab benda susah kan? Kita mindsetkan yang susah sebagai dugaan. Dapat result yang kurang cemerlang pun kita panggil dugaan. Ya memang benar!

Tetapi, benda positif pun adalah dugaan. Dapat result cemerlang juga dugaan. Sebab apa? Sebab, perkara sebegini boleh menimbulkan rasa riak, bangga diri, takabbur, lupa Allah dan sebagainya.

Jadi secara keseluruhannya, kehidupan di dunia adalah dugaan bagi kita. Allah ingin uji sekuat mana iman dan kepercayaan kita terhadapNya. Jadi bila pula waktu yang boleh dikatakan mendapat result?

Result sebenarnya apabila waktu perhitungan kelak di padang Mahsyar. Sebab apa? setelah dapat result dekat situ, kita tak akan diberikan dugaan lagi.

Apa yang kita akan dapat pula? Ganjaran atau Denda. Ganjaran sekiranya amal kita mencukupi dan memuaskan untuk menjadi tiket kita ke syurga manakala Denda sekiranya kita membuat kesalahan.

Semoga entri kali ini dapat menjadi 'ibrah dan pembakar semangat kepada semua insan.

INGAT : Kejayaan di dunia adalah DUGAAN.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35] 
Sumber gambar : Google
December 28, 2013

Maksiat Itu Halal

by , in
Ana sediakan satu cerita untuk tatapan kalian terutamanya para-para single atau yang tidak beristeri/bersuami.


"Salam, saya amat berkenan dekat awak. Saya berhasrat untuk memperisterikan awak, tapi bukan sekarang. Sebab saya masih belum bersedia, tetapi bolehkah awak jadi teman istimewa saya supaya awak boleh setia dengan saya sehingga kita diakad nanti?" Kata-kata yang dinukilkan oleh jejaka yang dikenali Syimah sebagai Arif dalam surat cinta islamiknya.
Sumber : Google

Syimah sebagai seorang ulat buku berasa amat teruja akan surat cintanya itu. Maklumlah, ini adalah surat cinta yang paling sopan yang pernah diterimanya. Surat-surat sebelum ni agak ke arah keduniaan semata-mata. Manakala surat daripada Arif ini mengingati Syimah akan agama.

Lalu Syimah mengorak langkah dengan memberi lampu hijau kepada Arif, tetapi disertai beberapa syarat bagi membezakan percintaan mereka dengan couple-couple yang lain.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syimah adalah :

Jika ingin berjumpa, tidak boleh berdua-duaan.
Jika ingin berSMS, tidak melebihi pukul 12 malam.
Jika ingin berjalan-jalan, harus berenggang.

Syarat-syarat ini dipersetujui oleh Arif. 

Syarat-syarat itu sentiasa dipatuhi Arif dan Syimah. Pada suatu masa, Arif mengajak Syimah keluar untuk mengambil angin di pantai berdekatan rumah mereka. Mereka amat peka dengan syarat-syarat yang dikenakan untuk bercouple.

Tiba-tiba, datang seorang kanak-kanak ke arah mereka.

"Kak, kenapa akak jalan berenggang dengan suami akak? Akak bergaduh ke?" Tanya budak tersebut.

Syimah menjawab "Tidak dik, kami bukan bergaduh. Kami pasangan couple secara halal. Jadi berenggang ni antara syarat untuk kami bercouple dik".

Budak tersebut masih bingung, lalu dia mengajukan satu lagi soalan kepada pasangan tersebut.

"Couple secara halal? Maknanya kita boleh halalkan zina dan maksiat lah kak? Setahu saya, couple ni antara peringkat-peringkat zina". 

Ending.

Kisah ni bukan adaptasi daripada kisah benar, tapi idea daripada rakan ana, cuma ana olah sikit supaya penyampaian yang berbeza dapat diambil oleh orang yang berbeza. Uslub dakwahkan harus dipelbagaikan. Kenapa ending dia macam tu je? Sebab ana nak kalian fikir sendiri, apa reaksi Syimah dan Arif.

Ana nak minta maaf kalau cerita yang ana buat ni tak menarik atau bosan. Ana tak biasa menulis cerpen. Harap dapat dijadikan iktibar bersama dan dapat pesan kepada yang masih belum jelas lagi hukum COUPLE.

Tajuk entri agak kontroversi, jangan confuse. ZINA dan COUPLE itu hukum tetapnya HARAM.



Post Top Ad