Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
August 10, 2011

Jangan Sebar Arlene Tan

by , in
TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN ANDA BACA :

PENGAKUAN MAAF RASMI DARI GAYSEC


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).


Apabila saya tengok di blog/media massa , banyak cerita tentang satu blog yang menghina islam. Dan akhirnya misteri mencari owner kepada blog itu dibongkar oleh sebuah organisasi yang menggelarkan dirinya sebagai GaySec. Memang lah GaySec sudah membuat benda yang betul cuba untuk menangkap wanita munafik yang membuat blog itu.

Dan resultnya, GaySec kata perempuan yang selama ini digelar Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara itu ialah Arlene Tans Bte Khalid. Memang benar sekali ramai cakap camtu. Tetapi bagi saya lah kan. Perlukah blogger-blogger di luar sana buat post tentang identiti sebenar "makcik" ialah arlene ?

Saya rasa tidak sama sekali. Pertama sekali bukti pun tidak beberapa kukuh. Kita kongsikan dan mengaibkan kaum sendiri tanpa bukti yang sahih dan kukuh ? Adakah itu budaya orang Islam ? Bukan saya ingin backup Arlene Tan, tetapi memang benar. Kamu semua tahu pasal dia ialah makcik daripada GaySec kan ? Dan saya bukan bermaksud untuk menyalahkan GaySec jika telah menyebarkan maklumat palsu.

Tetapi, mungkin sekali arlene itu dianiayai. GaySec menemukan maklumat yang salah daripada mak cik ? Semuanya kita tidak tahu, Wallahu'alam. Dan yang saya ingin tegaskan ialah, berhentilah daripada membuat entri dan menyebarkan bahawa arlene itu ialah makcik, sebab kita tak ada bukti. Plus kita hanya memalukan bangsa sendiri.

Korang terfikir apa kesan buruk akan berlaku kepada Arlene dengan sikap blogger tidak bertanggungjawab (maaf terkasar bahasa) yang menyebarkan alamat, dan hal peribadi arlene?. Dia mungkin mendapat banyak kesan buruk kalau dia benar-benar bukan makcik. Bayangkan jika kita berada di posisi Arlene, apa yang kita rasa ?

Lagi pula, serahkan lah hal ini kepada yang berkuasa, kita yang tidak sepatutnya berbuat apa-apa keputusan tidak patut masuk campur. Lagipun saya ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Arlene itu bukan Makcik :

Jom kita tengok artikel dari kawannya se-universiti

X-presi

Tekan bawah untuk ke blog Arlene, ada public statement yang korang harus BACA



Pada pendapat sayalah, saya percaya 100% akan post X-presi itu. Dan beliau ada cakap di dalam blognya yang Arlene tidak fasih berbahasa MELAYU. Lagipula, semasa saya buka laman sesawang makcik itu, SAYA ADA TERBACA AYAT INDONESIA. Berkemungkinan orang ini berasal dari Indonesia atau berketurunan Jawa ? Maaf sebab saya tak ingat di mana postnya yang ada kandungan ayat indon.

Apa-apa pun, berhentilah daripada sebar perkara yang tidak pasti benar atau tidak ini, sebagai manusia memang mustahil nak mengaku tak ada perasaan kan, saya ada perasaan kasihan terhadap Arlene, takkan korang tak ada ? Yang sudah post itu saya berharap dapat delete lah dengan segera. Semakin banyak orang tengok dan percaya, semakin banyak dosa kita tanggung.

Dalam bulan yang mulia ini, beramal lah dan jangan membuat fitnah terhadap orang lain. Dan jangan cepat menuduh dan menyebarkan perkara yang tidak pasti kesahihannya.


Saya tidak langsung berniat untuk backup Arlene, tetapi hanya ingin kamu semua membuat sesuatu untuk menjaga maruah Islam.
August 09, 2011

Bersahur Dengan Koko Krunch

by , in
Wah ! lame sangat-sangat tak update blog. Bukan sebab sibuk tetapi ketandusan idealah plak. Okay sekarang sementara ada idea saya nak update lah. Nak cerita personal punye haha, selama niy dok berceloteh tutorial ngan perkara umum je. Hal sendiri jarang sekali saya buat.

Pagi tadi, mak masakkan lauk ayam ketchup , maklumlah pagi2 buta nak makan makanan berminyak, confirm rimas kan. So saya tak makan nasi untuk bersahur pagi tadi. Bukan tidak bersahur tetapi tidak makan nasi untuk bersahur.

Saya bersahur dengan bijirin Koko Krunch jea. Sedap lah jugak tapi amaran lah ny, kalau korang nak makan koko krunch , kalau bersahur tu makan dulu makanan lain cam kurma ke, makanan ringan keropok ke. Sebab saya tadi kat sekolah asyik bergendang je perut, dari pukol 9 pagi, bayangkanlah. bertahan lapar bermula 9 pagi.

Kalau bersahur dengan nasi tu tenang la sedikit, boleh bertahan smpai pukul 2 pagi, tapi ni 9 pagi, tapi alhamdulillah boleh juga bertahan. Saya mengisi masa lapang dengan online jea memanjang sampai pukul 6 offline. then mandi, solat semua then tengok tv, Astro Ria, cerita hingga akhir waktu. Lakonan Marshanda.
Memang best actor lah !

Best jugak lah cite tuh, start pukul 6:30 hingga 7:30 so kira boleh lah isi masa sejam dengan layan cite tu. Dengan asyik layan tu dah azan nampaknya, then berbuka lah bersama keluarga dengan ayam golek and TOMYAM ! yummy . air pulak air tebu dan tropicana twister. Memang puas hati, tapi esok kan budget nak sahur nasi dan minum air Horlick :p tengok iklan horlick nampak menarik semacam jea. haha !

Spicy !

golek sama dia !

yeke minum air ni berkhasiat hehe :p
August 07, 2011

Tutorial Marquee Text

by , in


Untuk menampakkan seri pada text kena lah tambah accessories yang menarik. Saya rasa marquee pun menarik juga. Tak tahu apa itu marquee ? okay tengok contoh dibawah

Ini dia Contoh Marquee - Moving Text

Moving text la maksud dia. Okay saya nak kongsi je marquee code kepada korang.

<marquee>AYAT ANDA</marquee>

Tukar kan AYAT ANDA dengan perkataan awk sendiri.
Baiklah sekarang kalau tengok ramai orang guna marquee untuk buat welcome message kan ? senang sahaja, macam kod di atas, tapi tambah camniy

<marquee><img src="URL GAMBAR"/>AYAT ANDA</marquee>

Ubah yang

URL GAMBAR
AYAT ANDA

Contoh dia akan jadi macam dibawah :

Contoh !

Tada ! Selamat Mencuba ! Camniy dia nak pasang.

Dashboard >> Design >> Add A Gadget >> HTML/Javascript

Paste je kod berkenan dan save :]
August 05, 2011

Pengomen Teratas 3#

by , in

5/8/2011 (Jumaat) Terima kasih kepada semua pelawat yang sudah meninggalkan komen dan buah fikiran kepada saya. Sebagai hadiah, ini ialah entri khas untuk pengomen teratas bagi minggu 3#.

Sya Izz
Dengan bilangan komen : 2

Aisyah
Dengan bilangan komen : 2

Liyana Marzuki
Dengan bilangan komen : 1

Sebagai hadiah pada minggu ini, saya akan follow blog mereka dan membuatkan satu entri review iaitu entri ini. Sekian !

Masih Buntu ? Klik Sini
August 04, 2011

Jangan Mengata Saudara Seagama

by , in
Hah ! sudah lama Ana tak update blog ini. Sekarang nak cerita hal peribadi pula I mean nak berkongsi. Okay entri kali ini agak sensitif, jika anda berasa saya tujukan entri ini untuk awak harap maaf, sebab ini tatapan umum. Yang boleh terima ambil dan sebaliknya perbaiki.



Baiklah, apa makna kata-kata. Kata-kata ini perkataan yang keluar dari mulut/lidah. Manusia memang tak boleh diam dari berkata-kata. Ini lumrah semula jadi, mulut dicipta untuk berkata , sememangnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Kadang-kadang, manusia zaman sekarang menggunakan mulut mereka untuk mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya contohnya perkara yang boleh menusuk kalbu/perasaan/hati dan juga maruah seseorang. Saya boleh bagi situasi yang pernah terjadi dekat orang terdekat dengan saya.

Seorang Kawan
Luqman Sepilok (Tempat orang utan di Sarawak) !! Oi Sepilok hehe,


Saya tidak nafikan bahawa saya pernah berkata sebegitu kepada kawan saya. Tapi, tak semestinya yang buruk itu harus tertanam buat selama-lamanya dalam diri kita kan ? Sempena bulan Ramadhan pula, tahun 2011 , kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut dan menunaikan ibadah di bulan yang penuh barakah ini. Jadi kenapa tidak kita bermuhasabah dan mencari diri sendiri ?

Baiklah, apa pula kena mengena dengan memainkan peranan ? Kamu semua perasan tak, setakat panggil sebegitu untuk bergurau boleh lah, contohnya jarang-jarang sekali. Tetapi jika kamu dah buat macam Nickname untuk seseorang itu. Kamu rasa kamu boleh tahu perasaan dia apa ? Adakah dia sedih ? Marah ? kecewa ?

Saya pun tak tahu, yang pasti dia akan hilang keyakinan diri, loss self-confidence. Keyakinan diri penting untuk kita berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali. Untuk kita menjaga maruah dan memberanikan diri untuk perkara benar. Orang itu diibaratkan seperti tiada jika keyakinan diri dia hilang.

Boleh anda bayangkan kalau kita hidup dengan perpaduan dan toleransi ? Pasti tidak akan ada pergaduhan. Sebagai contoh , dalam satu ini pernah berlaku beberapa pergaduhan Berpunca dengan Memanggil NICKNAME. Baik ke macam itu ? adakah patut kita biar orang luar, dari kaum lain tengok keburukan Kaum kita? Nak buat benda biarlah berpada-pada !

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”


Ayuh kita baca penerangan hadis di atas :

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.


Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


Sesungguhnya, banyak lagi cara yang boleh kita buat supaya kawan kita akan berasa lebih suka dengan kita. Ibu dan Bapa mereka sudah bagi mereka nama masing-masing jadi panggil sahajalah nama mereka. Lebih bagus kita panggil nama penuhnya ^_^ (Orang arab mengamalkan sikap panggil nama penuh)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”


Saya tidak mahu lah menulis entri yang terlalu panjang untuk semua visitor, tapi saya berharap anda dapat membaca dan fahami betul-betul entri ini. Walaupun nampak ringkas tapi ia amat bermakna bagi hidup seseorang. Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/saudari yang sudi membaca entri ini sehingga habis ! Syukran Jazilan ! Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam !
August 01, 2011

Contest : Blog Gemilang

by , in
STICKY POST, ENTRI TERBARU BAWAH


Hari ini iaitu 4 Julai 2011, saya ingin menganjurkan satu contest terbuka kepada semua blogger-blogger di luar sana. Sudah lama saya berblogging, tetapi tak pernah lagi buat contest, jadi nak cuba buat contest !

Siapa-siapa yang rasa ada masa terluang ingin menyertai contest ini, dipersilakan :]. 10 minit sudah mencukupi ! Jadi, tanpa membuang masa, ayuh kita baca syarat-syarat contest kita ye.

Syarat-Syarat Contest

Follow Blog Azhunk World

Like FB ( Tekan Sini )

Buat Entri Review Bertajuk " Contest : Blog Gemilang "

Isi Beberapa Soalan Berikut Di Dalam Entri Anda

- Kenapa Anda Suka Blogging
- Berapa Jam Sehari Anda Meluangkan Masa Buat Blog
- Dari Mana Anda Pelajari Cara Berblog

Tinggalkan Link Entri Anda Di Ruangan Komen Post Ini

Tag SEKURANG-KURANGNYA 3 Orang Di Dalam Entri Anda Dan Pastikan Mereka Tahu

Masukkan Gambar Banner Contest Di Atas Di Dalam Entri Anda (Tekan Gambar Jika Ingin Mendapatkan URL)

Masukkan Link Ke Azhunk World Di Dalam Entri Anda

Aspek Yang Akan Diadili Pula

Kecantikan Blog

Ketepatan Jawapan

Keunikan Entri

Referral Yang Paling Banyak

Hadiah Yang Bakal Dimenangi

Tempat Pertama : RM 10 (TOPUP)
Tempat Kedua : RM 5 (TOPUP)
Saguhati x3 : Review Entri (STICKY POST) Selama Seminggu (7 Hari)

TARIKH LUPUT CONTEST : 1 Ogos 2011

Sekiranya penyertaan kurang daripada 10, contest ini akan secara automatik TERBATAL
August 01, 2011

Jadual Waktu Berbuka & Imsak 2011

by , in

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
2. Negeri Melaka
3. Negeri Johor

  • Zon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
  • Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan pulau berdekatan
  • Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
  • Zon 4 – Batu Pahat, Segamat, Muar dan Gemas

Post Top Ad